Benarkah Kita Di Era Malaysia Baru


Malaysia baru, perangai lama
Reformasi, bina semula negara dan Malaysia baru. Itu antara ungkapan-ungkapan yang meniti dibibir pemimpin Pakatan Harapan (PH) sebelum dan selepas berjaya menumbangkan BN pada 9 Mei tahun lalu.
Pelbagai janji, tawaran ditabur membuatkan rakyat terpesona sehingga PH berjaya menumbangkan sebuah kerajaan yang bertapak di bumi Malaysia ini sejak lebih 60 tahun lalu.
Janji untuk membawa perubahan yang menyeluruh serta ingin membina semula negara telah berjaya “memikat” hati rakyat untuk berubah memberi peluang kepada PH menerajui negara.
Rakyat berarak di jalan raya, Dr Mahathir Mohamad disambut bagaikan wira ketika meraikan kemenangan penuh bermakna. Suara rakyat menjadi suara keramat.
Slogan perjuangan untuk rakyat, kerajaan rakyat menjadi kata-kata penuh bermakna. Besar juga harapan rakyat untuk melihat perubahan total Malaysia baru yang dicanangkan PH.
Hari ini kira-kira sembilan bulan PH menguasai negara, apa yang diimpikan rakyat masih belum tampak membuahkan hasilnya kecuali BN tumbang dan Najib Razak tidak lagi menjadi perdana menteri serta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sudah “dikebumikan”.
Harga barang masih tinggi
Janji 100 hari manifesto gagal ditunaikan dan akhirnya ia bukan lagi “kitab suci” yang perlu dipatuhi. Harga barang masih lagi tinggi, kos sara hidup masih belum lagi turun dan banyak lagi janji-janji manis yang belum terlaksana.
Pembaharuan dalam urus tadbir negara yang diharapkan rakyat masih kabur, digelapkan lagi dengan tularnya video ketua hakim negara dan peguam negara terkinja-kinja menari dalam satu majlis.
Bak kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang umpama “kera kena belacan”. Penularan video itu sedikit sebanyak menghakis kewibawaan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga undang-undang dan kehakiman negara.
Zaman BN, situasi sama pernah berlaku apabila peguam negara ketika itu, Mohamed Apandi Ali menari di khalayak ramai, berbondong-bondong kritikan dan tidak kurang juga ramai “pahlawan-pahlawan” PH tampil mendesaknya supaya melepaskan jawatan.
Begitu juga zaman BN apabila berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) maka banyaklah program-program menteri akan diatur di kawasan terbabit, situasi sama juga berlaku di era PH.
Pelanggaran tatacara kempen dibiar
Bila berlaku PRK maka berduyun-duyunlah menteri-menteri turun untuk melawat sekolah, melawat balai polis, kem tentera dan sebagainya.
Pembaharuan sistem pilihan raya yang dijanjikan juga hanya sekadar sedap didengar, pelanggaran tatacara kempen masih berlaku dan ‘dibiarkan’ begitu saja.
Penggunaan kenderaan kerajaan ketika berkempen masih berlaku. Lebih parah lagi apabila kantoi timbalan menteri seakan mengamuk ‘kebudak-budakan’.
Pemimpin-pemimpin politik masih lagi dilantik menerajui syarikat ataupun entiti berkaitan kerajaan, lebih parah lagi isteri dan anak dilantik menjadi ahli lembaga pengarah serta pengerusi agensi kerajaan.
Inikah Malaysia baru yang dibanggakan PH?
Sewaktu Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri, Khairy Jamaluddin menjadi sasaran pembangkang yang mendakwa menantu bekas perdana menteri itu mencampuri urusan hal ehwal kerajaan.
Begitu juga pada era Najib, isterinya Rosmah Mansor menjadi sasaran pembangkang. Pada ketika itu, Rosmah dicanangkan sebagai orang di belakang tabir pentadbiran Najib.
Hari ini pada era pentadbiran baru, PH melakukan perkara sama, malah ada yang lebih teruk jika dibandingkan dengan kerajaan BN.
Apakah menteri dan pemimpin PH fikir rakyat kini masih bodoh? Mudah dipermain-mainkan sesuka hati, jangan fikir begitu. Orang Asli di kawasan pedalaman juga ambil tahu hal ehwal pentadbiran negara.
Jangan pandang enteng pada suara rakyat suara keramat kerana kelak ia akan memakan diri.
Kuasa sementara
Tiada guna kerajaan baru dan apalah maknanya Malaysia baru jika perangai lama masih tidak mampu dikikis dan dibuang seperti mana pengharapan rakyat.
Pada era Malaysia baru rakyat bukan lagi penakut ataupun boleh disogok dengan gula-gula. Jangan main-main dengan kuasa rakyat.
Jika perangai kerajaan lama menjadi amalan kerajaan baru, maka siap sedialah untuk menjadi mangsa serangan ataupun ‘troll bossku’ yang bakal disambut oleh ‘tentera bawang’.
Bekerjalah dengan sepenuh hati seikhlas mungkin seperti dijanjikan kepada rakyat kerana kuasa yang ada ketika ini hanyalah bersifat sementara.
Rakyat sedang memerhati.
Mkini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/01/25/benarkah-kita-di-era-malaysia-baru/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Baru Tapi Perangai Masih Lama

Malaysia Baru Tapi Perangai Masih Lama

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 364 hits
Reformasi bina semula negara dan Malaysia baru Itu antara ungkapan ungkapan yang meniti dibibir pemimpin Pakatan Harapan sebelum dan selepas berjaya menumbangkan BN pada 9 Mei tahun lalu Pelbagai janji tawaran ditabur membuatkan rakyat terp...
Naratif Melayu Dalam Malaysia Baru

Naratif Melayu Dalam Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 393 hits
Perlu diakui bahawa selepas PRU14 perubahan yang berlaku bukan sekadar dalam arena politik tetapi suatu gelombang besar namun senyap sedang bergerak Keresahan terhadap masa depan orang Melayu dan Islam mula kedengaran dan semakin meluas Dal...
Raja Baru Malaysia Fans Setia Arsenal

Raja Baru Malaysia Fans Setia Arsenal

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 319 hits
Raja baru Malaysia ini juga seorang yang cerdas terbukti pernah menjalankan studi di Queen Elizabeth College Oxford University Inggris Di sana Sultan Abdullah mempelajari ilmu kebijakan luar negeri dan diplomasi
Tidak Bersetuju Dengan Pendirian Malaysia Menghalang Atlet Israel Ini Respon Bakal Jurulatih Baru Renang Malaysia

Tidak Bersetuju Dengan Pendirian Malaysia Menghalang Atlet Israel Ini Respon Bakal Jurulatih Baru Renang Malaysia

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 420 hits
KUALA LUMPUR 29 Jan Bekas pembawa pingat Olimpik dari Poland telah memutuskan untuk mernolak tawaran kerja untuk melatih skuad renang Malaysia sebahagiannya berpunca dari keputusan Putrajaya untuk menolak kemasukan atlet Israel Pelantikan B...
Sultan Pahang Terpilih Jadi Raja Baru Malaysia

Sultan Pahang Terpilih Jadi Raja Baru Malaysia

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 478 hits
Hasil perundingan oleh Dewan Penguasa menetapkan Sultan Abdullah Ri ayatuddin sebagai pengganti Sultan Muhammad V yang mengundurkan diri dari jabatannya pada 6 Januari lalu setelah hanya dua tahun bertakhta
Benarkah Dap Gunakan Matta Untuk Tambah Ratusan Ribu Pengundi Baru Cina

Benarkah Dap Gunakan Matta Untuk Tambah Ratusan Ribu Pengundi Baru Cina

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 450 hits
Persatuan Agen2 Pelancungan dan Pengembaraan Malaysia MATTA mahu kerajaan Pakatan berikan perjalanan tanpa visa kepada pelancung2 dari China dengan alasan kononnya ia akan meningkatkan jumlah kedatangan pelancung dari China ke Malaysia Pres...
Menteri Remote Control Najib Razak Troll Lagi Menteri Malaysia Baru

Menteri Remote Control Najib Razak Troll Lagi Menteri Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 869 hits
Menteri PH tegas harga ikan kembung cuma RM11 90 satu kg Bukan setinggi RM22 satu kg yang saya perhatikan semalam Dia pantau guna cara remote control Tapi jelas tersesat pantau Ada netizen baik hati back up saya Terima kasih Abang Riz MORE ...
Retorik Sekolah Rasis Gaya Malaysia Baru

Retorik Sekolah Rasis Gaya Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 438 hits
Buktikan Malaysia Baru tanpa sekolah penyubur rasismeSemalam Timbalan Menteri Pendidikan Cina eh Malaysia Teo Nie Ching bangga beritahu di FB Kementerian Pendidikan China eh Malaysia menyempurnakan majlis pecah tanah tapak baharu SJKC Poi C...
Bangsa Melayu Harus Terima Realiti Ph Dap Sebagai Kerajaan Malaysia Baru

Bangsa Melayu Harus Terima Realiti Ph Dap Sebagai Kerajaan Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 311 hits
Pakatan Harapan masih belum dapat meyakinkan pengundi Melayu bahawa Malaysia Baru bukanlah satu ancaman kata veteran Parti Tindakan Demokratik Lim Kit Siang Apabila ditanya mengenai strategi gabungan pemerintah untuk meyakinkan pengundi Mel...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik