Najib Arul Akan Di Dakwa Kerana Pinda Laporan Audit 1mdb



PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dijangka berhadapan tuduhan kerana didakwa meminda laporan audit syarikat pelaburan itu, menurut sumber.

Satu sumber berkata, Najib akan didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menggunakan jawatannya untuk tujuan suapan.

“Beliau dikatakan telah menggunakan kedudukannya dengan mengarahkan ketua audit negara memadamkan dapatan tertentu daripada laporan tersebut bagi menghindari kemungkinan tindakan undang-undang sivil atau jenayah pada masa depan,” kata sumber itu.

Arul akan didakwa kerana bersubahat dengan Najib.

Di bawah Seksyen 24, jika didapati salah, pesalah utama dan pensubahat boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Sumber berkata, penyiasat bergantung pada takrif suapan yang jarang digunakan dalam Akta SPRM walaupun kesalahan itu tidak boleh dikira dalam bentuk kewangan.

“Suapan biasanya dalam bentuk wang, tetapi dalam kes ini ia adalah arahan yang dikeluarkan supaya dipadamkan dapatan tertentu bagi mengelakkan diri pemberi arahan daripada tindakan undang-undang,” kata sumber itu lagi.

Menurut beliau, Najib dan Arul dijangka dipanggil ke ibu pejabat SPRM untuk disoal siasat esok.

“Mereka juga dijangka dibawa ke hadapan hakim Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur Rabu depan,” kata sumber.

2 minggu lepas, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad dalam satu kenyataan berkata, pindaan dibuat ke atas laporan audit syarikat pelaburan negara itu atas arahan Najib dan bekas ketua setiausaha sulit beliau, Tan Sri Shukry Mohd Salleh.

Dalam kenyataan bertarikh 25 Nov itu, Madinah juga menyebut tentang kehadiran ahli perniagaan Low Taek Jho dalam satu mesyuarat lembaga pengarah 1MDB dan satu perenggan mengandungi 2 versi penyata kewangan 1MDB bagi tahun 2014 dipadamkan.

Beliau berkata, bekas ketua setiausaha negara, Tan Sri Ali Hamsa; dan bekas ketua audit negara, Tan Sri Ambrin Buang, turut terlibat.

Khamis lepas, pegawai SPRM menyoal siasat Najib selama beberapa jam berhubung perkara itu. Arul dipanggil lebih awal.

Ambrin dan bekas ketua pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad juga dipanggil untuk sesi soal siasat berhubung laporan itu.

Najib, yang juga merupakan bekas menteri kewangan, dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah kini berhadapan 6 pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan wang berjumlah RM6.6 bilion.

Pada 5 Okt, Najib, 65, dan Irwan, 61, mengaku tidak bersalah terhadap semua 6 tuduhan berkaitan skandal 1MDB, projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dan 2 projek saluran paip gas di Semenanjung dan Sabah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Komplek Kementerian Kewangan di Putrajaya antara Dis 2016 dan Dis 2017.

Najib juga berhadapan 21 pertuduhan pengubahan wang dan 4 pertuduhan salah guna kuasa membabitkan 1MDB.

Selain itu, Ahli Parlimen Pekan tu juga menghadapi 3 pertuduhan CBT dan 1 salah guna kuasa dalam pemindahan dana SRC International sebanyak RM42 juta ke akaun beliau.

Najib juga didakwa atas 3 kesalahan pengubahan wang berkait transaksi yang sama di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Aktiviti Keganasan dan Akta Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Perbicaraan dijadualkan bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Feb depan. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2018/12/najib-arul-akan-di-dakwa-kerana-pinda.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ubah Laporan Audit 1mdb Najib Arul Kanda Di Dakwa Esok

Ubah Laporan Audit 1mdb Najib Arul Kanda Di Dakwa Esok

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 97 hits
PUTRAJAYA Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd Arul Kanda Kandasamy akan menghadapi pertuduhan berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB esok ...
Najib Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Arah Pinda Laporan Akhir Audit 1mdb

Najib Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Arah Pinda Laporan Akhir Audit 1mdb

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 62 hits
Diterbitkan 12 Dis 2018 10 03 pagiBekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1Malays...
Pinda Laporan Audit 1mdb Arul Kanda Ditahan Sprm Kata Peguam

Pinda Laporan Audit 1mdb Arul Kanda Ditahan Sprm Kata Peguam

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 106 hits
Arul Kanda Kandasamy tiba di ibu pejabat SPRM kira kira 9 30 pagi tadi PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkaitan dakwaan meminda laporan Akhir Pengauditan 1MDB...
Wayang Kulit Najib Di Sebalik Arahan Pinda Laporan Audit 1mdb

Wayang Kulit Najib Di Sebalik Arahan Pinda Laporan Audit 1mdb

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 121 hits
Walaupun tidak disebut dalam bentuk pengakuan yang jelas tetapi nyata boleh difahami oleh sesiapa saja bahawa Najib Razak secara tidak langsung mengakui beliau telah mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan audit 1MDB Berhubung pended...
Laporan Audit 1mdb Sprm Nafi Akan Dakwa Arul Kanda

Laporan Audit 1mdb Sprm Nafi Akan Dakwa Arul Kanda

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 102 hits
Sumber SPRM berkata Arul Kanda Kandasamy sudah dipanggil semalam dan kertas siasatan belum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara kerana siasatan masih dijalankan KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menafikan Arul Kanda Kan...
Bersubahat Dengan Najib Arul Kanda Dituduh Ubah Laporan Audit 1mdb

Bersubahat Dengan Najib Arul Kanda Dituduh Ubah Laporan Audit 1mdb

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 93 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad Arul Kanda Kandasamy hari ini hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes pind...
Pinda Audit 1mdb Kit Siang Gesa Parlimen Hukum Najib

Pinda Audit 1mdb Kit Siang Gesa Parlimen Hukum Najib

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 94 hits
Pada 26 November 2018Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak harus dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen kerana didakwa meminda laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1MDB sebelum ia dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat...
Pinda Laporan Akhir Pengauditan 1mdb Najib Nafi Beri Arahan

Pinda Laporan Akhir Pengauditan 1mdb Najib Nafi Beri Arahan

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 76 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 8 20 pagi untuk menghadapi pertuduhan bersama bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd Arul Kanda Kandasamy KUALA LUMPUR B...
Arul Kanda Didakwa Subahat Berhubung Pindaan Laporan Akhir Audit 1mdb

Arul Kanda Didakwa Subahat Berhubung Pindaan Laporan Akhir Audit 1mdb

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 76 hits
Diterbitkan 12 Dis 2018 10 08 pagiBekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd Arul Kanda Kandasamy hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas pertuduhan bersubahat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Se...
Selamat Jalan Anwar Ibrahim Berakhirlah Meroyan Nak Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke 8

Aku Sebagai Bekas Pekerja Tak Sarankan Korang Tabur Fries Atas Tray Sebab

Tengok Ini Semua Plastik Lelaki Warga Asing Ini Dakwa Nasi Lemak Dibelinya Diperbuat Daripada Plastik

Saya Memang Nak Kahwin Tapi Bukan Tahun Depan Fikry Ibrahim Hantar Rombongan Merisik Siti Nordiana

Sujud Ketika Solat Kelebihan Yang Kita Sendiri Tidak Sedar

5 Hotel Mewah Tetapi Murah Di Melaka

Jeram Tengkek Tempat Perkampungan Masyarakat Bunian

Biodata Kisona Selvaduray Pemain Badminton Malaysia



Memahami Makna Dekad Abad Kurun dan Alaf

5 Selebriti Terkenal Yang Kini Hidup Sebagai Orang Kebanyakan

Info Drama TQ Captain Slot Megadrama

Kisah Seram Legenda Di Malaysia Yang Popular Era 90an

Ini Sebab Mengapa Xbox Gagal Di Jepun


Anniversary Ke 10 Tahun Rumah Tangga Kekal Sweet

Gadis Sabah Mirip Mira Filzah Tarik Perhatian Netizen Cantik Baby Sayang

Kes Pertama Bayi Berusia Tiga Bulan Di Sabah Dijangkiti Virus Polio

Kanak Kanak Di Masjid Antara Sunnah Dan Sikap Yang Tidak Mesra

Haiqal Hanafi Kongsi Tips Kejayaan Dinobatkan Sebagai Raja Pecut Asia Tenggara

Trailer Ghostbusters Afterlife Telah Dilancarkan