Najib Pesan Perwakilan Berani Bersuara Hala Tuju Umno


malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 1:31 pm

Bekas presiden Umno, Najib Razak hari ini menasihatkan perwakilan parti supaya berani menyuarakan dan membahaskan hala tuju Umno dalam persidangan mesyuarat Umno bahagian yang bermula hari ini hingga 3 Januari

Menyorot semula cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh Umno, terutamanya sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu meningatkan supaya parti itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuklah musuh dalam selimut.

“Banyak yang telah berlaku sepanjang tahun ini sama ada dari segi kerjasama dan persefahaman politik Umno dan Barisan Nasional yang telah termeterai sejak sekian lama, Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional ataupun pendapat mengenai hala tuju Umno menghadapi PRU-15 dan untuk jangka masa yang panjang.

“Banyak juga cakap-cakap di luar sana mengenai ini. Bagi saya inilah peluang bagi akar umbi menilai perkembangan sepanjang masa ini dan menentukan sendiri ke mana hala tuju umno.

“Setuju atau tidak? Dengan siapa? Kenapa? Bagaimana? Suarakan, bahaskan dan usulkan,” katanya dalam siaran langsung di Facebook hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata susulan kejatuhan Umno-BN pada PRU14, pelbagai cemuhan yang dihadapi oleh Umno serta parti gabungan BN lain sehingga terdapat gesaan supaya Umno dibubarkan.

“Selama ini kita telah berdepan dengan pelbagai cabaran, rintangan dan penindasan. Lebih-lebih lagi ketika 2018, 2019 masa PH jadi kerajaan - BN sudah innalillah, Umno sudah hancur kata mereka.

“Ada yang mahu Umno dihapuskan. Tetapi Umno tetap utuh dan terus kekal berdiri. Masih ingatkah kita siapa mereka?

“Hari ini Umno dan Barisan Nasional kekal kukuh dengan kesetiaan akar umbi dan sokongan daripada rakyat dari Perlis hingga ke Sabah,” katanya.

Untuk rekod, pada September 2019 piagam MN dimeterai bersama PAS dan Umno iaitu ketika pentadbiran PH. Namun selepas pentadbiran PN mengambil alih, gabungan itu turut terdiri daripada Bersatu yang dahulunya sebahagian daripada PH.

Bagaimanapun, ketiga-tiga parti itu dijangka berdepan dengan isu pembahagian kerusi dalam PRU15 memandangkan masing-masing akan menumpukan kerusi yang mempunyai majoriti Melayu-Islam.

“Umno bukan milik mana-mana individu. Umno bukan milik mana-mana pemimpin. Janganlah kita benarkan Umno dipengaruhi oleh mana-mana musuh dalam selimut mahupun pihak luar.

“Umno milik rakyat dan akar umbi Umno yang setia selama-lamanya.

“Jika ada satu nasihat yang diminta saya berikan, jawapan saya; kita perlu beranikan diri kita,” kata Najib.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/najib-pesan-perwakilan-berani-bersuara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Pesan Najib Tentang Hala Tuju Petanda Hubungan Umno Dengan Bersatu Bakal Berakhir 3hb Ini

Apakah Pesan Najib Tentang Hala Tuju Petanda Hubungan Umno Dengan Bersatu Bakal Berakhir 3hb Ini

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 354 hits
Mesyuarat perwakilan UMNO bahagian bahagian selama tiga hari pada 1 3 Januari ini dijangka akan membuat keputusan tentang hubungan parti itu dengan Bersatu Difahamkan sebahagian besar daripada 191 UMNO bahagian akan meluluskan usul tidak ma...
Apa Hala Tuju Umno Jika Tolak Kerjasama Dengan Ppbm Soal Hishammuddin

Apa Hala Tuju Umno Jika Tolak Kerjasama Dengan Ppbm Soal Hishammuddin

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 254 hits
Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein mempersoalkan hala tuju Umno menjelang pilihan raya umum akan datang sekiranya parti itu membuat ketetapan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan PPBM Menteri luar itu ingin tahu jika ada kemungk...
Ahli Umno Berjuang Dengan Bijak Fokus Hala Tuju Menang Pru 15 Ismail Sabri

Ahli Umno Berjuang Dengan Bijak Fokus Hala Tuju Menang Pru 15 Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 599 hits
umno online myBERA 3 Jan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa anggota UMNO untuk berjuang dengan bijak dan fokus hala tuju bagaimana mahu menang dalam setiap kerusi yang UMNO Barisan Nasional tandingi pada Pilihan Raya...
Jika Terus Jadi Parti Pengikut Umno Akhirnya Akan Terbunuh Najib

Jika Terus Jadi Parti Pengikut Umno Akhirnya Akan Terbunuh Najib

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 269 hits
PARTI UMNO perlu kembali menjadi parti dominan parti peneraju dan parti utama dalam negara Pengerusi Perhubungan UMNO Bahagian Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata UMNO perlu kembali menjadi parti yang memimpin negara dan tidak hanya me...
Hahaha Najib Zahid Khianat Umno Hahahaha Baru Sedar Ker Bro

Hahaha Najib Zahid Khianat Umno Hahahaha Baru Sedar Ker Bro

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 335 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengkhianati parti apabila membuat akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggerakkan jajaran politik baharu melibatkan kerjasama UMNO PKR dan DAP Timbalan Ketua Bahag...
Najib Ajak Umno Lawan Siapa

Najib Ajak Umno Lawan Siapa

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 621 hits
Kedudukan sekarang ahli dan pemimpin UMNO berada dalam kedudukan paling lemah dan murung Nak lawan siapa Mahathir Mahathir sudah tidak relevan parti pun tak lulus Nak lawan Anwar Apa faedah Lebih baik berkawan Nak lawan Muhyiddin Di Sabah p...
Umno Must Leave Pn Or It Will Perish Says Najib

Umno Must Leave Pn Or It Will Perish Says Najib

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 367 hits
Former prime minister Najib Razak said Umno was never meant to play second fiddle from the time it was formed in 1946 PETALING JAYA Former prime minister Najib Razak has told Umno leaders and members not to get used to the party s supportin...
Umno Anak Tiri Dalam Pn Perlu Keluar Jika Tidak Mahu Terkubur Kata Najib

Umno Anak Tiri Dalam Pn Perlu Keluar Jika Tidak Mahu Terkubur Kata Najib

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 308 hits
freemalaysiatoday com January 3 2021 3 29 PMSejak era Perikatan dan Barisan Nasional UMNO merupakan parti induk dan peneraju dalam agenda serta hala tuju dalam pentadbiran kerajaan kata Najib Razak PETALING JAYA Bekas presiden UMNO Najib Ra...
Orang Muda Mahu Najib Berani

Orang Muda Mahu Najib Berani

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 428 hits
Asyik minta orang lain berani sendiri tidak Sebahagian pemimpin umno sudah melibat najib membebankan tetapi kerana ada penyokongnya masih setia atas keperluan undi dia diperalatkan untuk terus kekal di umno Pemimpin umno yang berjawatan di ...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Pakej Percutian Turki


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Dulu Aku Boss Dia Hari Ini Aku Belajar Dari Dia

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand

Conflation A Political Tool To Muck Things Up

Yummy Rojak Mee

Menerima Surat Kenaikan Pangkat Ke Gred Dg54