Isu Tanah Ktm Di Tanjung Pagar Malaysia Vs Singapura


Tanjung Pagar. Saya lihat ramai yang tidak berapa faham tentang isu tanah KTM di Tanjung Pagar, Singapura dan cepat benar tuduh saya telah jual tanah hak Malaysia.

Alangkah senangnya untuk menuduh! Biar saya jelaskan.

Perjanjian asal untuk menghentikan stesen keretapi di Tanjung Pagar dan menukar tanah bukan di persetujui oleh saya tetapi dirunding dan ditandatangan oleh Menteri Kewangan kita pada tahun 1990.

Di bawah perjanjian 1990 ini, Malaysia bersetuju untuk memindah stesen di Tanjung Pagar kepada stesen baru di Kranji - bukan saya yang bersetuju.

Sebagai pampasan, Malaysia akan membangunankan tiga pakej tanah milik KTM di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands di dalam syarikat JV bersama dengan kerajaan Singapura mengikut nisbah 60% untuk Malaysia dan 40% untuk Singapura.

Selepas kerajaan PM4 menandatangani perjanjian ini, kerajaan PM4 juga tidak mahu menghormati perjanjian ini dan meminta untuk 3 pakej tanah di Bukit Timah milik KTM juga di masukkan.

Singapura pun bersetuju untuk memasukkan tanah Bukit Timah di dalam rancangan pembangunan bersama tetapi Malaysia tetap tidak mahu menghormati perjanjian ini kerana masih bersengketa dengan Singapura di dalam pelbagai isu pada masa itu.

Oleh itu, perjanjian dan tanah-tanah KTM terbiar begitu sahaja selama 20 tahun tanpa memberi satu hasil sen kepada kita.

Tanah-tanah ini asalnya diberi kepada KTM pada tahun 1918 mengikut Akta Keretapi pada masa itu. Ianya tanah pajakan 999 tahun dan syarat guna tanah dihadkan kepada kegunaan keretapi sahaja. Ia tidak boleh dibangunkan atau digunakan untuk projek-projek yang lain.

Kebanyakan tanah itu juga terlalu sempit untuk projek pembinaan kerana laluan landasan keretapi memang tidak luas.

Jika Singapura tidak bersetuju dengan kita dan tidak menukar syarat kegunaan tanah, tanah KTM itu akan terus dibiarkan begitu sahaja.

Tunggu lagi 999 tahun pun tidak akan memberi satu sen faedah kepada sesiapa. Malah kita perlu membayar cukai tanah kepada kerajaan Singapura.

Pada tahun 2010, saya pun berunding dengan kerajaan Singapura dan mencapai persetujuan baru di mana Singapura akan memberi 4 pakej tanah di Marina Bay (dekat dengan Marina Bay Sands) dan 2 pakej di Ophir-Rochor  sebagai tukaran kepada satu pakej tanah di Tanjung Pagar, satu pakej di Kranji, satu pakej di Woodlands dan 3 pakej di Bukit Timah.

Iaitu, 6 pakej tanah bertukar dengan 6 pakej tanah.

Sesiapa yang mengenali Singapura akan tahu bahawa tanah di Marina Bay ialah di kawasan yang paling berharga di negara itu manakala kawasan Ophir-Rochor ialah pusat perniagaan (CBD) baru Singapura.

Jauh lebih berharga berbanding tanah-tanah di Bukit Timah, Kranji atau Bukit Timah.

Tanah-tanah ini telah dibangunkan oleh syarikat perkongsian bersama antara negara Malaysia dan Singapura bernama M-S Pte Ltd di mana pemilikan 60% kita diletak di bawah Khazanah Nasional.

Projek di Marina Bay dinamakan Marina One dan bernilai S$7 bilion (RM21.3 bilion) manakala projek di Ophir-Rochor bernilai S$4 bilion (RM12.2 bilion).
Kedua-dua projek ini telah berjaya disiapkan pada awal tahun ini dan kini amat berjaya, memberi pulangan besar kepada negara.

Projek di Marina One sebesar 3.67 juta kaki persegi melingkupi dua menara 34 tingkat kediaman mewah, dua bangunan 30 tingkat pejabat gred A dan pusat membeli-belah "The Heart".

Banyak syarikat terkenal seperti FaceBook, PWC, Grab, bank komersil dan sebagainya telah berpindah ke Marina One dan telah mula membayar sewa kepada syarikat milik Khazanah, sesuatu pulangan berterusan jangka panjang untuk kita.

Beberapa bulan lalu, laporan media Singapura melaporkan bahawa Khazanah Nasional di bawah kerajaan PH sedang berunding untuk menjualkan pegangan 60% di dalam M-S Pte Ltd kepada Temasek, kerajaan Singapura.

Walaupun kerajaan PH telah menafikan berita itu tetapi jangkaan saya ialah tidak lama lagi, kerajaan PH akan menjualnya juga dengan alasan ini adalah aset tidak strategik.

Tulisan Najib Razak

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/12/isu-tanah-ktm-di-tanjung-pagar-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Dakwa Bukan Dia Yang Jual Tanah Ktm Di Tanjung Pagar

Najib Dakwa Bukan Dia Yang Jual Tanah Ktm Di Tanjung Pagar

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 304 hits
PETALING JAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bahawa beliau menjual tanah milik Keretapi Tanah Melayu Bhd di Tanjung Pagar Singapura Beliau berkata banyak pihak kelihatan tidak memahami isu tersebut Najib berk...
It Was Daim Who Sold The Ktm Tanjung Pagar Land

It Was Daim Who Sold The Ktm Tanjung Pagar Land

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 356 hits
Former prime minister Najib Razak today refuted allegations that he had sold the KTM land in Tanjung Pagar Singapore Najib said many did not seem to understand the issue He said the original agreement to stop the train station at Tanjung Pa...
Perjanjian Penjualan Tanah Tanjung Pagar Dibuat Bekas Menteri Kewangan Yang Juga Bekas Perdana Menteri

Perjanjian Penjualan Tanah Tanjung Pagar Dibuat Bekas Menteri Kewangan Yang Juga Bekas Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 380 hits
Tanjong Pagar Saya lihat ramai tidak berapa faham tentang isu tanah KTM di Tanjong Pagar Singapura dan cepat benar tuduh saya telah jual tanah hak Malaysia Alangkah senangnya untuk menuduh Biar saya jelaskan Perjanjian asal untuk menghentik...
Senator Mencadangkan Supaya Rakyat Singapura Perlu Menjelaskan Saman Sebelum Keluar Dari Malaysia

Senator Mencadangkan Supaya Rakyat Singapura Perlu Menjelaskan Saman Sebelum Keluar Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 253 hits
KUALA LUMPUR Cadangan disuarakan oleh salah seorang Ahli Dewan Negara di mana saman yang dikenakan terhadap mana mana pemilik kenderaan warga Singapura perlu dijelaskan sebelum keluar dari Malaysia selain tidak dibenarkan keluar jika mempun...
Singapura Harap Isu Maritim Dibincang Secara Konstruktif Aman Rileksmedia

Singapura Harap Isu Maritim Dibincang Secara Konstruktif Aman Rileksmedia

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 277 hits
SINGAPURA Menteri Kewangan Singapura yang juga bakal Perdana Menteri republik itu telah melahirkan harapan agar kedua dua negara dapat membincangkan isu maritim secara konstruktif dan aman selaras dengan undang undang antarabangsa Ini akan ...
Menteri Singapura Keluar Kenyataan Keras Pada Malaysia

Menteri Singapura Keluar Kenyataan Keras Pada Malaysia

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 632 hits
Semakin ramai Menteri Singapura yang keluar kenyataan keras terhadap Malaysia Terkini Heng Swee Keat Menteri Kewangan Singapura MINDEFMalaysia MSabu Official https t co REIyZ1HjYT
Kesakitan Seribu Luka Singapura Minta Malaysia Bertenang

Kesakitan Seribu Luka Singapura Minta Malaysia Bertenang

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 249 hits
Isteri PM S pura beritahu Rais agar bertenangIsteri kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong Ho Ching memberitahu Ketua Biro Strategi dan Dasar Bersatu Rais Hussin agar bertenang Beliau mengulas laporan media Singapura Today Online ...
Singapura Dakwa Kapal Kerajaan Malaysia 14 Kali Ceroboh Perairannya

Singapura Dakwa Kapal Kerajaan Malaysia 14 Kali Ceroboh Perairannya

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 241 hits
06 Disember 2018 9 36 PM SINGAPURA Singapura mendakwa bahawa kapal kapal Kerajaan Malaysia secara berterusan menceroboh perairan wilayahnya di Tuas dengan 14 kali pencerobohan setakat i
Kenyataan Rasmi Persatuan Kucing Merah Malaysia Isu Rusuhan Di Kuil Sri Mariaman Usj

Kenyataan Rasmi Persatuan Kucing Merah Malaysia Isu Rusuhan Di Kuil Sri Mariaman Usj

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 1740 hits
Copy PasteAssalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera Kenyataan Rasmi Persatuan Kucing Merah Malaysia isu Rusuhan di kuil Sri Mariaman USJ Bismilahirohmanirohim KENYATAAN RASMI DARI PIHAK PERSATUAN KUCING MERAH MALAYSIA Persatuan Kucing Merah M...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024