Nasi Lemak Kukus Dengan Sambal Tumis Ikan Bilis



Pada hari raya ke6, Hubby telah menjemput dua orang sahabat kami untuk datang beraya di rumah, iaitu Haji Kamaruddin dan Tuan Khairy, Setpol yang terkenal dengan tagline sayangi Gelang Patah, kami panggil sebagai YB datang bersama isteri masing masing. 


Saya menyediakan nasi lemak kukus dengan berlaukkan Sambal Tumis Ikan Bilis, Gulai Udang Lauk Nasi Dagang dan Ayam Goreng Berempah. Walaupun gulai udang ini sedap dimakan dengan nasi dagang tapi ia juga sedap dimakan dengan nasi lemak dan nasi putih.


Kebetulan ianya adalah hari pertama saya bekerja selepas seminggu bercuti raya dan hari pertama juga saya mulai berpuasa enam di bulan Syawal. Jadi, saya meminta Juita membantu saya menyediakan Ayam Goreng Berempah dan menyiapkan bahan bahan untuk lauk yang lain. 

Sesampai sahaja di rumah, saya terus ke dapur. Saya mula dengan memasak Gulai Udang Lauk Nasi Dagang. Ketika gulai sedang direnihkan, saya menyediakan pula Sambal Tumis Ikan Bilis. Akhir sekali, baru saya memasak Nasi Lemak Kukus. Setelah selesai, baru Juita mula menggoreng ayam goreng berempah.
Hahaha segan saya bila tetamu memuji muji dan menambah nambah Sambal Ikan Bilis saya yang bukan sahaja dimakan dengan dengan nasi lemak, tetapi juga dicicah dengan roti jala dan juga karipap @byaziekitchen. 

Nasi lemak akan menjadi sedap jika sambal ikan bilisnya sedap. Untuk menghasilkan sambal ikan bilis yang sedap, proses memasaknya agak lama dengan menumis menggunakan api perlahan. Itu yang susah untuk dicari melainkan kita memasaknya sendiri. Boleh klik entri sambal ikan bilis sebelum ini di SINI. 

Seperti biasa, gandingan nasi lemak saya yang wajib ialah timun dan telur rebus. Yang lain lain kira opsyenal sahaja untuk saya. Kali ini gambar memang tak cantik terutama ayam goreng berempah. Maklumlah bila siap memasak dah hampir waktu berbuka puasa, hari dah gelap. Tapi cukup lah gambar sekadar melengkapkan entri saya untuk hari ini. 

Semasa berbuka puasa, saya pulak terlupa untuk mengambil gambar nasi lemak yang telah sedia untuk dihidang dengan lauk pauk. Tapi apa apa pun, memang sangat sedap dan sesuai dengan selera saya untuk sepinggan nasi lemak. Nantikan resepi Gulai Udang dan Ayam Goreng Berempah di entri akan datang. Boleh klik di SINI untuk melihat resepi dan penyediaan Nasi Lemak Kukus dan di SINI untuk Ayam Goreng Berempah saya sebelum ini. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Selamat mencuba...

Sambal Tumis Ikan BilisOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis
1/4 keping gula Melaka - saiz kecil
Gula secukupnya
Garam kasar
1 keping asam keping
1 biji bawang besar - hiris
4-5 sudu besar cili kering kisar

Bahan kisar:
1 biji bawang besar - saiz besar
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis. Masukkan ikan bilis dan digoreng sehingga agak agak ikan bilis layu sahaja. Nota: ikan bilis hanya dibasuh sejurus sebelum dimasukkan ke dalam kuali.

Masukkan pula bahan kisar dan kacau sehingga naik bau. Setelah bawang naik bau, masukkan cili kering kisar. Tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak.

Masukkan sedikit air dan kacau lagi sehingga terbit minyak sekali lagi. 

Masukkan asam keping, garam, gula Melaka dan gula secukup rasa. Masukkan juga bawang besar yang dihiris.

Kacau rata sambal dengan api perlahan sehingga sebati dan terbit minyak cantik. Nota: Minyak berlebihan, boleh diceduk keluar.


Nasi Lemak Kukus
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Beras basmathi
Santan secukupnya
4 helai daun salam
1/2 sudu kecil garam

Cara cara:
Beras dibasuh bersih dan ditos. Masukkan ke dalam kuali.

Tuang santan secukupnya. Masukkan garam dan daun salam.

Nyalakan api dan masak sehingga santan kering sambil sentiasa dikacau. Setelah hampir kering, boleh ditutup api.



Masukkan nasi tadi ke dalam periuk pengukus yang telah dipanaskan atas air mendidih. Kukus sehingga separuh masak.



Balik balikkan dan kukus lagi sehingga masak. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/06/nasi-lemak-kukus-dengan-sambal-tumis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis Berhantu Yang Viral Untuk Bisnes Tepi Jalan

Resepi Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis Berhantu Yang Viral Untuk Bisnes Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 1506 hits
Resepi NASI LEMAK BERHANTUDua punya sambal bilis tu yg berhantu Step 1 Resepi sambal ikan bilisBahan2Bawang putihBawang merahCili kisarIkan bilisMinyak masakPes asam jawa2 biji Bawang besar dipotong nipisGaramGulaSerbuk secukup rasa pak aji...
Nasi Dagang Kelantan Dengan Gulai Ikan Tongkol Dan Sambal Ikan

Nasi Dagang Kelantan Dengan Gulai Ikan Tongkol Dan Sambal Ikan

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 979 hits
Masih dalam bulan Syawal dengan mood raya kan Saya belum lagi cukup puasa enam di bulan Syawal Apa kata kita mencuba resepi nasi dagang Kelantan untuk hidangan keluarga atau tetamu yang datang berkunjung Atau selepas beraya kerana menamatka...
Dapur Fiezasani Sambal Ikan Bilis Petai

Dapur Fiezasani Sambal Ikan Bilis Petai

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 669 hits
Nyummy dapat lauk Sambal Ikan Bilis Petai ni tak pandang lauk lain dah betui dak k fiezz baru dapat resipi ni dari mr hubby Resipi ni dari You Tuber KCHUP you tuber yang terkenal ni tak tau la korang kenal ke idak kalau nak kenal boleh la c...
Bertam Lelaki Mabuk Langgar Perniaga Nasi Lemak

Bertam Lelaki Mabuk Langgar Perniaga Nasi Lemak

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 645 hits
Dalam kejadian 9 pagi hari ini mangsa Roslinda Mohamad Isa 44 bersama suaminya Mat Subri Saad 44 berniaga di tepi Jalan Bertam Indah arah Bertam berhadapan Masjid Al Taqwa Kepala Batas Difahamkan kereta jenis Proton Iswara dipandu seorang l...
Raya Ke 2 Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol

Raya Ke 2 Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 904 hits
As salam Pada pagi raya ke 2 semua orang kepenatan beraya pada hari raya pertama masing masing tak larat nak masak Jadi kami pilih nasi dagang yang ditempah sebagai juadah di pagi raya ke 2 tahun ini Nasi dagang dimakan bersama gulai ikan t...
Iftar 24 Sambal Bilis Tempe

Iftar 24 Sambal Bilis Tempe

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 233 hits
Asalamualaikum dan Alhamdulillah Salam Jumaat penghulu segala hari Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk beribadah dibulan yang penuh keberkatan ini walaupun sangat berharap untuk dapat memperbanyakkan amalan dibulan ini tapi sebag...
Peniaga Nasi Lemak Maut Dirempuh Pemandu Mabuk

Peniaga Nasi Lemak Maut Dirempuh Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 498 hits
Seorang peniaga nasi lemak dan kuih muih maut manakala suaminya cedera parah selepas gerai mereka dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang memandu dalam keadaan mabuk dalam kejadian di Jalan Bertam Indah hari ini Orang ramai yang ...
Foodstreet Nasi Lemak Kg Pandan

Foodstreet Nasi Lemak Kg Pandan

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 799 hits
Siapa yang tinggal di Ampang atau Kg Pandan boleh try makan Nasi Lemak kat sini Waktu operasi setiap hari Isnin hinggal Jumaat bermula pada Jam 5 petang hingga Nasi Lemak habis huahuahua selalunya Jam 9 malam masih buka lagi tapi tak sure N...
Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Menu Berbuka Puasa

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Menu Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 1318 hits
Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Menu Berbuka Puasa Mesti ada yang pelik kan Hai takkan dalam bulan ramadan pun masih mengidam nasi lemak Tak pelik pun ada je orang jual di bazar ramadan tu nasi lemak kukus ayam berempah nasi lemak pandan da...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching