Malaysia Baru Tapi Perangai Masih Lama




Reformasi, bina semula negara dan Malaysia baru. Itu antara ungkapan-ungkapan yang meniti dibibir pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebelum dan selepas berjaya menumbangkan BN pada 9 Mei tahun lalu.

Pelbagai janji, tawaran ditabur membuatkan rakyat terpesona sehingga PH berjaya menumbangkan sebuah kerajaan yang bertapak di bumi Malaysia ini sejak lebih 60 tahun lalu.

Janji untuk membawa perubahan yang menyeluruh serta ingin membina semula negara telah berjaya "memikat" hati rakyat untuk berubah memberi peluang kepada PH menerajui negara.

Rakyat berarak di jalan raya, Dr Mahathir Mohamad disambut bagaikan wira ketika meraikan kemenangan penuh bermakna. Suara rakyat menjadi suara keramat.

Slogan perjuangan untuk rakyat, kerajaan rakyat menjadi kata-kata penuh bermakna. Besar juga harapan rakyat untuk melihat perubahan total Malaysia baru yang dicanangkan PH.

Hari ini kira-kira sembilan bulan PH menguasai negara, apa yang diimpikan rakyat masih belum tampak membuahkan hasilnya kecuali BN tumbang dan Najib Razak tidak lagi menjadi perdana menteri serta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sudah "dikebumikan".

Harga barang masih tinggi

Janji 100 hari manifesto gagal ditunaikan dan akhirnya ia bukan lagi "kitab suci" yang perlu dipatuhi. Harga barang masih lagi tinggi, kos sara hidup masih belum lagi turun dan banyak lagi janji-janji manis yang belum terlaksana.

Pembaharuan dalam urus tadbir negara yang diharapkan rakyat masih kabur, digelapkan lagi dengan tularnya video ketua hakim negara dan peguam negara terkinja-kinja menari dalam satu majlis.



Bak kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang umpama "kera kena belacan". Penularan video itu sedikit sebanyak menghakis kewibawaan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga undang-undang dan kehakiman negara.

Zaman BN, situasi sama pernah berlaku apabila peguam negara ketika itu, Mohamed Apandi Ali menari di khalayak ramai, berbondong-bondong kritikan dan tidak kurang juga ramai "pahlawan-pahlawan" PH tampil mendesaknya supaya melepaskan jawatan.

Begitu juga zaman BN apabila berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) maka banyaklah program-program menteri akan diatur di kawasan terbabit, situasi sama juga berlaku di era PH.

Pelanggaran tatacara kempen dibiar

Bila berlaku PRK maka berduyun-duyunlah menteri-menteri turun untuk melawat sekolah, melawat balai polis, kem tentera dan sebagainya.

Pembaharuan sistem pilihan raya yang dijanjikan juga hanya sekadar sedap didengar, pelanggaran tatacara kempen masih berlaku dan 'dibiarkan' begitu saja.

Penggunaan kenderaan kerajaan ketika berkempen masih berlaku. Lebih parah lagi apabila kantoi timbalan menteri seakan mengamuk 'kebudak-budakan'.

Pemimpin-pemimpin politik masih lagi dilantik menerajui syarikat ataupun entiti berkaitan kerajaan, lebih parah lagi isteri dan anak dilantik menjadi ahli lembaga pengarah serta pengerusi agensi kerajaan.

Inikah Malaysia baru yang dibanggakan PH?



Sewaktu Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri, Khairy Jamaluddin menjadi sasaran pembangkang yang mendakwa menantu bekas perdana menteri itu mencampuri urusan hal ehwal kerajaan.

Begitu juga pada era Najib, isterinya Rosmah Mansor menjadi sasaran pembangkang. Pada ketika itu, Rosmah dicanangkan sebagai orang di belakang tabir pentadbiran Najib.

Hari ini pada era pentadbiran baru, PH melakukan perkara sama, malah ada yang lebih teruk jika dibandingkan dengan kerajaan BN.

Apakah menteri dan pemimpin PH fikir rakyat kini masih bodoh? Mudah dipermain-mainkan sesuka hati, jangan fikir begitu. Orang Asli di kawasan pedalaman juga ambil tahu hal ehwal pentadbiran negara.

Jangan pandang enteng pada suara rakyat suara keramat kerana kelak ia akan memakan diri.

Kuasa sementara

Tiada guna kerajaan baru dan apalah maknanya Malaysia baru jika perangai lama masih tidak mampu dikikis dan dibuang seperti mana pengharapan rakyat.

Pada era Malaysia baru rakyat bukan lagi penakut ataupun boleh disogok dengan gula-gula. Jangan main-main dengan kuasa rakyat.

Jika perangai kerajaan lama menjadi amalan kerajaan baru, maka siap sedialah untuk menjadi mangsa serangan ataupun 'troll bossku' yang bakal disambut oleh 'tentera bawang'.

Bekerjalah dengan sepenuh hati seikhlas mungkin seperti dijanjikan kepada rakyat kerana kuasa yang ada ketika ini hanyalah bersifat sementara.


Rakyat sedang memerhati.

HASPAIZI ZAIN ialah wartawan Malaysiakini.

Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi sidang redaksi Malaysiakini.


© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/01/malaysia-baru-tapi-perangai-masih-lama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Tahu Rupa Rupanya Ini Cara Buat Cili Kisar Tahan Lama Berbulan Tak Berkulat

Baru Tahu Rupa Rupanya Ini Cara Buat Cili Kisar Tahan Lama Berbulan Tak Berkulat

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 1003 hits
Masakan orang Malaysia memang tak sah kalau tak pakai cili Barulah lebih kaw dan menyengat Biasanya dalam masakan kita akan guna cili kisar Untuk memudahkan kerja kita kisar sekali banyak dan simpan untuk beberapa kali kegunaan Tapi kadang ...
Baru Nak Jadi Laki Balik Kahwin Wanita Bertudung Tapi

Baru Nak Jadi Laki Balik Kahwin Wanita Bertudung Tapi

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 391 hits
Usahawan kosmetik Safiey Ilias sememangnya tidak pernah lekang daripada kontroversi panas Namun sehingga hari ini masih ramai yang berharap agar Safiey berubah The post appeared first on
Suratan Atau Kebetulan Wanita Terkejut Tunang Muncul Dalam Gambar Lama Waktu Masih Kanak Kanak

Suratan Atau Kebetulan Wanita Terkejut Tunang Muncul Dalam Gambar Lama Waktu Masih Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 462 hits
Pepatah suratan atau kebetulan sering kali digunakan bagi menggambarkan kejadian yang tanpa tidak disengajakan sama ada melibatkan ajal jodoh atau rezeki Tidak kira ianya melibatkan hal yang baik mahupun tidak baik Sementara kebetulan yang ...
Saya Baru Kenal Tapi Sudah Jatuh Cinta Nazri Aziz

Saya Baru Kenal Tapi Sudah Jatuh Cinta Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 375 hits
Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bercakap ketika sesi walkabout bersama Komuniti Orang Asli Pos Mensun sempena Pilihan Raya Kecil P 078 Parlimen Cameron Highlands di Sekolah Kebangsaan Menson Tanah Rata ...
Informasi K Tan Masih Tunggu Bayaran Royalti Kita Kenal Lama Lidah Tun M

Informasi K Tan Masih Tunggu Bayaran Royalti Kita Kenal Lama Lidah Tun M

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 305 hits
KOTA BHARU Kerajaan Kelantan masih menunggu bayaran royalti seperti dijanjikan kerajaan pusat kata Menteri Besar Ustaz Dato Ahmad Yakob berkata jumlah bayaran itu yang akan diberi bergantung kepada kerajaan pusat Menurutnya kerajaan negeri ...
Baru Usia 6 Tahun Tapi Dah Sangat Biadap Tak Pernah Ditegur Dari Kecil Anak Boleh Rosak Masa Depan

Baru Usia 6 Tahun Tapi Dah Sangat Biadap Tak Pernah Ditegur Dari Kecil Anak Boleh Rosak Masa Depan

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 589 hits
Pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya sesuai untuk menggambarkan bahawa didikan setiap orang harus bermula sejak dari kecil Jika sudah terbiasa ditegur untuk melakukan perkara yang betul di usia kanak kanak kebiasaannya apabila dewa...
Lepas Discharge Hospital Datang Perangai Baru Pulak Dah

Lepas Discharge Hospital Datang Perangai Baru Pulak Dah

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 659 hits
Assalamualikum pembaca disayangi semua kalian semua sihat Alhamdulilah 18 Januari 19 sempena hari Jumaat penghulu segala hari doktor pakar beri kebenaran discharge setelah kali ke lima dressing Syukur alhamdulilah 23 hari berperang masa di ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage