Mujahid Mahu Saman Pihak Fitnah Th Dikawal Dap


HULU LANGAT: Mana-mana pihak yang memfitnah Lembaga Tabung Haji (TH) dengan menuduh institusi itu kini di bawah cengkaman DAP pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, akan dikenakan tindakan undang-undang.
Amaran itu diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang bertegas tidak akan berkompromi dengan pihak yang cuba mengelirukan orang Islam dengan fitnah semata-mata untuk meraih undi.
Beliau yakin tindakan saman itu akan berpihak kepadanya, berdasarkan kemenangannya dalam satu kes saman terhadap seorang ahli akademik yang memfitnahnya sebagai ‘kuda tunggangan DAP terbaik’ sebelum ini.
“Sekarang mereka berleluasa, khususnya di kempen ini, membawa pembohongan kononnya TH sekarang di bawah DAP, menteri agama tunduk kepada kehendak DAP.
“Mereka jangan lupa kes saman terhadap seorang profesor yang mendakwa saya kuda tunggangan kuda DAP terbaik, yang saya menang dalam kes itu dan dia mohon maaf serta tarik balik artikel.
“Dalam kempen PRK ini, mereka kata kita ikut kehendak DAP dan TH dijadikan contoh. Ini bahaya, jangan sampai tahap kita saman dakwaan ini yang jelas berbaur fitnah dan langsung tidak membantu nasib 9.7 juta pendeposit (TH),” katanya ketika ditemui pada program ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kantan Permai, Kajang di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Mujahid mengemukakan saman fitnah terhadap bekas Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff yang menulis artikel bertajuk ‘Dr Mujahid antara kuda tunggangan terbaik DAP’, yang dimuat naik di Facebook peribadinya pada 25 Mei 2017.
Pada 21 November tahun lalu, kes saman itu diselesaikan di luar mahkamah apabila Kamarul Zaman bersetuju untuk memohon maaf dan menarik balik artikel berkenaan.
Mujahid yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), menegaskan TH kekal di bawah pentadbirannya selaku menteri yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal agama Islam, dan dakwaan yang mengaitkan TH dengan DAP adalah pembohongan besar.
Beliau turut memberi jaminan subsidi untuk bakal haji yang membuat rayuan, akan dikekalkan, namun pihaknya sedang memutuskan mekanisme pelaksanaannya, yang akan dimaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, minggu ini.
Terdahulu, lebih 100 penduduk sekitar Kantan Permai hadir pada ceramah kelompok itu yang membariskan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) termasuk Timbalan Menteri Sumber Manusia yang juga Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.
Calon PH bagi PRK DUN Semenyih, Muhammad Aiman Zainali turut sempat singgah sebentar ke program itu dan berjanji untuk cuba menyelesaikan isu di Kantan Permai seperti peningkatan kes jenayah dan menambah baik infrastruktur, jika menang pada 2 Mac depan.
PRK DUN Semenyih diadakan susulan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, di Hospital Kajang pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.


Sumber: cempedakcheese.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/02/mujahid-mahu-saman-pihak-fitnah-th.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mujahid Akan Saman Pihak Guna Isu Tabung Haji Berkempen Di Prk Semenyih

Mujahid Akan Saman Pihak Guna Isu Tabung Haji Berkempen Di Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 351 hits
Hanya isu RM90 juta dan 1MDB dibenar diguna di dalam kempen PRK Semenyih Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa memberi amaran kepada parti politik bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih yang membawakan isu Tabung Haji seb...
Fitnah Tabung Haji Dikawal Dap

Fitnah Tabung Haji Dikawal Dap

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 342 hits
Penerangan mengenai isu Tabung haji oleh Ketua Penerangan BERSATU Malaysia YB Senator Dr Radzi Jidin
Pas Fitnah Dap Untuk Tutup Skandal Rm90 Juta Wang Umno

Pas Fitnah Dap Untuk Tutup Skandal Rm90 Juta Wang Umno

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 482 hits
DAP membidas kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan bahawa terdapat usaha oleh dua parti komponen Pakatan Harapan untuk membentangkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Menyifatkan ia sebagai...
Edry Cabar Individu Fitnah Dap Buat Laporan Polis Hurai Dakwaan Dalam Sidang Media

Edry Cabar Individu Fitnah Dap Buat Laporan Polis Hurai Dakwaan Dalam Sidang Media

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 418 hits
Pada 20 Februari 2019Adun DAP hari ini membuat laporan polis berhubung penularan sebuah artikel di media sosial yang mendakwa DAP kononnya mempunyai agenda anti Melayu anti Islam pro Komunis dan pro Zionis Adun Dusun Tua Edry Faizal Eddy Yu...
Siti Zailah Tutup Status Fitnah Kementerian Kewangan Takut Di Saman

Siti Zailah Tutup Status Fitnah Kementerian Kewangan Takut Di Saman

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 363 hits
MULA MULA YB MAIN COPYPASTEORANG baik bila Bersama Orang Jahat Lama lama jadi Jahat juga Kasihan Kak Lah dulu difitnah sekarang menfitnah KAH KAH KAH YB MACAM NI PUN ADO
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je