Sokong Anwar Jadi Pm Farhash Gesa Parti Yang Mahu Bersama Ph




Danial Azhar -April 24, 2022 
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata sebarang kerjasama lanjut dengan parti pembangkang lain mestilah mengambil kira pandangan akar umbi.
KUALA LUMPUR: Mana-mana parti yang ingin bekerjasama dengan PKR mestilah menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri gabungan pembangkang, kata Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.
Bekas ketua PKR Perak itu berkata sekaranglah amat penting untuk parti dan sekutunya menyokong kepimpinan Anwar, selepas kekalahan teruk pada PRN Johor, Sarawak, dan Melaka.
“Dalam Pakatan Harapan, masih sama; Anwar satu-satunya calon perdana menteri. Parti lain yang mahu bekerjasama mesti terima ketetapan itu.
“Kita mesti rapatkan saf di belakang Anwar, semua sebagai satu suara, dan percaya pada kepimpinannya. Jika kita satu suara, masyarakat akan terima mesej kita,” katanya dalam temubual FMT.
Farhash percaya PKR dan sekutunya dalam PH mempunyai kekuatan secukupnya untuk bertanding PRU15.
Beliau menegaskan sebarang kerjasama lanjut dengan parti pembangkang lain haruslah dikaji secara mendalam dan mestilah mengambil kira pandangan akar umbi.
Sebelum ini, Anwar yang juga presiden PKR menyeru PH berbincang dengan semua parti pembangkang menjelang PRN Johor. Awal bulan ini pula, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, berkata PH sedia membincangkan kerjasama dengan mana-mana parti menjelang PRU15.
Bagaimanapun, tak semua parti pembangkang lain mahu Anwar jadi perdana menteri. Presiden Warisan, Shafie Apdal, baru-baru ini berkata rakyat mahu perubahan kepimpinan.
Mahu menang
Dalam pada itu, Farhash berkata PKR mahu melangkah ke PRU15 dengan kemahuan dan keyakinan untuk menang.
“Jangan tawar hati dengan cakap-cakap kononnya kita tidak akan dapat memenangi dua pilihan raya akan datang. Politik boleh berubah bila-bila masa, jangan menyerah kalah,” katanya.
Beliau menepis kenyataan Nurul Izzah Anwar bahawa PH memerlukan sekurang-kurangnya dua pusingan pilihan raya untuk menawan Putrajaya.
Farhash berkata PKR dan PH mesti mendengar denyut nadi akar umbi dan pengundi jika mahu faham sentimen di lapangan, serta meningkatkan peluang mereka menjelang PRU15.
Mengulas mengenai pemilihan PKR tidak lama lagi, Farhash berkata pemilihan itu langkah perlu untuk ‘membersihkan’ parti dan mengisi kekosongan dalam saf kepimpinan selepas Langkah Sheraton pada 2020.
“Pemilihan ini salah satu langkah untuk kami merapatkan saf dan kembali lebih kuat,” katanya.
“Ketika ini ada kekosongan yang ketara. Kami tiada timbalan presiden, banyak naib presiden tidak ada, malah ada kekosongan jawatan di beberapa bahagian.”
Farhash berkata PKR perlu mengisi kekosongan di jawatan-jawatan penting parti agar dapat menghadapi PRU15 dengan sempurna.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/sokong-anwar-jadi-pm-farhash-gesa-parti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mereka Hanya Sokong Anwar Sebagai Pm Bukan Lompat Parti Kata Saifuddin

Mereka Hanya Sokong Anwar Sebagai Pm Bukan Lompat Parti Kata Saifuddin

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 166 hits
April 27 2022 Saifuddin Nasution diwawancara FMT mengenai undang undang anti lompat parti dan pemilihan PKR PETALING JAYA Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution mempertahankan usaha PKR menarik sokongan ahli Parlimen parti lawan untuk meny...
Ruu Antilompat Parti Rakyat Mual Dengan Kegelojohan Politik Khianat Anwar

Ruu Antilompat Parti Rakyat Mual Dengan Kegelojohan Politik Khianat Anwar

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 164 hits
Ridauddin DaudApril 11 2022 11 2022Anwar berharap dengan keputusan memperincikan peruntukan dalam RUU tersebut ia sedikit sebanyak memulihkan semangat dan kepercayaan rakyat kepada ahli politik Foto JAPENKUALA LUMPUR Tidak semua ahli politi...
Dedah Deliberasi Ruu Anti Lompat Parti Kepada Umum Gesa Bersih

Dedah Deliberasi Ruu Anti Lompat Parti Kepada Umum Gesa Bersih

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 180 hits
April 26 2022 Kumpulan reformasi pilihan raya Bersih menggesa agar budaya berahsia dalam penggubalan undang undang ditamatkan PETALING JAYA Deliberasi mengenai cadangan undang undang anti lompat parti oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen...
Empat Kegagalan Tadbir Urus Kewangan Anwar Gesa Adakan Sidang Parlimen Khas

Empat Kegagalan Tadbir Urus Kewangan Anwar Gesa Adakan Sidang Parlimen Khas

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 157 hits
Terdapat 4 isu kelemahan tadbir urus kewangan yang kesannya berpotensi mengulangi skala kerugian akibat skandal 1Malaysia Development Berhad sekiranya tidak ditangani dengan rapi oleh kerajaan Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Dat...
Anwar Ibrahim The Father Of Lompat Parti

Anwar Ibrahim The Father Of Lompat Parti

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 236 hits
Yes Anwar invented Malaysia s political katak culture He turned crossovers into an art form Anwar s 48 year track record in politics has been one of crossing over from one side to the other And if he had been successful in 2004 or in 2008 A...
Ph Tak Pernah Ajak Pas Pun Pas Ja Suka Umno Umno Tedang Pas Ph Pun Lihat Pada Parti Yang Menyokong Anwar Sebagai Pm

Ph Tak Pernah Ajak Pas Pun Pas Ja Suka Umno Umno Tedang Pas Ph Pun Lihat Pada Parti Yang Menyokong Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 173 hits
PAS tolak khemah besar strategi bersama PKR tak akan berulang kata Sanusi PH tidak pernah pun mengajak pas begitulah sebaliknya ph tidak menyondol untuk bersama membentuk kerajaan melalui langkah khianat dan bersetuju dengan para koruptor k...
Amanah Buat Laporan Polis Gesa Siasat Komplot Mahu Jatuhkan Badan Kehakiman Negara

Amanah Buat Laporan Polis Gesa Siasat Komplot Mahu Jatuhkan Badan Kehakiman Negara

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 153 hits
FAZLI RADZIAMANAH tampil membuat laporan polis secara serentak di seluruh negara mulai petang semalam susulan siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali Parti komponen Pakatan Harapan itu menggesa agar pihak poli...
Malaysia Gesa Kuasa Veto Unsc Dihadkan

Malaysia Gesa Kuasa Veto Unsc Dihadkan

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 192 hits
KUALA LUMPUR 27 Ramadan 1443H Jumaat Malaysia menggesa penggunaan kuasa veto oleh ahli tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dihadkan dan memperjuangkan pembaharuan menyeluruh Majlis itu Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin...
Siasat Siapa Palsukan Dan Sebar Dokumen Pasleak Gesa Pemimpin Pas

Siasat Siapa Palsukan Dan Sebar Dokumen Pasleak Gesa Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 164 hits
PETALING JAYA Seorang Ahli Parliman PAS menggesan polis menyiasat individu yang memalsu dan menyebarkan dokumen PASLeak Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Ahmad Amzad Hashim berkata tiada sebarang mesyuarat...
Exploring Europa Nasa S Europa Clipper Mission

The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa

How Does Private Equity Actually Work

Dbkl Siasat Insiden Penguatkuasaan Terhadap Penjaja Belon Di Jalan Tar

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Pondok Abuya

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine

Insomnia

Buy Guncle Shirt Celebrating Gay Uncles With Style

Dr Jay Ong Ceo Csa Academy Dalang Sindiket Ops Sky Tipu Lebih 4 000 Penjawat Awam

Terculik Sana Tertukar Sini