Najib Dakwa Bukan Dia Yang Jual Tanah Ktm Di Tanjung Pagar



PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bahawa beliau menjual tanah milik Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTM) di Tanjung Pagar, Singapura.

Beliau berkata, banyak pihak kelihatan tidak memahami isu tersebut.

Najib berkata, perjanjian asal untuk menamatkan perkhidmatan stesen di Tanjung Pagar dan menukar status tanah itu tidak dibuat oleh beliau, tetapi dirundingkan oleh menteri kewangan pada 1990.

Pada 1990, di bawah pentadbiran Perdana Menteri ketika itu, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Kewangannya ialah Tun Daim Zainuddin.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, di bawah perjanjian 1990 tersebut, Malaysia bersetuju untuk memindahkan stesen Tanjung Pagar ke stesen baru di Kranji.

“Sebagai pampasan, Malaysia mendapat hak untuk membangunkan 3 keping tanah milik KTM di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands dalam satu usaha sama dengan kerajaan Singapura dengan nisbah 60% kepada Malaysia dan 40% Singapura.

“Selepas perjanjian itu dibuat oleh kerajaan perdana menteri ke-4, ia tidak menghormatinya dan meminta 3 keping tanah di Bukit Timah, yang juga dimiliki oleh KTM, dimasukkan sekali,” kata Najib di laman Facebook beliau.

Katanya, Singapura kemudiannya bersetuju memasukkan tanah Bukit Timah ke dalam pelan pembangunan bersama itu, tetapi Malaysia masih tidak mahu menghormati perjanjian tersebut berikutan pertelingkahan dengan republik berkenaan dalam beberapa isu lain pada masa itu.

“Akibatnya, perjanjian itu dan tanah milik KTM terbiar begitu sahaja selama 20 tahun tanpa satu sen hasil diperolehi,” katanya.

Bekas presiden Umno itu berkata, tanah terbabit diberikan kepada KTM pada 1918 di bawah Akta Keretapi pada masa itu.

Tanah tersebut merupakan pajakan selama 999 tahun, dan kegunaannya dihadkan kepada landasan keretapi. Ia tidak boleh dibangunkan atau digunakan untuk projek lain.

Najib berkata, kebanyakan tanah tersebut sempit kerana sifat landasan keretapi tidaklah luas.

“Jika Singapura tidak bersetuju dengan kita dan tidak menukar status kegunaan tanah, tanah milik KTM itu akan ‘mereput’ begitu sahaja.

“Jika anda tunggu selama 999 tahun lagi ia tidak akan membawa satu sen pun hasil kepada sesiapa. Tambahan lagi kita perlu membayar cukai tanah kepada Singapura,” katanya.

Pada 2010, kata Najib, beliau berunding semula dengan kerajaan Singapura dan mencapai perjanjian baru dengan republik itu yang bersetuju memberi 4 keping tanah di Marina Bay (berhampiran Marina Bay Sands) dan 2 keping di Ophir-Rochor sebagai ganti bagi satu keping tanah di Tanjung Pagar, satu di Kranji, satu di Woodlands dan 3 keping di Bukit Timah.

Beliau berkata, pihak yang mengenali Singapura akan tahu bahawa tanah di Marina Bay merupakan tanah paling berharga di republik tersebut, sementara Ophir-Rochor adalah pusat perniagaan baru negara berkenaan.

“Ia jauh lebih berharga daripada tanah di Bukit Timah dan Kranji,” katanya.

Najib berkata, tanah terbabit dibangunkan secara usaha sama oleh Malaysia dan Singapura di bawah M-S Pte Ltd, yang 60% pemilikannya diletakkan di bawah Khazanah Nasional Bhd.

Projek di Marina Bay, yang dinamakan Marina One, bernilai S$7 bilion (RM21.3 bilion), sementara projek Ophir-Rochor pula bernilai S$4 bilion (RM12.2 bilion).

Beliau berkata, kedua-dua projek berkenaan berjaya disiapkan pada awal tahun ini dan memberi hasil yang lumayan kepada Malaysia.

“Projek Marina Bay mempunyai keluasan 3.67 juta kaki persegi, meliputi 2 buah menara mewah setinggi 34 tingkat, 2 bangunan pejabat gred A setinggi 30 tingkat dan pusat membeli belah dikenali sebagai “The Heart”.

“Banyak syarikat ternama seperti Facebook, PwC, Grab, bank komersil dan sebagainya telah berpindah ke Marina One dan mereka mula membayar sewa kepada syarikat milik Khazanah, yang akan menjamin pulangan berterusan jangka panjang kepada kita,” katanya.

Najib berkata, beberapa bulan lepas media Singapura melaporkan bahawa Khazanah, di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), sedang berunding untuk melepaskan pegangan dalam M-S Pte Ltd kepada kerajaan Singapura.

“Walaupun kerajaan menafikan perkara itu, namun saya menjangka tidak lama selepas ini, mereka akan menjualnya dengan alasan ia bukan aset strategik,” tambah beliau. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2018/12/najib-dakwa-bukan-dia-yang-jual-tanah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Tanah Ktm Di Tanjung Pagar Malaysia Vs Singapura

Isu Tanah Ktm Di Tanjung Pagar Malaysia Vs Singapura

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 348 hits
Tanjung Pagar Saya lihat ramai yang tidak berapa faham tentang isu tanah KTM di Tanjung Pagar Singapura dan cepat benar tuduh saya telah jual tanah hak Malaysia Alangkah senangnya untuk menuduh Biar saya jelaskan Perjanjian asal untuk mengh...
Perjanjian Penjualan Tanah Tanjung Pagar Dibuat Bekas Menteri Kewangan Yang Juga Bekas Perdana Menteri

Perjanjian Penjualan Tanah Tanjung Pagar Dibuat Bekas Menteri Kewangan Yang Juga Bekas Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 403 hits
Tanjong Pagar Saya lihat ramai tidak berapa faham tentang isu tanah KTM di Tanjong Pagar Singapura dan cepat benar tuduh saya telah jual tanah hak Malaysia Alangkah senangnya untuk menuduh Biar saya jelaskan Perjanjian asal untuk menghentik...
It Was Daim Who Sold The Ktm Tanjung Pagar Land

It Was Daim Who Sold The Ktm Tanjung Pagar Land

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 447 hits
Former prime minister Najib Razak today refuted allegations that he had sold the KTM land in Tanjung Pagar Singapore Najib said many did not seem to understand the issue He said the original agreement to stop the train station at Tanjung Pa...
Najib Arul Akan Di Dakwa Kerana Pinda Laporan Audit 1mdb

Najib Arul Akan Di Dakwa Kerana Pinda Laporan Audit 1mdb

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 328 hits
PETALING JAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy dijangka berhadapan tuduhan kerana didakwa meminda laporan audit syarikat pelaburan itu menurut sumber Satu sumber berkata Naj...
Dulu Kata Najib Jual Negara Tapi Kini Diteruskan

Dulu Kata Najib Jual Negara Tapi Kini Diteruskan

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 331 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hairan melihat projek projek yang dilaksana semasa zaman pentadbirannya tetap diteruskan meskipun sebelumnya didakwa projek tersebut seolah olah menjual negara Mengambil contoh projek pelabuh...
Ubah Laporan Audit 1mdb Najib Arul Kanda Di Dakwa Esok

Ubah Laporan Audit 1mdb Najib Arul Kanda Di Dakwa Esok

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 334 hits
PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd Arul Kanda Kandasamy akan menghadapi pertuduhan berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB esok ...
Kisah Najib Jual Tapak Tudm Sungai Besi 1mdb

Kisah Najib Jual Tapak Tudm Sungai Besi 1mdb

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 403 hits
NAJIB JUAL TAPAK TUDM SUNGAI BESI APA ATM DAPAT Najib suka bantu rakyat yang tak bersyukurDari Facebook Najib Razak Dis 2018 Saya tahu ada yang masih menuduh saya menjual tapak TUDM Sungai Besi tanpa mengetahui kisah sebenar langkah ini Ber...
Najib Ph Tidak Pernah Menafikan Mahu Jual 25 Kepentingan Pertronas

Najib Ph Tidak Pernah Menafikan Mahu Jual 25 Kepentingan Pertronas

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 336 hits
Media antarabangsa telah melaporkan bahawa menteri menteri kerajaan PH sudah pun memulakan rancangan dan pengaturan untuk menjual 25 kepentingan Petronas melalui satu penyenarain di bursa saham Apabila ditanya oleh media bisnes tempatan seb...
Ph Akan Jual 30 Dari Lapangan Terbang Bangunan Hospital Hospital Awam Stesen Keretapi Dan Tanah Tanahnya

Ph Akan Jual 30 Dari Lapangan Terbang Bangunan Hospital Hospital Awam Stesen Keretapi Dan Tanah Tanahnya

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 298 hits
Jika menteri kewangan PH mengumumkan secara terus bahawa mereka akan jual sekurang kurangnya 30 dari lapangan terbang bangunan hospital hospital awam stesen keretapi dan tanah tanahnya tentu ramai akan membantah Sebenarnya mereka sudah umum...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur