Kali Pertama Memancing Ikan


Catatan Sabtu, 20 Disember 2025
Seumur hidup, belum pernah saya memegang joran apa lagi memancing ikan. Terbit keinginan memancing ikan apabila saya sering menyaksikan penduduk tempatan di utara tanah air memancing ikan bersama keluarga - lelaki, perempuan, tua dan muda

Biasanya saya lihat mereka memancing di kawasan bendang dan di parit. Jadinya tak hairan kalau kita memandu di sini, nampak sana sini orang sedang memancing di parit tepi jalan. Paling seronok bila saya lihat kanak-kanak sedang memegang joran, bukan leka dengan skrin gajet

Alhamdulillah setelah lebih lima tahun saya berhijrah ke utara, akhirnya pagi semalam saya berpeluang memegang joran dan belajar memancing dari jiran-jiran. Saya ikut sekadar nak tengok macam mana orang memancing ikan, kemudian dipelawa mencuba. Mula-mula saya segan dan rasa kekok, lepas tu ehh seronok

Foto pagi - masa ni hanya saya bersama jiran-jiran, Encik Suami berada di tempat lain. Kami memancing di sebuah kolam takungan berhampiran, bukan kolam berbayar. Banyak juga ikan yang berjaya saya naikkan, tapi semuanya ikan tilapia bersaiz kecil. Bolehlah kan, buat permulaan belajar memancing 😀
Lewat petangnya, saya ikut jiran-jiran memancing sekali lagi. Kali ni saya belajar letak umpan sendiri - walau rasa kasihan juga nak cucuk udang hidup pada mata kail, tapi nak tanggalkan ikan yang berjaya dinaikkan saya masih belum berani

Encik Suami ikut bersama, seingatnya sebelum ini pernah jugalah dia ikut jiran memancing sekali dua. Masih belum banyak pengalaman. Rezeki Encik Suami, percubaan kali pertama petang semalam terus dapat ikan haruan bersaiz besar. Sampai terlepas joran daripada pegangan, masuk ke dalam kolam dan bergerak ke sana sini 😅
Foto di atas berjaya dirakam setelah usaha-usaha dilakukan - joran berjaya ditarik ke tepi kolam bersama ikan haruan yang masih ada di mata kail. Rupa-rupanya ikan ini belum makan umpan, tapi entah macam mana bahagian ekornya terkena mata kail

Jiran dah tanya, bila nak pergi memancing lagi? 😀








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/12/kali-pertama-memancing-ikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sauk Ikan Di Karnival Sekolah

Sauk Ikan Di Karnival Sekolah

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 137 hits
Assalamualaikum Ini kisah semalam si kecil ni merengek nak ke Karnival sekolah dia semata mata nak sauk ikan Karnival tu berjalan bermula dari pagi hingga ke petang tapi dia mula merengek nak ke sana sejak 7 pagi grrr geram ui Setelah dia s...
Isi Ikan Goreng Tepung Cicah Dengan Sos Lemon Putih

Isi Ikan Goreng Tepung Cicah Dengan Sos Lemon Putih

papar berkaitan - pada 14/12/2025 - jumlah : 194 hits
Isi Ikan Goreng Tepung Cicah Dengan Sos Lemon Putih Aduh tajuk pun ikut apa yang terlintas di kepala saja Banyak sangat nak cerita tapi selalu tertinggal untuk update kat sini Kadang kadang teringin nak makan yang lain daripada kebiasaan Ta...
Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng

Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 196 hits
Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng Tidak dinafikan ikan bilis merupakan salah satu pelengkap untuk setiap juadah atau bahan tambahan yang ada dalam beberapa hidangan Malah hidangan kosong seperti bubur nasi jug...
Manfaat Lemak Ikan Untuk Kesihatan Mengapa Anda Tidak Perlu Takut

Manfaat Lemak Ikan Untuk Kesihatan Mengapa Anda Tidak Perlu Takut

papar berkaitan - pada 15/12/2025 - jumlah : 160 hits
Ramai individu merasa takut apabila melihat ikan berminyak atau berlemak Namun lemak dari ikan tertentu adalah yang dicari oleh tubuh kita terutamanya omega 3 Kenapa ia penting Omega 3 merupakan komponen yang digunakan oleh tubuh untuk memb...
Wanita Gigit Mata Kail Ketika Makan Ikan Goreng Di Restoran

Wanita Gigit Mata Kail Ketika Makan Ikan Goreng Di Restoran

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 109 hits
Ingatkan tulang Wanita gigit mata kail ketika makan di restoranKOSMO SEORANG wanita tergigit mata kail ketika makan ikan goreng Foto Shin Min Daily NewsSINGAPURA Seorang wanita yang sedang leka menjamu selera di sebuah restoran di Yishun Si...
Asam Rebus Ikan Baung Lauk Sihat Untuk Pz

Asam Rebus Ikan Baung Lauk Sihat Untuk Pz

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 111 hits
Assalamualaikum wrt Simple no at all je hari ni semua sebab PZ kena jaga makan x boleh dah makan mengarut2 ni ikurkan susah jugak sebab PZ ni degil dah tu apa dia nak makan katanya itu x boleh ini x boleh ye la dah biasa kan slowly la SA pu...
Remaja Menjala Ikan Dalam Banjir Ditemui Lemas

Remaja Menjala Ikan Dalam Banjir Ditemui Lemas

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 100 hits
Hazira Ahmad ZaidiKUALA KRAI Remaja lelaki yang hilang selepas tong drum yang dijadikan perahu terbalik ketika menjala ikan di kawasan kebun getah dinaiki air berhampiran Masjid Mukim Pemberian Al Mahdi di sini ditemui lemas hari ini Mayat ...
Asam Pedas Melaka Ikan Pari Dan Tanda Kiamat

Asam Pedas Melaka Ikan Pari Dan Tanda Kiamat

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 125 hits
Hari ini saya ingin kongsikan tanda tanda kiamat petikan dari video Tokku Pasir Gudang Tanda kiamat yang ke 68 ialah dekatnya pasar Tanda kiamat yang disebut ulamak maksud pasar berdekatan ada 3 makna Pertama pengetahuan mengenai harga bara...
Resepi Masak Cuka Ikan Tenggiri

Resepi Masak Cuka Ikan Tenggiri

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 178 hits
Masak cuka ikan tenggiriBahan bahan 2 3 ketul isi ikan ketul 10 ulas bawang kechik 5 ulas bawang putih6 biji Cili padi1 camca biji sawi sikit halia2 camca Cuka makanGaram gula secukup rasaSikit minyak untuk menumih Cara cara Ikan digaul sik...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia