Nazri Cadang Mat Hasan Ambil Alih Kepimpinan Umno



(Malaysiakini) – Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Abdul Aziz menjadi tokoh baru Umno yang secara terbuka menggesa penyingkiran Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden.
Selain penentangan sejumlah pemimpin parti, satu rakaman audio menunjukkan perbincangan antara Zahid dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk menjejaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) turut tersebar di media sosial.
Ketulenan rakaman itu belum disahkan tetapi ia telah beredar dalam lingkaran Umno, membayangkan pertembungan dalam Umno kini kian sengit.
Menurut laporan Free Malaysia Today hari ini, Nazri memberi peringatan yang peluang BN untuk menang dalam PRU15 amat tipis jika Zahid kekal sebagai presiden Umno dan pengerusi BN.
Dia membangkitkan apa yang berlaku dalam Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) MIC minggu lalu sebgai contoh Zahid tidak lagi dihormati oleh parti komponen BN.
“Komponen BN nampaknya tidak menghormatinya (Zahid). Lihat sahaja AGM MIC hujung minggu lalu di mana Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijemput untuk menyampaikan ucapan kepada para perwakilan.
“Sekiranya presiden Umno dan pengerusi BN kuat, tidak ada parti komponen yang berfikir untuk mengundang orang luar. Ini sangat memalukan,” katanya seperti dipetik.
Setelah memuktamadkan keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu, Umno dijangka bakal bertembung dengan parti serpihannya itu pada PRU akan datang.
Bagaimanapun terdapat pemimpin dalam Umno yang berpendirian parti itu perlu kekal bekerjasama dengan Bersatu dan PN.
Nazri yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin pada Januari lalu mencadangkan Timbalan Presiden Mohamad Hasan mengambil alih kepimpinan daripada Zahid yang kini berdepan 47 pertuduhan di mahkamah.
“Selagi dia ada, Umno tidak akan dilihat sebagai parti yang bersih kerana perbicaraannya.
“Sekiranya Zahid berundur, ia tidak akan menimbulkan masalah mengenai siapa yang harus memimpin parti kerana kita (Umno) hanya mengikut hierarki. Tok Mat (Mohamad Hasan) ambil alih,” katanya lagi.
Dia menyuarkaan keyakinan Mohamad mampu mengetuai Umno dan berharap bekas menteri besar Negeri Sembilan itu akan melakukan reformasi dalam parti itu.
Semalam, Ketua Umno Simpang Renggam Zakariah Dullah turut menggesa Zahid berundur.
Pada masa sama, timbul bantahan terhadap rancangan menangguhkan pemilihan Umno kepada tahun depan. Penangguhan itu akan membenarkan Zahid kekal sebagai presiden.
Menurut Perlembagaan Umno, pemilihan parti boleh ditangguhkan sehingga 18 bulan.
‘Lebih mudah jika Zahid berundur’
Dalam pada itu, Naib Ketua Umno Simpang Renggam Onn Hafiz berkata banyak pihak yang merasakan Umno akan kalah pada PRU15 jika Zahid terus menjadi presiden.
“Desakan untuk pemilihan dilakukan segera adalah kerana ramai pemimpin berpandangan bahawa UMNO akan kalah jika Presiden memimpin kita ke medan perang PRU15.
“Bukankah lebih mudah jika presiden berundur untuk selamatkan parti?” soalnya dalam kenyataan.
Katanya, amat penting untuk Umno menyelesaikan persoalan ini serta menunjukkan parti itu sudah mengambil pengajaran daripada PRU lalu.
Katanya, pengundi akan membuat pilihan berdasarkan apa yang ditawarkan Umno, termasuk calon perdana menteri.
“Tanya sahaja kepada mereka yang terdekat dengan kita…sama ada presiden UMNO sesuai ditawarkan sebagai calon perdana menteri,” katanya lagi.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/04/07/nazri-cadang-mat-hasan-ambil-alih-kepimpinan-umno/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nazri Kritik Zahid Kurang Sifat Kepimpinan Label Menteri Umno Pengecut

Nazri Kritik Zahid Kurang Sifat Kepimpinan Label Menteri Umno Pengecut

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 1084 hits
KUALA LUMPUR UMNO kini dilihat umpama harimau kertas selepas mengaum di Perhimpunan Agung UMNO 2020 baru baru ini kata Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Menurut Nazri hal itu berlaku ekoran kelemahan kepimpinan...
Nik Amar Dakwa Kepimpinan Umno Sekarang Telah Ditolak

Nik Amar Dakwa Kepimpinan Umno Sekarang Telah Ditolak

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 315 hits
gemilangdaily comPemimpin PAS berpandangan Umno dijangka kehilangan lebih banyak kerusi sekiranya bertanding secara bersendirian pada pilihan raya umum ke 15 Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah secara peribadi berkata ia susulan penolakan ...
Kepimpinan Umno Berubah Jun Annuar Bayangkan Calon Pm Bakal Dilantik

Kepimpinan Umno Berubah Jun Annuar Bayangkan Calon Pm Bakal Dilantik

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 228 hits
PETALING JAYA Annuar Musa membayangkan kepimpinan Umno akan berubah pada Jun apabila penggal tiga tahun barisan pemimpin sekarang tamat Menteri Wilayah Persekutuan itu juga membayangkan seorang calon perdana menteri dan timbalannya akan dip...
Jangan Bersilat Pulut Kalau Sah Tarik Diri Ogos Kita Keluar Ramai Ramai Cadang Tok Mat

Jangan Bersilat Pulut Kalau Sah Tarik Diri Ogos Kita Keluar Ramai Ramai Cadang Tok Mat

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 350 hits
KUALA LUMPUR Umno harus menyahut desakan perwakilan untuk parti itu keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional pada Ogos kata Timbalan Presiden Mohamad Hasan Jika kita dah setuju nak tarik diri pada Ogos jadi tarik diri bulan itu Jangan ma...
Umno 3 0 Sedia Ambil Alih Daripada Zahid Najib Kata Sumber Dalaman Umno Bakal Melingkup

Umno 3 0 Sedia Ambil Alih Daripada Zahid Najib Kata Sumber Dalaman Umno Bakal Melingkup

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 216 hits
April 9 2021 Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas presiden Najib Razak berdepan ketidaktentuan dalam masa depan politik mereka PETALING JAYA Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden U...
Menteri Umno Tak Berani Letak Jawatan Pengecut Tak Setia Kata Nazri

Menteri Umno Tak Berani Letak Jawatan Pengecut Tak Setia Kata Nazri

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 268 hits
PETALING JAYA Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Nazri Aziz menyifatkan menteri Umno yang tidak berani meletak jawatan sebagai pengecut dan dianggap tidak setia kepada parti dan suara akar umbi Pendapat Ahli Parlimen Padang Rengas itu s...
Hubungan Umno Pas Baik Masih Cium Mulut Tok Mat

Hubungan Umno Pas Baik Masih Cium Mulut Tok Mat

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 234 hits
UMNO akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada PAS berhubung perkara berkenaan ketika Mesyuarat Jawatankuasa Induk MN yang akan datang Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu beliau tidak tahu jika rundingan kerusi ant...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi