Mp Lompat Beli Upah Dan Ugut Untuk Sokong Pn Sebelum Sidang Parlimen Anwar Ibrahim



 
Perikatan Nasional (PN) bergelut untuk “membeli dan mengugut” agar cukup sokongan sebelum menimbang untuk mengadakan sidang Parlimen, dakwa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
Dia berkata demikian ketika mengulas tindakan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong mengumumkan keluar PKR dan menjadi ahli Parlimen bebas yang menyokong PN.
Memetik titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang Parlimen boleh bersidang ketika darurat, Anwar mendakwa PN kurang yakin dengan sokongannya untuk membuat sidang tersebut.
“Sekarang mereka hilang majoriti, maka bergelut untuk beli, upah dan ugut sedaya upaya mereka untuk mendapat dukungan sebelum boleh menimbang untuk mengadakan sidang,” dakwa Anwar menerusi video di laman rasmi Facebooknya, hari ini.

Berkenaan pihak yang lompat parti, Anwar mengimbas kembali kejadian sama selepas PRU 2008 dan menurunya, ahli Parlimen yang berbuat demikian pada masa itu telah “ditendang rakyat” pada PRU seterusnya.
“Ini kerana pertimbangan mereka, peribadi mereka.
“Tekanan terhadap mereka, apakah (dari segi) cukai, apakah (ditawarkan) projek, atau apa-apa tekanan lain sehingga mereka tidak ada pilihan. (Tetapi mereka kata) kononnya untuk bela nasib rakyat,” katanya lagi.
Semalam, Sng dan Choong berkata mereka membuat keputusan menyokong PN demi kepentingan pengundi mereka.
Choong berkata dia memerlukan akses untuk berjumpa menteri dan ketua agensi kerajaan bagi menyelesaikan isu rakyat, manakala Sng berkata dia perlu memainkan peranan menyokong Muhyiddin dalam melakukan apa yang perlu untuk membantu rakyat pada masa sukar ini.
Bagaimanapun, Anwar berkata pertimbangan utama mereka sepatutnya berkenaan keadilan (peruntukan) kepada semua wakil rakyat, termasuk pembangkang.
“Itu patut tuntutan kita.
“Kalau benar kita cinta kepada rakyat dan mahu rakyat bangkit bersama, kita harus tuntut Parlimen mengadakan sidang dan kerajaan PN undur kerana mereka hilang majoriti,” katanya.
Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson turut mengulang gesaan agar sidang Parlimen diadakan bagi membahaskan isu semasa yang dihadapi negara, termasuk peningkatan pengangguran dan kemerosotan pelaburan asing.
Berasarkan takwim asal, Parlimen sepatutnya bersidang pada 8 Mac ini. Namun ia dibatalkan susulan proklamasi darurat.
Dengan sokongan Sng dan Choong, PN kini mendapat majoriti mudah di Dewan Rakyat dengan 111 ahli Parlimen.
Ia menggantikan dua ahli Parlimen Umno – Nazri Aziz (Padang Rengas) dan Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) – yang menarik sokongan mereka sebelum ini.
Di pihak pembangkang, PH kini memiliki 89 ahli Parlimen. Baki ahli Parlimen pembangkang lain adalah daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB), Warisan, Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (Upko), bebas dan dua parti yang belum didaftarkan, Parti Pejuang Tanah Air dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).
The post MP Lompat: Beli, Upah dan Ugut Untuk Sokong PN Sebelum Sidang Parlimen – Anwar Ibrahim appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/01/mp-pkr-lompat-beli-upah-dan-ugut-untuk-dsokong-pn-sebelum-sidang-parlmen-anwar-ibrahim/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mp-pkr-lompat-beli-upah-dan-ugut

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sinar Pm Mp Pkr Ditarik Lompat Parti Sebelum Sidang Parlimen Anwar

Sinar Pm Mp Pkr Ditarik Lompat Parti Sebelum Sidang Parlimen Anwar

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 417 hits
SINAR PM 1 MARCH 2021 1 Sidang Parlimen kenapa Muhyiddin kunci mulut 2 Mahkamah Persekutuan putuskan Nurul Izzah PKR tak fitnah NFCorp 3 Lapor polis jika ada dakwaan potong barisan KPN 4 Macau Scam 31 polis bersekongkol dengan Addy Kanna di...
Isu Darurat Anwar Tidak Derhaka Agong Benar Sidang Parlimen

Isu Darurat Anwar Tidak Derhaka Agong Benar Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 306 hits
Penegasan Yang di Pertuan Agong secara memanggil Presiden Dewan Negara dan Speaker Dewan Rakyat bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang seperti biasa sewajarnya mematikan propaganda kononnya Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri A...
Anwar Bertemu Speaker Minta Adakan Sidang Parlimen

Anwar Bertemu Speaker Minta Adakan Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 314 hits
Malaysiakini Presiden PKR Anwar Ibrahim bersama pimpinan Pakatan Harapan mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat Azizan Harun di parlimen hari ini Dalam pertemuan itu kami membangkitkan keperluan mengadakan sidang Dewan Rakya...
Pkr Kecam Usaha Beli Ahli Parlimen Pembangkang Sokong Kerajaan Pn

Pkr Kecam Usaha Beli Ahli Parlimen Pembangkang Sokong Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 326 hits
Parti pemerintah Bersatu kian tersepit apabila Yang di Pertuan Agong menitahkan darurat tidak boleh menghalang persidangan Parlimen Kedudukan kerajaan Perikatan Nasional pula amat goyah sekiranya Agong bersetuju memendekkan tempoh darurat D...
Restoran Sudah Dibuka Tapi Masih Tidak Boleh Adakan Sidang Parlimen

Restoran Sudah Dibuka Tapi Masih Tidak Boleh Adakan Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 246 hits
POSTED BY AMIR WRLRKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pelbagai perkara yang gagal ditangani kerajaan Perikatan Nasional sehingga ke hari ini Beliau berkata segala galanya bermula dengan masalah keabsahan kerajaan dan m...
Dah Kena Cucuk Vaksin Pun Takut Mati Kah Jihad Tu Sidang Parlimen Ni Demi Rakyat Dan Negara

Dah Kena Cucuk Vaksin Pun Takut Mati Kah Jihad Tu Sidang Parlimen Ni Demi Rakyat Dan Negara

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 255 hits
Pas anggap desakan sidang Parlimen sekadar pendapat pembangkangFebruary 17 2021 Pas menganggap laporan Malaysiakini mengenai desakan 90 Ahli Parlimen daripada tujuh negara ASEAN supaya sidang Parlimen negara ini diadakan segera sebagai cuba...
Azalina Bingung Kenapa Malaysia Tidak Mahu Meneruskan Sidang Parlimen

Azalina Bingung Kenapa Malaysia Tidak Mahu Meneruskan Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 258 hits
Cabang legislatif telah dilumpuhkan akibat keputusan eksekutif untuk menggantung Parlimen kata Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat Azalina Othman Said dalam sepucuk surat kepada Peguam Negara Idrus Harun Menurut Azalina ia menyebabkan caba...
Bank Islam Shuts Down Old App Pushes Bimb Mobile As The Future Of Banking

Panduan Tiket Flight Dari Kuala Lumpur Ke Kuala Terengganu Dengan Harga Terbaik

Festive Traffic Crawl To East Coast Begins Ahead Of Aidiladha

Dr M S New Malay Platform Key To Uniting Divided Community Says Tuan Ibrahim

Amalan Yang Disyorkan Pada Hari Arafah Puasa

Senarai Lengkap Tiket Flight Kuala Lumpur Ke Langkawi Dan Cara Tempah Mudah

Landlord Locks House With Tenant S Car Belongings Over Unpaid Rent Is This Legal In Malaysia

How To Use Kappli Guides New Customers Are Guided On Navigating The Platform


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Harga Durian 2025 Terbaru Jun

Senarai Pekerjaan Yang Tak Boleh Dan Sukar Diganti Dengan A I Di Malaysia

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Raya Aidiladha Dengan Khatam