Hukum Anak Lelaki Dan Perempuan Tidur Sebilik



SOALAN:
Saya sudah berkeluarga dan mempunyai dua anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih kecil. Keadaan rumah kami yang kecil, jadi saya tidak mampu sediakan bilik berasingan antara anak lelaki dan perempuan. Soalan saya adakah boleh anak lelaki dan perempuan saya tidur sebilik tetapi berasingan tempat tidur? Terima kasih.

JAWAPAN:
Memisahkan tempat tidur antara anak-anak adalah satu didikan ibu bapa kepada anak dalam menjaga batas auratnya walaupun sesama ahli keluarga. Hal ini juga bertujuan sebagai langkah berjaga-jaga daripada fitnah atau terbangkitnya nafsu syahwat walaupun sesama adik-beradik.

Rasulullah SAW bersabda:

مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا، وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ
“Perintahkan anak-anak kamu untuk menunaikan solat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka ketika mereka berusia sepuluh tahun, dan pisahkan tempat tidur di antara mereka.” [Riwayat Ahmad (6689) dan Abu Daud (495)]

Majoriti fuqaha' berpendapat bahawa wajib kepada bapa atau wali memisahkan tempat tidur anak-anak ketika berumur 10 tahun sama ada anak-anak tersebut sesama jantina atau lelaki dan perempuan mahupun antara anak dan ibu atau bapanya. [Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 38/34]

Berkata Imam al-Subki bahawa memisahkan tempat tidur dilakukan dengan dua cara sama ada untuk setiap anak satu tilam atau kedua-duanya setilam tetapi berpisah dan tidak bersentuhan. [Lihat: Qadha’ al-Arb fi As’ilah Halab (hal. 248)]

Hal ini menunjukkan bahawa pemisahan tempat tidur berlaku apabila berpisah dan tidak bersentuhan. Oleh itu, mengasingkan terus bilik tidur adalah lebih baik dan dapat mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Perkara ini bukan sahaja perlu dititikberatkan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka yang belum baligh, malah lebih wajar diwajibkan sekiranya anak telah baligh dan berupaya menguruskan dirinya. Didikan adab ini sebaiknya dilakukan ketika anak-anak masih kecil supaya mereka tidak mengalami kesan-kesan negatif dari sudut emosi anak-anak apabila dilaksanakan tanpa latihan yang berperingkat.

Sekiranya anak berkongsi bilik dengan adik-beradiknya yang sesama jantina, maka perlu diperingatkan untuk sentiasa meminta izin sebelum masuk ke bilik tidur dan menjaga batas aurat di antara mereka.

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِيَسْتَأْذِنْكُمُ الَّذِينَ مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ وَالَّذِينَ لَمْ يَبْلُغُوا الْحُلُمَ مِنْكُمْ ثَلاثَ مَرَّاتٍ مِنْ قَبْلِ صَلاةِ الْفَجْرِ وَحِينَ تَضَعُونَ ثِيَابَكُمْ مِنَ الظَّهِيرَةِ وَمِنْ بَعْدِ صَلاةِ الْعِشَاءِ ثَلاثُ عَوْرَاتٍ لَكُمْ لَيْسَ عَلَيْكُمْ وَلا عَلَيْهِمْ جُنَاحٌ بَعْدَهُنَّ طَوَّافُونَ عَلَيْكُمْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الآيَاتِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ . وَإِذَا بَلَغَ الْأَطْفَالُ مِنْكُمُ الْحُلُمَ فَلْيَسْتَأْذِنُوا كَمَا اسْتَأْذَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (yang menjelaskan hukum-hukum-Nya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umur) yang tersebut dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (yang menjelaskan hukum-hukum-Nya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nuur: 58-59)

Majoriti fuqaha' berpendapat bahawa disunatkan bagi kanak-kanak meminta izin sebelum masuk ke ruang peribadi atau bilik tidur pada tiga waktu aurat iaitu sebelum subuh, ketika waktu tengahari dan selepas solat Isyak. Sebab dinamakan waktu aurat kerana pada tiga waktu tersebut merupakan waktu berseorangan untuk tidur dan rehat dan kebiasaannya dalam keadaan tidak menutup aurat, maka ditakuti akan terlihat aurat seseorang sekiranya tidak meminta keizinan sebelum masuk ke ruang tersebut.

Manakala bagi seseorang yang baligh, wajib meminta keizinan sebelum masuk pada setiap keadaan sama ada pada tiga waktu tersebut atau waktu-waktu yang lain. [Lihat: Tafsir al-Munir 18/293-295]

Kesimpulan

Tuntasnya, memisahkan tempat tidur antara anak-anak atau antara anak dan ibu bapanya merupakan satu didikan yang wajib ketika anak mencapai umur sepuluh tahun. Maka ia lebih aula’ (utama) dalam kewajipan memisahkan tempat tidur sekiranya anak-anak sudah baligh terutamanya antara adik-beradik lelaki dan perempuan. Oleh itu, berdasarkan soalan penanya, kami menasihatkan agar memisahkan tempat tidur anak-anak ketika berumur sepuluh tahun dilakukan dengan cara berikut:

Mengasingkan bilik anak-anak lelaki dan bilik anak-anak perempuan.Sekiranya hanya terdapat dua bilik dan salah satunya bilik ibu bapa, maka perlu diutamakan untuk menyediakan bilik anak perempuan. Manakala anak lelaki diasingkan di ruang lain seperti ruang tamu. Hal ini bertujuan sebagai langkah berjaga-jaga (saddul zari’ah) daripada timbulnya sebarang mafsadah pada masa akan datang.
Tidak dinafikan penyediaan rumah yang selesa bergantung kepada kemampuan individu masing-masing. Namun begitu, kami menasihatkan supaya ibu bapa sentiasa berusaha mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak dalam urusan keluarga.

Firman Allah SWT:

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ
“Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu.” (Surah al-Taghaabun: 16)

Semoga Allah SWT memberi kefahaman yang baik kepada kita dalam dalam urusan kehidupan kita. Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/hukum-anak-lelaki-dan-perempuan-tidur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Tak Akan Dapat Cukup Tidur Selama 6 Tahun Lepas Ada Anak Patutlah Asyik Letih

Isteri Tak Akan Dapat Cukup Tidur Selama 6 Tahun Lepas Ada Anak Patutlah Asyik Letih

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 513 hits
Patutlah asyik letih rupanya isteri tak akan dapat cukup tidur selama 6 tahun lepas ada anak Tak dinafikan lagi mana mana pasangan yang baru dapat anak selalunya mesti akan dapat mata panda dek kerana berjaga malam Ini kerana bayi yang baru...
Renung Anak Waktu Dia Tidur Sayu Fikirkan Adakah Kita Ibu Yang Sempurna

Renung Anak Waktu Dia Tidur Sayu Fikirkan Adakah Kita Ibu Yang Sempurna

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 484 hits
Mama baring atas katil sambil tengok awak lena Kamu dah tidur beberapa jam yang lalu itulah yang kita berdua perlukan Hari ni bukanlah hari yang mudah untuk kita Waktu kita makan tadi Mama kira jam untuk sampai waktu tidur Mama berkira kira...
Budak Lelaki Berumur 10 Tahun Gembira Bakal Dapat Anak Budak Perempuan Mengandung 7 Bulan

Budak Lelaki Berumur 10 Tahun Gembira Bakal Dapat Anak Budak Perempuan Mengandung 7 Bulan

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 453 hits
Perempuan berusia 13 tahun mengandung tujuh bulan dan teman lelakinya yang berumur 10 tahun sangatlah teruja akan menjadi seorang bapa tak lama lagi kah Lain macam adik ni muda muda dah nak ada anak ya Mereka berdua dikatakan sama sama gemb...
Hukum Mengaqiqahi Anak Yang Sudah Besar

Hukum Mengaqiqahi Anak Yang Sudah Besar

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 149 hits
Pertanyaan Jika ada anak yang belum diaqiqiahi hingga si anak sudah besar apakah orang tua juga tetap harus meng aqiqahinya Jawaban Bismillah was shalatu was salamu ala Rasulillah wa ba du Pembahasan kita kali ini adalah hukum bagi orang tu...
Bacalah Surah Taha Ayat 1 5 Setiap Kali Anak Tidur Cium Dahi Besar Manfaatnya

Bacalah Surah Taha Ayat 1 5 Setiap Kali Anak Tidur Cium Dahi Besar Manfaatnya

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 892 hits
Percayalah apa yang dihajatkan oleh ibu bapa itu akan dapat pada anak anak kita Asalkan niat yang elok dan pastikan selepas solat jangan lupa doakan kesejahteraan anak Bagi ibu bapa yang selalu bertanya apa rahsia untuk melembutkan hati ana...
Hukum Makmum Perempuan Membenarkan Bacaan Imam Shalat

Hukum Makmum Perempuan Membenarkan Bacaan Imam Shalat

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 373 hits
Hukum Makmum Perempuan Membenarkan Bacaan Imam Shalat Pertanyaan Suara wanita aurat bukan ya Ketika sholat jamaah saya mendengar wanita yang keluar suaranya sangat keras membetulkan bacaan imam shalat Bagaimana hukumnya Jawaban Bismillah Al...
Tak Mahu Tidur Ajak Main Petanda Nak Pergi Selamanya Bayi Perempuan Meninggal Di Taska

Tak Mahu Tidur Ajak Main Petanda Nak Pergi Selamanya Bayi Perempuan Meninggal Di Taska

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 632 hits
18 Januari genap umur Aamina enam bulan tapi tidak sangka dia pergi secepat ini meninggalkan kami sekeluarga kata Siti Madihah Muhammad 33 ibu kepada Tengku Aamina Tengku Mohd Ikhwan yang disahkan maut di sebuah taska di Perumahan Penjawat ...
Bangun Tidur Menangis Step Pertama Jangan Marah Redakan Dulu Mood Anak

Bangun Tidur Menangis Step Pertama Jangan Marah Redakan Dulu Mood Anak

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 332 hits
Perasan tak ada waktu waktu tertentu anak kita yang tidur dah lama tiba tiba bangun dalam keadaan menangis seolah olah macam tak puas tidur Kadang tu ibu bapa siap marah lagi si kecil atasa alasan tidur dah berjam jam bangun tetap juga mere...
Dahlah Anak Tengah Tidur Tercampak Kereta 3 Beranak Dilanggar Pemandu Mabuk

Dahlah Anak Tengah Tidur Tercampak Kereta 3 Beranak Dilanggar Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 387 hits
The ReporterLagi kes kereta dilanggar oleh pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol dan kali ini video yang viral jelas sekali menunjukkan pemandu itu berada dalam keadaan mabuk Video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Mhd Shah ba...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut