Najib Tinggalkan Zahid Kini Bernaung Bawah Pm



Walaupun bekas perdana menteri dan presiden Umno dilihat bersatu, Najib telah memutuskan bahawa beliau hanya dapat bertahan dengan berganding bahu bersama Ismail Sabri Yaakob. (Malaysia Now) – Pergolakan panjang dalam hubungan antara dua pemimpin tertinggi Umno kini mungkin akan meletus secara terbuka walaupun kerjasama antara mereka erat ketika merancang untuk menjatuhkan kerajaan dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dua bulan lalu, dedah seorang pemimpin kanan parti itu kepada MalaysiaNow.
Difahamkan, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Najib Razak yang bersama-sama menghadapi puluhan pertuduhan rasuah sejak kejatuhan mereka tiga tahun lalu dikatakan kini berpecah selepas ahli Parlimen Pekan itu memutuskan “dia hanya boleh bertahan dengan berganding bahu dengan Ismail Sabri Yaakob”.
“Perdana menteri juga kini sedang aktif mencari sekutu bagi mendapatkan jawatan presiden Umno, jadi sokongan Najib dalam Umno sangat penting,” kata sumber yang berpangkalan di Pahang.
“Ia adalah perjanjian menang menang selagi Ismail menjadi perdana menteri. Setahun akan datang menjelang pilihan raya umum akan menyaksikan kerjasama padu antara beliau dan Najib,” tambahnya.
Ismail adalah antara pemimpin Umno yang menentang kempen Zahid dan Najib untuk menjatuhkan presiden Bersatu.
Beliau dilihat tetap bersama kepimpinan Muhyiddin walaupun perang psikologi semakin marak untuk mendapatkan sokongan ahli Parlimen Umno bagi menarik sokongan terhadap presiden Bersatu tersebut.
Walaupun menentang usaha menjatuhkan kerajaan dengan mengumpulkan anggota Kabinet Umno dan Barisan Nasional untuk menghentikan sebarang percubaan untuk menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional ketika wabak Covid-19 sedang memuncak, Ismail mendapat sokongan daripada Zahid dan Najib setelah rancangan untuk menaikkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri terbantut kerana gagal mendapatkan sokongan ahli Parlimen Umno untuk mengangkat presiden PKR itu.
Sumber tersebut berkata Najib memahami kedudukan Ismail sebagai perdana menteri dan kesannya terhadap pemimpin Umno.
“Ini adalah era di mana anda kawal parti dengan menguasai kerajaan terlebih dahulu. Tidak seperti beberapa tahun lalu di mana jika Umno dapat dikuasai ia adalah jalan untuk menjadi perdana menteri.
“Najib menyedari perkara ini, di mana itulah sebabnya beliau meninggalkan Zahid yang dilihat sebagai presiden Umno paling lemah dalam sejarah parti,” katanya.
Najib, yang kini dalam proses rayuan terhadap tujuh sabitan jenayah berprofil tinggi berkaitan RM42 juta dana SRC International berkaitan 1MDB, tidak mempunyai pilihan selain memberikan sokongannya terhadap usaha Ismail dalam mengambil alih Umno.
Ismail memiliki reputasi yang tidak begitu cerah untuk menjawat jawatan perdana menteri walaupun beliau merupakan salah seorang dari tiga naib presiden parti itu.
Umno menangguhkan pemilihan bagi jawatan tertinggi parti hingga akhir 2022, satu langkah yang dikecam pemimpin parti yang anti-Najib di mana mereka menduduki jawatan menteri di bawah pentadbiran Ismail, seperti Khairy Jamaluddin dan Reezal Merican Naina Merican.
Langkah tersebut juga menyebabkan Umno menghadapi masalah dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang memutuskan keputusan yang diambil pada 7 Julai lalu adalah tidak sah kerana Majlis Tertinggi Umno sudah tamat tempoh seminggu sebelumnya.
Zahid yang mengalahkan Khairy dalam pertandingan merebut jawatan tertinggi Umno pada 2018 menjadi penyokong kuat penangguhan pemilihan parti kerana beliau berdepan penentangan dalaman kerana mempunyai terlalu banyak isu, antaranya kes mahkamah berkaita pengubahan wang, rasuah dan pecah amanah (CBT).
Selain itu beliau juga dikecam kerana menjalin hubungan rahsia dengan Anwar dan penolakannya untuk bekerjasama dengan parti-parti Melayu lain dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal diadakan November depan.
“Semua perkara negatif tentang Zahid bermaksud musibah bagi Najib, kerana kedua-duanya dilihat sebagai satu pasukan.
“Mereka berdua menyokong Anwar, mereka berdua juga berperang melawan PN dan kebebasan peribadi mereka berdua juga kini tidak menentu.
“Jadi, satu-satunya strategi Najib adalah dengan beralih pasukan dan menyokong perdana menteri sekarang ini,” tambah sumber itu lagi.
Najib tinggalkan Zahid, kini bernaung bawah PM



