Perjanjian Penjualan Tanah Tanjung Pagar Dibuat Bekas Menteri Kewangan Yang Juga Bekas Perdana Menteri


Tanjong Pagar.
Saya lihat ramai tidak berapa faham tentang isu tanah KTM di Tanjong Pagar, Singapura dan cepat benar tuduh saya telah jual tanah hak Malaysia.
Alangkah senangnya untuk menuduh!
Biar saya jelaskan.
Perjanjian asal untuk menghentikan stesen keretapi di Tanjong Pagar dan menukar tanah bukan di persetujui oleh saya tetapi dirunding dan ditandatangan oleh Menteri Kewangan kita pada tahun 1990.
Di bawah perjanjian 1990 ini, Malaysia bersetuju untuk memindah stesen di Tanjong Pagar kepada stesen baru di Kranji – bukan saya yang bersetuju.
Sebagai pampasan, Malaysia akan membangunankan tiga pakej tanah milik KTM di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands di dalam syarikat JV bersama dengan Singapura mengikut nisbah 60% untuk Malaysia dan 40% untuk Singapura.
Selepas kerajaan PM4 menandatangani perjanjian ini, kerajaan PM4 juga tidak mahu menghormati perjanjian ini dan meminta untuk 3 pakej tanah di Bukit Timah milik KTM juga di masukkan.
Singapura pun bersetuju untuk memasukkan tanah Bukit Timah di dalam rancangan pembangunan bersama tetapi Malaysia tetap tidak mahu menghormati perjanjian ini kerana masih bersengketa dengan Singapura di dalam pelbagai isu pada masa itu.
Oleh itu, perjanjian dan tanah-tanah KTM terbiar begitu sahaja selama 20 tahun tanpa memberi hasil satu sen kepada kita.
Tanah-tanah ini asalnya diberi kepada KTM pada tahun 1918 mengikut Akta Keretapi pada masa itu. Ianya tanah pajakan 999 tahun dan syarat guna tanah dihadkan kepada kegunaan keretapi sahaja.
Ia tidak boleh dibangunkan atau digunakan untuk projek-projek lain.
Kebanyakan tanah itu juga terlalu sempit untuk projek pembinaan kerana laluan landasan keretapi memang tidak luas.
Jika Singapura tidak bersetuju dengan kita dan tidak menukar syarat kegunaan tanah, tanah KTM itu akan terus dibiarkan begitu sahaja.
Tunggu lagi 999 tahun pun tidak akan memberi satu sen faedah kepada sesiapa. Malah kita perlu membayar cukai tanah tahunan kepada Singapura.
Pada tahun 2010, saya pun berunding dengan kerajaan Singapura dan mencapai persetujuan baru di mana mereka akan memberi 4 pakej tanah di Marina Bay (dekat dengan Marina Bay Sands) dan 2 pakej di Ophir-Rochor sebagai tukaran kepada satu pakej tanah di Tanjung Pagar, satu pakej di Kranji, satu pakej di Woodlands dan 3 pakej di Bukit Timah.
Iaitu, 6 pakej tanah bertukar dengan 6 pakej tanah.
Sesiapa yang mengenali Singapura tahu bahawa tanah di Marina Bay ialah yang paling berharga manakala kawasan Ophir-Rochor ialah pusat perniagaan (CBD) baru Singapura.
Jauh lebih berharga berbanding tanah-tanah di Bukit Timah, Kranji atau Bukit Timah.
Tanah-tanah ini telah dibangunkan oleh syarikat perkongsian bersama antara negara Malaysia dan Singapura bernama M-S Pte Ltd di mana pemilikan 60% kita diletak di bawah Khazanah Nasional.
Projek di Marina Bay dinamakan Marina One dan bernilai S$7 bilion (RM21.3 bilion) manakala projek di Ophir-Rochor diberi nama DUO Residences bernilai S$4 bilion (RM12.2 bilion).
Kedua-dua projek ini telah berjaya disiapkan pada awal tahun ini dan kini amat berjaya, memberi pulangan besar kepada negara.
Projek di Marina One sebesar 3.67 juta kaki persegi melingkupi dua menara 34 tingkat kediaman mewah, dua bangunan 30 tingkat pejabat gred A dan pusat membeli-belah “The Heart”.
Banyak syarikat terkenal seperti FaceBook, PWC, Grab, bank komersil dan sebagainya telah berpindah ke Marina One dan telah mula membayar sewa kepada syarikat milik Khazanah – pulangan berterusan jangka panjang untuk kita.
Beberapa bulan lalu, laporan media Singapura melaporkan Khazanah Nasional di bawah kerajaan PH sedang berunding untuk menjualkan pegangan 60% ini kepada Temasek, kerajaan Singapura.
Khazanah akan jual pegangan dalam 2 firma hartanah kepada Temasek

Walaupun kerajaan PH telah menafikan berita itu tetapi jangkaan saya ialah tidak lama lagi, mereka akan menjualnya juga dengan alasan ini adalah aset tidak strategik.
Najib Razak


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2018/12/06/perjanjian-penjualan-tanah-tanjung-pagar-dibuat-bekas-menteri-kewangan-yang-juga-bekas-perdana-menteri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Dakwa Bukan Dia Yang Jual Tanah Ktm Di Tanjung Pagar

Najib Dakwa Bukan Dia Yang Jual Tanah Ktm Di Tanjung Pagar

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 327 hits
PETALING JAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bahawa beliau menjual tanah milik Keretapi Tanah Melayu Bhd di Tanjung Pagar Singapura Beliau berkata banyak pihak kelihatan tidak memahami isu tersebut Najib berk...
Isu Tanah Ktm Di Tanjung Pagar Malaysia Vs Singapura

Isu Tanah Ktm Di Tanjung Pagar Malaysia Vs Singapura

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 339 hits
Tanjung Pagar Saya lihat ramai yang tidak berapa faham tentang isu tanah KTM di Tanjung Pagar Singapura dan cepat benar tuduh saya telah jual tanah hak Malaysia Alangkah senangnya untuk menuduh Biar saya jelaskan Perjanjian asal untuk mengh...
Kenapa Menteri Pertahanan Perdana Menteri Tidak Berterus Terang Isu Perang Yaman Raja Bahrin

Kenapa Menteri Pertahanan Perdana Menteri Tidak Berterus Terang Isu Perang Yaman Raja Bahrin

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 293 hits
Senator Raja Bahrin Shah menggesa Najib Razak dan sepupunya Hishammuddin Hussein berterus terang berkenaan isu perang Yaman yang melibatkan Saudi dan Malaysia Foto KiniTV oleh Raja Bahrin Shah Kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin...
Kenyataan Rasmi Pejabat Perdana Menteri Mengenai Icerd

Kenyataan Rasmi Pejabat Perdana Menteri Mengenai Icerd

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 492 hits
KUALA LUMPUR Berikut adalah kenyataan Pejabat Perdana Menteri mengenai Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifik...
Kami Minta Perdana Menteri Campur Tangan Dalam Hal Ini Kami Kecewa Dengan Kerajaan Selangor Dan Polis

Kami Minta Perdana Menteri Campur Tangan Dalam Hal Ini Kami Kecewa Dengan Kerajaan Selangor Dan Polis

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 320 hits
Yang datang pagi ini ada lebih 10 000 orang Saya tidak kenal semua Mereka yang bertanggungjawab terhadap perlakuan masing masing kata Pengerusi Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman Seafields USJ 25 SW Ramaji Beliau memberi jawapan itu ke...
It Was Daim Who Sold The Ktm Tanjung Pagar Land

It Was Daim Who Sold The Ktm Tanjung Pagar Land

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 413 hits
Former prime minister Najib Razak today refuted allegations that he had sold the KTM land in Tanjung Pagar Singapore Najib said many did not seem to understand the issue He said the original agreement to stop the train station at Tanjung Pa...
Kuil Kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

Kuil Kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 390 hits
Kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Tindakan kerajaan dalam memastikan ketenteraman dan keharmonian kaum dalam negara lanjutan daripada insiden di tapak kuil Sri Maha Mariamman Seafield USJ 25 Subang Jaya Selangor
Banjir Rakyat Asing Di M Sia Apa Teruk Sangat K Jaan Ni

Rasa Masakan Korea Soondubu Jigae Beef Di Dubuyo

China S President To Host Official Dinner For Anwar

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

The Upsides Of Saying Sorry

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

Tip Mudah Santan Berketul Jadi Elok Semula Letak Sehelai Daun Ini Saja

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Separuh Akhir Muzik Muzik 39

Helter Skelter Memori Mardiana Chord

Caffeine Aku Takkan Memiliki Chord

Keluar Sekejap Kerugian Fashionvalet Kartel Nafas Rangkaian Kedua 5g Buli Upnm

Senyum Itu Satu Sedekah Senyum Itu Serlahkan Keperibadian

Rakyat Malaysia Jadi Tentera Upahan Di Ukraine Dipercayai Masih Hidup Kpn