Naratif Melayu Dalam Malaysia Baru


Perlu diakui bahawa selepas PRU14, perubahan yang berlaku bukan sekadar dalam arena politik, tetapi suatu gelombang besar namun senyap sedang bergerak
Keresahan terhadap masa depan orang Melayu dan Islam mula kedengaran dan semakin meluas
Dalam era Malaysia Baru yang dikatakan berasaskan demokrasi, progresif, dan inklusif ini ia mempunyai tafsiran yang pelbagai
Setiap kelompok cuba memaknakan istilah tersebut berdasarkan kecenderungan pegangan politik dan indentiti masing-masing
Awalnya selepas PRU14, perubahan itu bersifat politik namun kini telah sifatnya berkembang menjadi lebih daripada sekadar perebutan kuasa
Ia membentuk stigma antara kaum di negara yang semakin menjurang. Ini sekali gus boleh merosakkan pembinaan negara bangsa
Kecenderungan perubahan ini bermula secara jelas sejak era reformasi tetapi gerakan tersebut tidak berupaya membuat perubahan besar dalam negara
Jadi bualan merata-rataMeskipun Anwar Ibrahim masuk penjara dua kali dan kerajaan BN dilanda pelbagai masalah, tiada kesan politik yang boleh mengubah keadaan
Sebaliknya kemunculan semula Mahathir Mohamad sebelum PRU14 menjadikan suasana politik tanah air mengalami kejutan, dan diterjemahkan dengan keputusan rakyat untuk menukar parti pemerintah buat kali pertama sejak enam dekad lalu
Sama ada Anwar, Mahathir atau sesiapa sahaja, strategi politik dalam memahami sosiobudaya masyarakat adalah sangat penting. Ini adalah soal budaya
Salah satu stigma yang muncul dalam naratif Melayu pada era Malaysia Baru ialah masyarakat itu terancam. Sama ada benar atau tidak, itu bukan persoalannya, tapi naratif "Melayu terancam" menjadi wacana umum di merata-rata tempat
Kejatuhan parti Melayu - Umno dan PAS - dalam PRU14 dianggap kejatuhan politik orang Melayu
Meskipun Mahathir mengetuai kerajaan dan ada parti serpihan Umno - iaitu Bersatu - situasi tersebut masih tidak cukup kuat untuk menggantikan ikon kuasa politik Melayu baru
Amanah pula masih tercari-cari hala tuju dan identiti parti selepas PAS kian mengukuhkan kedudukannya di kawasan majoriti Melayu dan Pantai Timur
PKR pula sedang bergelut membina kekuatan sedangkan DAP menjadi parti yang mendapat banyak faedah jika mereka bertindak lebih matang dan wajar
Selalu diulang-ulangPandangan Mahathir yang kritis tentang Melayu bertitik tolak daripada pengalamannya sebagai perdana menteri dan anggota Umno
Pandangan itu adalah kerana beliau mahu membantu orang Melayu maju dan berdaya saing dengan bangsa lain. Bahkan sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi, Mahathir berpendirian begitu
Mahathir menyebut bahawa Melayu itu malas, cepat berpuas hati, inferiority complex, tidak mahu bersaing, kurang daya tahan, enggan susah, kurang berusaha dan sebagainya selalu diulang-ulang. Begitu juga halnya dengan naratif Melayu yang perlu bertongkat
Apakah perbezaan Melayu dalam pemikiran Mahathir dengan pemikiran Frank Swettenham serta Abdullah Munsyi? Ada persamaan dalam perbezaan
Pemikiran ini wujud di bawah pengaruh penjajah dan bersifat sinikal. Pandangan itu bertitik tolak untuk memperkecilkan keupayaan orang Melayu
Naratif ini ditanam oleh pihak kolonial bagi membentuk pemikiran kebergantungan kepada pihak berkuasa agar ia memudahkan penjajah menguruskan orang tempatan
Hasrat Mahathir untuk memajukan orang Melayu ialah dengan membuang 'tongkat' yang selama ini digunakan mereka
Mahathir percaya tongkat ini sudah menjadi puaka dan menghalang orang Melayu daripada meningkat maju
Pada masa sama langkah ini diambil kesempatan oleh pihak lain secara tidak adil. Bagi orang Melayu yang konservatif, tongkat adalah simbol
Harmoni, matang dan terbuka'Tongkat' yang membantu Melayu selama ini dianggap sebagai sebahagian simbol kewujudan bangsa. Tanggapan ini lahir daripada pendekatan kerajaan dan mentaliti masyarakat Malaysia selama ini
Sebarang langkah membuang atau sekadar cuba mengurangkan tongkat dianggap orang Melayu sebagai agenda mencabar kewujudan dan simbol bangsa
Keghairahan membuat perubahan sehingga menganggu-gugat tongkat sebenarnya meresahkan orang Melayu konservatif. Itu langkah provokasi
Sebagai tindak balasnya, Melayu konservatif bertindak secara provokasi juga
Lalu naratif Melayu dan kaum lain dalam Malaysia Baru tidak keluar dari kepompong perkauman dan saling mengancam
Naratif hidup bermasyarakat yang harmoni, matang dan terbuka mula terhakis dengan ketara
Kelompok Melayu yang merdeka jiwanya tidak terikat dengan kebergantungan kepada pemimpin. Mereka tidak memerlukan 'tongkat'
Mereka juga tidak mengerumuni pemimpin politik seumpama semut menghurung gula. Tapi Melayu jenis sebaliknyalah yang dilahirkan oleh Umno sejak berdekad-dekad lamanya
Kelompok Melayu ini minoriti tetapi kewujudannya sangat signifikan dan menjadi budaya yang berakar umbi dari tradisi Melayu sejati, pejuang dan pengembara alam
Malangnya Melayu kategori ini tidak berada pada arus perdana. Keberadaan mereka sebagai seorang Melayu yang berjaya tidak terserlah lantaran cara hidupnya dipayungi dengan kesederhanaan
Pemaknaan "kekayaan" dalam pemikiran Melayu terjajah cuma dalam kerangka material, sekular dan barat. Kekayaan ini diukur pada skala kebendaan
Berkasih sayang, saling membantuInilah yang terkandung dalam buku Revolusi Mental dan Malay Dilemma. Sedangkan pemaknaan kekayaan dalam minda orang Melayu merdeka adalah lebih luas
Inilah kegagalan sesetengah pemimpin Melayu hari ini. Mereka tidak dapat memahami maksud "kekayaan" dalam pemikiran orang Melayu sejati. Orang Melayu tidak gemar mempamerkan kekayaan mereka
Inilah juga sebenarnya sifat orang timur yang merendah diri dan sederhana
Cara dan gaya orang Melayu berfikir berubah dengan proses penjajahan, pemodenan dan globalisasi yang hampir tercabut dari akar umbinya
Tapi sememangnya pemikiran apa bangsa pun akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa
Perubahan itu mempunyai kaitan yang penting dengan kelangsungan atau kepupusan sesuatu bangsa. Perubahan yang baik adalah kekal pada akar yang sama tetapi puncaknya menjalar ke langit tinggi
Amalan bergotong-royong dalam kalangan masyarakat Melayu adalah salah satu contoh budaya kesepakatan dalam masyarakat. Amalan ini lahir daripada sifat Melayu yang ringan tangan, berkasih-sayang dan kekitaan
Malangnya sifat sepakat orang Melayu ini tidak menjadi dalam bidang perekonomian dan perniagaan
Tidak seperti kaum Tionghua yang lebih memperlihatkan kesepakatan dan kebergantungan mereka dalam soal perniagaan dan identiti
Budaya Melayu hidupnya saling bergantungan. Bukan kerana lemah tetapi kerana kuatnya rasa bermasyarakat dan bernegara. Budaya Melayu adalah kasih sayang, terbuka dan saling membantu

Atas nilai hidup orang Melayu yang sedemikianlah negara bangsa bernama Malaysia ini wujud. Melayu sanggup berkorban, berkongsi tanah dengan kaum-kaum lain yang bersetuju dengan kontrak sosial yang disepakati bersama
Inilah kemuncak persefahaman yang tertinggi antara kaum di negara kita
DR MUHAIMIN SULAM seorang aktivis politik, pensyarah universiti dan penulis buku serta esei.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiakamu.blogspot.com/2019/01/naratif-melayu-dalam-malaysia-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Heboh 10 Pejabat Mara Akan Ditutup Malang Tak Sudah Orang Melayu Di Malaysia Baru Hancing Viral

Heboh 10 Pejabat Mara Akan Ditutup Malang Tak Sudah Orang Melayu Di Malaysia Baru Hancing Viral

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 553 hits
Kepentingan orang orang Melayu akan lebih terjaga pada era kerajaan Pakatan Harapan kata pemimpin PPBMDengar boleh percaya jangan Hakikat sebenar sekarang ni satu demi satu kepentingan umat Islam dan orang orang Melayu dikacau ganggu dan sa...
Malaysia Baru Tapi Perangai Masih Lama

Malaysia Baru Tapi Perangai Masih Lama

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 369 hits
Reformasi bina semula negara dan Malaysia baru Itu antara ungkapan ungkapan yang meniti dibibir pemimpin Pakatan Harapan sebelum dan selepas berjaya menumbangkan BN pada 9 Mei tahun lalu Pelbagai janji tawaran ditabur membuatkan rakyat terp...
Menteri Remote Control Najib Razak Troll Lagi Menteri Malaysia Baru

Menteri Remote Control Najib Razak Troll Lagi Menteri Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 870 hits
Menteri PH tegas harga ikan kembung cuma RM11 90 satu kg Bukan setinggi RM22 satu kg yang saya perhatikan semalam Dia pantau guna cara remote control Tapi jelas tersesat pantau Ada netizen baik hati back up saya Terima kasih Abang Riz MORE ...
Polisi Malaysia Tangkap Tiga Orang Diduga Hina Raja Yang Baru Turun Takhta

Polisi Malaysia Tangkap Tiga Orang Diduga Hina Raja Yang Baru Turun Takhta

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 344 hits
Meski tak gaduh Negeri Jiran sedang menghadapi situasi yang luar biasa Sehari sebelumnya sang Kepala Negara Sultan Muhammad V memutuskan turun takhta Itu adalah kali pertama terjadi sepanjang sejarah Malaysia sejak kemerdekaan dari Inggris ...
Malaysia Baru Yang Tercela Ydp Agong Letak Jawatan

Malaysia Baru Yang Tercela Ydp Agong Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 541 hits
Penubuhan Malaysia Baru di mulakan dengan fitnah yang keji cacian dan makian terhadap Seri Paduka Baginda kononnya berkomplot dengan parti pemerintah lama bagi menghalang Mahathir mengangkat sumpah Perdana Menteri sedangkan Baginda sedang m...
Benarkah Kita Di Era Malaysia Baru

Benarkah Kita Di Era Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 434 hits
Malaysia baru perangai lama Reformasi bina semula negara dan Malaysia baru Itu antara ungkapan ungkapan yang meniti dibibir pemimpin Pakatan Harapan sebelum dan selepas berjaya menumbangkan BN pada 9 Mei tahun lalu Pelbagai janji tawaran di...
Sultan Pahang Terpilih Jadi Raja Baru Malaysia

Sultan Pahang Terpilih Jadi Raja Baru Malaysia

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 483 hits
Hasil perundingan oleh Dewan Penguasa menetapkan Sultan Abdullah Ri ayatuddin sebagai pengganti Sultan Muhammad V yang mengundurkan diri dari jabatannya pada 6 Januari lalu setelah hanya dua tahun bertakhta
Agama Baru Dari Jepun Kini Berada Di Malaysia Semua Nabi Di Tapau Temuramah

Agama Baru Dari Jepun Kini Berada Di Malaysia Semua Nabi Di Tapau Temuramah

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 319 hits
Agama Baru Dari Jepun Bertapak Di MalaysiaHappy Science atau disebut dalam bahasa Jepun Kofuku no Kagaku adalah sebuah gerakan keagamaan dan kerohanian yang ditubuhkan di Jepun pada 6 Oktober 1986 oleh Ryuho Okawa Beliau merupakan seorang p...
Wasiat Raja Melayu Yang Perlu Difahami Oleh Rakyat Malaysia

Wasiat Raja Melayu Yang Perlu Difahami Oleh Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 476 hits
SD Salleh Generasi baru dan kaum yang bukan Melayu kebanyakannya tidak mengetahui akan wujudnya wasiat Raja Raja Melayu Samada mereka kurang pendedahan terhadap sejarah ataupun mereka sengaja tidak mahu ambil tahu kewujudannya Inilah punca ...
Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Resepi Kerabu Nangka Muda Stail Kenduri Di Kedah

Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara

Special Offer Kepada Non Muslim

The Role Of Tankless Water Heaters In Contemporary Home Design

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order