Taska Mana Yang Bagus Untuk Anak Ibu Ayah Boleh Follow Tip Ini Masa Nak Survey


Bila nak masuk tahun baru, mesti akan ada ramai ibu bapa survey dan carikan taska untuk anak buat kali pertama atau bercadang untuk tukar taska.
Ok, TASKA ni sebenarnya adalah singkatan Taman Asuhan Kanak-Kanak khas iaitu tempat pusat jagaan kanak-kanak antara 2 bulan – 4 tahun.
Ada beberapa perkara penting yang perlu diambil kira sebelum buat pilihan taska yang sesuai untuk anak selain faktor lokasi dan yuran bulanan.
Apakah soalan-soalan yang perlu ditanya apabila kita survey atau mencari tempat asuhan anak-anak?
Kredit: programpermata.my Perkongsian dari Puan Fadzielah Ayub ini boleh membantu ibu ayah untuk cari tempat terbaik anak-anak sementara pergi bekerja.
Kadang-kadang bila survey, tak tahu nak tanya apa pada pengusaha taska.
Kredit: programpermata.my Nampak simple, tapi sebenarnya kita perlu ambil tahu dan pertimbangkan sebelum buat keputusan. Bayaran yuran adalah soal kemudian.
WAKTU OPERASI
– Tanya jadual waktu operasi terlebih dahulu.
– Kebanyakkan taska bermula seawal jam 7.00 pagi – 6.30 petang. Dan ada juga bermula jam 7.30 pagi.
– Cas ‘Over Time’ (OT) akan dikenakan jika awal atau lebih waktu operasi. PEMAKANAN
– Adakah makanan akan disediakan?
– Berapa kali sehari waktu makan?
– Minta kebenaran untuk tengok senarai menu makanan yang disediakan.
– Jika menu tidak sesuai untuk anak, minta kebenaran untuk bekalkan makanan dari rumah.
– Pemakanan di taska sangat penting kerana boleh mempengaruhi perkembangan anak termasuk otak. MANDI
– Tanyakan waktu atau jadual mandi anak di taska.
– Ada sesetengah taska tidak akan mandikan anak pada waktu pagi. Jadi ibu bapa perlu mandikan anak terlebih dahulu sebelum hantar ke taska.
– Minta kebenaran untuk tengok tandas atau tempat anak dimandikan dan pastikan ianya bersih dan selamat untuk anak. WAKTU SALIN LAMPIN
– Tanyakan waktu salin lampin berapa kali?
– Ada sesetengah taska, mandi hanya sekali sehari dan hanya tukarkan lampin 3-4 kali pada waktu tertentu dan bila perlu. SUSU
– Jika anak masih menyusu, tanyakan jadual atau kekerapan anak diberi minum susu.
– Adakan berpengalaman menguruskan EBM (susu ibu)? WAKTU TIDUR
– Tanyakan waktu tidur anak jam berapa dan berapa kali sehari sekali.
– Minta kebenaran untuk melihat tempat tidur yang disediakan.Tengok jenis tilam atau katil yang digunakan.
– Pastikan tempat tidur yang disediakan itu bersih dan selesa.
– Adakah tempat tidur kanak-kanak lelaki dan perempuan diasingkan atau tidak? TEMPAT AKTIVITI ANAK
– Minta kebenaran untuk tengok tempat anak bermain dan belajar.
– Pastikan tempat tersebut bersih dan selamat.
– Tiada peralatan elektrik, perabot yang boleh membahayakan anak yang tengah lasak.
– Tengok juga jenis alas tikar atau karpet yang digunakan di tempat anak bermain. Takut alas yang digunakan tikar yang dah koyak boleh bahayakan anak jika tertelan. MODUL PENGAJARAN
– Tanyakan juga mengenai modul atau program yang digunakan contohnya berasaskan modul PERMATA atau tidak?
– Adakah pengasuh atau guru bertauliah?
– Minta kebenaran untuk tengok contoh aktiviti yang telah dilakukan
– Adakah penggunaan gajet dibenarkan?
– Boleh tengok contoh aktitivi taska di FB Page taska jika ada. KELULUSAN DAN KESELAMATAN
– Adakah taska mendapat kelulusan dan berdaftar JKM?
– Jika tidak, apa jaminan pihak taska untuk keselamatan kanak-kanak?
– Adakah kanak-kanak yang tidak divaksin diterima masuk juga?
– Adakah taska dilengkapi dengan CCTV? JUMLAH KANAK-KANAK
– Tanyakan jumlah kanak-kanak dan pengasuh atau guru.
– Ini penting kerana nisbah pengasuh dan kanak-kanak yang dibenarkan adalah seperti berikut: Usia 0-1 tahun- 1 pengasuh : 3 kanak-kanak (1P:3K)
Usia 1-2 tahun- 1 pengasuh : 5 kanak-kanak (1P:5K)
Usia 2-4 tahun- 1 pengasuh: 10 kanak-kanak (1P:10K)
Kredit: programpermata.my BAYARAN
– Tanyakan yuran bulanan dan yuran pendaftaran, bayaran OT serta lain-lain yang berkaitan. Kenapa tanya harga dan bayaran lebih masa kemudian sekali? Supaya kita lebih terbuka untuk buat penilaian.
Kadang-kadang bila tahu harga mahal, terus tidak berminat untuk tanya lebih lanjut. Sedangkan mungkin ada sebab ata kelebihan yang menyebabkan yuran mahal berbanding yang lain.
Akhir kata, buat pilihan yang terbaik dan berbaloi dengan yuran yang dikenakan supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.
Sumber: Fadzielah Ayub
Kredit Gambar: programpermata.my
The post Taska Mana Yang Bagus Untuk Anak? Ibu Ayah Boleh Follow Tip Ini Masa Nak Survey appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/taska-mana-yang-bagus-untuk-anak-ibu-ayah-boleh-follow-tip-ini-masa-nak-survey/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Menangis Nak Menyusu Ibu Pula Nak Bersolat Mana Satu Lebih Utama Solat Atau Menyusukan Anak

Anak Menangis Nak Menyusu Ibu Pula Nak Bersolat Mana Satu Lebih Utama Solat Atau Menyusukan Anak

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 540 hits
Situasi anak menangis nak menyusu ibu pula kalut nak bersolat adalah perkara biasa di kalangan ibu menyusu beranak kecil Dilema sungguh para ibu sebabnya kalau teruskan bersolat jadi tak khusyuk pula sebab anak akan meraung menangis selagi ...
Salah Tanggapan Baca Surah Yusuf Masa Hamil Anak Boleh Jadi Comel Ibu Ini Kongsi Manfaatnya Yang Sebenar

Salah Tanggapan Baca Surah Yusuf Masa Hamil Anak Boleh Jadi Comel Ibu Ini Kongsi Manfaatnya Yang Sebenar

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 671 hits
Ada yang beranggapan membaca surah Yusuf masa hamil bukan untuk dapat anak rupa paras comel cantik Tapi ibu ini kongsi manfaat yang sebenar dan amalan yang patut dilakukan bakal ibu dan ayah supaya proses kehamilan kelahiran dipermudahkan A...
Anak Banyak Akal Otaknya Aktif Tapi Buat Mak Ayah Geram Follow Tip Ini Sebelum Marah

Anak Banyak Akal Otaknya Aktif Tapi Buat Mak Ayah Geram Follow Tip Ini Sebelum Marah

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 505 hits
Apa yang ibu bapa perlu lakukan untuk menghadapi si kecil yang aktif dan banyak akal Perlu ingat sebelum marah pada anak adalah lebih baik beri kesempatan kepada mereka untuk menjelaskan apa yang ingin dia lakukan agar kita sebagai ibu ayah...
Bapa Ini Kongsi Bukan Tak Boleh Beli Mainan Tapi Mak Ayah Kena Pandai Pengaruhi Anak

Bapa Ini Kongsi Bukan Tak Boleh Beli Mainan Tapi Mak Ayah Kena Pandai Pengaruhi Anak

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 592 hits
Anak kecil memang tidak lepas dari mainan Ke mana sahaja dia pergi jika nampak mainan pasti hendak memilikinya Bagaimana cara nak dapat Itu mengikut kreativiti mereka Ada yang menangis ada yang tantrum dan ada yang minta tanpa tangisan Dise...
Masa Kecil Anak Bermanja Merengek Menangis Itu Tandanya Allah Nak Matangkan Kita Dan Pasangan

Masa Kecil Anak Bermanja Merengek Menangis Itu Tandanya Allah Nak Matangkan Kita Dan Pasangan

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 429 hits
Sibuk sekali pun kita dengan kerja luangkanlah masa dengan anak anak Biarlah tak bawa berjalan jauh pun tapi cukup untuk anak rasa kemesraan dengan kita sebagai ibu bapanya Mungkin masa kecil kita rasa agak stres bila anak menangis bergaduh...
Nak Elak Guntingan Episiotomi Pada Faraj Masa Bersalin Mama Boleh Cuba 9 Langkah Ini

Nak Elak Guntingan Episiotomi Pada Faraj Masa Bersalin Mama Boleh Cuba 9 Langkah Ini

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 454 hits
Bila fikirkan koyakan masa bersalin ngilunya seperti terasa Rupa rupanya ada cara yang membolehlah ia dielak Mama boleh cuba 9 langkah urutan perineum ini URUTAN PERINEUM Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan ketika ham...
Guru Tadika Kongsi 4 Punca Anak Menangis Pada Hari Pertama Sekolah 3 Perkara Ibu Ayah Mesti Buat

Guru Tadika Kongsi 4 Punca Anak Menangis Pada Hari Pertama Sekolah 3 Perkara Ibu Ayah Mesti Buat

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 658 hits
Menangis pada hari pertama sekolah adalah kebiasaan yang akan berlaku pada hari pertama sekolah Ibu ayah jangan judge anak panik mesti tahu punca anak menangis Hari pertama persekolahan anak mendebarkan bukan sahaja kepada si anak tetapi ib...
5 Kebaikan Minum Air Rendaman Kismis Ternyata Khasiatnya Sungguh Bagus Untuk Anak Dan Ibu Mengandung

5 Kebaikan Minum Air Rendaman Kismis Ternyata Khasiatnya Sungguh Bagus Untuk Anak Dan Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 586 hits
Mungkin masih tak ramai yang tahu bahawa air rendaman kismis juga baik untuk diminum malah ia dikatakan memiliki kelebihan tersendiri berbanding dimakan seperti biasa 5 KEBAIKAN MINUM AIR RENDAMAN KISMIS YANG TAK RAMAI TAHUBerikut adalah be...
Ayah Hanya Bekerja Sebagai Pemandu Lori Saya Belajar Sungguh Sungguh Kerana Nak Bantu Ibu Dan Ayah

Ayah Hanya Bekerja Sebagai Pemandu Lori Saya Belajar Sungguh Sungguh Kerana Nak Bantu Ibu Dan Ayah

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 373 hits
Ayah hanya bekerja sebagai pemandu lori Saya belajar sungguh sungguh kerana nak bantu ibu dan ayah Beberapa hari sahaja lagi sesi persekolahan baharu di negara ini akan bermula Ayah hanya bekerja sebagai pemandu lori Saya belajar sungguh su...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut