Pencemaran Lombong Ladang Di Kelantan Ragut Nyawa



Pencemaran lombong, ladang di Kelantan ragut nyawaPosted By: Pentadbiron: June 10, 2019 Print EmailKesan kumulatif aktiviti perlombongan dan perladangan di hutan Kelantan sepanjang sedekad yang lalu dipercayai menjadi punca kepada 14 kematian baru-baru ini di kalangan Orang Asli suku Bateq di Kampung Kuala Koh, Gua Musang, kata seorang aktivis.Aktiviti-aktiviti ini telah mencemarkan sumber-sumber air Orang Asli yang menjadi tempat mereka bergantung, kata Johan Halid, presiden organisasi bukan kerajaan Sahabat Jariah.“Air tercemar satu perkara, perkara kedua tidak ada bekalan makanan yang baik,” katanya kepada The Malaysian Insight ketika dihubungi mengenai laporan berita mengenai 14 kematian tersebut.Sahabat Jariah membangkitkan isu pencemaran sungai dan 12 kematian Orang Asli di Kuala Koh sepanjang tempoh Ramadan bulan lepas, pada halaman Facebooknya pada 4 Jun.Hari ini, Sinar Harian turut melaporkan bahawa 14 Orang Asli disahkan meninggal dunia, termasuk kanak-kanak berusia satu tahun. Di samping mengatakan kematian terbaru direkodkan adalah semalam, iaitu kematian seorang wanita berusia 22 tahun.Akhbar itu turut melaporkan dakwaan penduduk kampung bahawa sumber air sungai mereka adalah sisa perlombongan bijih besi yang memulakan operasi sejak empat tahun lalu.Johan juga bersetuju bahawa kawasan sekitarnya tercemar dengan sisa-sisa aktiviti perlombongan dan perladangan, seperti racun perosak pertanian dan bahan kimia yang digunakan dalam aktiviti meletupkan kawasan bagi tujuan perlombongan telah meresap ke dalam saluran air.Pendedahan berterusan Orang Asli terhadap sisa lombong dan ladang yang mencemari sumber air mereka menjadi punca penduduk kampung memiliki sistem imun yang lemah, katanya.“Impaknya kini berpunca sejak 10 tahun lalu.“Menurut Jabatan Alam Sekitar, punca (utama) adalah ladang kerana racun perosak dan baja yang digunakan mengalir masuk ke dalam sungai sewaktu hujan turun.”Ditanya sama ada pencemaran itu telah disahkan oleh analisis kimia atau belum, Johan berkata sampel telah diambil oleh pelbagai pihak termasuk Jabatan Kimia selepas beberapa kematian terdahulu dilaporkan.Walau bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa pihak institusi pengajian tinggi turut datang dan menjalankan ujian ke atas sungai-sungai di sekitar kawasan itu dan mendapati kandungan kimia tinggi.Beliau berkata satu lagi universiti awam akan mengambil lebih banyak sampel air untuk ujian pada hari esok.Sungai-sungai yang terjejas ialah Sungai Pertang dan Sungai Lebir, di mana keluarga-keluarga dari suku Bateq tinggal di tepi sungai, jelas Sahabat Jariah.Menurut halaman Facebooknya, NGO itu menjalankan aktiviti amal di kampung Orang Asli.Orang Bateq di kawasan itu masih mengamalkan aktiviti memburu dan mengumpulkan hasil hutan untuk bekalan makanan mereka.Aktivit tersebut kadang-kadang memerlukan perjalanan sejauh tiga kilometer dengan berjalan kaki dalam tempoh dua hari pendakian.“Biasanya lelaki pergi ke hutan untuk mencari makanan dan kadang-kadang mengambil masa dua hingga tiga hari untuk kembali.“Sepanjang masa itu, wanita dan kanak-kanak tidak mempunyai makanan yang cukup sehingga mereka kembali,” kata Johan di samping turut menambah bahawa ramai penduduk Orang Asli kurang gizi untuk pertumbuhan tubuh mereka.Beliau berkata Sahabat Jariah akan melawat kawasan tersebut dalam beberapa hari akan datang bagi mengagihkan bekalan makanan.Beliau menambah bahawa jabatan kebajikan sosial juga telah dimaklumkan tentang keperluan makanan bagi penduduk di kawasan itu.Walaupun Sabahat Jariah dan Sinar Harian melaporkan 14 kematian berlaku sejak bulan Ramadan, pihak polis di Gua Musang sebaliknya memberitahu Bernama hari ini bahawa mereka hanya mendapat laporan mengenai kematian dua orang dewasa pada 29 Mei.Menurut Sinar Harian, kematian pertama dilaporkan pada 2 Mei. Beberapa mayat dikatakan dikebumikan di hutan mengikut adat suku tersebut.Sementara itu, Jabatan Pembangunan Orang Asli (Jakoa) kini sedang berusaha memindahkan penduduk kampung yang terjejas ke hospital-hospital berdekatan di Gua Musang dan Kuala Krai.Sekitar 200 Orang Asli, yang terdiri daripada 50 buah keluarga, menetap di kampung-kampung di kawasan itu.Kira-kira 50 orang setakat ini telah mendapat rawatan sementara 20 orang ditempatkan di hospital dan 30 lagi di klinik kesihatan.Johan berkata memindahkan penduduk kampung di luar kawasan itu telah menjadi tugas sukar memandangkan lokasi mereka di kawasan terpencil.“Masih banyak lagi orang yang tidak dapat diakses. Mereka perlu diminta keluar.“Ada di antara mereka yang tidak mempunyai kad pengenalan manakala anak-anak tidak mempunyai sijil kelahiran,” katanya.Lebih banyak kakitangan perubatan dari Hospital Orang Asli di Gombak dijangka melawat kawasan itu minggu depan.Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Alam Tengku Zulpuri Shah Raja Puji juga mengakui kemungkinan kematian itu terjadi hasil jangka panjang pencemaran perlombongan dan perladangan.Zulpuri memberitahu Free Malaysia Today bahawa beliau tidak menolak kemungkinan kematian itu berpunca daripada pencemaran kimia di sungai berdekatan Kampung Koh berdasarkan pemerhatian beliau sewaktu lawatan kerja ke kawasan itu pada 22 Disember tahun lalu.““Jangan kata saya tuduh ya, kemungkinan besar bahan kimia dari perlombongan itu masuk dalam sungai dan menjadikannya tak bersih,” katanya dipetik sebagai berkata.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/06/pencemaran-lombong-ladang-di-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hujan Lebat Ragut 8 Nyawa Di Brazil

Hujan Lebat Ragut 8 Nyawa Di Brazil

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 280 hits
Hujan lebat ragut 8 nyawa di Brazil Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 15 Jun 2019 11 00PM
Kelantan Sangkal Aktiviti Lombong Punca Orang Asli Sakit

Kelantan Sangkal Aktiviti Lombong Punca Orang Asli Sakit

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 317 hits
Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah berkata dakwaan mengatakan penularan penyakit pneumonia dalam kalangan Orang Asli disebabkan aktiviti perlombongan adalah terlalu awal KOTA BHARU Kerajaan Kelantan menyangkal dakwaan pe...
Demam Campak Ragut Nyawa Suku Bateq Kata Menteri

Demam Campak Ragut Nyawa Suku Bateq Kata Menteri

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 445 hits
Demam campak ragut nyawa suku Bateq kata menteri Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 17 Jun 2019 11 30AM
Tragedi Suku Bateq Mustahil Kerajaan Kelantan Tak Tahu Kewujudan Lombong Tengku Zulpuri

Tragedi Suku Bateq Mustahil Kerajaan Kelantan Tak Tahu Kewujudan Lombong Tengku Zulpuri

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 431 hits
Pada 13 Jun 2019Mustahil Kerajaan Negeri Kelantan tidak tahu tentang kewujudan kawasan perlombongan bijih besi berhampiran penempatan penduduk Orang Asli suku Bateq di Kuala Koh Gua Musang kata Timbalan Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Ten...
Ph Kelantan Minta Buka Lebuh Raya Baru Sempena Raya

Ph Kelantan Minta Buka Lebuh Raya Baru Sempena Raya

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 253 hits
Bagi mengurangkan kesesakan trafik pada musim perayaan Aidil Fitri tidak lama lagi PH Kelantan memohon kerajaan membuka laluan Lebuh Raya Kota Bharu Kuala Kuala Krai dari Perol ke Ketereh buat sementara waktu Pengerusi Portfolio Kementerian...
Elak Jem Balik Raya Orang Kelantan Paling Ramai Sewa Helikopter Rm30 000 Sehala

Elak Jem Balik Raya Orang Kelantan Paling Ramai Sewa Helikopter Rm30 000 Sehala

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 697 hits
Elak jem balik raya orang Kelantan paling ramai sewa helikopter RM30 000 sehala Beberapa hari lalu media tempatan melaporkan kira kira sejuta kenderaan akan masuk ke Kelantan sempena cuti persekolahan dan sambutan Aidilfitri ini Terbaru men...
Manis Sungguh Orang Kelantan Sakit Kepala Dibuatnya

Manis Sungguh Orang Kelantan Sakit Kepala Dibuatnya

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 617 hits
Malam ini adalah malam ke 3 Master dan Mummy tidur di HUSM dan malam ke 2 mereka tidur di Klinik Usains sempena Mummy melahirkan baby Aidan Master keluar ke kedai Jains Rstaurant Thai Food untuk bungkus makanan sahur nanti Adus keluh Master...
Aksb Siri 14 Dua Kebimbangan Rakyat Kelantan Musim Perayaan

Aksb Siri 14 Dua Kebimbangan Rakyat Kelantan Musim Perayaan

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 285 hits
Ada dua perkara rakyat Kelantan bimbing atau phobia setiap kali musim perayaan Pertamanya berkaitan isu kesesakan lalu lintas di bandar dan jalan jalan utama di Kelantan Kesesakan teruk terjadi apabila perantau yang pulang dengan kenderaan ...
Program Ihya Ramadhan Kelantan Trip 2019

Program Ihya Ramadhan Kelantan Trip 2019

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 261 hits
KOTA BHARU 20 MEI 2019 Pejabat Tourism Malaysia Kelantan dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia Negeri Kelantan dan Syarikat Penerbangan Firefly akan menganjurkan Program Ihya Ramadan Kelantan Fam Trip 201...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024