Mereka Hanya Sokong Anwar Sebagai Pm Bukan Lompat Parti Kata Saifuddin




Hakimie Amrie Hisamudin -April 27, 2022     
Saifuddin Nasution diwawancara FMT mengenai undang-undang anti-lompat parti dan pemilihan PKR.
PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mempertahankan usaha PKR menarik sokongan ahli Parlimen parti lawan untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kerana tindakan itu tidak sama seperti melompat parti.
Beliau berkata, ahli Parlimen yang mesra boleh memberikan sokongan kepada Anwar tanpa perlu bertukar parti.
“Kita ada 109 (ahli Parlimen). Untuk membentuk kerajaan kita kena ada sokongan 112 (ahli Parlimen). Bermaksud kita kena cari sokongan tambahan.
Tonton video di sini.

“Perlembagaan kata perdana menteri bolehlah dilantik daripada kalangan ahli yang Tuanku (Agong) yakin mendapat sokongan majoriti (ahli Dewan Rakyat). Jadi (kami) berusaha mencari sokongan tiga, empat orang itu; kami tak ajak orang masuk PKR,” katanya dalam wawancara FMT.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari 2020 dan tempatnya diambil alih Perikatan Nasional yang diketuai Muhyiddin Yassin.
Beberapa bulan kemudian, iaitu pada September tahun lalu, Anwar mendakwa beliau mempunyai “sokongan kukuh dan meyakinkan” untuk menubuhkan kerajaan baharu.
Beliau turut mengisytiharkan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin tumbang.
Saifuddin berkata, tindakan Anwar mendapatkan sokongan ahli Parlimen lain tidak sama seperti membenarkan perbuatan lompat parti.
Beliau juga berkata, keputusan untuk mendapatkan sokongan daripada wakil rakyat lain disepakati oleh ahli parti dan Anwar tidak harus dipersalahkan.
“Saya nak tegaskan bukan keputusan Anwar seorang. PKR ada proses dalam parti – ada biro politik, ada Majlis Pimpinan Pusat, ada ahli Parlimen. Anwar berunding dan berbincang dengan semua dalam proses membuat keputusan dalam parti.
“Bincang pula dalam Majlis Presiden PH – bincang, runding, ambil pandangan. Setelah keputusan dia, ‘ya Datuk Seri, kamu patut ketuai usaha mendapatkan sokongan’, kami pun melakukannya.”
Undang-undang anti-lompat adalah salah satu reformasi utama yang diberi tumpuan oleh PH ketika menandatangani memorandum persefahaman (MoU) transformasi dan kestabilan politik dengan kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob tahun lalu.
Saifuddin adalah pengerusi Jawatankuasa Pemandu bagi MoU itu. Pada Januari, PH memaklumkan kepada Ismail bahawa MoU itu akan “terbatal” jika undang-undang anti-lompat tidak dibentangkan.
Satu jawatankuasa Parlimen sedang merangka undang-undang yang dicadang dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat Julai ini.
Gabungan itu pada awal bulan ini berkata, rang undang-undang itu akan dibentangkan dan diluluskan pada akhir Mei.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/mereka-hanya-sokong-anwar-sebagai-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemilihan Semula Anwar Sebagai Ketua Sekat Reformasi Dalam Pkr Kata Penganalisis

Pemilihan Semula Anwar Sebagai Ketua Sekat Reformasi Dalam Pkr Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 317 hits
Pemilihan semula Anwar sebagai ketua sekat reformasi dalam PKR kata penganalisis PKR dijangka akan terus bergelut untuk melakukan reformasi parti selepas Anwar Ibrahim mengekalkan jawatan presidennya bagi penggal 2022 2024 Oh Ei Sun dari In...
Anwar Ibrahim The Father Of Lompat Parti

Anwar Ibrahim The Father Of Lompat Parti

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 332 hits
Yes Anwar invented Malaysia s political katak culture He turned crossovers into an art form Anwar s 48 year track record in politics has been one of crossing over from one side to the other And if he had been successful in 2004 or in 2008 A...
Yang Kalah Juga Ada Tempat Dalam Parti Kata Saifuddin

Yang Kalah Juga Ada Tempat Dalam Parti Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 198 hits
Adakah Saifuddin mengatakan yang kalah akan ditempatkan dalam parti untuk Rafizi Ada yang berpendapat bahawa itu adalah untuk dirinya kerana ada jaminan daripada pihak berkuasa dalam PKR yang mahu Saifuddin ada dalam parti walaupun dia kala...
Ph Tak Pernah Ajak Pas Pun Pas Ja Suka Umno Umno Tedang Pas Ph Pun Lihat Pada Parti Yang Menyokong Anwar Sebagai Pm

Ph Tak Pernah Ajak Pas Pun Pas Ja Suka Umno Umno Tedang Pas Ph Pun Lihat Pada Parti Yang Menyokong Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 247 hits
PAS tolak khemah besar strategi bersama PKR tak akan berulang kata Sanusi PH tidak pernah pun mengajak pas begitulah sebaliknya ph tidak menyondol untuk bersama membentuk kerajaan melalui langkah khianat dan bersetuju dengan para koruptor k...
Sokong Anwar Jadi Pm Farhash Gesa Parti Yang Mahu Bersama Ph

Sokong Anwar Jadi Pm Farhash Gesa Parti Yang Mahu Bersama Ph

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 228 hits
April 24 2022 Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata sebarang kerjasama lanjut dengan parti pembangkang lain mestilah mengambil kira pandangan akar umbi KUALA LUMPUR Mana mana parti yang ingin bekerjasama dengan PKR mestilah menyokong ...
Tak Semestinya Tanpa Mou Pru15 Akan Diadakan Kata Anwar

Tak Semestinya Tanpa Mou Pru15 Akan Diadakan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 240 hits
April 18 2022 Anwar Ibrahim menegaskan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik dimeterai antara PH dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bukannya Umno PETALING JAYA Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim berkata memorandum persefahaman y...
Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju

I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

How The System Keeps You Comfortable And Broke

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Uec What It Means To Take An Exam Your Own Country Won T Accept

Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Irresistible Italian Beef Recipe Serious Eats


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Anniversary 01 Januari 2026

Azam Tahun Baru 2026

Masakan Kampung Pahang Warisan Sedap Yang Ramai Tak Kenal Wajar Dihidupkan Semula

I Topup Kwsp Syarat Caruman Kaedah Mencarum

Nasi Lemak Coconut Shake Mee Kari

Wanita Berperwatakan Kelakian Tampil Ayu Di Hari Nikah 7 Tahun 11 Bulan Berakhir Dengan Ikatan Halal