Kelantan Sangkal Aktiviti Lombong Punca Orang Asli Sakit


Bernama Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah berkata, dakwaan mengatakan penularan penyakit pneumonia dalam kalangan Orang Asli disebabkan aktiviti perlombongan adalah terlalu awal. (Gambar Facebook) KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyangkal dakwaan penularan penyakit radang paru-paru dalam kalangan Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh, Gua Musang berpunca daripada aktiviti perlombongan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah berkata, laporan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menunjukkan penyakit radang paru-paru merupakan penyakit bawaan udara, bukannya air.

“Setakat ini laporan awal pneumonia ini adalah kesulitan untuk bernafas dan berkait dengan udara, tiada kaitan dengan air. Kalau kita kata penyakit (yang menular dalam kalangan Orang Asli) disebabkan aktiviti perlombongan terlalu awallah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat di kediaman rasmi menteri besar Kelantan di JKR 10 di sini, hari ini.

Ditanya adakah kerajaan negeri meluluskan sebarang aktiviti perlombongan di kawasan perkampungan itu, Mohd Amar yang juga pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Wilayah, Kesejahteraan Rakyat dan Integriti berkata, kerajaan negeri sedang merujuk perkara berkenaan dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG).
Menjawab soalan adakah aktiviti perlombongan haram berlaku di kawasan tersebut, Mohd Amar berkata, perkara tersebut berada di bawah bidang kuasa PTG.

“PTG yang bertanggungjawab sebab dia ada bahagian penguatkuasaan, jadi kalau nak rujuk pun kena rujuk dengan PTG.

“Saya nak jawab pun tak boleh sebab saya pun kena dapatkan maklumat dahulu (daripada PTG) kalau betul benda (perlombongan haram) ini berlaku,” katanya.

Mohd Amar juga berkata, antara tindakan yang diambil kerajaan negeri, termasuklah memberi kerjasama kepada semua agensi terlibat bagi menangani masalah tersebut supaya tidak berlarutan.

“Kita tak boleh nak pergi tak menentu (campur tangan dalam bidang agensi) macam tu sebab setiap orang ada bidang tugas masing-masing, jadi kita bergerak mengikut bidang tugas (yang telah ditetapkan).

“Kita memang memberi kerjasama penuh kepad Jakoa (Jabatan Kemajuan Orang Asli) dalam semua bidang.

“Tapi yang kena ‘lead’ (mengetuai) tindakan ini adalah Jakoa sebab ia ditubuhkan untuk menjaga kebajikan Orang Asli,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/kelantan-sangkal-aktiviti-lombong-punca.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Nafi Dua Penduduk Orang Asli Meninggal Kerana Sakit Misteri

Polis Nafi Dua Penduduk Orang Asli Meninggal Kerana Sakit Misteri

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 328 hits
GUA MUSANG Polis menafikan dua penduduk Orang Asli yang meninggal dunia di Kampung Kuala Koh di sini pada 29 Mei lepas dan semalam berpunca sakit misteri Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Taufik Maidin berkata kedua dua mangsa seo...
Ekoran Isu Kematian Orang Asli Kuala Koh Ini Punca Sebenar Penyakit Pneumonia

Ekoran Isu Kematian Orang Asli Kuala Koh Ini Punca Sebenar Penyakit Pneumonia

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 416 hits
Baru baru ini tular kes penyakit Pneumonia yang merebak di kawasan penempatan Orang Asli di Kuala Koh dan menyebabkan beberapa penduduk di situ meninggal dunia Apa yang boleh dikatakan penyakit ini adalah satu jangkitan kuman pada tisu paru...
Dedah Segera Punca Kematian Orang Asli Kuala Koh

Dedah Segera Punca Kematian Orang Asli Kuala Koh

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 546 hits
ULASAN KHASSungai Aring yang diambil mengguna droneseperti dilapirkan oleh NST 3 Mac 2019KEJADIAN yang menimba masyarakat Orang Asli kaum Bateq di Kuala Koh Gua Musang yang dilaporkan telah meragut 13 nyawa perlu dipandang serius Tidak bole...
Pencemaran Lombong Ladang Di Kelantan Ragut Nyawa

Pencemaran Lombong Ladang Di Kelantan Ragut Nyawa

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 460 hits
Pencemaran lombong ladang di Kelantan ragut nyawaPosted By on June 10 2019Kesan kumulatif aktiviti perlombongan dan perladangan di hutan Kelantan sepanjang sedekad yang lalu dipercayai menjadi punca kepada 14 kematian baru baru ini di kalan...
Orang Asli Mati Akibat Pengabaian Kerajaan Kelantan

Orang Asli Mati Akibat Pengabaian Kerajaan Kelantan

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 324 hits
Orang Asli mati akibat pengabaian kerajaan Kelantan Posted By on June 11 2019Kes kematian ramai Orang Asli di hulu Kelantan berlaku kerana kerajaan negeri gagal melindungi masyarakat itu daripada kesan perlombongan pembalakan dan perladanga...
Muzium Sumber Asli Universiti Malaysia Kelantan Usaha Mencungkil Minat Cintai Alam

Muzium Sumber Asli Universiti Malaysia Kelantan Usaha Mencungkil Minat Cintai Alam

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 543 hits
Nivaarani Arumugam Pensyarah Fakulti Sains Bumi Universiti Malaysia Kelantan Muzium perkataan yang sering didengari oleh kita semasa zaman kecil dan sentiasa disenaraikan sebagai destinasi yang harus dilawati pada waktu kecil Apabila disebu...
Tragedi Suku Bateq Mustahil Kerajaan Kelantan Tak Tahu Kewujudan Lombong Tengku Zulpuri

Tragedi Suku Bateq Mustahil Kerajaan Kelantan Tak Tahu Kewujudan Lombong Tengku Zulpuri

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 486 hits
Pada 13 Jun 2019Mustahil Kerajaan Negeri Kelantan tidak tahu tentang kewujudan kawasan perlombongan bijih besi berhampiran penempatan penduduk Orang Asli suku Bateq di Kuala Koh Gua Musang kata Timbalan Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Ten...
Manis Sungguh Orang Kelantan Sakit Kepala Dibuatnya

Manis Sungguh Orang Kelantan Sakit Kepala Dibuatnya

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 670 hits
Malam ini adalah malam ke 3 Master dan Mummy tidur di HUSM dan malam ke 2 mereka tidur di Klinik Usains sempena Mummy melahirkan baby Aidan Master keluar ke kedai Jains Rstaurant Thai Food untuk bungkus makanan sahur nanti Adus keluh Master...
Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today