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/10/25/najib-tinggalkan-zahid-kini-bernaung-bawah-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Badak Kini Bermain Dengan Lebih Banyak Kepercayaan Dan Disiplin Di Bawah Ong Kim Swee Park

Badak Kini Bermain Dengan Lebih Banyak Kepercayaan Dan Disiplin Di Bawah Ong Kim Swee Park

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 388 hits
Foto Sabah FC PETALING JAYA Park Tae su mendedahkan bahawa disiplin pasukan Sabah FC telah meningkat sejak kedatangan jurulatih baru Datuk Ong Kim Swee Walaupun Badak telah memulakan Piala Malaysia dengan 2 seri di Kumpulan D dengan Petalin...
Najib Arah Zahid Lanjut Kontrak Uksb Kendali Vln Saksi

Najib Arah Zahid Lanjut Kontrak Uksb Kendali Vln Saksi

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 172 hits
Oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi GAMBAR Abd Razak Aid MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengikut arahan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya melanjutkan kontrak syarikat Ultr...
Kes Mahkamah Najib Zahid Ujian Kepada Rakyat Malaysia

Kes Mahkamah Najib Zahid Ujian Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 243 hits
Ia kini bukan lagi penting apa hukuman mahkamah gelagat Pendakwa atau hujah PEGUAMBELA Berapa lama kes ini akan tamat siapa nak saman siapa berapa hari nak cuti sakit berapa kali nak kena bedah majlis Tangguh nenek masuk hospital atau sebag...
Fvs Corruption Trial Zahid Just Following Najib S Orders Court Told

Fvs Corruption Trial Zahid Just Following Najib S Orders Court Told

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 324 hits
The High Court in Shah Alam was told today that Ahmad Zahid Hamidi was just following the orders of former prime minister Najib Abdul Razak to extend the contract of Ultra Kirana Sdn Bhd as the sole operator of the Foreign Visa System to Ma...
Rentasan 997 Gempar Kini Pas Dicabar Tinggalkan Pn Perkukuh Mn

Rentasan 997 Gempar Kini Pas Dicabar Tinggalkan Pn Perkukuh Mn

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 183 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9971 APA MAKNA KELUARGA MALAYSIA 2 BERSATU HANYA SETERU POLITIK UMNO 3 PRN MELAKA SOP ATAU TIPU MUSLIHAT 4 UMNO SALAHKAN DAP DAN PH KERAJAAN MELAKA TUMBANG
Zahid Beri Najib Ketuai Kempen Prn Selepas Rm114 Juta Dikembalikan

Zahid Beri Najib Ketuai Kempen Prn Selepas Rm114 Juta Dikembalikan

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 279 hits
agendaily com24 10 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kuasa kepada rakan karibnya Datuk Sri Najib Razak yang mendapat RM114 juta untuk mengendalikan parti ketika ketiadaannya Kekuatan kewangan Datuk Seri Najib Razak...
Senator Mohammad Zahid Md Arip Mencium Tangan Datuk Seri Najib Razak

Senator Mohammad Zahid Md Arip Mencium Tangan Datuk Seri Najib Razak

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 226 hits
agendaily com1 11 2021Tangkap layar Senator Mohammad Zahid Md Arip mencium tangan Datuk Seri Najib Razak Bekas Setiausaha Politik kepada Tun Dr Mahathir Mohathir Mohamad Senator Mohammad Zahid Md Arip mempertahan tindakannya mencium tangan ...
Selesai Umrah Tya Ariffin Kini Selamat Tiba Di Malaysia Panjang Perjalanan Amp Perjuangan Nak Balik

Selesai Umrah Tya Ariffin Kini Selamat Tiba Di Malaysia Panjang Perjalanan Amp Perjuangan Nak Balik

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 253 hits
Selebriti dan usahawan Tya Ariffin selamat tiba di tanah air setelah menunaikan umrah di kota suci Mekah pada awal pagi Isnin Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya Tya turut memuat naik beberapa keping dirinya yang selamat mendar...
Zahid S The Boss Has Dominion Over Yayasan Akalbudi Court Hears

Zahid S The Boss Has Dominion Over Yayasan Akalbudi Court Hears

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 564 hits
The High Court was told today that Ahmad Zahid Hamidi was the boss who had dominion over Yayasan Akalbudi s properties Deputy public prosecutor Raja Rozela Raja Toran said the accused who was YAB s trustee had control of the foundation and ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti