Bahaya Kiranya Isu Kelulusan Akademik Setiausaha Agung Bersatu Terus Berlarutan Hingga Prk Semenyih




Entah kenapa, tiba-tiba saja isu kelulusan akademik Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya muncul kembali menjadi perhatian di media sosial dan juga media arus perdana.


Sebelum ini, ketika Marzuki dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri, isu berkenaan juga pernah timbul tetapi ia "mati" begitu saja tidak lama kemudiannya.


Isu kali ini timbul semula baru-baru ini apabila ada pengguna sosial secara tidak semena-mena dan tidak diketahui sebabnya telah membangkitkan perkara itu yang seterusnya disusuli ada seorang lain membuat laporan polis berkenaan dengannya.


Reaksi awal Marzuki yang mengatakan beliau memang graduan Universiti Cambridge melalui pengajian jarak jauh serta akan menunjukkan bukti berkenaan perkara itu ternampak masih tidak memadai.


Selainnya, Setiausaha Agung Bersatu itu juga menyifatkan isu ini adalah permainan politik dan perlu diselesaikan pihak polis kerana sudah ada laporan polis dibuat berhubung dengannya.


Dalam hal ini, kenapakah Marzuki tidak terus dan segera menunjukkan bukti seperti sijil dan gambar ketika beliau menerima ijazah tersebut?


Mengapa beliau masih mahu menunggu-nunggu lagi sehingga ke peringkat siasatan pihak polis?


Sudah tentu, kiranya beliau dapat menunjukkan bukti itu sekarang juga, isu ini akan selesai dengan sendirinya.


Mudah saja kan?


Isu ini,  jika tidak diselesaikan dengan segera, bukan saja akan meniejaskan kedudukan Bersatu di mana umum kerana Marzuki adalah Setiausaha Agung parti dan anggota pentadbiran kerajaan yang berjawatan Timbalan Menteri Luar Negeri, tetapi juga turut akan memberi kesan kepada PRK Semenyih pada 2 Mac depan.


Peluang Bersatu yang bertanding buat pertama kali dalam pilihanraya kecil pasti akan menjadi sangat sukar di Semenyih itu nanti kerana pembangkang akan menenyeh isu ini semahu-mahunya untuk kepentingan mereka.


Bersama isu lain yang tidak selesai seperti janji manifesto, agenda Melayu, prestasi menteri-menteri dan sebagainya, ditambah dengan isu kelulusan akademik Marzuki ini, Bersatu nyata sedang berada di laluan yang lebih berliku di Semenyih kalau perkara ini tidak ditangani dengan sesegera yang boleh.


Memandangkan ada tempoh kira-kira sebulan lagi sebelum tarikh 2 Mac, Marzuki tidak harus berlengah-lengah atau memandang mudah perkara yang melibatkan isu dirinya sekarang ini.


Kalau isu ini terus berlarutan sehingga mengakibatkan Bersatu kecundang di Semenyih akhirnya, pasti lebih banyak keburukan akan menimpa parti itu dalam fasa-fasa yang seterusnya. (ShahbudinHusin 06/02/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/bahaya-kiranya-isu-kelulusan-akademik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Bersatu Tanding Prk Semenyih Amirudin

Calon Bersatu Tanding Prk Semenyih Amirudin

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 417 hits
Selasa 29 Januari 2019 6 34pmOleh Dawn ChanPENGERUSI PH Selangor Amirudin Shari hadir pada perhimpunan bulanan kerajaan negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah Alam hari ini Foto Faiz AnuarSHAH ALAM Pakatan Harapan Selangor tetap...
Ph Putuskan Calon Bersatu Dalam Prk Semenyih

Ph Putuskan Calon Bersatu Dalam Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 386 hits
Astro Awani ANWAR Kita akan beri sokongan penuh GOMBAK Pakatan Harapan meletakkan calon daripada parti Pribumi Bersatu Malaysia Malaysia untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Semenyih yang akan berlangsung pada 2 Mac depan Menurut Ahli ...
Prk Semenyih Ph Tidak Akan Main Isu Perkauman Anwar

Prk Semenyih Ph Tidak Akan Main Isu Perkauman Anwar

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 335 hits
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan bersedia berdepan kerjasama UMNO PAS dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih pada 2 Mac ini de...
Calon Bn Prk Semenyih Orang Tempatan Kata Mat Hasan

Calon Bn Prk Semenyih Orang Tempatan Kata Mat Hasan

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 305 hits
Calon BN PRK Semenyih orang tempatan kata Mat Hasan Dikemas kini 36 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 7 Feb 2019 8 27P
Uncle Kentang Umum Bertanding Di Prk Semenyih

Uncle Kentang Umum Bertanding Di Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 333 hits
Pengumuman aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang bertanding pada Pilihan Raya Kecil Semenyih 2 Mac ini diakui bakal memberi kesan kepada Pakatan Harapan Ketua ARMADA Selangor Adif Shan Abdullah berkata ...
Nama Siti Nurhaliza Tiada Dalam Calon Prk Semenyih Mukhriz

Nama Siti Nurhaliza Tiada Dalam Calon Prk Semenyih Mukhriz

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 492 hits
Datuk Seri Siti Nurhaliza foto AFFAN FAUZI ALOR SETAR Parti Pribumi Bersatu Malaysia sama sekali tidak mengetahui nama penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dalam senarai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil Dewan...
Uncle Kentang Mahu Bertanding Bebas Pada Prk Semenyih

Uncle Kentang Mahu Bertanding Bebas Pada Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 326 hits
PETALING JAYA Seorang aktivis masyarakat yang terkenal dengan inisiatif seperti perkhidmatan ambulans dan teksi 10 sen bagi meringankan beban kewangan golongan miskin dan memerlukan akan bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kec...
Psm Sah Tanding Prk Semenyih

Psm Sah Tanding Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 371 hits
PSM dakwa rakyat perlukan suara ketiga wakili mereka KUALA LUMPUR Parti Sosialis Malaysia mengesahkan akan meletak calonnya bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih 2 Mac ini Menurut kenyataan dikeluarkan parti itu ...
Pra Prk Semenyih Ada Cina Bodoh

Pra Prk Semenyih Ada Cina Bodoh

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 417 hits
Pra PRK Semenyih Ada Cina bodoh Posted By on February 08 2019Pilihan Raya Kecil Semenyih akan diadakan pada 2 Mac 2019 DUN Semenyih merupakan kawasan majoriti Melayu Bagaimanapun penentu kemenangan adalah kaum Cina dan India Menurut pengana...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tragedi Pilu Anak Lelaki 6 Tahun Mati Akibat Didera Ibu Sendiri

Umur Berkurang Setiap Masa

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye