Rumah Baharu Nenek Rohana Bukti Kasih Sayang Rakyat Malaysia


 
Pesara kerajaan Rohana Mahfuz, 77, menunjukkan gambar lama rumah pusaka keluarganya berusia 53 tahun sebelum hanyut dilanda banjir besar, pada 18 Dis 2021.HULU LANGAT: Tanggal 18 Dis 2021 memahat memori hitam buat warga emas Rohana Mahfuz apabila rumah pusaka keluarganya berusia 53 tahun hanyut dilanda banjir besar, di Batu 18, Kampung Jawa di sini.
Hanya tinggal tangga batu untuk menjadi ingatan. Kisahnya mendapat perhatian ramai termasuk aktivis masyarakat, Ebit Lew, yang bersimpati dengan nasib pesara kerajaan itu yang tinggal sehelai sepinggang.
Bantuan daripada pelbagai pihak diterima wanita berusia 77 tahun itu membolehkan kerja membina semula rumahnya di tapak sama dapat dimulakan.
Selepas hampir setahun, kemajuan pembinaan rumahnya mencecah 90%. Jika tiada aral melintang, mungkin pada Januari atau Februari tahun depan Rohana dapat berteduh di rumah baharu.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Rumah pusaka milik keluarga Rohana yang berusia 53 tahun sebelum hanyut dibawa banjir besar, pada 18 Dis 2021.Terharu sumbangan ramai
Meskipun gembira, namun hatinya sebak diiringi linangan air mata setiap kali melihat rumah dengan reka bentuk moden itu. Bukan sedih mengenang kejadian bah besar tempoh hari, tetapi terharu dengan curahan kasih sayang rakyat Malaysia.
“Setiap kali tenung rumah baharu ini, nenek menangis sebab ini adalah tanda kasih sayang orang ramai yang langsung tak kenal nenek, tetapi sudi membantu beri sumbangan, untuk nenek kembali ada rumah.

“Terima kasih pada semua orang termasuk Ustaz Ebit Lew yang bantu nenek. Sekarang nenek tak nak rumah besar, cukup untuk nenek berteduh dari hujan panas,” katanya kepada FMT.
Rohana memberitahu keluasan rumah baharu itu hanya satu per empat daripada saiz asal, sengaja dipilihnya kerana hanya tinggal bersendirian, mudah dijaga dan senang beribadat.
Hanya tinggal tangga batu menjadi ingatan buat Rohana terhadap rumah pusaka keluarganya yang hanyut dilanda banjir besar, pada 18 Dis 2021.Sementara menunggu rumah itu siap, Rohana menghuni sebuah kabin yang dilengkapi dapur dan tandas.
Pasrah hadapi bah
Ditanya tidakkah dirinya takut apabila tiba musim tengkujuh yang boleh menyebabkan Hulu Langat dilanda banjir, Rohana hanya menjawab, dirinya sudah pasrah.
“Banjir, hujan, angin, ribut, kita tak boleh tahan. Nenek sudah harungi hujan banjir sudah berpuluh tahun. Bila kena banjir yang paling besar tahun sudah, nenek dah tak rasa apa-apa.
“Kalau nenek sempat selamatkan diri, nenek usahakan. Kalau nak ‘dibawa balik’ sekarang pun, nenek reda sangat,” ujarnya sebak.
Rohana sengaja membina rumah yang lebih kecil berbanding rumah asal kerana beliau tinggal bersendirian, mudah dijaga dan senang beribadat.Hanyut dibawa banjir
Rohana turut mengimbas kembali kejadian bah besar pada 18 Dis lalu. Ceritanya, ketika itu beliau sedang menunggu waktu solat Isyak dan mendengar bunyi air sungai.
Menjangkakan banjir akan berlaku, Rohana bergegas mengalihkan kereta dan selepas 10 minit, air di kawasan rumahnya sudah naik ke paras dada.
“Nenek hanyutkan diri untuk capai pokok depan rumah, selepas dapat berpaut nenek gagahkan diri untuk ke jalan bagi mendapat pertolongan.
“Nenek tumpang rumah atas bukit seberang jalan. Sekitar jam 12 tengah malam terdengar bunyi pokok tumbang dan bunyi zink…nenek hanya mampu kata ‘Allah, rumah aku’,” katanya sebak.
Sementara menunggu rumah baharunya siap, Rohana menghuni sebuah kabin yang dilengkapi dapur dan tandas.Keesokannya ditemani jiran Rohana turun melihat keadaan rumahnya. Hati terkedu melihat rumah warisan keluarga itu hanya tinggal tangga batu dan sebatang tiang sahaja.
“Belakang rumah nenek ada sungai dan jambatan konkrit. Nenek agak, pokok-pokok balak hentam jambatan tu sehingga runtuh sebelum rempuh rumah nenek.
“Waktu jambatan runtuh, orang kampung kata bunyi kuat sangat macam bukit runtuh,” cerita kakak sulung kepada tujuh adik beradik itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/11/rumah-baharu-nenek-rohana-bukti-kasih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Perlis Berbelanja Di Thailand Harga Barang Malaysia Mahal Mat Sabu

Rakyat Perlis Berbelanja Di Thailand Harga Barang Malaysia Mahal Mat Sabu

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 245 hits
Penurunan nilai ringgit menyebabkan harga barang terlalu mahal di Malaysia sehingga rakyat di sebelah utara Semenanjung terpaksa ke Thailand untuk membeli barang keperluan Hal itu didedahkan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu dalam ceramah J...
Menu Baharu Hujung Tahun Dan Meraikan Ulang Tahun Ke 20 The Manhattan Fish Market Di Malaysia

Menu Baharu Hujung Tahun Dan Meraikan Ulang Tahun Ke 20 The Manhattan Fish Market Di Malaysia

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 320 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Siapa sini peminat makanan di The Manhattan FISH MARKET Korang tahu atau tidak tahun ini adalah sambutan ulang tahun ke 20 mer...
Terkini Mypsv Bantuan Lesen Memandu Kepada Rakyat Malaysia Semak Kelayakan Anda

Terkini Mypsv Bantuan Lesen Memandu Kepada Rakyat Malaysia Semak Kelayakan Anda

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 246 hits
TERKINI MyPSV Bantuan Lesen Memandu Kepada Rakyat Malaysia Semak Kelayakan Anda Makluman terbaru daripada kerajaan bahawa Kerajaan telah mengumumkan melalui pembentangan bajet 2023 Sehubungan itu diminta rakyat Malaysia untuk lebih cakna ke...
Politik Malaysia Politik Dunia Ketiga Anwar Ibrahim Harapan Rakyat Malaysia

Politik Malaysia Politik Dunia Ketiga Anwar Ibrahim Harapan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 201 hits
NORMAN RADZUANPolitik Malaysia politik dunia ketiga Anwar Ibrahim Harapan Rakyat Malaysia MASA UTK PERUBAHAN SEBENAR Di negara luar seperti Parti Buruh di Britain yg dipimpin oleh Jeremy Corbyn telah melancarkan manifesto pilihanraya paling...
Kj Saya Jadi Pm Anda Ini Yang Majoriti Rakyat Malaysia Nantikan

Kj Saya Jadi Pm Anda Ini Yang Majoriti Rakyat Malaysia Nantikan

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 169 hits
Calon Parlimen Khairy Jamaluddin berkata kawasan Parlimen itu pada masa depan akan diwakili presiden Umno dan perdana menteri jika dia menang dalam PRU kali ini Namun Khairy menegaskan cita citanya itu bukanlah selepas PRU15 memandangkan Is...
Anwar Bertemu Cedekiawan Islam Rakyat Malaysia Ketika Melawat Turkiye Bulan Lepas

Anwar Bertemu Cedekiawan Islam Rakyat Malaysia Ketika Melawat Turkiye Bulan Lepas

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 188 hits
Lawatan Presiden KEADILAN Datuk Seri Amwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ke Turkiye telah mengunjungi beberapa tokoh pemikir Islam di sana Datuk Seri Anwar meluangkan masa menzirahi tokoh pemikir Institut Pemikiran Isla...
Gara Gara Buat Aksi Drift Di Hatyai Rakyat Malaysia Terpaksa Bayar Ganti Rugi Rm12 438

Gara Gara Buat Aksi Drift Di Hatyai Rakyat Malaysia Terpaksa Bayar Ganti Rugi Rm12 438

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 255 hits
SONGKHLA Gara gara melakukan aksi drift di tempat letak kereta seorang warga Malaysia terpaksa membayar ganti rugi hampir 100 000 baht kepada empat pemilik kenderaan di Hatyai Songkhla selatan Thailand Dalam kejadian kira kira 1 petang pada...
Miliki Jam Tangan Juruterbang Kiel Yang Elegan Dibangunkan Dengan Penuh Kasih Sayang

Miliki Jam Tangan Juruterbang Kiel Yang Elegan Dibangunkan Dengan Penuh Kasih Sayang

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 226 hits
Perkembangan dan khususnya pembangunan lanjut jam tangan juruterbang telah lama menjadi tumpuan pengeluar jam tangan Laco Di atas sebab ini jenama tradisional itu kini menghidupkan semula Kiel klasiknya dalam dua varian warna baharu Kedua d...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti