Nak Cepat Sihat Lepas Bersalin 6 Perkara Ini Mama Kena Buat Aliran Darah Makin Ok Otot Kembali Anjal


Semestinya ibu-ibu mahu segera sihat selepas bersalin. 6 perkara yang diketengahkan ini boleh dilakukan semasa dalam pantang.
Ibu-ibu yang lepas bersalin adalah digalakkan untuk melakukan senaman post natal untuk memperbaiki perjalanan darah dan pernafasan.
Di samping itu juga, senaman-senaman ini juga boleh mengembalikan keanjalan otot-otot di sekeliling salur peranakan.
Senaman ini boleh dimulakan ketika ibu-ibu masih dalam pantang, bergantung kepada keadaan fizikal atau setelah mendapat nasihat doktor.
SENAMAN PERNAFASAN
Senaman pernafasan adalah yang paling mudah dilakukan. Teknik senaman ini membantu mengembangkan paru-paru dan mengelakkan komplikasi sistem pernafasan.
Pastikan bahu dan kepala disokong oleh bantal. Pada kedudukan baring terlentang, bengkokkan lutut dan tangan diletakkan di atas perut. Tarik nafas panjang menerusi hidung dan hembus nafas perlahan-lahan menerusi mulut. Pastikan leher dan bahu tidak bergerak. Ulangi sebanyak 3 kali. Teknik senaman ini membantu mengembangkan paru-paru dan mengelakkan komplikasi sistem pernafasan. SENAMAN KAKI
Senaman ini boleh melancarkan perjalanan darah dan serta menguatkan kembali otot-otot pada bahagian kaki. Berikut ialah langkah-langkahnya;
Senaman untuk kaki boleh dilakukan dengan berbaring terlentang sambil kedua-dua kaki diluruskan. Gerakkan pergelangan kaki anda ke atas dan ke bawah. Ulangi sebanyak 10 kali. Menggerakkan kaki membentuk dengan bulatan dengan kedua-dua pergelangan kaki. Ulang pergerakan ini sebanyak 10 kali.
SENAMAN ANGGOTA ATAS
Untuk senaman ini, langkah-langkah ini perlu dilakukan. Ia membantu menggalakkan perjalanan darah terutama sekali bagi mama yang banyak berbaring selepas bersalin.
Ibu perlu baring terlentang dengan kedua-dua belah tangan dirapatkan ke badan. Angkat kedua-dua belah tangan ke atas (melepasi bahu) sehingga kedua-duanya bersentuhan. Kemudian jatuhkan semula dan rapatkan ke sisi badan. Ulangi sebanyak 20 kali. SENAMAN ABDOMEN
Senaman pertama
Baring terlentang sambil membengkokkan lutut. Rapatkan tangan di sisi badan. Kempiskan perut anda dan tahan selama 5 saat sebelum kembali ke posisi asal. Lakukan sebanyak 10 kali. Senaman kedua
Baring terlentang dengan kedua-dua belah tangan ke perut. Lutut dibengkokkan. Angkat kepala dan bahu anda dan pandang ke arah lutut. Lakukan sebanyak 10 kali.
SENAMAN ANGKAT PUNGGUNG
Baring dengan kedua-dua lutut dibengkokkan. Jarakkan sedikit antara kedua-dua belah kaki. Angkat bahagian punggung anda dan tahan selama 5 saat. Kembalikan punggung ke keadaan asal. Lakukan ini sebanyak 10 kali.
SENAMAN KEGEL
Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk membuat senaman kegel. Ia boleh dilakukan dalam posisi berdiri, duduk atau berbaring. Posisi baring ialah pilihan terbaik untuk mereka yang baru memulakannya.
Apa yang penting, anda tidak menahan nafas semasa melakukan kemutan. Bernafaslah seperti biasa. Caranya ialah dengan;
Mengemutkan otot pelvis seperti menahan kencing. Tahan kemutan selama 10 saat. Rehatkan otot tersebut perlahan-lahan. Ulangi langkah senaman ini sebanyak mungkin. POSTUR BADAN
Postur badan semasa mendukung bayi
Apa yang mama perlu lakukan ialah fikirkan keselesaan anak bila mendukungnya. Menggunakan alat penggendong dua bahu (carrier) boleh mengelakkan ibu daripada sakit belakang. Ini juga membantu membolehkan mama mendukung dalam tempoh yang lama.

4 TIPS POSTUR BADAN SEMASA MENYUSUKAN BAYI
Kaedah menyusukan yang betul membuatkan anda dan bayi anda lebih selesa. Kepala bayi berehat dalam dakapan anda. Sokong belakang badan dan punggung bayi. Lengan bayi perlu berada pada bahagian sisinya. Mama jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi. Anda juga boleh duduk menyandar pada kerusi ketika menyusu. Sokong kepala bayi dengan lengan dan muka bayi menghadap payudara. Gunakan bantal atau kusyen untuk memastikan selesa ketika bersandar. Jika anda berasa letih, anda boleh menyusu sambil berbaring.
The post Nak Cepat Sihat Lepas Bersalin, 6 Perkara Ini Mama Kena Buat. Aliran Darah Makin OK & Otot Kembali Anjal appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/nak-cepat-sihat-lepas-bersalin-6-perkara-ini-perlu-dibuat-aliran-darah-makin-ok-otot-kembali-anjal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Tidurkan Bayi Lebih Cepat Kena Ada Caranya Elakkan Buat 5 Perkara Ni Mama Mohon Take Note

Nak Tidurkan Bayi Lebih Cepat Kena Ada Caranya Elakkan Buat 5 Perkara Ni Mama Mohon Take Note

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 420 hits
Bila bayi kita masih lagi celik mata dan tak mahu tidur walaupun dah lewat malam mulalah mama rungsing Mana taknya bayi kita masih tak lagi menampakkan tanda tanda nak lelap walaupun selepas kenyang menyusu Macam mana ni Adakalanya kita sen...
Nak Anak Jadi Baik Dan Soleh Kena Bermula Dengan Ikat Kasih Sayang Ada 2 Perkara Mudah Mama Kena Amalkan

Nak Anak Jadi Baik Dan Soleh Kena Bermula Dengan Ikat Kasih Sayang Ada 2 Perkara Mudah Mama Kena Amalkan

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 518 hits
Mendidik anak pastinya satu hal yang tidak mudah Ikatan kuat kasih sayang antara ibu dan keluarga membuatkan anak semakin mudah diasuh Semuanya berkat kasih sayang yang kuat Namun bagaimana nak mendidik anak anak sentiasa patuh dan mempunya...
Nak Elak Guntingan Episiotomi Pada Faraj Masa Bersalin Mama Boleh Cuba 9 Langkah Ini

Nak Elak Guntingan Episiotomi Pada Faraj Masa Bersalin Mama Boleh Cuba 9 Langkah Ini

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 455 hits
Bila fikirkan koyakan masa bersalin ngilunya seperti terasa Rupa rupanya ada cara yang membolehlah ia dielak Mama boleh cuba 9 langkah urutan perineum ini URUTAN PERINEUM Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan ketika ham...
4 Perubahan Besar Pada Tubuh Ibu Semasa Hamil Jangan Risau Lepas Bersalin Semua Ok Balik

4 Perubahan Besar Pada Tubuh Ibu Semasa Hamil Jangan Risau Lepas Bersalin Semua Ok Balik

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 606 hits
Mama perlu memahami perubahan pada tubuh Perubahan hormon yang terjadi tatkala hamil menimbulkan pelbagai kelainan Bukan anda tidak bertukar menjadi hodoh Anda masih cantik Perjalanan menjadi seorang ibu membuatkan diri anda kelihatan unik ...
Setahun Ke Bawah Anak Menangis Boleh Lagi Pujuk Lepas Setahun Tak Perlu Susah Hati Nak Diamkan

Setahun Ke Bawah Anak Menangis Boleh Lagi Pujuk Lepas Setahun Tak Perlu Susah Hati Nak Diamkan

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 525 hits
Biarkan je anak menangis Tapi masalahnya ramai ibu bapa yang risau dan tak boleh dengar anak menangis Bila keadaan ini berlaku macam mana nak hadapinya Menurut Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia beliau berpendapat biarkan je anak tu n...
Lepas Berjaya Ke Final Baru Menteri2 Sibuk Nak Jumpa Tmj Tembak Sikap Menteri

Lepas Berjaya Ke Final Baru Menteri2 Sibuk Nak Jumpa Tmj Tembak Sikap Menteri

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 331 hits
Sebentar tadi TMJ telah memuat naik status meluahkan perasaan kurang senang dengan menteri menteri yang sibuk untuk berjumpa dengan pemain kebangsaan selepas mereka berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir Piala AFF Suzuki Cup TMJ juga...
Terbawa Tsunami Selat Sunda Puluhan Penyu Kembali Dilepasliarkan Ke Laut Lepas

Terbawa Tsunami Selat Sunda Puluhan Penyu Kembali Dilepasliarkan Ke Laut Lepas

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 211 hits
Kebanyakan penyu itu terdampar di wilayah selatan khususnya Tanjung Lesung dan Sumur
Ngerinya Rengat Lepas Bersalin Sakit Tak Terkata Doktor Ini Kongsi Punca Rengat Tip Mengurangkan Kesakitan

Ngerinya Rengat Lepas Bersalin Sakit Tak Terkata Doktor Ini Kongsi Punca Rengat Tip Mengurangkan Kesakitan

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 435 hits
Bagi ibu yang baru bersalin rengat akan menjadi mimpi ngeri Kesakitan pada bahagian ari ari selepas bersalin ini tidak dapat digambarkan hanya yang pernah menghadapinya akan tahu Rengat akan berlaku kepada ibu selepas melahirkan tidak kira ...
Pro Kontra Bagi Puting Kosong Pada Anak Terpulanglah Papa Mama Nak Bagi Atau Tak

Pro Kontra Bagi Puting Kosong Pada Anak Terpulanglah Papa Mama Nak Bagi Atau Tak

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 372 hits
Bila anak menangis atau merengek rengek antara cara paling mudah digunakan mama dan papa untuk menenangkan si manja adalah dengan memberi puting kosong Mula mula beri pada waktu malam sahaja tetapi lama kelamaan si kecil jadi ketagih dan mu...
12 Minyak Hitam Kereta Terbaik Untuk Melindungi Enjin

Myborderpass Cara Muat Turun Daftar Guna Semasa Di Klia

Najib S House Detention Addendum Issue Points To A Cover Up At The Highest Echelons Of The Madani Government

Nahas Di Lampu Isyarat 3 Kenderaan Terbakar Termasuk Lori Tangki

Resipi Puding Gula Hangus Sedap Mudah Tak Hanyir

Pekerja Terima Tempahan Misteri Pasang Wi Fi Di Kubur

Haiwan Yang Tertangkap Melakukan Kesalahan Lazim Dalam Dunia Manusia

Rumah Kenduri Deena S Menu Kenduri Harian Dan Katering Di Kulim


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Our 52 Places To Go Lists Show How Travel Has Changed Over 20 Years

Hiburan Tak Diterima Di Malaysia Lebih 264 Orang Pelarian Rohingya Lari Ke Aceh

Mengecewakan Muat Naik Foto Luc H Pengarah Squid Game 2 Marah Park Sunghoon

Nyanyi Je Lah Lakonan Jisoo Bp Dalam Newtopia Terima Reaksi Kra Pontra Dari Netizen

Gagah Menyokong Tapi Dulunya Gagah Memenjarakan Si Banduan

Baik Diam Ja