Selamat Ulang Tahun Kelahiran Along
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Along. Tarikh lahir Along pada tahun ini jatuh pada hari Ahad (0611). Mrs. A plan nak ajak Along dan Adik keluar lunch dan tengok wayang sahaja sebagai moment celebration tu sebabnya Mr. A masa tu kena pergi outstation. Aryssa dah tentu di Penang. So sehari sebelum tu dah bagitahu plan tu kepada Mr. A. Dia okay aje sambil menghulurkan wang perbelanjaan walaupun Mrs. A tak minta yessza...I like ngeh! ngeh! ngeh
Pada hari Sabtu malam tu Mrs.A pun cakap dengan Along, esok kita lunch kat luar dengan Adik sekali, ibu nak belanja di Secret Recipe sempena birthday Along. Ingat tak tak tu esok birthday anak ibukan ? Sambil tersengih dia cakap eh! Along tak ingat esok birthday Along a'ahlah esok 6 haribulan sebelas katanya. Esoknya tu 06112022 selepas zohor we all bertiga pun gerak ke SR di Aeon Seremban 2
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Along.
Happy 20th birthday Along.
Walaupun orangnya ada tiga tapi kek ada empat 😍 sebab birthday boy nak dua kek lain-lain flavor. Sambil tunggu menu masing-masing sampai we all makan kek dulu
Menu Along chicken chop. Order nasi juga 😂
Nasi with satay Mrs. A punya
Adik punya menu paling awal sampai
Dah nak habis baru nak snap 😄😄😄
Selepas dah selesai lunch di SR. We all plan nak tengok wayang pulak. Cerita Black Panther ketika ini belum release lagi di pawagam. So tengok ajelah cerita apa yang ada waktu tu. We all sepakat tengok cerita seram jepun tajuk Sodako sebabnya waktu tayangannya pukul 4.00 petang sesuai dengan timing muahahaaa...
Ini wayang kita yang punya eh! tak ramai pun orang tengok citer ni
campur we all dalam 9 orang jer
Cerita seram Sodako itu biasa-biasa ajelah mula-mula memang tak faham dah dipertengahan baru faham. Bagi 3 bintang ajelah gittewww..
Alhamdulillah apa-apa pun we all bertiga seronok aje dapat spent time together. Buat Along ibu sentiasa mendoakan Along dikurniakan kejayaan di dalam kehidupan samada di dunia mahupun akhirat. Ya Allah redholah kepada anak-anak ku sepertimana aku redho kepada mereka
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2022/11/selamat-ulang-tahun-kelahiran-along.html