Ph Akan Jual 30 Dari Lapangan Terbang Bangunan Hospital Hospital Awam Stesen Keretapi Dan Tanah Tanahnya


Jika menteri kewangan PH mengumumkan secara terus bahawa mereka akan jual sekurang-kurangnya 30% dari lapangan terbang, bangunan hospital-hospital awam, stesen keretapi dan tanah-tanahnya, tentu ramai akan membantah.
Sebenarnya, mereka sudah umumkan tetapi ramai rakyat biasa tidak sedar kerana cara licik mereka mengumumkan ini.
Ini ialah petikan dari muka-surat 16 ucapan belanjawan 2019 yang dibahas Menteri Kewangan.
Jelas dinyatakan bahawa mereka akan mewujudkan sesuatu Amanah Pelaburan Hartanah bagi Lapangan Terbang (REIT) yang pertama didunia (maksudknya lain negara tidak buat macam ini).
Kemudian 30% dari unit REIT ini akan dijualkan kepada pihak swasta untuk menjana RM4 bilion – maksudnya nilai 100% tanah dan lapangan terbang yang dijual oleh kerajaan ialah RM13.3 bilion.
Hari ini, semua lapangan terbang dan tanah-tanahnya ialah milik penuh kerajaan.
Syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pula ada perjanjian konsesi dengan kerajaan untuk menyewanya.
MAHB akan mengutip cukai penerbangan dari pengguna airport untuk membayar sekitar RM400 juta setahun kepada kerajaan sebagai sewa.
Khazanah Nasional merupakan pemilik saham terbesar di MAHB. KWSP ialah kedua terbesar.
Apabila belanjawan ini diumumkan, harga saham MAHB terus menurun sebanyak 12% iaitu kehilangan nilai sebanyak RM1.5 bilion.
Mengapa?
Ini alah kerana kaedah REIT ini ialah cara kerajaan menjual semua lapangan-lapangan terbang yang dimiliknya kepada syarikat REIT ini.
Syarikat REIT akan membayar kerajaan dengan mengeluarkan 100% unit Amanah dalam REIT ini.
Kemudian, kerajaan akan menjual 30% dari unit-unit ini kepada pihak swasta termasuk pelabur asing dengan harga sekitar RM4 bilion.
Selepas ini, MAHB tidak akan membayar sewa kepada kerajaan lagi. Mereka akan bayar kepada syarikat REIT ini.
Untuk menarik pelabur, pulangan dari REIT ini mesti di sekitar 6.25% iaitu pulangan purata untuk REIT-REIT yang lain di negara.
Kalau tidak, ianya lebih senang untuk pelabur untuk melabur dalam bon atau sukuk kerajaan yang memberi pulangan faedah 4%.
Maka, bayaran tahunan dari MAHB kepada REIT ini dijangka naik dari RM400 juta kepada anggaran RM750 juta setahun.
MAHB pula terpaksa menaikkan cukai penerbangan untuk menampung kenaikkan ini. Cukai ini sudahpun diumum akan bertambah sebanyak RM40 seorang tahun depan.
Pada masa yang sama, kerjaan tidak lagi memiliki 100% dari lapangan-lapangan terbang dan tanahnya tetapi hanya 70%.
Oleh kerana pegangan 70% ini di dalam bentuk unit-unit Amanah yang cair (liquid), maka jauh lebih senang untu kerajaan untuk menjual lagi milik mereka dalam tanah lapangan terbang ini.
Kalau hari ini telah jual 30%, esok boleh jual sampai 60% atau 100%.
Sebenarnya, jika kerajaan perlukan RM4 bilion ini, ianya lebih senang untuk mereka untuk menerbitkan sukuk dengan membayar faedah 4% setahun.
Tidak perlu bayar 6.25% setiap tahun kepada pihak swasta dalam bentuk REIT.
Aturan REIT yang sama juga akan dibuat untuk hospital-hospital awam dan stesen keretapi milik kerajaan seperti dimaklum oleh Menteri Kewangan dalam ucapan Belanjawan 2019 mereka.
Setelah menjual IHH Berhad kepada syarikat Jepun dengan cara rundingan terus tanpa tender dan cadangan untuk menjual 25% kepentingan di dalam PETRONAS maka giliran untuk lapangan terbang, bangunan hospital-hospital awam, stesen keretapi dan tanah-tanahnya menjadi sasaran kerajaan PH untuk dijual.
Semua hospital swasta di bawah IHH Berhad telah dijual kepada Jepun. giliran hospital-hospital awam tidak lama lagi.
NAJIB RAZAK






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2018/12/04/ph-akan-jual-30-dari-lapangan-terbang-bangunan-hospital-hospital-awam-stesen-keretapi-dan-tanah-tanahnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senyap Senyap Guan Eng Jual Lapangan Terbang Najib Razak

Senyap Senyap Guan Eng Jual Lapangan Terbang Najib Razak

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 384 hits
Loading Loading Jika Menteri Kewangan Pakatan Harapan mengumumkan secara terus bahawa mereka akan jual sekurang kurangnya 30 dari lapangan terbang bangunan hospital hospital awam stesen keretapi dan tanah tanahnya tentu ramai akan
Najib Dakwa Bukan Dia Yang Jual Tanah Ktm Di Tanjung Pagar

Najib Dakwa Bukan Dia Yang Jual Tanah Ktm Di Tanjung Pagar

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 362 hits
PETALING JAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bahawa beliau menjual tanah milik Keretapi Tanah Melayu Bhd di Tanjung Pagar Singapura Beliau berkata banyak pihak kelihatan tidak memahami isu tersebut Najib berk...
Vincent Tan Yakin Pemilik Berikan Kerjasama Jual Tanah Kuil

Vincent Tan Yakin Pemilik Berikan Kerjasama Jual Tanah Kuil

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 340 hits
SUBANG JAYA Ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun yang memulakan kempen kutipan derma bagi membeli tanah yang menempatkan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 di sini hari ini yakin pemilik tanah itu akan memberi kerjasama sepenuhnya ...
Hukum Makelar Menaikkan Harga Jual Tanah

Hukum Makelar Menaikkan Harga Jual Tanah

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 306 hits
Bolehkah Makelar Menaikkan Harga Jual Tanah Bolehkah makelar menaikkan harga barang tanpa memberi tahu pemilik barang Sehingga makelar dapat fee dan dapat dr margin Jawab Bismillah was shalatu was salamu ala Rasulillah wa ba du Makelaran da...
Lapangan Terbang Di Pulau Tioman Tunggu Kelulusan Pusat

Lapangan Terbang Di Pulau Tioman Tunggu Kelulusan Pusat

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 293 hits
KUANTAN Kelulusan pembinaan lapangan terbang di Pulau Tioman tertakluk kepada kelulusan kerajaan pusat selain peruntukan mengikut Aktiviti 12 Jadual Kedua 2015 Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sebarang keputusan ...
Kepala Desa Di Rokan Hilir Jadi Tersangka Penipuan Jual Beli Tanah

Kepala Desa Di Rokan Hilir Jadi Tersangka Penipuan Jual Beli Tanah

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 288 hits
Meski sudah berulang kali Sri meminta uangnya namun An dan Zaiful selalu menghindar Sri mengantongi bukti bukti jual beli berupa kuitansi pembayaran sebanyak 2 lembar Karena merasa dipermainkan dan ditipu Sri memutuskan untuk melaporkan kep...
Kajian Penyelidik Upm Dihantar Ke Stesen Angkasa Antarabangsa Untuk Ujikaji

Kajian Penyelidik Upm Dihantar Ke Stesen Angkasa Antarabangsa Untuk Ujikaji

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 279 hits
Oleh Dr Noramaliza Mohd Noor Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear LAPORAN MAJLIS PENYERAHAN SAMPEL PENGESAN SINARAN SOFPADS OLEH PARA PENYELIDIK UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KEPADA PIHAK JAPAN AEROSPACE EXPLORATION AGENCY PUSAT ANGKASA TSUKUBA ...
Spa8i Semakan Temuduga Result Panggilan Temuduga Untuk Penjawat Awam

Spa8i Semakan Temuduga Result Panggilan Temuduga Untuk Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 1496 hits
Spa8i Semakan Temuduga spa Result Panggilan Temuduga untuk Penjawat Awam Mypt3 difahamkan sangat sangat ramai yang hantar permohonan online untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar penjawat awam di Malaysia yang berjumlah lebih 1 6 ...
Perbedaan Karakteristik Pengguna Media Sosial Instagram Tiktok Twitter Dan Facebook

Bahagia Dengan Doa Bukan Kata Nista Jaga Lidah Jaga Hati

90s Kid Haxch Turns The Yamaha Xsr900 Into A Retro Sportbike

Raised Bed Adalah Kebun Intensif

Dryer Taking Too Long To Dry Here S What That Means And Who Can Fix It In Okc

Panas Projek Ai Malaysia Huawei Kerajaan Kata Tak Terlibat

Pakai Susuk Relevan Atau Tak Zaman Sekarang

Cuba Makanan Di Kea Farm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How Well Do You Know Our I O 2025 Announcements

Mawar 2025 A Night Where Soulful Spirituality Meets Stellar Performances

Samun Pukul Isteri Tauke Guna Tukul Besi Larikan 15 36 Gram Emas

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kesan Elemen Meragukan Berhubung Isu Pencerobohan Tanah Di Raub

Quantum Batteries The Future Of Ultra Fast Sustainable Energy Storage

Why Western Australia S North West Should Be Your Next Travel Destination