Jika Terus Jadi Parti Pengikut Umno Akhirnya Akan Terbunuh Najib



PARTI UMNO perlu kembali menjadi parti dominan, parti peneraju dan parti utama dalam negara.
Pengerusi Perhubungan UMNO Bahagian Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO perlu kembali menjadi parti yang memimpin negara dan tidak hanya menjadi parti yang dipimpin.
Menurut bekas presiden UMNO, ahli parti itu tidak seharusnya berpuas hati selepas dilantik ke jawatan menteri dalam kerajaan sekarang.
“Kita dahulu menjadi peneraju agenda dan hala tuju, bukan seperti hari ini menjadi pendokong dan menjadi pengkikut.
“Asal ada jawatan menteri sudah gembira, walaupun kualiti portfolio tidak sepadan dengan sumbangan UMNO kepada kekalnya kerajaan yang ada,” kata Najib dalam ucapan Perasmian Persidangan Wanita, Pemuda, dan Puteri UMNO Pekan hari ini.
Menurut Najib, UMNO bukan parti yang diwujudkan untuk jadi parti penyokong malah jauh sekali sebagai parti pembangkang.
Katanya, UMNO telah berada dalam ketidak-pastian dan terumbang ambing untuk kembali jadi parti siasah selepas kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 10 Mei 2018.
Beliau menegaskan UMNO tidak boleh terus berada dalam keadaan sekarang yang hanya menjadi parti pengikut selepas penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional Mac lalu kerana ia boleh menamatkan hayat parti itu.
“Jika kita mengambil apa yang berlaku sepanjang sembilan bulan ini dan menerimanya sebagai kebiasaan atau realiti baru. Maka kita sebenarnya membunuh UMNO secara perlahan-perlahan.
“Jika UMNO berterusan seperti hari ini iaitu hanya jadi salah satu komponen parti pemerintah, yang walaupun memainkan peranan besar bagi mendokong hidup kerajaan yang ada tetapi ibarat dilayan sebagai anak tiri maka tunggulah pengakhiran UMNO,” amaran Najib.
Justeru katanya, ahli UMNO perlu keluar daripada putaran ganas kehilangan keyakinan diri dengan membina kejayaan baharu dan keyakinan yang berterusan.
Katanya, beberapa siri pilihan raya kecil menunjukkan sokongan kepada UMNO semakin meningkat bermula dengan Parlimen Cameron Highlands yang telah menunjukkan kekuatan baharu dalam UMNO.
“Mengapa kita mensia-siakan apa yang kita kendong kerana keyakinan dan keberanian kita diuji. Kenapa musuh dan pesaing politik kita dibenarkan untuk menang di meja rundingan, apa yang mereka tidak mungkin menang di medan pilihan raya.
“Itu ibarat tersungkur di pintu kejayaan kerana tersandung bayang-bayang sendiri,” kata Najib.
Menurut Najib tahun 2021 perlu menjadi tahun kebangkitan UMNO tambahan pula beliau menjangkakan persidangan UMNO yang diadakan ketika ini adalah yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 berlangsung.
“Kita mesti jadikan tahun 2021 ini tahun yang amat penting. Tahun yang akan merupakan kebangkitan semula UMNO sebagai teras dan tunjang parti dominan tanah air.
“Semangat dan mentaliti untuk menang dan hasrat untuk jadikan UMNO bukan parti yang mengikut ataupun parti dipimpin tetapi parti yang memimpin.
“Parti keramat ini telah terlalu banyak budi dan jasa kepada rakyat dan negara. Tidak boleh dibiarkan dalam keadaan sedemikian. Apapun kita mesti kembali sebagai parti peneraju dan parti utama dan parti dominan di tanah air kita,” katanya penuh semangat sambil mendapat tepukan hebat daripada perwakilan yang hadir.-
SM
The post Jika terus jadi parti pengikut, UMNO akhirnya akan terbunuh – Najib appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/03/jika-terus-jadi-parti-pengikut-umno-akhirnya-akan-terbunuh-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Must Leave Pn Or It Will Perish Says Najib

Umno Must Leave Pn Or It Will Perish Says Najib

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 341 hits
Former prime minister Najib Razak said Umno was never meant to play second fiddle from the time it was formed in 1946 PETALING JAYA Former prime minister Najib Razak has told Umno leaders and members not to get used to the party s supportin...
Siapa Kamu Wan Fayhsal Perlekeh Akar Umbi Umno Najib

Siapa Kamu Wan Fayhsal Perlekeh Akar Umbi Umno Najib

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 206 hits
Siapa kamu untuk perlekehkan dan menghina suara akar umbi parti UMNO seluruh negara soal Datuk Seri Najib Razak kepada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal Tegas Najib jika tiada akar umbi UMNO mereka yang melompat pun tidak akan berjaya menja...
Najib Ajak Umno Lawan Siapa

Najib Ajak Umno Lawan Siapa

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 582 hits
Kedudukan sekarang ahli dan pemimpin UMNO berada dalam kedudukan paling lemah dan murung Nak lawan siapa Mahathir Mahathir sudah tidak relevan parti pun tak lulus Nak lawan Anwar Apa faedah Lebih baik berkawan Nak lawan Muhyiddin Di Sabah p...
Apakah Pesan Najib Tentang Hala Tuju Petanda Hubungan Umno Dengan Bersatu Bakal Berakhir 3hb Ini

Apakah Pesan Najib Tentang Hala Tuju Petanda Hubungan Umno Dengan Bersatu Bakal Berakhir 3hb Ini

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 329 hits
Mesyuarat perwakilan UMNO bahagian bahagian selama tiga hari pada 1 3 Januari ini dijangka akan membuat keputusan tentang hubungan parti itu dengan Bersatu Difahamkan sebahagian besar daripada 191 UMNO bahagian akan meluluskan usul tidak ma...
Sumber Dalaman Umno Dedah Perpecahan Mendalam Kepimpinan Parti

Sumber Dalaman Umno Dedah Perpecahan Mendalam Kepimpinan Parti

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 317 hits
January 10 2021 Menurut sumber dalaman parti tidak semua anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno tahu perkembangan yang berlaku PETALING JAYA Seorang pemimpin kanan Umno mendedahkan mengenai perpecahan mendalam dalam parti itu yang mungkin meny...
Umno Perlu Tolak Kerjasama Dengan Parti Perkauman Biadab

Umno Perlu Tolak Kerjasama Dengan Parti Perkauman Biadab

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 259 hits
Keputusan ada pada parti Melayu Islam bukan parti lemah seperti MCABANGI Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia menggesa parti politik Melayu Islam termasuk UMNO untuk mengutamakan kesatuan dan kuasa wewenang umat Islam Menegaskan perkara itu Seti...
Najib Pesan Perwakilan Berani Bersuara Hala Tuju Umno

Najib Pesan Perwakilan Berani Bersuara Hala Tuju Umno

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 348 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 1 31 pmBekas presiden Umno Najib Razak hari ini menasihatkan perwakilan parti supaya berani menyuarakan dan membahaskan hala tuju Umno dalam persidangan mesyuarat Umno bahagian yang bermula hari ini hing...
Tunggulah Pengakhiran Umno Najib Tegur Golongan Selesa

Tunggulah Pengakhiran Umno Najib Tegur Golongan Selesa

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 296 hits
January 3 2021 12 23 PMSejak era Perikatan dan Barisan Nasional UMNO merupakan parti induk dan peneraju dalam agenda serta hala tuju dalam pentadbiran kerajaan kata Najib Razak PETALING JAYA Bekas presiden UMNO Najib Razak mengingatkan ahli...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt