Nak Elak Guntingan Episiotomi Pada Faraj Masa Bersalin Mama Boleh Cuba 9 Langkah Ini


Bila fikirkan koyakan masa bersalin, ngilunya seperti terasa. Rupa-rupanya ada cara yang membolehlah ia dielak. Mama boleh cuba 9 langkah urutan perineum ini.
URUTAN PERINEUM Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan ketika hamil kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses kelahiran yang bakal dilalui kelak.

Ibu dinasihatkan untuk memulakan urutan perineum di antara bahagian lubang dubur dan lubang faraj bermula daripada minggu ke-34 kehamilan sehingga tiba saat mahu melahirkan. Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan urutan perineum berupaya mengurangkan risiko koyakan pada bahagian perineum.

Hal ini juga dapat mengurangkan risiko episotomi yang biasa dilakukan oleh para doktor dengan menggunting sedikit bahagian faraj untuk melancarkan laluan bayi. Lebih daripada itu, kebanyakan wanita yang pernah mengamalkan teknik ini melaporkan mereka tidak mengalami kesakitan di bahagian perineum dalam tempoh tiga bulan selepas melahirkan.
JENIS MINYAK DAN MASA URUTAN Urutan ini boleh anda lakukan sendiri di rumah, satu hingga dua kali sehari dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa, minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Namun yang demikian, elakkan daripada menggunakan minyak bayi, jeli petroleum atau apa jua jenis minyak yang mengandungi bahan kimia.
Selain daripada diri sendiri, anda boleh juga meminta suami melakukan urutan perineum. Apa yang lebih penting, lakukannya sewaktu anda tenang dan jangan sesekali lakukannya dalam keadaan terpaksa. Masa yang paling sesuai untuk melakukan urutan ini ialah sejurus selepas mandi.

Lazimnya selepas mandi, bahagian perineum lebih lembut dan selesa untuk disentuh. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan agar anda mendapatkan pandangan daripada doktor terlebih dahulu sebelum melakukan urutan ini.
LANGKAH DEMI LANGKAH URUTAN PERINEUM Berikut ialah panduan langkah demi langkah untuk anda ikuti;
#1. Cuci tangan anda dengan sempurna. Pastikan kuku sentiasa pendek.
#2. Kedudukan yang sesuai untuk melakukan urutan ini ialah bersandar pada bantal di atas katil atau sofa dengan lutut dibengkokkan ataupun duduk di tandas. Dapatkan kedudukan yang selesa dan pastikan lokasi urutan adalah selamat dan tiada gangguan.
#3. Sapukan jari dengan minyak pilihan anda.
#4. Masukkan satu jari ke dalam dinding faraj iaitu lebih kurang 1 hingga 1.5 inci ke dalam faraj.
#5. Pastikan empat jari lagi jari di bahagian punggung.

#6. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga mengalami sedikit rasa regangan.
#7. Tetapkan keadaan tersebut selama satu hingga dua minit.
#8. Gerakkan kesemua jari mengikut bentuk U dan lakukannya berulang kali. Urut selama mana yang anda mahu atau sekurang-kurangnya lima minit setiap kali.
#9. Selepas selesai melakukan urutan, buat kemutan pada bahagian faraj. Ia dilakukan sama seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
 
The post Nak Elak Guntingan Episiotomi Pada Faraj Masa Bersalin? Mama Boleh Cuba 9 Langkah Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/nak-elak-guntingan-episiotomi-pada-faraj-masa-bersalin-mama-boleh-cuba-9-langkah-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Cepat Sihat Lepas Bersalin 6 Perkara Ini Mama Kena Buat Aliran Darah Makin Ok Otot Kembali Anjal

Nak Cepat Sihat Lepas Bersalin 6 Perkara Ini Mama Kena Buat Aliran Darah Makin Ok Otot Kembali Anjal

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 444 hits
Semestinya ibu ibu mahu segera sihat selepas bersalin 6 perkara yang diketengahkan ini boleh dilakukan semasa dalam pantang Ibu ibu yang lepas bersalin adalah digalakkan untuk melakukan senaman post natal untuk memperbaiki perjalanan darah ...
Mama Papa Boleh Merangkak Sekali Bila Nak Latih Anak Banyak Kelebihannya Bonding Pun Kuat

Mama Papa Boleh Merangkak Sekali Bila Nak Latih Anak Banyak Kelebihannya Bonding Pun Kuat

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 417 hits
Bila anak kita dah mula meniarap dan sudah pandai angkat pinggulnya untuk merangkak mama papa jangan segan silu untuk cuba merangkak bersama Begitu juga dengan anak anak yang sudah besar Apa salahnya bersama sama merangkak supaya anak lebih...
Di Rumah Pun Boleh Nak Ber Me Time Asal Happy Mama Kena Bijak

Di Rumah Pun Boleh Nak Ber Me Time Asal Happy Mama Kena Bijak

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 442 hits
Kecoh juga bila wanita bergelar mama menuntut masa untuk diri sendiri atau me time Sebenarnya me time ni teramatlah perlu untuk wanita bagi merehatkan seketika minda mereka Nak juga relakskan diri sekejap sambil santai dan minum kopi kegema...
Mama Takut Nak Diet Masa Menyusu Bimbang Susu Drop Jadi Kurang Khasiat Pakar Laktasi Kongsi 3 Tips

Mama Takut Nak Diet Masa Menyusu Bimbang Susu Drop Jadi Kurang Khasiat Pakar Laktasi Kongsi 3 Tips

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 439 hits
Takut nak berdiet semasa menyusu Dilema ini tidak dinafikan banyak ibu ibu yang sedang menyusukan bayi Tapi makin dibiarkan makin mencanak pula berat badan apa solusinya Ini pandangan pakar laktasi Ibu menyusu memang cepat lapar kerana seti...
Peritnya Buasir Masa Hamil Akibatkan Pendarahan Bengkak Pada Faraj 11 Tips Ini Boleh Membantu

Peritnya Buasir Masa Hamil Akibatkan Pendarahan Bengkak Pada Faraj 11 Tips Ini Boleh Membantu

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 497 hits
Kehamilan boleh menjadi suatu yang membebankan bagi sebahagian wanita kerana pelbagai perubahan yang dirasai pada tubuh Buasir adalah antara masalah yang menyukarkan mengakibatkan bengkakan dan kesakitan di bahagian faraj APAKAH ITU BUASIR ...
Taska Mana Yang Bagus Untuk Anak Ibu Ayah Boleh Follow Tip Ini Masa Nak Survey

Taska Mana Yang Bagus Untuk Anak Ibu Ayah Boleh Follow Tip Ini Masa Nak Survey

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 670 hits
Bila nak masuk tahun baru mesti akan ada ramai ibu bapa survey dan carikan taska untuk anak buat kali pertama atau bercadang untuk tukar taska Ok TASKA ni sebenarnya adalah singkatan Taman Asuhan Kanak Kanak khas iaitu tempat pusat jagaan k...
Elak Koyak Masa Bersalin Teran Bila Sakit Sekurangnya 10 Saat Jangan Angkat Punggung

Elak Koyak Masa Bersalin Teran Bila Sakit Sekurangnya 10 Saat Jangan Angkat Punggung

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 567 hits
Ibu hamil yang sedang menunggu masa bersalin tentunya tidak dapat lari dari dihantui kebimbangan koyakan pada bahagian perineum atau digunting ketika bersalin Mulalah terbayang besar mana akan terkoyak berapa banyak jahitan akan dijahit dan...
Bayi Menyusu Sedikit Seolah Tak Berselera Masa Selesema Demam Mama Kena Cuba Teknik Ini

Bayi Menyusu Sedikit Seolah Tak Berselera Masa Selesema Demam Mama Kena Cuba Teknik Ini

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 401 hits
Menyusu sedikit kemudian mula menolak payudara ibu Begitulah selalunya reaksi bayi bila mengalami demam selesema dan batuk Tidak mahu menyusu lama dan ada kalanya menolak terus Keadaan ini boleh menyebabkab kerisauan ibu ibu kerana bimbang ...
Nak Anak Jadi Baik Dan Soleh Kena Bermula Dengan Ikat Kasih Sayang Ada 2 Perkara Mudah Mama Kena Amalkan

Nak Anak Jadi Baik Dan Soleh Kena Bermula Dengan Ikat Kasih Sayang Ada 2 Perkara Mudah Mama Kena Amalkan

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 574 hits
Mendidik anak pastinya satu hal yang tidak mudah Ikatan kuat kasih sayang antara ibu dan keluarga membuatkan anak semakin mudah diasuh Semuanya berkat kasih sayang yang kuat Namun bagaimana nak mendidik anak anak sentiasa patuh dan mempunya...
Tanggung Cedera Paling Teruk Sepanjang Bermain Bola Habibi Akur Rawatan Fisio Di Physiogo

Property Investment Tips Malaysia 2025 Pelaburan Hartanah Untung Tinggi

Pemuda Bandung Tolak Wacana Pengakuan Akan Israel

Rafizi Nik Nazmi Letak Jawatan Pm Anwar Belum Rancang Rombakan Mereka Masih Bercuti

Memberdayakan Pasar Tradisional Melalui Inovasi Digital

Mee Segera Buat Otak Jadi Lembab Betul Ke

Jalur Gemilang Burned Stomped Women Harassed In Escalating Malaysian Sri Lankan Tiktok War

Hiburan Kongsi Tips Pertahanan Diri Untuk Wanita Netizen Spekulasi Neelofa Hamil Anak Ketiga Baby Bump Comel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


A Constitutional Blunder Or A Fictional Blunder

Rahsia Untuk Bebas Dari Hutang

Dabai Specialty Fruit Of Sarawak Malaysia

Cuti Sekolah Kita Berinai Aktiviti Sunnah Yang Seronok

Petua Penjagaan Kereta Berkala

Gm Invests Almost 1 Billion Dollars In A New V8 Engine