Bayi Menyusu Sedikit Seolah Tak Berselera Masa Selesema Demam Mama Kena Cuba Teknik Ini


Menyusu sedikit kemudian mula menolak payudara ibu. Begitulah selalunya reaksi bayi bila mengalami demam, selesema dan batuk. Tidak mahu menyusu lama dan ada kalanya menolak terus. Keadaan ini boleh menyebabkab kerisauan ibu-ibu kerana bimbang bayi kelaparan dan mengalami kekurangan nutrien untuk tumbesaran dan pulih dari sakit.
Selesema, demam, sakit tekak, batuk, cirit birit atau hidung tersumbat kerap kali membuatnya menolak susu ibu. Dr Ezura Madiana Md Monoto, IBCLC dan Pensyarah & Pakar Perubatan Keluarga Pusat Perubatan UKM memberikan panduan berguna bagi menyusukan bayi yang sedang sakit.

 
TERUSKAN BERI SUSU IBU WALAU PUN BAYI MENOLAK Apabila bayi sedang sakit, adalah disarankan penyusuan susu ibu diteruskan dan lebih kerap agar bayi boleh cepat sembuh dengan mendapat lebih banyak antibodi daripada susu ibu. Terdapat cara-cara tertentu yang boleh dilakukan supaya bayi boleh menyusu dengan selesa.
#1 Hidung tersumbat
Bagi bayi yang mengalami masalah pernafasan seperti hidung tersumbat dan menolak penyusuan, ibu disarankan untuk menyusukan dalam keadaan bayi menegak atau upright position.
Bahagian kepala bayi juga dicadangkan dalam kedudukan yang lebih tinggi daripada biasa ketika menyusu atau keadaan semi-upright position agar dapat mengurangkan simptom hidung tersumbat yang dialami.
Kedudukan menyusu “biological nurturing” di mana ibu berbaring dalam keadaan kepala ibu di kedudukan 45 darjah dan meletakkan bayi di atas dada ibu untuk menyusu turut dapat mengurangkan kesukaran bayi menyusu akibat hidung tersumbat.

#2 Batuk, sakit tekak dan jangkitan pada telinga
Keadaan batuk, sakit tekak dan jangkitan akan menyebabkan bayi merasa tidak selesa dan sakit di bahagian tersebut, secara tidak langsung bayi akan menolak untuk menyusu secara terus dari payudara ibu.
Ada kalanya bayi akan menyusu dalam tempoh yang singkat dan mungkin kerap. Penolakan ni selalunya hanya bersifat sementara sehingga bayi sembuh. Ibu boleh memperbanyakkan sentuhan kulit ke kulit dan berikan perhatian yang lebih kepada bayi semasa tempoh ini.
Minimumkan pakaian baju ke atas bayi,cukup sekadar lampin dan anda pula boleh mengurangkan pemakaian coli bagi menggalakkan sentuhan kulit ke kulit dan memudahkan bayi kepada akses terus kepada payudara untuk menyusu. Alternatif lain, ibu boleh memberikan susu ibu yang diperah.

 
#3 Cirit birit dan muntah
Bagi bayi yang diserang acute gastroenteritis atau radang usus yang menyebabkan simptom muntah dan cirit-birit, penyusuan susu ibu perlu diteruskan. Hal ini kerana ia dapat menenangkan bayi yang sedang sakit dan paling mustahak, susu ibu yang mengandungi banyak antibodi berupaya mempercepatkan proses penyembuhan bayi.
Penyusuan perlu diteruskan untuk mengurangkan kadar dehidrasi dalam badan bayi akibat kekurangan air dalam badan disebabkan muntah dan cirit-birit. Di samping itu, susu ibu amat mudah dihadamkan. Walaupun bayi muntah atau cirit-birit sejurus selepas menyusu, masih terdapat kandungan nutrien yang dapat diserap oleh badan si kecil. Namun, sekiranya terdapat tanda-tanda dehidrasi atau bayi langsung tidak dapat menyusu, dapatkan pemeriksaan perubatan lanjut dengan segera.
PERUBAHAN CORAK PENYUSUAN SEMASA BAYI SAKIT Bagi sesetengah bayi, menyusu secara terus daripada payudara menjadi lebih sukar pada waktu sedang sakit. Hal ini kerana penyusuan terus daripada payudara memerlukan lebih banyak tenaga dan pergerakan mulut yang lebih banyak berbanding diberi susu perahan melalui kaedah lain seperti penggunaan cawan kecil, picagari ataupun Supplemental Nursing System (SNS).
Justeru, ibu bolehlah memberikan susu ibu perahan untuk sementara waktu. Selalunya bayi akan kembali menyusu secara terus daripada payudara apabila dia berasa sihat semula. Penggunaan botol susu perlu dielakkan bagi mengelakkan bayi keliru puting.

 
SUSU MUNGKIN AKAN MEROSOT SEDIKIT Susu ibu kerap kali akan mengalami kemerosotan apabila bayi kurang menyusu dan keadaan diri ibu yang penat menjaga anak yang sakit. Ketika bayi jatuh sakit, ibu tentunya merasa risau dan stres dan mungkin juga tidak mendapat tidur yang mencukupi.
Faktor ini boleh menyebabkan susu ibu boleh berkurangan. Ditambah pula jika bayi kurang menyusu atau tidak mahu menyusu secara terus dari payudara ibu. Maka, ibu perlu mengelakkan diri daripada stres.
Cuba tenangkan diri dengan memasang muzik yang mendamaikan ataupun mengalunkan zikrullah yang menenangkan, meletakkan bau-bauan aromaterapi, meminum minuman hangat kegemaran ibu sebelum menyusukan atau memerah susu. Langkah ini boleh merangsang penghasilan dan pengeluaran susu ibu. Secara tidak langsung, ia akan menenangkan bayi yang meragam dan mendorongnya untuk menyusu secara terus dengan ibu.

MAMA PERLU TERUS PAM/ PERAH  Sebaik-baiknya ibu cuba untuk meneruskan penyusuan secara terus dan memerah susu sekiranya bayi tidak menyusu dengan kerap seperti sebelumnya. Ini akan mengelakkan masalah seperti bengkak payudara atau saluran susu tersumbat daripada berlaku, selain daripada memastikan penghasilan susu yang konsisten. Apabila bayi kembali menyusu dengan anda, tiada masalah kekurangan susu akan berlaku.
5 sebab penyusuan perlu diteruskan ketika bayi sakit?
Susu ibu dijamin kebersihan dan steril Susu ibu mengandungi antibodi yang tinggi yang dapat mempercepatkan proses penyembuhan bayi Susu ibu mudah dihadamkan dan tidak menyebabkan alergi Susu ibu memberikan nutrien, vitamin, mineral dan keperluan air yang cukup untuk bayi kekal hidrat Penyusuan susu ibu merupakan satu kaedah terapi pemulihan yang dapat memberikan pemulihan fizikal dan emosi bayi yang sedang sakit
 
 
 
 
The post Bayi Menyusu Sedikit Seolah Tak Berselera Masa Selesema & Demam, Mama Kena Cuba Teknik Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/bayi-menyusu-sedikit-seolah-tak-berselera-masa-selesema-demam-mama-kena-cuba-teknik-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Elak Guntingan Episiotomi Pada Faraj Masa Bersalin Mama Boleh Cuba 9 Langkah Ini

Nak Elak Guntingan Episiotomi Pada Faraj Masa Bersalin Mama Boleh Cuba 9 Langkah Ini

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 454 hits
Bila fikirkan koyakan masa bersalin ngilunya seperti terasa Rupa rupanya ada cara yang membolehlah ia dielak Mama boleh cuba 9 langkah urutan perineum ini URUTAN PERINEUM Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan ketika ham...
Ngerinya Bila Sembelit Muntah Kembung Perut Dan Pedih Ulu Hati Masa Mengandung Cuba 4 Solusi Ini

Ngerinya Bila Sembelit Muntah Kembung Perut Dan Pedih Ulu Hati Masa Mengandung Cuba 4 Solusi Ini

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 402 hits
Sembelit muntah kembung perut dan pedih ulu hati masa mengandung boleh jadi satu pengalaman ngeri Mama jangan putus asa boleh cuba 4 solusi ini Timbul beberapa masalah berkaitan pemakanan ketika kehamilan Gangguan pencernaan ketika hamil at...
Jangan Main Main Denggi Masa Hamil Boleh Akibatkan Bayi Lahir Tak Cukup Bulan Atau Janin Mati Dalam Kandungan

Jangan Main Main Denggi Masa Hamil Boleh Akibatkan Bayi Lahir Tak Cukup Bulan Atau Janin Mati Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 534 hits
Denggi adalah wabak berbahaya apatah lagi jika menghinggapi wanita hamil Rawatan dan pemantauan perlu diberikan segera kerana kegagalannya boleh mengakibatkan pelbagai masalah seperti kelahiran bayi tidak cukup bulan atau kematian janin dal...
Walau Pun Haid Tidak Datang Dalam Tempoh Menyusukan Bayi Tidak Bermakna Tidak Subur Hati Hati Mama

Walau Pun Haid Tidak Datang Dalam Tempoh Menyusukan Bayi Tidak Bermakna Tidak Subur Hati Hati Mama

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 344 hits
Mungkin ramai yang mengalami haid tidak datang selepas bersalin dan berlanjutan beberapa bulan semasa menyusukan si kecil Walaupun haid tidak kunjung tiba tidak bermakna mama tidak boleh hamil hati hati ye mama Ada kes yang menyusu dan tida...
Anak Disahkan Demam Influenza Langkah Penjagaan Mama Perlu Turuti

Anak Disahkan Demam Influenza Langkah Penjagaan Mama Perlu Turuti

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 430 hits
Musim cuti sekolah ini pasti ada mama papa yang sudah pun merancang lebih awal untuk membawa anak berjalan jalan atau bercuti lebih jauh Bercuti memang menyeronokkan apatah lagi anak anak kecil kita Namun jika anak sakit sama ada demam batu...
Tak Semua Baby Carrier Sesuai Dengan Bayi Cuba Kaedah Menggendong Wrap Dan Ring Sling

Tak Semua Baby Carrier Sesuai Dengan Bayi Cuba Kaedah Menggendong Wrap Dan Ring Sling

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 638 hits
Jika ada yang beranggapan menggendong bayi amalan orang dulu dulu anda silap Ini kerana banyak kebaikan yang ibu dan bayi peroleh kerana menggendong bayi Sembilan bulan di dalam kandungan bayi memerlukan tempoh masa selama sembilan bulan la...
Sebelum Hantar Anak Ke Pengasuh Cuba Elakkan Yang Ini Jika Tiada Pilihan Kena Sedikit Curiga

Sebelum Hantar Anak Ke Pengasuh Cuba Elakkan Yang Ini Jika Tiada Pilihan Kena Sedikit Curiga

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 334 hits
Bukan senang menjadi ibu lagi lagi yang harus bekerja atas tuntutan tertentu Sebelum anak lahir lagi ibu sudah berfikir siapa yang harus menjaga anak dan adakah anak akan selamat dan selesa Dilema ini kadang kadang buatkan ibu jadi berbelah...
Kurang Menyusu Menangis Bila Dibaringkan Kerap Tarik Tarik Telinga Bayi Anda Mungkin Sedang Derita Jangkitan Telinga

Kurang Menyusu Menangis Bila Dibaringkan Kerap Tarik Tarik Telinga Bayi Anda Mungkin Sedang Derita Jangkitan Telinga

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 593 hits
Jangkitan pada telinga merupakan kondisi yang kerap didiagnosis pada bayi Kajian menunjukkan kebanyakan kanak kanak akan mengalami infeksi ini sekurang kurangnya sekali sebelum mereka mencecah umur tiga tahun APAKAH SIMPTOM JANGKITAN TELING...
Mama Perlu Usaha Rehatkan Diri Dapatkan Deep Sleep Sebaiknya Kena Belajar Curi Masa

Mama Perlu Usaha Rehatkan Diri Dapatkan Deep Sleep Sebaiknya Kena Belajar Curi Masa

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 282 hits
Bila sudah beranak kecil sebahagian masa seorang ibu akan dihabiskan dengan pelbagai urusan berkaitan anak Masa rehat untuk diri sememangnya akan semakin berkurang Bagi mengelakkan stress terlampau ibu kenalah bijak mengawalnya Tanpa rehat ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut