Mudah Saja Buat Stok Ayam Ikut Cara Ini
Memasak jadi mudah dan sedap jika tahu akan petuanya. Resepi bubur ayam untuk bayi boleh disediakan dengan lebih mudah jika anda mempunyai stok ayam yang telah tersedia dalam peti sejuk. Kalau nak tunggu ayam beku cair, mungkin akan mengambil masa yang agak lama.
Dengan membuat stok ayam sendiri, anda boleh menambahkan sayuran seperti daun saderi atau herba seperti halia untuk memberi lebih keberkesanan terhadap ketahanan badan bayi. Lihat resipi yang dikongsi oleh Yusherizan Marshella Yusoh ini.
Bahan-bahan:
– Daging ayam seperti leher atau mana-mana bahagian tulang ayam yang lain. Kalau ada kaki ayam, buangkan kukunya terlebih dahulu.
– Lobak merah
– Daun saderi (‘celery’)
– 1 biji bawang besar
– 1 labu bawang putih (Dilebihkan kerana bawang putih banyak khasiat untuk bayi. Bayi yang kurang suka, boleh kurangkan sedikit)
–‘Baby tomato’ dipotong dua / tomato besar dipotong dadu
– Bunga lawang (jika ada)
– Cuka epal / lemon (untuk keluarkan khasiat dari tulang ke dalam kuah)
Nota: Guna periuk ‘stainless steel’ untuk memasak. Tidak disarankan mengguna periuk aluminium kerana asid dalam lemon atau cuka akan bertindak balas dgn aluminium.
Cara-caranya:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk. Letak air sehingga hampir penuh.
2. Renehkan atau ‘slow cook’ selama 12 jam. Kalau tak larat tunggu, cukuplah sekitar 2-4 jam. (Pastikan ayam empuk dan terlerai daripada tulang. Ada petua mengatakan renehkan sehingga air berkurang kepada 1/3 periuk)
3. Padam api. Tapiskan isi daripada airnya. Kita ambil airnya. Isinya boleh digunakan untuk masakan biasa seperti nasi goreng atau sandwich ayam. Nak kisar untuk diletakkan dalam bubur bayi pun boleh.
4. Apabila air rebusan tadi sejuk, tuangkan dalam bekas kiub ais. Stok ayam terbaik kalau jadi kenyal dan jernih, macam ‘jelly’.
5. Kalau nak guna, masukkan dalam bubur nasi atau oat. Panaskan atas periuk selama 4-5 minit.. Siap!
http://bit.ly/2T2hcoJ
Komen anda
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/01/mudah-saja-buat-stok-ayam-ikut-cara-ini.html