Nasi Dagang Kelantan Dengan Gulai Ikan Tongkol Dan Sambal Ikan



Masih dalam bulan Syawal dengan mood raya kan? Saya belum lagi cukup puasa enam di bulan Syawal. Apa kata kita mencuba resepi nasi dagang Kelantan untuk hidangan keluarga atau tetamu yang datang berkunjung. Atau selepas  beraya kerana menamatkan puasa enam. 

Hari raya tahun ini setelah sekian lamanya, saya menyediakan Nasi Dagang versi Kelantan menggunakan beras nasi dagang Kelantan. Kalau tak silap, saya menyediakan nasi dagang Kelantan terakhir sekali, lebih 20 tahun yang lalu ketika saya mengadakan rumah terbuka. 

Setiap kali menyediakan nasi dagang selepas itu, saya hanya memasak nasi dagang Terengganu yang menggunakan beras wangi sahaja. Saya suka nasi dagang Terengganu yang nasinya sangat lembut berbanding dengan nasi dagang Kelantan.

Nasi dagang Kelantan biasanya digandingkan dengan Gulai Ikan Tongkol, Gulai Udang, Gulai Kari Ayam dan Gulai Kerutuk Itik Serati. Lauk sampingan pula ialah Telur Rebus, Acar Timun dan Sambal Ikan. Mana mana pun boleh. 

Memasak menggunakan beras nasi dagang Kelantan ni agak mencabar juga. Saya merendam beras nasi dagang semalaman. Saya terpaksa mengukus sebanyak dua kali kerana masih kelihatan keras nasinya. Tapi saya puashati kerana nasi dagang yang dihasilkan sedap lah juga walaupun kejadiannya tidaklah perfect. 
Saya menyediakan lauk Gulai Ikan Tongkol mengikut resepi yang diajar oleh kakak saya Kak Hasnah, Gulai Udang, Acar Timun Masak dan juga Sambal Ikan sebagai gandingan dengan nasi dagang. Kalau selera saya, saya memang berpuashati. Adalah rasanya seperti nasi dagang Kelantan. 


Untuk melihat resepi gulai udang, nantikan di entri akan datang. Serious simple tapi sedap. Selain itu, saya juga menyediakan gulai kerutuk itik serati. Kalau nasi dagang Kelantan, harus ada sambal ikan ni. Selain makan dengan nasi dagang, ianya juga boleh dimakan dengan nasi kerabu dan juga nasi impit.  
Selepas siap masak, saya terus makan. Kemudian esok paginya baru dapat makan lagi. Kerana selepas makan, kami bergegas ke KLIA untuk menunggu kepulangan Juita. Sesampai di rumah kami bergambar raya sebelum bersiap siap kerana ada tetamu yang merupakan adik beradik Hubby akan datang beraya sebelah malam. Jadi memang tak sempat nak makan hingga lah keesokannya. Itu yang pagi pagi lagi bangun terus ke dapur mencari nasi dagang. Nasib baik masih ada baki nasi dan lauk pauk. 

Hari raya kali ini memang agak memenatkan kerana saya menyediakan banyak juadah raya dan memasak seorang diri. Ketika Mia ada di rumah, Mia ikut menemani saya di dapur. Tapi keadaan Mia yang sarat dan dah due bila bila masa, saya cuma meminta dia duduk di bangku sambil menemani saya sahaja. 

Bayangkan dari 2 hari sebelum raya sehingga 2 hari selepas raya, dapur saya sentiasa berasap. Akhirnya dapur meletup pecah retak seribu dan kami terpaksa mencari set dapur dan cooker hood yang baru. Nasib baik ketika meletup, saya telah siap memasak semua lauk pauk untuk hidangan tetamu dan masakan telah dipindahkan ke dry kitchen. 
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Bila memasak time raya, memang tak sempat buat video kerana banyak juadah yang perlu dimasak. 


Nasi Dagang KelantanOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 kg beras nasi dagang2 biji kelapa - santan 1 genggam kecil garam kasar - lebih kan supaya terasa masin 1 sudu kecil gula 5-6 ulas bawang merah - hiris, boleh tambah2 inci halia - hiris nipis, boleh tambahHalba secukupnya 
Cara cara:Masak santan pekat dengan garam sehingga mendidih sahaja. Jangan sampai pecah minyak. Tutup api. Nota: perlu jika dimasak nasi dagang dalam jumlah yang banyak bagi mengelakkan ianya cepat basi.
Beras dibasuh dan direndam semalaman. Tos dan dikukus sehingga masak atau wap keluar. Angkat dan semasa masih panas panas, masukkan santan cair dan arung/kacau sehingga santan sebati dan beras cukup lembut. Nota: santan dibahagi kepada santan cair dan santan pekat.

Masukkan semula ke dalam periuk pengukus dan kukus sekali lagi sehingga wap keluar dalam 5 minit, angkat dan keluarkan. 
Angkat nasi dagang dan ketika masih panas panas, tuang santan yang dimasak, bawang merah, halia dan halba ke atas nasi dagang. Gaul dan kacau rata. 



Sedia untuk dihidangkan. Nasi dagang akan kekal elok dan tak basi sehingga ke malam pun. 



Gulai Ikan Tongkol Kelantan Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ekor ikan tongkol saiz besar - rebus dengan 1/2 keping gula Melaka, garam kasar dan 4 keping asam keping 1 pek kecil rempah kari ikan
5-6 biji telur rebus2-3 tangkai cili hijau solok1 keping asam kepingGulaGaram2 sudu besar cili kering kisar- boleh ganti cili api jika mahu kuah lebih warna kuning 1 kg santan
Bahan kisar:5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih1 inci lengkuas1 inci kunyit hidup 1 sudu kecil rempah ketumbar1/2 inci halia Cara cara:Ikan direbus dengan garam, asam keping dan gula Melaka. Biarkan semalaman.


Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar. Kemudian masukkan serbuk kari. Tumis sehingga terbit minyak. Nota: cara orang zaman dahulu, tak perlu ditumis. 
Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan santan dan kacau rata. 
Masukkan ikan rebus, asam keping, gula dan garam secukup rasa.
Akhir sekali, masukkan cili hijau solok dan cili padi serta serbuk perasa, jika suka. 

Bila telah mendidih, perlahankan api dan renih dengan api perlahan sehingga kuah cantik, baru ditutup api.




Sambal Kelapa IkanOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 biji kelapa parut 5 ekor Ikan kembung saiz kecil Garam
Bahan kisar:3-4 ulas bawang merah1/2 inci halia2 batang serai1/4 keping gula Melaka
Cara cara:Ikan direbus dan diasingkan isi dan tulang. Tumbuk isi ikan sehingga lumat. 
Kelapa parut digoreng sehingga garing dan sedikit keperangan. Tumbuk kelapa parut goreng sehingga separuh halus.  
Masak bahan kisar sehingga kering. Tuang ke dalam kelapa tadi dan masukkan isi ikan yang ditumbuk.  Kacau rata. Masukkan garam secukupnya. 

Sedia untuk dihidangkan. Saya suka makan dengan nasi impit. Sambal kelapa ini juga boleh dihidangkan sebagai sambal nasi kerabu.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/06/nasi-dagang-kelantan-dengan-gulai-ikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raya Ke 2 Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol

Raya Ke 2 Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 905 hits
As salam Pada pagi raya ke 2 semua orang kepenatan beraya pada hari raya pertama masing masing tak larat nak masak Jadi kami pilih nasi dagang yang ditempah sebagai juadah di pagi raya ke 2 tahun ini Nasi dagang dimakan bersama gulai ikan t...
Gulai Udang Lauk Nasi Dagang Kelantan Resepi 2

Gulai Udang Lauk Nasi Dagang Kelantan Resepi 2

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1076 hits
Saya belajar resepi gulai udang simple yang disarankan oleh seorang follower saya di Instagram yang menurutnya ia adalah resepi yang digunakan oleh Bonda beliau bila memasak gulai udang Terima kasih kerana sudi share resepi Boleh klik di un...
Resepi Gulai Kuning Ikan Tongkol Bersama Nenas Dan Terung

Resepi Gulai Kuning Ikan Tongkol Bersama Nenas Dan Terung

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 1175 hits
Resepi Gulai Kuning Ikan Tongkol Bersama Nenas Dan Terung Sejak berkahwin dengan orang Pantai Timur ni secara tak langsung daku dah mula kena masak resepi ikan tongkol Kenapa Sebabnya orang pantai timur memang suka kari ikan tongkol Kat sin...
Nasi Lemak Kukus Dengan Sambal Tumis Ikan Bilis

Nasi Lemak Kukus Dengan Sambal Tumis Ikan Bilis

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 1009 hits
Pada hari raya ke6 Hubby telah menjemput dua orang sahabat kami untuk datang beraya di rumah iaitu Haji Kamaruddin dan Tuan Khairy Setpol yang terkenal dengan tagline sayangi Gelang Patah kami panggil sebagai YB datang bersama isteri masing...
Nasi Dagang Terengganu

Nasi Dagang Terengganu

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 375 hits
as salam ada orang share sila buat untuk raya Assalamualaikum Akhirnya keluar jugak resepi nasi dagang Terengganu turun temurun Nak di jadikan cerita dulu Tok Cik jual nasi dagang dekat Kampung Banggol Kuala Terengganu Boleh di katakan feme...
Nasi Goreng Ikan Goreng Yang Sangat Sedap

Nasi Goreng Ikan Goreng Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 602 hits
Hari ini saya ingin kongsikan resepi mudah resepi kampung jer iaitu Nasi Goreng Ikan Goreng Tapi sebelum tu meh kita borak borak dulu Kali ini adalah catatan dan rumusan peribadi saya berdasarkan majlis majlis yang saya hadiri Malam tadi ad...
Pencemaran Lombong Ladang Di Kelantan Ragut Nyawa

Pencemaran Lombong Ladang Di Kelantan Ragut Nyawa

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 445 hits
Pencemaran lombong ladang di Kelantan ragut nyawaPosted By on June 10 2019Kesan kumulatif aktiviti perlombongan dan perladangan di hutan Kelantan sepanjang sedekad yang lalu dipercayai menjadi punca kepada 14 kematian baru baru ini di kalan...
Aneka Colek Di Farrah Cafe Berdekatan Chabang Empat Tumpat Kelantan

Aneka Colek Di Farrah Cafe Berdekatan Chabang Empat Tumpat Kelantan

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 1081 hits
Lokasi kedai makan yang menjadi pilihan ketika berada di tumpat kelantan adalah Farrah Cafe Kami diberitahu cafe ini menyediakan dua lokasi meja makan yang berbeza iaitu mempunyai penghawa dingin indoor dan jenis outdoor pada kami ia sangat...
Kelantan Sangkal Aktiviti Lombong Punca Orang Asli Sakit

Kelantan Sangkal Aktiviti Lombong Punca Orang Asli Sakit

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 350 hits
Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah berkata dakwaan mengatakan penularan penyakit pneumonia dalam kalangan Orang Asli disebabkan aktiviti perlombongan adalah terlalu awal KOTA BHARU Kerajaan Kelantan menyangkal dakwaan pe...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba