Elak Koyak Masa Bersalin Teran Bila Sakit Sekurangnya 10 Saat Jangan Angkat Punggung


Ibu hamil yang sedang menunggu masa bersalin tentunya tidak dapat lari dari dihantui kebimbangan koyakan pada bahagian perineum atau digunting (episiotomi) ketika bersalin.
Mulalah terbayang besar mana akan terkoyak, berapa banyak jahitan akan dijahit dan macam–macam lagi. Kebiasaannya ibu-ibu akan panik dan lupa teknik–teknik yang dipelajari sebelum ini untuk meneran dengan betul ketika bersalin.
Sebagai persediaan awal, ibu yang sedang menunggu hari tak kiralah untuk kelahiran anak pertama, kedua atau seterusnya kena pastikan teknik meneran betul supaya tak penat dan ada tenaga sehingga anak selamat dilahirkan tanpa sebarang komplikasi.
Perkongsian dari Jururawat, Rosnalizawati Hamzah mengenai teknik meneran yang betul sebagai persediaan awal.

Teknik Meneran
Ibu A:
“Misi, saya ni dah 10 tahun tak beranak. Macam mana ni? Saya dah lupa macam mana nak teran,”
Ibu B:
“Misi, walaupun saya baru beranak tahun lepas, tapi saya pun dah lupa macam mana nak teran. Betul la orang tua-tua kata bila beranak je, satu urat putus,”
Tahun lepas ke, 20 tahun lepas ke, sama juga. Tak semua ibu akan ingat macam mana dia meneran dan bersalin dulu. Tak perlu nak percaya sangat. Kalau bersalin 12 kali, takkanlah 12 urat dah putus? Haaa..kann. kena tulis surat wasiat dah.
Sakit bersalin bukan seperti sakit jatuh basikal. Bukan seperti sakit buasir. Bukan seperti sakit patah kaki. Apabila ibu di dalam keadaan sakit hendak bersalin, ibu cenderung untuk berada di luar kawalan. Itulah peranan suami di disisi. Memberi semangat, dorongan, kata-kata positif dan beri sedikit urutan pada isteri. Ingat ya, bukan cuma berada di sebelah dan bermain mobile legend.
Ibu yang berada di dalam proses bersalin, bermula dari sakit kontraksi yang tetap dan teratur, sila bertenang dan jangan panik. Apabila pintu rahim telah membuka sepenuhnya (10 sentimeter), jangan mengamuk. Ini yang anda harus lakukan:
1) Chin To Chest (Dagu ke dada)
Semasa hendak meneran, pegang kedua-dua pergelangan kaki atau ibu boleh berpaut pada pemegang yang disediakan. Angkat kepala dan rapatkan dagu hingga mencecah ke dada. Minta suami bantu anda dengan membantu mengangkat kepala anda semasa meneran.
2) Teran bila sakit
Apabila anda merasa kontraksi itu ada, teran dengan sekuat hati seperti kita hendak membuang air besar dan elakkan meneran pada muka kerana ia hanya akan membuatkan ibu merasa penat dan kurang tenaga untuk meneran. Apabila tiada rasa sakit kontraksi, jangan meneran tetapi rehat. Simpan tenaga untuk kontraksi seterusnya. Teran sekurang-kurangnya 10 saat ya!
3) Elakkan menjerit
Menjerit semasa hendak meneran tidak akan membawa apa-apa kelebihan melainkan ibu hanya akan mendapat sakit tekak dan penat. Saya tak tipu tau.

4) Jangan angkat punggung
Ini adalah perkara yang selalu ibu terlupa dan kebanyakannya memang akan lakukan. Elakkan mengangkat punggung semasa meneran bagi mengelakkan kekoyakan hingga ke dubur. Apabila  meneran, jururawat telah memberi arahan kepada anda supaya meletakkan punggung ke bawah, itu bermakna anda memang telah mengangkat punggung anda sangat tinggi.
5) Arahan
Dengar arahan doktor dan jururawat
6) Yakin
Yakini diri sendiri. Jangan putus asa ya.
7) Doa
Banyakkan berdoa mengikut kepercayaan masing-masing. Bagi yang beragama Islam, banyakkan berdoa, istigfar dan berselawat. InsyaAllah, semoga segala urusan akan dipermudahkan.
Jangan tanya saya petua lain tau.
Sumber: Rosnalizawati Hamzah
 
 
 
The post Elak Koyak Masa Bersalin, Teran Bila Sakit Sekurangnya 10 Saat. Jangan Angkat Punggung appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/elak-koyak-masa-bersalin-teran-bila-sakit-sekurangnya-10-saat-jangan-angkat-punggung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Perlu Tahu Curi Nafas Bila Nak Teran Doktor Kongsi 12 Tips Meneran Masa Bersalin

Ibu Perlu Tahu Curi Nafas Bila Nak Teran Doktor Kongsi 12 Tips Meneran Masa Bersalin

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 483 hits
Meneran adalah satu kemahiran yang perlu ada semasa proses kelahiran Meneran dengan betul membantu mempercepatkan proses bersalin serta boleh mengelakkan pelbagai komplikasi kepada ibu dan bayi Mungkin ramai ibu yang tertanya tanya cara men...
Nak Elak Guntingan Episiotomi Pada Faraj Masa Bersalin Mama Boleh Cuba 9 Langkah Ini

Nak Elak Guntingan Episiotomi Pada Faraj Masa Bersalin Mama Boleh Cuba 9 Langkah Ini

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 449 hits
Bila fikirkan koyakan masa bersalin ngilunya seperti terasa Rupa rupanya ada cara yang membolehlah ia dielak Mama boleh cuba 9 langkah urutan perineum ini URUTAN PERINEUM Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan ketika ham...
Masa Hamil Kerap Sakit Di Bawah Abdomen Bila Check Semua Normal Mungkin Sebab Ini

Masa Hamil Kerap Sakit Di Bawah Abdomen Bila Check Semua Normal Mungkin Sebab Ini

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 751 hits
Sakit di bahagian bawah abdomen semasa mengandung Bila check semua normal Tapi sakit tetap tak hilang Jumpa Dr ni kata kencing kotor bg antibiotik still tak hilang sakit Sakit mencucuk cucuk tu memang tak boleh nak tahan Duduk tak kena bari...
Epidural Pelega Kesakitan Yang Efektif Masa Bersalin Fahami Cara Ia Berfungsi 5 Kesan Sampingan

Epidural Pelega Kesakitan Yang Efektif Masa Bersalin Fahami Cara Ia Berfungsi 5 Kesan Sampingan

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 471 hits
Bius epidural banyak diambil oleh ibu ibu ketika proses kelahiran sama ada secara pembedahan atau normal Ambil tahu tentang bius ini cara suntikan dibuat dan kesan sampingan yang mungkin boleh dihadapi selepas bius ini diambil Kefahaman yan...
Penyebab Sakit Saat Kencing Hati Hati Bisa Saja Berbahaya

Penyebab Sakit Saat Kencing Hati Hati Bisa Saja Berbahaya

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 577 hits
Senyumperawat com Penyebab sakit saat kencing itu bisa beraneka macam Tentunya tergantung masalah yang terjadi Tapi jangan pernah meremehkannya Kondisi ini bisa terasa berupa rasa nyeri tidak nyaman dan perih pada jalur keluarnya urine di b...
Jangan Main Main Denggi Masa Hamil Boleh Akibatkan Bayi Lahir Tak Cukup Bulan Atau Janin Mati Dalam Kandungan

Jangan Main Main Denggi Masa Hamil Boleh Akibatkan Bayi Lahir Tak Cukup Bulan Atau Janin Mati Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 523 hits
Denggi adalah wabak berbahaya apatah lagi jika menghinggapi wanita hamil Rawatan dan pemantauan perlu diberikan segera kerana kegagalannya boleh mengakibatkan pelbagai masalah seperti kelahiran bayi tidak cukup bulan atau kematian janin dal...
Jangan Usir Kucing Yang Mendekati Kamu Saat Makan Ini Penjelasannya

Jangan Usir Kucing Yang Mendekati Kamu Saat Makan Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 318 hits
Kucing hewan lucu yang satu ini tentunya sangat digemari oleh banyak orang di dunia Wajahnya yang lucu dan menggemaskan serta sifat yang pada umumnya manja sejatinya adalah daya tarik yang membuat manusia menyukai kucing Pada riwayatnya Nab...
Saat Pintamu Tak Kunjung Dikabulkan Jangan Gegabah Bilang Tuhan Sudah Nggak Sayang

Saat Pintamu Tak Kunjung Dikabulkan Jangan Gegabah Bilang Tuhan Sudah Nggak Sayang

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 227 hits
Masa sih Tuhan udah nggak sayang kamu lagi Trus napas dan kesempatan membuka mata di pagi hari itu apa namanya
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar