Menu Baharu Hujung Tahun Dan Meraikan Ulang Tahun Ke 20 The Manhattan Fish Market Di Malaysia
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Siapa sini peminat makanan di The Manhattan FISH MARKET? Korang tahu atau tidak tahun ini adalah sambutan ulang tahun ke 20 mereka dan pada sama telah melancarkan kempen 'What The Fish!'
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley, Daniel Chan berkata: “Kempen ini menampilkan kekukuhan The Manhattan FISH MARKET: iaitu kejutan hebat dan makanan laut segar - dua elemen penting ketika kami mara ke hadapan daripada pencapaian di Malaysia selama 20 tahun lepas dengan tujuan mencipta mercu tanda baru".
Para pengunjung kali ini dimanjakan dengan lima item menu baharu lazat yang akan membuatkan korang terpikat serta-merta pada makanan laut The Manhattan FISH MARKET
5 menu baharu tersebut ialah:
1. Boston Lobster Poached Nam Jim Seafood (RM269.90)
2. Chilean Snow Crab Poached Lemongrass Seafood (RM269.90)
3. Flaming Bavarian Prawns (RM69.90)
4. Herb Fromage Prawn Pasta (RM33.90)
5. Ajillo Poached Seafood Bucket (RM115.90)
“Sementara menikmati menu kegemaran seperti biasa, kami mengingatkan semua bahawa terdapat banyak lagi yang perlu dinikmati selain Fish & Chips klasik. Juadah The Manhattan FISH MARKET juga adalah tentang merasai pelbagai jenis makanan yang menakjubkan dan(( mengejutkan,” katanya pada pelancaran media rasmi kempen itu di Sunway Pyramid baru-baru ini
Kempen What The Fish! berlangsung selama dua bulan dari 1 November hingga 31 Disember 2022, merangkumi pendekatan menyeronokkan, berani dan terbaru oleh The Manhattan FISH MARKET. Kini terdapat lebih lagi kejutan gilang gemilang untuk peminat setia mereka. Boleh dapatkan semua hidangan ini di semua cawangan seluruh Malaysia
Bagi kempen makanan 'What the Fish!' Akan mempunyai tawaran makanan laut premium yang diasingkan kepada 2 tawaran oleh cawangan berikut:
a. The Manhattan FISH MARKET IOI City Mallb. The Manhattan FISH MARKET Mid Valleyc. The Manhattan FISH MARKET Sunway Pyramidd. The Manhattan FISH MARKET Sunway Putrae. The Manhattan FISH MARKET Aeon Shah Alamf. The Manhattan FISH MARKET Wangsa Walk Mallg. The Manhattan FISH MARKET Setia City Mallh. The Manhattan FISH MARKET Aeon Tebrau City
Berikut adalah kedai yang menjual tanpa makanan laut premium:
1. The Manhattan FISH MARKET Sogo2. The Manhattan FISH MARKET Alamanda3. The Manhattan FISH MARKET Nu Sentral4. The Manhattan FISH MARKET Quill City Mall5. The Manhattan FISH MARKET Sunway Velocity6. The Manhattan FISH MARKET Melawati Mall7. The Manhattan FISH MARKET Subang Parade8. The Manhattan FISH MARKET Ampang Point9. The Manhattan FISH MARKET Evo Mall Bangi10. The Manhattan FISH MARKET Palm Mall11. The Manhattan FISH MARKET Mahkota Parade12. The Manhattan FISH MARKET Queensbay Mall13. The Manhattan FISH MARKET JBCC14. The Manhattan FISH MARKET Aeon Kota Bharu15. The Manhattan FISH MARKET One Utama16. The Manhattan FISH MARKET Vivacity17. The Manhattan FISH MARKET Aeon Station 18
The Manhattan FISH MARKET mendapat inspirasi daripada Fulton Fish Market yang terkenal menempatkan pelbagai koleksi hasil tangkapan segar pada hari itu, memenuhi keperluan peminat makanan laut, jauh dan luas. Menggabungkan reputasinya sebagai tempat yang bagus untuk makanan laut yang lazat, The Manhattan FISH MARKET berdedikasi untuk menyajikan kesegaran dengan pelbagai pilihan makanan laut gaya Amerika
The Manhattan FISH MARKET telah membuka cawangan pertamanya pada November 2002 dan sehingga kini, berkembang ke cawangan sekitar. Perniagaan kini terus berkembang dengan perniagaan francais di seluruh dunia ke 9 negara lain termasuk Malaysia, Singapura, Bangladesh, Jordan, Maldives, Myanmar, Oman, UAE dan Sri Lanka
#WhatTheFish #MFMTurns20 #SeafoodLikeNeverBefore
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mahamahu.com/2022/11/menu-baharu-hujung-tahun-dan-meraikan-ulang-tahun-ke-20-the-manhattan-fish-market.html