Najib Arah Zahid Lanjut Kontrak Uksb Kendali Vln Saksi


Oleh Bernama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. GAMBAR: Abd Razak Aid MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengikut arahan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya melanjutkan kontrak syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) sebagai pengendali tunggal sistem Visa Luar Negara (VLN) ke Malaysia di China.
Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Suriani Ahmad berkata, ia berdasarkan catatan minit oleh Najib pada surat bertarikh 23 Mei 2013 yang dihantar kepada Ahmad Zahid  yang menyatakan ‘projek ini perlu diteruskan’.
Semasa disoal peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili bekas timbalan perdana menteri itu mengenai siapa yang memberi arahan itu berdasarkan catatan minit tersebut, Suriani berkata: “Arahan Perdana Menteri.”
Ketika dirujuk kepada minit lain bertarikh 20 Januari 2014 pada surat berkenaan oleh peguam itu,  Suriani berkata:  “Minit itu menyatakan ‘YB Datuk Sri Zahid, Sila Bantu Dalam Hal ini. Kontrak ini perlu diteruskan’
Hamidi: Ia ayat  perdana menteri kepada timbalan perdana menteri?
Suriani: Betul
Suriani turut bersetuju dengan Hamidi bahawa beliau juga akan melaksanakan arahan sekiranya diarah oleh ketuanya, Tan Sri Alwi Ibrahim yang merupakan Ketua Setiausaha KDN ketika itu.
Sebelum ini, saksi pendakwaan kedua Azman Azra Abdul Rahman @ Md Salleh iaitu bekas Ketua Penolong Setiausaha di Bahagian Hal Ehwal Imigresen KDN memberitahu mahkamah bahawa UKSB ada menghantar beberapa surat kepada Najib bagi memohon pertimbangannya untuk mengekalkan syarikat tersebut sebagai pengendali tunggal pengurusan visa ke Malaysia di China.
Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Gan Peng Kun semasa pemeriksaan semula mengenai catatan minit yang diterima KDN daripada Ahmad Zahid berhubung tempoh lanjutan kontrak VLN, saksi pendakwaan keempat itu menjelaskan ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.
“Pendirian kementerian adalah sekiranya bersetuju untuk buat lanjutan itu, ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa kerana kontrak masih berjalan dan ada banyak masa lagi sebelum ia tamat. Sebab itu saya rasa perlu ada masa dan ruang untuk buat penilaian terlebih dahulu. 
“Kontrak belum tamat lagi. Ada tiga tahun. Satu jangka masa yang panjang. Sepatutnya tiga tahun lagi diberi masa membuat penilaian (pelanjutan kontrak). Itu pendirian kementerian,” katanya.
Sementara itu, saksi pendakwaan kelima, bekas penolong setiausaha, Bahagian kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Sheeba Kunhmon, 48, berkata Ahmad Zahid menerima gaji serta elaun berjumlah RM44,383.15 setiap bulan bermula dari 2015 hingga 2018 ketika menjawat jawatan sebagai timbalan perdana menteri.
“Semasa memegang jawatan itu pada 2015 hingga 2018, Ahmad Zahid menerima RM18,168.15 sebulan manakala elaun RM26,215. 
“Sebagai Menteri Persekutuan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri) antara 2008 dan 2015 adalah RM14,907.20 manakala elaun yang diperoleh sebanyak RM24,320,” katanya ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh TPR Zander Lim Wai Keong.
Ketika disoal Lim mengenai sumber gaji yang diterima oleh Ahmad Zahid, Sheeba menjawab: “Dari kerajaan Malaysia.”
Ahmad Zahid, 68, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya, selaku pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung 20 Disember depan.- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/najib-arah-zahid-lanjut-kontrak-uksb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ceo Lhdn Ditamatkan Kontrak Apakah Najib Bakal Terlepas Bayar Cukai Rm1 7 Bilion

Ceo Lhdn Ditamatkan Kontrak Apakah Najib Bakal Terlepas Bayar Cukai Rm1 7 Bilion

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 195 hits
NASUHA RAHMANAhli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar tidak menolak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal terlepas daripada membayar cukai RM1 7 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Ini kerana katanya kontrak Ketua Pe...
Najib Tinggalkan Zahid Kini Bernaung Bawah Pm

Najib Tinggalkan Zahid Kini Bernaung Bawah Pm

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 567 hits
Walaupun bekas perdana menteri dan presiden Umno dilihat bersatu Najib telah memutuskan bahawa beliau hanya dapat bertahan dengan berganding bahu bersama Ismail Sabri Yaakob Pergolakan panjang dalam hubungan antara dua pemimpin tertinggi Um...
Zahid Beri Najib Ketuai Kempen Prn Selepas Rm114 Juta Dikembalikan

Zahid Beri Najib Ketuai Kempen Prn Selepas Rm114 Juta Dikembalikan

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 243 hits
agendaily com24 10 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kuasa kepada rakan karibnya Datuk Sri Najib Razak yang mendapat RM114 juta untuk mengendalikan parti ketika ketiadaannya Kekuatan kewangan Datuk Seri Najib Razak...
Kes Mahkamah Najib Zahid Ujian Kepada Rakyat Malaysia

Kes Mahkamah Najib Zahid Ujian Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 205 hits
Ia kini bukan lagi penting apa hukuman mahkamah gelagat Pendakwa atau hujah PEGUAMBELA Berapa lama kes ini akan tamat siapa nak saman siapa berapa hari nak cuti sakit berapa kali nak kena bedah majlis Tangguh nenek masuk hospital atau sebag...
Fvs Corruption Trial Zahid Just Following Najib S Orders Court Told

Fvs Corruption Trial Zahid Just Following Najib S Orders Court Told

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 291 hits
The High Court in Shah Alam was told today that Ahmad Zahid Hamidi was just following the orders of former prime minister Najib Abdul Razak to extend the contract of Ultra Kirana Sdn Bhd as the sole operator of the Foreign Visa System to Ma...
Hanya Zahid Cakap Tiada Kerjasama Tapi Mt Tak Sebut Pun Idris

Hanya Zahid Cakap Tiada Kerjasama Tapi Mt Tak Sebut Pun Idris

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 207 hits
agendaily com19 10 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi PAS masih menunggu keputusan Majlis Tertinggi UMNO berhubung isu kerjasama politik dan tidak menerima pendirian Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai keputusan muktamad part...
Belum Ada Keputusan Muktamad Berhubung Kerjasama Kata Zahid Pula

Belum Ada Keputusan Muktamad Berhubung Kerjasama Kata Zahid Pula

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 233 hits
agendaily com19 10 2021No way Bersatu kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas kerjasama kedua dua parti untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka sekiranya diadakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat pusingan U...
Jika Skuad Elit Polis Masih Ada Sindiket Dadah Mampu Ditangani Ahmad Zahid

Jika Skuad Elit Polis Masih Ada Sindiket Dadah Mampu Ditangani Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 236 hits
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR AHMAD ZAHID HAMIDIPETALING JAYA Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya sekiranya tiga skuad elit Polis Diraja Malaysia masih wujud sudah pasti negara dapat membasmi kebanyakan sindiket dadah sekali...
Power Sharing A Sign Of Zahid S Weakening Hold

Power Sharing A Sign Of Zahid S Weakening Hold

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 102 hits
Umno s new election candidate selection process involving the party s top three leaders is likely to weaken Ahmad Zahid Hamidi s hold on power as party president say two analysts Awang Azman Pawi of Universiti Malaya said the candidate list...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik