Meraikan Malaysia Bersama Tuna Dan Saba Kegemaran Daripada Ayam Brand


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum dan Selamat Petang... Hai Pembaca semua, Bonde nak kongsikan info menarik mengenai Produk Ayam Brand.


Meraikan Malaysia bersama Tuna dan Saba Kegemaran daripada Ayam Brand™


Ikan seperti tuna dan saba telah menjadi sebahagian besar daripada diet rakyat Malaysia. Pelbagai cara hidangan ikan yang versatil, berkhasiat dan enak ini disediakan oleh kumpulan etnik berbeza, mengingatkan kita semua tentang manfaat ikan terhadap kesihatan diri. 


Ayam Brand™, jenama tempatan terkemuka di Malaysia dan Asia selama 130 tahun yang dikenali dengan banyak pilihan makanan dalam tin yang berkualiti dan sihat serta bebas bahan pengawet dan tanpa MSG tambahan, meraikan Malaysia dengan pilihan tuna dan saba kegemaran mereka sepanjang bulan September ini.


Mengapa anda perlu menambah tuna dan saba dalam diet? 

Omega-3, sejenis asid lemak, tidak boleh disintesis dalam tubuh kita tetapi diperlukan bagi mengekalkan tahap kesihatan yang optimum. Ini termasuk untuk pertumbuhan otak dan perkembangan kanak-kanak dan melindungi jantung seperti mengurangkan tekanan darah dan trigliserida, memperlahankan pembentukan plak dalam arteri, menurunkan kemungkinan berlakunya ritma jantung yang tidak normal serta serangan jantung dan strok. Omega-3 juga membantu meningkatkan kesihatan mata, menangani keresahan dan kemurungan, menggalakkan perkembangan otak semasa hamil dan peringkat awal kehidupan, mengurangkan simptom ADHD dalam kalangan kanak-kanak, mencegah penyusutan kesihatan mental berkaitan usia dan penyakit Alzheimer serta mengurangkan senggugut. 


Tuna Ayam Brand™ dan Saba Ayam Brand™ kaya dengan Omega-3, penyediaan yang mudah dan enak untuk kebaikan diet anda dan seisi keluarga. Sama ada anda muda, aktif, matang atau hamil, pengambilan makanan yang kaya dengan Omega-3 boleh membantu membentuk rakyat yang lebih sihat dan negara yang teguh. 


Dalam suasana kemeriahan meraikan pembentukan Malaysia, Ayam Brand™ telah mengumpulkan beberapa resipi tempatan yang berbeza dan mudah bagi membolehkan anda mencuba dan meraikan peristiwa penting ini menerusi sajian makanan yang enak!


Resipi-resipi ini memaparkan Tuna Ketulan Dalam Minyak Zaitun Light Ayam Brand™, Saba Cili Ayam Brand™, Tuna Kepingan Dalam Air Light Ayam Brand™ dan Tuna Cili Ayam Brand™  dalam masakan Melayu, Cina, India dan tradisional. 





Nasi Lemak Sambal Tuna 
Nasi Lemak adalah hidangan kebangsaan Malaysia. Setiap keluarga mempunyai versi mereka tersendiri. Jadikan nasi lemak anda lebih sihat dengan menggunakan Tuna Ayam Brand™ untuk satu hidangan sambal yang tinggi dengan kebaikan Omega-3.


Ini caranya: 


Untuk menyediakan pes sambal, kisar bawang besar, bawang putih, pes cili dan halia bersama air. Buka dua tin Tuna Ketulan Dalam Minyak Zaitun Light Ayam Brand™ dan tuangkan minyak zaitun dalam tin tersebut ke dalam kuali yang panas. Tambahkan sedikit minyak masak sekiranya perlu. Tumis pes sambal dalam minyak sehingga harum atau kira-kira lima minit. Tambah gula dan garam sehingga cukup rasa dan diikuti oleh serai. Kemudian, masukkan ketulan tuna yang diketepikan sebelum ini. Masak sehingga sambal menjadi pekat mengikut selera anda. 


Untuk lebih memudahkan, sediakan nasi lemak dengan menggunakan Santan Kelapa Ayam Brand™.


Lengkapkan hidangan nasi lemak bersama sambal tuna anda dengan hirisan timun, telur rebus, ikan bilis dan kacang goreng. 


Masa penyediaan: 15 minit, tempoh masakan: 25 minit, hidangan: 4 orang 






Peratal Saba Peratal atau kari India kering adalah sejenis masakan berkuah pekat kerana tiada cecair dimasukkan semasa proses masakan. Ia merupakan hidangan kegemaran dalam kebanyakan kediaman masyarakat India dan di restoran-restoran yang menghidangkan nasi daun pisang. Tingkatkan pengambilan Omega-3 anda dengan sajian peratal saba yang pedas dan amat mudah disediakan ini. 


Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga harum. Tambahkan Tomato Cincang Ayam Brand™, garam, daun kari, serbuk jintan putih dan serbuk ketumbar. Masak sehingga tomato menjadi lembut dan menjadi pekat. Tambahkan Saba Cili  Ayam Brand™ dan kacau atas api sederhana sehingga ikan dan kuah bercampur sebati. 


Peratal Saba menjadi lebih lazat dengan perahan lemon atau limau serta dihias dengan daun ketumbar. Hidangkan ia bersama nasi atau roti seperti capati. 




Sup Wantan Tuna 
Sup wantan merupakan satu hidangan yang selesa untuk dimakan setiap hari. Tambahkan manfaat nutrisi Omega-3 dalam hidangan wanton anda dengan menggantikan daging dengan tuna. 


Amat mudah untuk menyediakan ladu (dumpling) tuna. Toskan air yang ada dalam tin Tuna Kepingan dalam Air Light Ayam Brand™. Gaul kepingan tuna bersama lada hitam, garam, minyak bijan dan daun bawang yang dihiris halus. Masukkan satu sudu besar ikan ini di dalam kulit wanton dan bentukkan lipatan dengan sedikit air. Dengan perlahan-lahan, masukkan wanton dalam air panas, kacau dan keluarkannya apabila ia timbul ke permukaan. 


Hidangkan wanton tuna anda dengan sup ringkas dan mi. Bagi memeriahkan hidangan anda, tambahkan sayur pak choy yang telah distim dan sedikit minyak bawang atau minyak bawang putih. 







Ubi Rebus dengan Sambal Tuna Cili  

Ubi rebus atau ubi kayu rebus adalah sajian kegemaran ramai, khasnya bagi mereka yang dibesarkan di kampung. Walaupun ia boleh dihidangkan sebagai satu sajian pencuci mulut yang manis, namun hidangan ini menjadi lebih menyelerakan apabila dimakan bersama sambal pedas. 


Hasilkan hidangan nostalgia kegemaran Malaysia yang lebih sihat dengan Tuna Cili Ayam Brand™ yang kaya dengan Omega-3. Kupas kulit ubi kayu dan bersihkan. Potong kecil anggaran saiz 5cm. Dalam sebuah periuk, didihkan air dan masukkan garam. Masukkan potongan ubi kayu dan masak selama 30 minit. Keluarkan ubi kayu yang telah dimasak menggunakan senduk berlubang.


Hidangkan ubi rebus itu bersama Tuna Cili Ayam Brand™ sebagai pencicah. Untuk menambahkan lagi keenakan dan rasa pedas, tambah bawang besar, cili padi dan daun ketumbar yang telah dipotong halus serta perahkan sedikit limau atau lemon pada sajian tuna berkenaan. 


Produk-produk Ayam Brand™ boleh didapati di rangkaian Aeon Big, Giant, Cold Storage, Jaya Grocer, Village Grocer, Bens, Hero, Mydin, TF Value, The Store/Pacific, Econsave dan Matahari, atau dengan mengunjungi Kedai Ayam Brand™ di Shopee dan Lazada.


Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan beg tote Ayam Brand™ edisi terhad yang praktikal dan berguna secara percuma dengan setiap pembelian bernilai RM30 produk Ayam Brand™ atau yumeat di rangkaian-rangkaian terpilih. 


Untuk memenangi kredit e-dompet bernilai RM30, kongsikan gambar menggunakan beg tote ini di laman sosial bersama kapsyen paling kreatif anda dengan meletakkan tanda pagar #Ayam130Tahun serta menghantar DM resit pembelian anda ke laman Instagram Ayam Brand Malaysia. Peraduan ini bermula dari bulan September hingga Oktober ini. 


Bukan itu sahaja! Kunjungi Concourse, Orange Atrium, Sunway Pyramid dari 2 hingga 6 November 2022 untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik.


Dapatkan resipi penuh di pautan ini (https://docs.google.com/document/d/1F6qrbrXBs
OvL_2HBDqBO1QiC4H0xprfIEOf8rRZUsVc/edit?usp=sharing) (gunakan akaun Gmail untuk mengakses) dan untuk lebih banyak resipi, layari www.ayambrand.com.my
Mengenai Ayam Brand™Ayam Brand™, nama isi rumah di Malaysia dan Asia selama 130 tahun, terkenal dengan pelbagai jenis makanan dalam tin berkualiti dan sihat yang bebas dari pengawet dan tidak mengandungi MSG tambahan. Produk Ayam Brand™ dikilangkan dengan kemudahan terkini yang memenuhi piawaian antarabangsa tertinggi dengan pensijilan yang diiktiraf seluruh dunia (HACCP, ISO 9001) dan disahkan 'Halal', Ayam Brand™ telah disenaraikan dalam 10 terbaik sebagai jenama FMCG pilihan yang paling banyak di Malaysia. Menurut Kantar Worldpanel's Asia Brand Footprint Study 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, sila layari www.ayambrand.com.my atau sertai https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia

  ~ Bonde Senyum Riang ~

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.bondezaidalifah.com/2022/10/meraikan-malaysia-bersama-tuna-dan-saba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Honor Malaysia Appeared As Smart Device Partner Brand Of Media Prima Supernova Screening 2022

Honor Malaysia Appeared As Smart Device Partner Brand Of Media Prima Supernova Screening 2022

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 226 hits
HONOR Malaysia also teams up with Touch n Go to bring you Limited Touch n Go NFC Gift Set Global iconic tech brand HONOR appeared as a Smart Device Partner brand of the Supernova Screening 2022 organized by Media Prima to provide exclusive ...
Wujudkan Stok Penimbal Industri Makanan Ayam Utusan Malaysia 19 10 2022

Wujudkan Stok Penimbal Industri Makanan Ayam Utusan Malaysia 19 10 2022

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 176 hits
PETALING JAYA Sudah tiba masanya kerajaan mewujudkan sis tem stok penimbal dalam in dustri makanan bagi memastikan jaminan bekalan berterusan selain persediaan menghadapi sebarang situasi luar jangka angkara sabotaj kartel dan pihak berkepe...
Kopi Kenangan Southeast Asia S First New Retail F B Unicorn Brand Has Officially Launched In Malaysia

Kopi Kenangan Southeast Asia S First New Retail F B Unicorn Brand Has Officially Launched In Malaysia

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 165 hits
The opening of its first store in Suria KLCC marks its first international expansion From left to right Jordan Lung General Manager Kopi Kenangan Malaysia Edward Tirtanata CEO Co Founder Kopi Kenangan Ibu Ni Made Ayu Marthini Deputy for Mar...
Yayasan Aeon Malaysia Mengadakan Program Mesra Deepavali Dengan Meraikan Golongan Kurang Bernasib Baik

Yayasan Aeon Malaysia Mengadakan Program Mesra Deepavali Dengan Meraikan Golongan Kurang Bernasib Baik

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 231 hits
Yayasan AEON Malaysia Mengadakan Program Mesra Deepavali Dengan Meraikan Golongan Kurang Bernasib Baik Assalamualaikum dan salam sejahtera Pada 15 Oktober 2022 yang lepas Sha berpeluang hadir ke AEON Big Falim Ipoh untuk menyertai program A...
Kopi Kenangan Kini Di Malaysia Cawangan Pertama Di Suria Klcc Beroperasi 18 Oktober 2022

Kopi Kenangan Kini Di Malaysia Cawangan Pertama Di Suria Klcc Beroperasi 18 Oktober 2022

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 430 hits
KOPI KENANGAN KINI DI MALAYSIA CAWANGAN PERTAMA DI SURIA KLCC BEROPERASI 18 OKTOBER 2022 Assalammualaikum semua Kopi kopi kopi oh kopi Tiada apa yang membahagiakan apabila dapar secawan kopi pada musim hujan di Kuala Lumpur Tahniah buat Kop...
Notepad With Ibrahim Sani Projecting Malaysia S Might With Battersea Power Station

Notepad With Ibrahim Sani Projecting Malaysia S Might With Battersea Power Station

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 155 hits
On 12th October Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah officiated the opening ceremony of the long awaited Malaysian owned Grade II listed Power Station and symbolically turned the power back on the bui...
Tiktok Alat Pengintip China Di Malaysia

Tiktok Alat Pengintip China Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 252 hits
SAUDARA PENGARANG Bertahun lamanya China dituduh menggunakan teknologi mereka sebagai alat pengintip bagi mendapatkan data berharga yang lebih bernilai daripada emas
Ribut Tropika Kuat Nesat Dijangka Meningkat Ke Tahap Taufan Malam Ini Met Malaysia

Ribut Tropika Kuat Nesat Dijangka Meningkat Ke Tahap Taufan Malam Ini Met Malaysia

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 285 hits
17 Oktober 2022 Ribut Tropika Kuat Nesat Dijangka Meningkat Ke Tahap Taufan Malam Ini MET Malaysia Ribut Tropika Kuat Nesat kini berada di kedudukan 19 7 U 117 2 T di barat laut Filipina dijangka bergerak ke arah barat menuju Pulau Hainan K...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya