Mufti Wilayah Beri Penjelasan Hukum Mak Nyah Masuk Tandas Perempuan


Ada di antara kita yang sering terjumpa atau terlihat golongan mukhannas ini di dalam tandas wanita, pasti akan ada yang tidak selesa dengan kehadiran mereka.
Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuqan, Dr Zulkifly Mohamad Al Bakri dalam perbincangan hukum Mukhannas atau lebih dekat dengan panggilan ‘mak nyah’ masuk tandas wanita.
Soalan :
Assalamu’alaikum ustaz, bolehkah golongan lelaki yang menyerupai perempuan masuk ke dalam tandas orang perempuan ?
Jawapan :
Wa’alaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Dalam mengulas isu ini, perkara paling penting yang perlu kita bahaskan adalah berkenaan dengan hakikat mukhannas itu terlebih dahulu. Ini berdasarkan sebuah kaedah yang menyebut :
الحُكْمُ عَلَى الشَّيء فَرْعٌ عَنْ تَصَوُّرِهِ
Maksudnya : Hukum ke atas sesuatu merupakan satu cabang dari mendapatkan gambaran menyeluruh terhadap perkara tersebut.
Dari sudut definisi, mukhannas merupakan seorang lelaki yang menyerupai orang perempuan dari sudut lemah lembut, suara, pergerakan, dan seumpamanya. Oleh itu, mukhannas ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu :
Pertama : Mereka yang dilahirkan secara semula jadi seperti itu.
Kedua : Mereka yang asal kejadiannya tidak sebegitu. Namun dia dengan sendiri menyerupai orang perempuan dari sudut cara berjalan, lenggok percakapan, pakaian, dan selainnya.
Bagi golongan yang pertama, tidak ada dosa pada mereka kerana memang telah dilahirkan sebagai seorang lelaki yang bersuara lembut dan halus dan seumpamanya. Namun, golongan ini perlu berusaha untuk tidak menghilangkan identiti kelelakian yang merupakan asal kejadian mereka.
Manakala bagi golongan yang kedua pula, mereka ini dianggap berdosa kerana dengan sengaja menyerupai (tasyabbuh) orang perempuan sedangkan asal kejadian mereka tidak sedemikian. Ini kerana, bagi seseorang lelaki itu untuk menyerupai orang perempuan merupakan suatu perbuatan yang dilarang di sisi syarak. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A beliau berkata :
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
Maksudnya : Rasulullah S.A.W melaknat golongan lelaki yang menyerupai perempuan dan juga golongan perempuan yang menyerupai lelaki.
Riwayat Al-Bukhari (5885)
Imam Al-Khattabi dalam syarahan beliau ke atas hadis ini berkata : ‘’Hadis ini membawa makna larangan baginda S.A.W terhadap orang perempuan dari memakai pakaian lelaki dan juga larangan ke atas orang lelaki memakai pakaian orang perempuan’’. Rujuk Ma’alim al-Sunan, Al-Khattabi (4/199).
Justeru, dapat difahami dari kenyataan beliau tersebut bahawa tasyabbuh (penyerupaan) itu berlaku melibatkan pemakaian dan perkara-perkara lain yang sama makna dengannya seperti cara berjalan, percakapan, dan seumpamanya. Kesemuanya ini termasuk dalam perbuatan berdosa kerana zahir hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W melaknat pelaku perbuatan tersebut.
Setelah kita memahami akan definisi mukhannas, jelaslah kepada kita bahawa ada perbezaan di antara mukhannas dan juga khunsa. Secara umumnya, khunsa dari sudut istilah para fuqaha membawa maksud : Seseorang yang mempunyai dua kemaluan iaitu kemaluan lelaki dan juga kemaluan perempuan. Ataupun seseorang yang tidak memiliki kedua-duanya dan dia mempunyai lubang yang keluar daripadanya air kencing. Rujuk Haasyiah Ibn ‘Abidin (5/464), Nihayah al-Muhtaj (6/31).
Manakala menurut Kamus Dewan, khunsa adalah : Seseorang yang mempunyai dua alat kelamin. Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat.
Merujuk kepada kitab-kitab para fuqaha, kita akan dapati bahawa mereka membahagikan khunsa kepada dua jenis :
Khunsa musykil : Seseorang yang tidak jelas tanda-tanda kelelakian atau keperempuanan pada dirinya. Tidak dapat diketahui sama ada dia merupakan seorang lelaki atau perempuan. Khunsa musykil juga memiliki dua kemaluan iaitu kemaluan lelaki dan kemaluan perempuan dan tidak dapat dipastikan keadaannya dari kedua jenis tersebut iaitu sama ada dia lelaki ataupun perempuan. Dalam kitab-kitab fekah, apabila perkataan khunsa disebut secara mutlak maka ia merujuk kepada khunsa musykil. Kata Imam Al-Suyuthi Rahimahullah : ‘’Ketika digunakan perkataan khunsa di dalam feqah maka yang dimaksudkan dengannya adalah khunsa musykil’’. Rujuk Al-Asybaah wal Nazhair, Al-Suyuthi (1/202).
Khunsa ghayru musykil : Seseorang yang jelas pada dirinya tanda-tanda kelelakian atau keperempuanan. Dia dapat diketahui sama ada dia merupakan seorang lelaki ataupun perempuan. Individu seperti ini tidak dikategorikan sebagai khunsa musykil. Ini kerana dia merupakan seorang lelaki atau perempuan, tetapi dalam masa yang sama mempunyai anggota lebihan. Hukum untuknya dalam mirath (pembahagian harta pusaka) dan selainnya dari hukum-hakam adalah hukum terhadap apa-apa yang jelas dari tanda jantinanya. Sekiranya jelas tanda-tanda kelelakian, maka ke atasnya hukum-hakam seorang lelaki dan begitulah sebaliknya. Oleh yang demikian, dapat kita fahami bahawa mukhannas ini berbeza dengan khunsa (musykil) dari sudut mukhannas jelas akan jantinanya manakala khunsa adalah sebaliknya.
Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, berikut kami kongsikan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah R.A yang menyatakan :
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ عِنْدَهَا وَفِي الْبَيْتِ مُخَنَّثٌ، فَقَالَ الْمُخَنَّثُ لأَخِي أُمِّ سَلَمَةَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أُمَيَّةَ إِنْ فَتَحَ اللَّهُ عَلَيْكُمُ الطَّائِفَ غَدًا أَدُلُّكَ عَلَى ابْنَةِ غَيْلاَنَ، فَإِنَّهَا تُقْبِلُ بِأَرْبَعٍ وَتُدْبِرُ بِثَمَانٍ‏ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم لاَ يَدْخُلَنَّ هَذَا عَلَيْكُنَّ
Maksudnya : Rasulullah S.A.W berada bersama dengan beliau (Ummu Salamah) dan terdapatnya seorang mukhannas di dalam rumah. Kemudian mukhannas tersebut berkata kepada saudara lelaki Ummu Salamah iaitu Abdullah Ibn Abi Umayyah : ‘’Sekiranya Allah membukakan Tha’if ke atas kamu pada hari esok (menakluk Tha’if), aku akan menunjukkan kamu kepada anak perempuan Ghaylan (untuk berkahwin). Sesungguhnya dia (anak perempuan Ghaylan) apabila menghadap kamu akan kelihatan empat lipat dan apabila berpaling akan kelihatan lapan lipatan (kerana gemuk)’’. Maka Nabi S.A.W bersabda : ‘’Janganlah lelaki ini sesekali masuk kepada kamu (orang perempuan)’’.
Riwayat Al-Bukhari (5235)
Imam Ibn Battal menukilkan kata-kata Al-Muhallab yang menyebut : Asal sandaran bagi hadis ini adalah berdasarkan sebuah riwayat lain daripada Nabi S.A.W bahawa baginda bersabda :
لاَ تُبَاشِرِ الْمَرْأَةُ الْمَرْأَةَ فَتَنْعَتَهَا لِزَوْجِهَا، كَأَنَّهُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا
Maksudnya : Tidak boleh bagi seorang perempuan itu melihat atau menyentuh perempuan yang lain untuk memberikan gambaran tentang diri perempuan tersebut kepada suaminya seakan-akan suaminya melihat kepada dirinya (perempuan tersebut).
Riwayat Al-Bukhari (5240)
Justeru, apabila Nabi S.A.W mendengar perkataan mukhannas tersebut yang menceritakan tentang sifat dan peribadi wanita tersebut, maka baginda S.A.W melarang mukhannas dari masuk ke kawasan orang perempuan. Ini supaya dia tidak dapat lagi menceritakan sifat-sifat orang perempuan tertentu kepada orang lelaki yang akan menggugurkan makna hijab.
Ibn Battal juga menukilkan pendapat yang menyebut : Antara feqh hadis ini juga, tidak boleh bagi seorang perempuan yang bijak dalam menilai kecantikan dan keperibadian orang perempuan yang lain untuk masuk kepada mereka (sekiranya dikhuatiri dia akan menceritakan keperibadian dan bentuk tubuh mereka kepada orang lelaki). Rujuk Syarah Sahih al-Bukhari, Ibn Battal (7/361). Pendapat ini lah yang menjadi sebahagian dari sandaran kami dalam isu Aurat Wanita Muslimah Dengan Wanita Bukan Islam yang boleh dibaca menerusi pautan berikut https://bit.ly/3b7IMKJ
Penutup
Sebagai kesimpulan, berdasarkan beberapa nas dan hujahan yang kami kemukakan di atas, kami menyatakan bahawa hukum seorang mukhannas atau dalam bahasa setempat disebut sebagai pondan, mak nyah, dan seumpamanya memasuki tandas orang perempuan adalah dilarang. Ini kerana, tandas merupakan tempat privasi sekalipun ia merupakan tandas awam. Di dalam tandas kebiasaannya seorang perempuan akan membuka aurat, menzahirkan bahagian badannya, justeru apabila masuknya golongan mukhannas ini dan melihat keadaan mereka tersebut, pasti akan menimbulkan masalah dan kesulitan yang besar memandangkan mereka ini adalah daripada jantina yang berlawanan. Justeru bagi mengelak aurat dan kehormatan orang perempuan disebarkan kepada ajnabi (lelaki asing), maka hal ini adalah dilarang.
Kami mengambil kesempatan ini untuk mengajak saudara-saudara kami yang diuji dengan keadaan seperti ini, untuk sama-sama kembali kepada Allah S.W.T terlebih dahulu dan kemudiannya kembali kepada fitrah dan asal kejadian yang telah Allah ciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.
Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah S.W.T agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
 
Sumber: Mufti wilayah persekutuan
The post Mufti Wilayah Beri Penjelasan Hukum ‘Mak Nyah’ Masuk Tandas Perempuan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/09/mufti-wilayah-beri-penjelasan-hukum-mak-nyah-masuk-tandas-perempuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Mukhannas Masuk Tandas Wanita

Hukum Mukhannas Masuk Tandas Wanita

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 342 hits
SOALAN Bolehkah golongan lelaki yang menyerupai perempuan masuk ke dalam tandas orang perempuan JAWAPAN Dalam mengulas isu ini perkara paling penting yang perlu kita bahaskan adalah berkenaan dengan hakikat mukhannas itu terlebih dahulu Ini...
Mufti Jelas Hukum Suami Melarang Isteri Ziarah Ahli Keluarganya

Mufti Jelas Hukum Suami Melarang Isteri Ziarah Ahli Keluarganya

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 322 hits
Setiap hubungan perkahwinan pasti akan ada ujian yang memerlukan pasangan tersebut bersabar menempuhnya Bahkan ujian yang melibatkan hubungan pasangan dengan keluarganya Walaupun ianya dipandang remeh namun jika anda memahami hukum melarang...
Hikmah Rasulullah Usir Mak Nyah

Hikmah Rasulullah Usir Mak Nyah

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 427 hits
oleh Dr Ahmad Sanusi Azmi ADA kalangan kita yang tertanya tanya mengapa Rasulullah SAW mengusir seorang mukhannas seperti yang pernah direkodkan di dalam hadis Apakah Rasulullah SAW tidak bersikap rahmatan lil alamin Adakah Rasulullah SAW t...
Apa Hukum Ambil Wuduk Dengan Air Tadahan Pendingin Hawa Ini Jawapan Mufti Yang Ramai Tak Sangka

Apa Hukum Ambil Wuduk Dengan Air Tadahan Pendingin Hawa Ini Jawapan Mufti Yang Ramai Tak Sangka

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 479 hits
Air merupakan salah satu nikmat terbesar dalam hidup Tanpa air kita tidak dapat menyiram tumbuhan memasak makanan minum dan membersihkan diri Rantaian makanan juga boleh terganggu jika berlaku kemarau kerana haiwan haiwan yang memakan tumbu...
Nasihat Sajat Secara Baik Jangan Terus Hukum Mufti Perlis

Nasihat Sajat Secara Baik Jangan Terus Hukum Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 438 hits
KANGAR 3 Feb Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan usahawan kosmetik Muhammad Sajad Kamaruzaman atau Nur Sajat memakai pakaian menyerupai wanita itu adalah salah di sisi agama namum umat Islam perlu m...
Tahun Ini Operator Tri Rencanakan Masuk Wilayah Papua

Tahun Ini Operator Tri Rencanakan Masuk Wilayah Papua

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 357 hits
Indonesia Timur akan menjadi perluasan wilayah baru operator Tri Indonesia di tahun 2020
Anak Sulung Perempuan Kesayangan Mak Ayah Kakak Yang Baik Boleh Diharap

Anak Sulung Perempuan Kesayangan Mak Ayah Kakak Yang Baik Boleh Diharap

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 500 hits
Ibu bapa yang mempunyai anak lelaki sulung beruntung kerana dia boleh diharap untuk melindungi adik adiknya apabila sudah besar Bagaimana pula dengan anak sulung perempuan adakah adik adiknya nanti tidak boleh bergantung kepada kakak yang p...
Hukum Anak Lelaki Dan Perempuan Tidur Sebilik

Hukum Anak Lelaki Dan Perempuan Tidur Sebilik

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 630 hits
SOALAN Saya sudah berkeluarga dan mempunyai dua anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih kecil Keadaan rumah kami yang kecil jadi saya tidak mampu sediakan bilik berasingan antara anak lelaki dan perempuan Soalan saya adakah boleh ...
Ini Cara Mak Malas Didik 6 Anak Perempuan Buat Kerja Rumah Barulah Anak Tak Bantah Kalau Kena Suruh

Ini Cara Mak Malas Didik 6 Anak Perempuan Buat Kerja Rumah Barulah Anak Tak Bantah Kalau Kena Suruh

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 587 hits
Mempunyai 6 orang anak yang kesemuanya perempuan pasti bukan satu tugas mudah buat seorang ibu Maklum sahajalah setiap anak ada perangai masing masing Namun menurut Nor Shaeriani Awang Hamat dia bersyukur dan beruntung kerana kesemua anak a...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa