Umno Anak Tiri Dalam Pn Perlu Keluar Jika Tidak Mahu Terkubur Kata Najib


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-January 3, 2021 3:29 PM
Sejak era Perikatan dan Barisan Nasional, UMNO merupakan parti induk dan peneraju dalam agenda serta hala tuju dalam pentadbiran kerajaan, kata Najib Razak.
PETALING JAYA: Bekas presiden UMNO, Najib Razak, berkata parti itu di layan seperti ‘anak tiri’ dalam kerajaan Perikatan Nasional, justeru harus keluar daripada pentadbiran pimpinan Muhyiddin Yassin, jika mahu mempertahankan kedudukannya sebagai parti yang berpengaruh.

Beliau berkata UMNO akan terkubur jika terus menjadi sekadar “pengikut” dalam kerajaan PN dan diberikan peranan yang tidak sepadan dengan kuasa politiknya.

“Kita harus keluar, jika terus kekal (dalam PN) maka (kedudukan) UMNO akan berakhir sebagai parti politik yang berpengaruh,” kata Najib ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Pekan selaku ketua bahagiannya.

“Jika UMNO berterusan seperti hari ini, iaitu hanya jadi salah satu komponen parti pemerintah, yang walaupun memainkan peranan besar mendukung kerajaan yang ada, tetapi dilayan sebagai anak tiri, maka tunggulah pengakhiran UMNO,” kata Najib.

Gesaan Najib untuk UMNO keluar dari kerajaan PN itu senada dengan beberapa pemimpin kanan parti itu, termasuk Naib Presiden UMNO Mohamed Khaled Nordin, Timbalan Pengerusi UMNO Johor Nur Jazlan Mohamed dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Puad Zakarshi.

Beliau berkata pemimpin UMNO yang diberikan kedudukan dalam kerajaan Muhyiddin tidak boleh selesa atau menganggapnya suatu kebiasaan kerana ia akan “membunuh” UMNO secara perlahan-lahan.

Beliau berkata mereka tidak boleh beranggapan “asalkan ada jawatan menteri sudah gembira walaupun kualiti portfolio tidak sepadan dengan sumbangan UMNO kepada kekalnya kerajaan yang ada.”

Najib berkata, pengalaman parti itu menyertai kerajaan PN sejak sembilan bulan lalu harus membawa kesedaran tentang nasib UMNO jika terus bersama dengan kerajaan gabungan itu yang mempunyai majoriti rapuh di Dewan Rakyat.

“Kita harus insaf, sejak penubuhan UMNO, kita merupakan parti peneraju. Jika kita ambil apa yang berlaku sepanjang sembilan bulan ini dan menerimanya sebagai kebiasaan atau realiti baru, maka kita sebenarnya membunuh UMNO secara perlahan-lahan.

Najib berkata, model kerajaan PN yang ada sekarang, tidak akan mendatangkan kebaikan kepada negara dalam tempoh jangka panjang dan merugikan UMNO sendiri.

“Hari ini kita tidak menjadi penentu kepada dasar negara, jawatan berkaitan ekonomi dan kewangan tidak dipegang menteri UMNO. Kejayaan kerajaan menjadi kredit kepada orang lain, bukan kepada kita,” katanya.

Tambahnya, sejak era Perikatan dan Barisan Nasional (BN), UMNO merupakan parti induk dan menjadi peneraju dalam agenda serta hala tuju dalam pentadbiran kerajaan persekutuan.

Katanya, ia tidak sama seperti hari ini yang menyaksikan parti itu memainkan peranan yang tidak setara dengan sumbangannya.

“Kita merupakan parti induk sejak dahulu dalam kerajaan. Ia bukan seperti hari ini, yang menjadi pengikut.

“Kita bukan sahaja perlukan mentaliti kemenangan, tetapi perlu terjemahkan mentaliti kemenangan itu kepada strategi kemenangan di semua peringkat,” katanya.

Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin akan hilang majoritinya di Dewan Rakyat jika UMNO menarik balik sokongannya, memandangkan parti itu blok terbesar dalam kerajaan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/umno-anak-tiri-dalam-pn-perlu-keluar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Nak Kekal Untuk Memimpin Bukan Dipimpin Kata Najib

Umno Nak Kekal Untuk Memimpin Bukan Dipimpin Kata Najib

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 280 hits
January 3 2021 UMNO akan gagal jika membiarkan parti dikawal oleh kerajaan kata Najib Razak Mengisytiharkan bahawa parti itu dibentuk untuk memimpin dan bukan dipimpin ahli Parlimen Pekan itu berkata bahawa parti itu harus kembali menjadi p...
Terkini Majoriti Mt Umno Tak Setuju Keluar Kerajaan Kata Sumber

Terkini Majoriti Mt Umno Tak Setuju Keluar Kerajaan Kata Sumber

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 376 hits
themalaysialife comMajlis Kerja Tertinggi UMNO dikatakan menolak cadangan supaya Ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional dan meletak jawatan kabinet bagi membubarkan Parlimen MKT sebaliknya mahu cadangan...
Apa Juga Keputusan Pemimpin Umno Keluar Kerajaan Pn Perlu Dimuktamadkan Mkt Kata Ahmad Maslan

Apa Juga Keputusan Pemimpin Umno Keluar Kerajaan Pn Perlu Dimuktamadkan Mkt Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 354 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Sebarang keputusan mengenai Ahli Parlimen UMNO diarah melepaskan jawatan dalam kerajaan dan agensi berkaitan kerajaan sebelum bulan depan akan dimuktamadkan Majlis Kerja Tertinggi parti itu terlebih dahulu kata Set...
Najib Ajak Umno Lawan Siapa

Najib Ajak Umno Lawan Siapa

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 613 hits
Kedudukan sekarang ahli dan pemimpin UMNO berada dalam kedudukan paling lemah dan murung Nak lawan siapa Mahathir Mahathir sudah tidak relevan parti pun tak lulus Nak lawan Anwar Apa faedah Lebih baik berkawan Nak lawan Muhyiddin Di Sabah p...
Apakah Pesan Najib Tentang Hala Tuju Petanda Hubungan Umno Dengan Bersatu Bakal Berakhir 3hb Ini

Apakah Pesan Najib Tentang Hala Tuju Petanda Hubungan Umno Dengan Bersatu Bakal Berakhir 3hb Ini

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 345 hits
Mesyuarat perwakilan UMNO bahagian bahagian selama tiga hari pada 1 3 Januari ini dijangka akan membuat keputusan tentang hubungan parti itu dengan Bersatu Difahamkan sebahagian besar daripada 191 UMNO bahagian akan meluluskan usul tidak ma...
Bawa Usul Keluar Pn Ke Perhimpunan Agung Umno Ada Risiko Buat Zahid Hamidi

Bawa Usul Keluar Pn Ke Perhimpunan Agung Umno Ada Risiko Buat Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 255 hits
Seorang pemimpin Bersatu hanya tertawa kecil dengan keputusan mesyuarat MT UMNO malam semalam yang akhirnya tidak membuat apa apa ketetapan untuk keluar daripada kerajaan PN Sebaliknya mesyuarat MT UMNO yang dipengerusikan Ahmad Zahid Hamid...
Najib Pesan Perwakilan Berani Bersuara Hala Tuju Umno

Najib Pesan Perwakilan Berani Bersuara Hala Tuju Umno

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 362 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 1 31 pmBekas presiden Umno Najib Razak hari ini menasihatkan perwakilan parti supaya berani menyuarakan dan membahaskan hala tuju Umno dalam persidangan mesyuarat Umno bahagian yang bermula hari ini hing...
Umno Tunggu Masa Terkubur Angkara Ditunggang Pemimpin Tersepit

Umno Tunggu Masa Terkubur Angkara Ditunggang Pemimpin Tersepit

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 183 hits
Golongan Islamis perlu bersatu corak semula hala tuju negara Amir ISMAismaweb netOleh Athirah Huda ZalheBANGI 23 Jamadilawal 1442H Khamis Kemelut di dalam UMNO ketika ini memungkinkan parti yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu itu ter...
Lawan Tetap Lawan Najib Beritahu Akar Umbi Umno

Lawan Tetap Lawan Najib Beritahu Akar Umbi Umno

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 343 hits
PETALING JAYA Bekas presiden UMNO Najib Razak hari ini menggunakan slogan yang sering digunakan Presiden PKR Anwar Ibrahim lawan tetap lawan sebagai gesaan supaya akar umbi parti itu berani dan terus bertekad memperjuangkan nasib rakyat Naj...
Tips Sukses Membentuk Sales Pipeline Sesuai Perjalanan Prospek

Merdeka 118 Agih Bubur Lambuk Buat Julung Kalinya Di Stadium Merdeka

Bunuh Pelajar Vokasional 2 Tertuduh Dakwa Dipaksa Buat Pengakuan

Make Us One Mixue Promotes Diversity Amid Racist Job Ad Controversy

Intellectual Property Protecting Ideas

Ringgit Opens Flat As Market Awaits Direction

No More Guesswork How To Pick A Vape That Won T Let You Down

Senarai Penaksir Risiko Bising Nra Di Sabah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


D Tempat Country Club Luxury Retreat In Sendayan Negeri Sembilan

4 Golongan Manusia Haram Disentuh Api Neraka

Hardwell Kembali Ke Malaysia Di Neon Music Festival 2025 Bersama Artbat Dan Lain Lain

Funny18 Web Pgslot Pgslot Top 6 By Mickey Funny18 Funny18 Asia 19 25

25 Malaysians Rescued From Job Scam Syndicates In Myanmar Repatriated

Mutual Respect Important In Religious Racial Matters Says Dr Wee