Nasi Goreng Ikan Goreng Yang Sangat Sedap



Hari ini saya ingin kongsikan resepi mudah, resepi kampung jer iaitu Nasi Goreng Ikan Goreng. Tapi sebelum tu, meh kita borak borak dulu. Kali ini adalah catatan dan rumusan peribadi saya berdasarkan majlis majlis yang saya hadiri. Malam tadi adalah malam ke25 Ramadhan, malam ganjil di 10 malam terakhir yang disebut Nabi Muhammad SAW sebagai malam malam berlakunya Lailatul Qadr.  

Sesiapa yang melakukan amalan dan kebaikan bermula dari masuk waktu Maghrib sehingga terbit fajar, akan mendapat pahala ibadah selama 1000 bulan. Jadi jika selama ini, kita ada melakukan solat terawih, solat witir di surau atau masjid, Insya Allah kita akan beroleh ganjaran tersebut. Keistimewaan ini hanya diberi kepada umat Nabi Muhammad SAW yang hayat dan jangka usia pendek pendek berbanding umat terdahulu. 

Selain dari itu, kita kena juga memburu detik dan saat para Malaikat menyalami mereka yang sedang beribadah. Inilah yang dikatakan memburu Lailatul Qadr di mana doa akan diperkenankan. Nabi Muhammad SAW mengajar isteri baginda Saiditina Aishah untuk membaca doa "Allahumma Innaka Affuwun Tuhibbul Afwa Faqfuanna" jika dirasa kita telah bertemu dengan detik tersebut. Hanya mereka yang mengalaminya sahaja akan tahu jika mereka sedang berada pada detik itu. 

Terima kasih pada Kak Ana, bekas boss dan rakan karib yang sentiasa membimbing saya dan memberi motivasi untuk saya dalam menghabiskan sisa usia. Bak kata Ustazah Norhafizah ketika memberi tazkirah di Auditorium BNM, "syurga itu luas. Jangan masuk syurga sorang sorang. Doakan agar semua orang lain juga dapat masuk syurga". Lagi pulak, bila kita berkongsi atau mengajar sesuatu, ianya akan menjadi perkongsian ilmu yang bermanfaat yang pahalanya mengalir hatta selepas kita mati.  

Sebetulnya saya sangat sedih kerana Ramadhan akan berakhir tidak lama lagi. Dan juga kerana inilah Ramadhan terakhir saya ketika dalam perkhidmatan. Saya pasti merindui saat berjalan ke surau untuk ke majlis ilmu. Bila tidak lagi bekerja, saya perlu mungkin memandu berjam dengan kesesakan lalu lintas atau kesukaran mencari parking untuk ke majlis ilmu yang diadakan di masjid. 

Sedang di sini, setiap hari ada majlis ilmu di waktu makan tengahari. Namun begitu, tidak ramai staff yang hadir majlis ilmu. Ada yang semakin tinggi jawatan semakin menjauhi majlis seperti ini. Itu adalah pemerhatian ikhlas saya. Mungkin solat juga bersendirian di bilik pejabat sendiri. Sesungguhnya bila kita mati, semua pangkat dan harta tidak dibawa. Hahaha jangan ada yang terasa dan marah pula sebab kebenaran adalah sesuatu yang pahit... OK setakat ini dahulu, coretan dari hati saya buat anda semua.

Biasalah dah akhir akhir Ramadhan ni, dah tak ada selera dan tak tahu nak makan atau nak masak apa untuk berbuka mahu pun bersahur.  Semasa bersembang dengan Syed, rakan sekerja, beliau bercerita yang beliau memasak untuk hidangan berbuka dan bersahur. Jadi saya minta beliau kongsikan apa yang biasa dimasak.

Haa dari situ lah dapat idea untuk menyediakan nasi goreng ikan goreng ini. Ikan goreng yang sedap digunakan dalam nasi goreng ini adalah ikan goreng yang telah digoreng beberapa jam sebelumnya. Digoreng petang jika untuk dimasak waktu sahur. Tapi kerana saya menyediakan nasi goreng ini untuk berbuka, jadi lepas goreng, terus disiak siakkan isinya dan campak terus ke dalam nasi goreng.

Serious bahaya makan masakan seperti ini. Apa tidaknya, dari makan satu senduk, akhir akhirnya menambah nambah sampai 4 kali. Lagi pula, saya memang peminat nasi goreng dan saya boleh makan nasi goreng bila bila masa jer sebagai sarapan, makan tengahari atau malam.  Begitu versatilenya nasi goreng di tekak saya. Saya simpan sikit untuk sahur, pun saya makan menambah nambah waktu sahur. Itu yang saya kata bahaya sebab tak tahu nak berhenti.   
Jom layan resepi yang saya gunakan semalam. Saya tak makan belacan kerana tidak mahu tergaru garu dengan allergy. Jadi digantikan dengan kiub ikan bilis. Jika dapat guna belacan yang dibakar seketika, memang lagi win. Selamat mencuba... 

Nasi Goreng Ikan GorengOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 mangkuk nasi putih2 ekor ikan kembung gorengKacang panjangGaram
Bahan tumbuk:4 biji bawang merah4-5 tangkai cili padi - ikus pedas disukaiBelacan bakar - saya ganti kiub ikan bilis
Cara cara:Ikan dilumur garam kunyit dan goreng. Carik carikkan isi ikan. 

Panaskan minyak dan masukkan kiub pati ikan  bilis dan kacau rata. Masukkan bahan tumbuk kasar dan tumis sehingga naik bau. 


Masukkan kacang panjang dan nasi putih. Kacau rata. 
Masukkan isi ikan dan garam secukup rasa. Siap. Boleh dihidangkan dengan cili potong. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/05/nasi-goreng-ikan-goreng-yang-sangat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple Dan Cepat Kesukaan Ramai

Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple Dan Cepat Kesukaan Ramai

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 2006 hits
Aneka Resepi Nasi Goreng Sedap Simple dan Cepat Kesukaan Ramai Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Tudiaaa time siang macam ni lah nak tunjuk aneka nasi goreng sedap sedap kan Sengaja nak menyeksa jiwa raga kan Hahaha Rileksss I m j...
Kerabu Ikan Bilis Sedap Tak Terkata

Kerabu Ikan Bilis Sedap Tak Terkata

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 378 hits
Bila menikmati kerabu dengan nasi panas panas tentunya penambah selera makan Setengah kita tanpa lauk lain hanya kerabu sudah melengkapi menu harian Terdapat pelbagai jenis kerabu boleh dihidangkan dengan pelbagai versi RASA kongsi resipi k...
Resipi Lauk Kampung Asam Pedas Ikan Kembung Paling Mudah Sedap Tak Hanyir

Resipi Lauk Kampung Asam Pedas Ikan Kembung Paling Mudah Sedap Tak Hanyir

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 1605 hits
Terasa nak makan lauk pauk yang simple sahaja untuk sajian makan tengahari ni Menu perkongsian saudari Akma Abdullah ni boleh dicuba Memang mudah yang paling penting sangat sedap ASAM PEDAS IKAN KEMBUNGBAHAN BAHAN 6 ekor ikan potong 22 kunt...
Ikan Sardin Masak Kicap Black Pepper Sedap

Ikan Sardin Masak Kicap Black Pepper Sedap

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 697 hits
Resepi mudah yang tak payah fikir lebih lebih kalau masak lauk ini Iaitu ikan sardin masak kicap black pepper yang sentiasa rasa sedap dan lazat Nak masaknya pun mudah sangat Makan pun sedap siap bertambah tambah nasi di pinggan apabila ada...
Resepi Ikan Kerisi Goreng Sambal

Resepi Ikan Kerisi Goreng Sambal

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 684 hits
Hari ni mama nak kongsikan Resepi Ikan Kerisi Goreng Sambal yang mama buat berbuka beberapa hari lepas Mama buat style kering macam di Restoran Selera Kampung yang mama suka tu Sedap bila makan dengan nasi panas you Jom lah tengok resepi Mu...
Bersahur Dengan Menu Ikan Patin Tempoyak Asli Temerloh Dan Nasi Putih Panas

Bersahur Dengan Menu Ikan Patin Tempoyak Asli Temerloh Dan Nasi Putih Panas

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 1308 hits
As Salam Bersahur Dengan Ikan Patin Tempoyak Asli Temerloh Dan Nasi Putih Panas Amacam Dapat tak korang bayangkan enaknya kalau bersahur dengan Nasi Panas dan Kuah Ikan Patin yang segar berlemak dan masam pedas rasanya hehe Janganlah marah ...
Kuih Puteri Mandi Yang Sangat Mudah Dan Sedap

Kuih Puteri Mandi Yang Sangat Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 1180 hits
Kuih Puteri Mandi Yang Sangat Mudah dan Sedap Allhamdulillah Jumaat lalu sempat saya buat kuih puteri mandi bagi menghabiskan sisa tepung pulut yang saya buat onde onde hari tu Cara nak buatnya sama juga dengan onde onde tu mudah sangat duk...
Tip Ikan Bilis Yang Dimasak Lebih Sedap Dan Tak Liat

Tip Ikan Bilis Yang Dimasak Lebih Sedap Dan Tak Liat

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 334 hits
Bagi peminat sambal ikan bilis adalah salah satu bahan utama untuk membuat sambal Senang cakap kalau ada bawang cili dan ikan bilis dah cukup nak buat sepiring sambal sebagai pelengkap dalam hidangan Namun pernah tak korang masak sambal tap...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding