Tak Semestinya Tanpa Mou Pru15 Akan Diadakan Kata Anwar


 

FMT Reporters -April 18, 2022 
Anwar Ibrahim menegaskan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik dimeterai antara PH dan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, bukannya Umno. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim berkata, memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai dengan kerajaan akan cuba dikekalkan sekurang-kurangnya sehingga 31 Julai ini.
Beliau berkata, PH terbuka untuk berbincang dengan Putrajaya, jika terdapat hasrat untuk meneruskan itu.Katanya, walaupun tanpa MoU itu, tidak semestinya bermakna pilihan raya umum (PRU) akan diadakan.
“MoU saya jelaskan, kita akan pastikan sehingga akhir Julai dan berunding kalau ingin diteruskan.
“Belum pasti kalau dengan tidak adanya (MoU) itu akan ada pilihan raya. Ini terpulang pendirian parti kerajaan dengan parti pembangkang, apakah keutamaan kita,” katanya menurut laporan Malaysiakini.
Beliau menegaskan MoU itu antara PH dan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, bukannya Umno.
“Perundingan itu dengan perdana menteri dan pasukan dia. Umno boleh bagi pendapat dia. Cuma Umno dengan 40 kerusi BN itu, dia anggap dia sebagai (parti) pemerintah, dia tentukan semua.
“Saya nak nasihatkan mereka bahawa dalam mana-mana kerajaan, kita perlu lihat kekuatan kita dan harus terima kenyataan rundingan itu antara PH dengan PM.”
Beliau menjawab keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno pada 14 April yang memutuskan MoU kerajaan dan PH tidak akan dilanjutkan selepas tamat pada 31 Julai ini.
Susulan itu, Ismail dilaporkan berkata, beliau akur dengan keputusan MKT Umno untuk tidak meneruskan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik selepas tamat tempohnya.
Calon PM
Anwar berkata, soal calon perdana menteri untuk PRU ke-15 bukan keutamaan PH.
Presiden PKR itu berkata, keutamaan PH ketika ini adalah mendekati dan membantu rakyat.
“Walaupun pada umumnya PKR sudah tahu calonnya, DAP juga sudah umumkan dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam perbualannya dengan saya setakat ini tidak ada perubahan (calon perdana menteri).
“Tetapi saya fikir ia bukan satu kewajaran atau keutamaan sekarang ini,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Pada 14 April lalu, MKT Umno mengumumkan ia mencadangkan Ismail sebagai calon perdana menteri parti itu bagi menghadapi PRU15.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/tak-semestinya-tanpa-mou-pru15-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Perlu Menang Pru15 Bukan Sekadar Jadi Pembangkang Bermaruah Kata Saifuddin

Pkr Perlu Menang Pru15 Bukan Sekadar Jadi Pembangkang Bermaruah Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 170 hits
April 17 2022 Saifuddin Nasution berkata menanamkan suasana keyakinan dan kemenangan kepada pengundi adalah strategi yang tepat PETALING JAYA Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menggesa parti itu merampas kuasa pada pilihan raya...
Rasa Curiga Pengundi Melayu Luar Bandar Terhadap Dap Masih Tebal Kata Anwar

Rasa Curiga Pengundi Melayu Luar Bandar Terhadap Dap Masih Tebal Kata Anwar

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 231 hits
April 18 2022 Anwar Ibrahim mengakui turut mengalami sedikit hakisan sokongan daripada pengundi Melayu selepas mengambil pendirian untuk terus bersama DAP PETALING JAYA Tahap kecurigaan pengundi Melayu khususnya di kawasan luar bandar terha...
Nurul Izzah Anwar Jangka Ph Kalah Pru15 Dan Pru 16

Nurul Izzah Anwar Jangka Ph Kalah Pru15 Dan Pru 16

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 192 hits
Nurul Izzah Anwar Jangka PH Kalah PRU15 Dan PRU 16 Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar berkata Pakatan Harapan diramalkan tewas pada dua lagi pusingan pilihan raya umum sebelum menguasai Putrajaya Dalam temu bual bersama Sinar Ha...
Tak Mustahil Mou Dilanjut Kata Pemimpin Pkr

Tak Mustahil Mou Dilanjut Kata Pemimpin Pkr

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 189 hits
Masih terdapat 4 perkara yang masih belum dilengkapkan bawah MoU antara PH dan kerajaan pusat menurut Fahmi Fadzil PETALING JAYA Walaupun Umno membidas kemungkinan melanjutkan memorandum persefahaman seorang pemimpin PKR berkata tidak musta...
Siapa Kata Umno Kembali Berkuasa Selepas Pru15 Soal Chin Tong

Siapa Kata Umno Kembali Berkuasa Selepas Pru15 Soal Chin Tong

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 188 hits
Di sebalik keyakinan Barisan Nasional terutama UMNO bahawa parti itu akan kembali menguasai Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke 15 pembangkang bagaimanapun meraguinya berdasarkan trend sokongan pengundi kepada parti itu Ketua ...
Kata Mp Beranikah Ph Batal Mou Dengan Kerajaan Pn Bn

Kata Mp Beranikah Ph Batal Mou Dengan Kerajaan Pn Bn

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 205 hits
malaysiakini comULASAN Jika Pindaan Perlembagaan Persekutuan sahaja yang dibentangkan pada 11 April nanti ia tidak akan membawa makna apa apa sekiranya RUU ALP tidak dibentang sama di parlimen Pilihanraya Umum ke 15 akan diadakan dalam masa...
Anwar Tak Berpihak Individu Kumpulan Tertentu Kata Rafizi

Anwar Tak Berpihak Individu Kumpulan Tertentu Kata Rafizi

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 191 hits
PETALING JAYA Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yakin Presidennya Anwar Ibrahim tidak memihak kepada mana mana individu atau kumpulan yang bertanding dalam pemilihan parti bulan depan Beliau berkata perkara itu hanya persepsi dan tafsiran piha...
Jika Kerajaan Dijatuhkan Lagi Lebih Diharap Agong Isytihar Mageran Sehingga Pru15 Diadakan

Jika Kerajaan Dijatuhkan Lagi Lebih Diharap Agong Isytihar Mageran Sehingga Pru15 Diadakan

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 176 hits
Berikutan Mahiaddin Md Yasin tidak lagi menyembunyikan hasratnya untuk kembali jadi Perdana Menteri sebagaimana disahkan oleh Tun Mahathir Mohamad dalam pertemuan kedua dua mereka di sisi lain ia adalah ancaman secara langsung kepada kedudu...
Keputusan Mou Perlu Perbincangan Rasmi Pm Pimpinan Ph Kata Dap

Keputusan Mou Perlu Perbincangan Rasmi Pm Pimpinan Ph Kata Dap

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 175 hits
April 16 2022 Pakatan Harapan tidak terikat dengan apa apa keputusan Majlis Tertinggi Umno menurut Loke Siew Fook PETALING JAYA DAP menegaskan sebarang keputusan berkenaan memorandum persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan perlu di...
A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Domain Portfolio Generating Income

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Pergi Pasar Cari Apam Apam Takde Be Like

Tidak Dedah Aib Pasangan

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

Rahma Rahmi Bagaikan Hanya Mimpi Chord

Resipi Gulai Ikan Masin Tumis Darat Masak Cara Orang Lama Memang Sedap

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025