Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka



Saya ingin kongsilkan petikan dari video Ustaz Naim Sadoon Orang beriman dan bertakwa Allah akan bagi akan diberikan rezeki tak disangka sangka. Apa rezeki tak disangka sangka itu. Ianya adalah rezeki mentaat Allah. 
Tuan tuan ada duit RM1 juta belum tentu tuan/puan boleh bangun qiamullail, tuan puan ada 1 juta belum tentu boleh sedekah, belum tentu boleh puasa Isnin dan khamis. 
Orang mukmin diberi rezeki paling mahal iaitu rezeki mentaat Allah. Rezeki paling mahal. Solat sunat sebelum Subuh 2 rakaat lebih baik dari dunia dan seisinya, baca Al Quran 1 huruf 700 kebaikan, rezeki boleh puasa hari isnin dan khamis. Jika tuan puan dapat, tuan puan akan dimuliakan oleh Allah.  Jika belum dapat, sama sama usahakan. Insya Allah, semoga bermanafaat.


Hari ini saya ternampak ada Puan Rose share pulut tetal di Thread yang menggunakan bunga telang, terus rasa terliur. Kalau saya di Malaysia, mesti dah order. Ianya boleh dimakan dengan serawa durian, sekaya, rendang atau asam pedas. 
Jadi saya pun terus turun ke dapur untuk menyediakan pulut kuning. Lagi pulak esok pagi saya akan bercuti ke Scotland dan balik dari sana, saya terus bersiap untuk balik ke Malaysia. Kiranya hari ini saya memasak di London sebelum balik ke Malaysia. Lagi pulak semua bahan bahan diperlukan ada. saya pulak memang nak menyediakan rendang ayam untuk dibawa ke Scotland. 
Saya memasak rendang ayam menggunakan pes rendang ready to cook Azie Kitchen jer. Senang sangat, masuk ayam, masuk pes dan masukkan santan. Kacau rata sehingga ayam masak, dah siaap. Masak sehingga kering disukai. Bila dah sejuk, kuah akan lagi kering. Boleh tengok gambar di bawah sekali. Jadi kena agak agak lah kering macam mana yang kita nak. 


Jika suka, boleh lah tabur daun kunyit. Tak perlu nak letak apa apa lagi. Dan rasanya pun seperti homemade masak from scratch, bukan rasa seperti ready to eat produk yang dijual. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba semua.... 



Pulut Kuning Dengan Rendang AyamOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:Bahan bahan:
250 gram beras pulut
½ sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping
Sedikit pewarna kuning telur - opsyenal


Bahan lain:
150 gram santan - tak perlu habiskan
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil gula
Daun pandan - opsyenal


Cara cara:
Basuh beras pulut sehingga bersih. Masukkan asam keping dan serbuk kunyit. Kacau sehingga rata. Baru dituang air untuk rendam pulut dan setitis pewarna, jika suka. Ketepikan selama 30-60 minit. Tos air.


Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Lapik daun pandan di atas loyang pengukus (opsyenal). 


Masukkan beras pulut dan letak daun pandan di atas nya. Buat lubang lubang untuk cepat masak. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.


Sementara itu, satukan santan dengan gula dan garam. Rasakan untuk memastikan ada rasa manis dan masin. Nota: tips dari kakak ipar saya, garam tu mesti sampai rasa masin (masin pperak, istilah orang Kelantan), baru akan sedap dan terasa pada pulut.

Angkat pulut dan tuang ke dalam bekas. Tuang santan ketika pulut masih panas panas dan arung (kacau tanpa henti dengan cara kaup balik) sehingga santan menyerap dan pulut kelihatan berkilat. 
Nota: saya kukus sekali sahaja kerana pulut panas akan memasakkan santan.
Santan tak perlu dihabiskan jika pulut telah lembut kerana beras pulut berbeza antara satu jenis dengan yang lain. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/12/pulut-kuning-dan-bab-rezeki-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Balik Dulu Tadi Tahniah Ernie Zakri Tak Sangka Menang Bintang Paling Popular Abpbh 37

Saya Balik Dulu Tadi Tahniah Ernie Zakri Tak Sangka Menang Bintang Paling Popular Abpbh 37

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 140 hits
Dengan kutipan 124 448 198 undian penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 37 yang berlangsung di sini malam tadi Dalam ucapan penuh emosi Ernie meluahkan rasa terharu atas sok...
Quick Update Disember Sibuk Tanpa Disangka

Quick Update Disember Sibuk Tanpa Disangka

papar berkaitan - pada 18/12/2025 - jumlah : 108 hits
Ya ampun dah separuh bulan Disember rupanya Punya sibuk sampai blog langsung tak ter update Hari tu konon bersemangat nak selalu aktif menulis tapi biasala janji tinggal janji Jadi kali ni aku kembali dengan quick update saja Tulis benda pe...
Kalau Pintu Rezeki Ditutup

Kalau Pintu Rezeki Ditutup

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 134 hits
12 Disember 2025 Jumaat Jangan pernah berhenti berharap dan jangan sesekali berhenti berusaha Hidup ini ada masa naik ada masa turun tapi selagi kita terus melangkah ada je ruang yang Allah buka untuk kita Lakukan yang terbaik dalam kemampu...
Alhamdulillah Rezeki Jumaat

Alhamdulillah Rezeki Jumaat

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 59 hits
Assalamualaikum wrtHari ni ada yang bermurah hati berkongsi rezeki akt Level 8 ni tapi x ramai orang sape aje yang masuk level ni semua kena paksa makan hahaha Macam macam ada ha Lempeng 2 bekas ada sambal bilis kuih muih sheperd pie SA ami...
Niat Cari Rezeki Penghantar Makanan Ni Terkejut Terima Tip Hampir Rm1 000 Dari Pelanggan

Niat Cari Rezeki Penghantar Makanan Ni Terkejut Terima Tip Hampir Rm1 000 Dari Pelanggan

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 97 hits
Niat Cari Rezeki Penghantar Makanan Ni Terkejut Terima Tip Hampir RM1 000 Dari Pelanggan Kini ramai yang menggunakan aplikasi penghantaran makanan untuk memudahkan kehidupan seharian Hanya beberapa klik pesanan dihantar terus ke rumah atau ...
Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet

Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet

papar berkaitan - pada 17/12/2025 - jumlah : 146 hits
Saya ingin kongsikan petikan dari video Tokku Pasir Gudang Apa apa kita buat semua kena matlamatnya adalah untuk taat perintah Allah Kenapa kita berpuasa Kalau semata mata kerana kita nak kurus kurangkan gula dan lemak maka kita tak dapat k...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan