Menteri Jamin Panjangkan Isu Cptpp Ke Kabinet Berita Harian 29 12 2022


 

PUTRAJAYA: Enam tuntutan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang didakwa memberi kesan negatif kepada petani, nelayan dan penternak tempatan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet.
Jaminan itu diberikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu selepas bertemu, meneliti dan mengambil kira keperluan dan tuntutan NGO berkenaan di pejabatnya hari ini.
Ketua Koordinator Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM), Nurfitri Amir Muhammad, berkata Mohamad juga memaklumkan akan berhubung lanjut dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi mendesak supaya ratifikasi CPTPP ditarik balik.
"Tapi keputusan ini adalah keputusan PM dan Kabinet, bukan MITI, jadi PM perlu respons terhadap isu ini.
"Jadi menteri juga nyatakan komitmen untuk bawa isu tuntutan kami ini ke mesyuarat Kabinet nanti," katanya kepada media selepas pertemuan hampir sejam bersama Mohamad.
Yang turut hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) Ahmad Yazid Othman.
Terdahulu Nurfitri mewakili NGO menyerahkan memorandum yang disokong 54 organisasi antara lain daripada organisasi petani, penternak dan nelayan serta organisasi pengguna, alam sekitar dan ekonomi serta keusahawanan kepada Mohamad sebaik tiba di lobi kementerian.
Mohamad kemudian memaklumkan akan mendengar dan meneliti tuntutan terbabit sebelum beredar ke pejabatnya.
Pada 5 Oktober lalu, MITI memaklumkan Kabinet bersetuju meratifikasi CPTPP sekali gus menyaksikan Malaysia menjadi negara ke-9 meratifikasikan CPTPP, perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai pada 8 Mac 2018.
MITI dalam satu kenyataan berkata, selaras dengan itu, kerajaan telah menyerahkan Instrumen Ratifikasi (IOR) kepada depositari CPTPP, New Zealand pada 30 September lalu.
Selain itu Nurfitri berkata, tujuan memorandum itu dihantar bagi mendapatkan penjelasan sama ada kementerian sudah melaksanakan penilaian dan kajian terperinci mengenai ratifikasi CPTPP.
Beliau mendakwa, analisis kos dan faedah yang dikeluarkan MITI tidak langsung mengkaji kesan CPTPP terhadap petani, penternak, nelayan, usahawan sektor pertanian serta pengguna, malah tiada penilaian kesan kepada keterjaminan makanan negara.
"Antara tuntutan kami adalah negara-negara yang meratifikasi CPTPP wajib menyertai Konvensyen Kesatuan Antarabangsa Bagi Perlindungan Varieti Tumbuhan Baharu (UPOV) 1991.
"Konvensyen ini bertujuan untuk memberikan perlindungan dan hak monopoli yang meluas kepada pembiak baka tumbuhan bagi tujuan kononnya menggalakkan pelaburan dan inovasi.
"Sistem UPOV berat sebelah dan menafikan kepentingan dan sumbangan petani. UPOV menghalang petani melakukan inovasi dan menafikan hak tradisi petani untuk bebas berkongsi dan menjual benih terlindung yang dituai dari ladang mereka sendiri," katanya.
Dakwanya lagi, menerusi CPTPP, subsidi untuk nelayan boleh di sekat jika seseorang nelayan menangkap spesis ikan yang dikategorikan sebagai spesis yang berkurangan kerana terlalu banyak ditangkap.
"Tidak ada pengecualian berkenaan hal ini untuk nelayan kecil atau nelayan pantai. Peraturan ini tidak adil kerana ia meletakkan kesalahan kekurangan spesis ikan kepada nelayan kecil sedangkan punca utama kepupusan ikan adalah daripada pencemaran dan penggunaan pukat yang diharamkan oleh bot-bot tunda yang besar.
"CPTPP memberikan 10 tahun keistimewaan perlindungan pemasaran eksklusif terhadap agrokimia yang akan menyebabkan harga racun pertanian meningkat tiga kali ganda. Walaupun adalah lebih baik supaya para petani beralih kepada kaedah pertanian alami, perubahan mendadak dalam harga racun kimia boleh menyebabkan petani gulung tikar dengan lebih awal.
"Penternak pula akan menanggung kos ubatan veterinar yang lebih mahal akibat daripada undang-undang harta intelek yang lebih ketat berdasarkan bab Harta Intelek dalam teks perjanjian ini," katanya.


Artikel oleh: Berita Harian
MENTERI JAMIN PANJANGKAN ISU CPTPP KE KABINET
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1045447/menteri-jamin-panjangkan-isu-cptpp-ke-kabinet



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/12/menteri-jamin-panjangkan-isu-cptpp-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mohamad Sabu Jamin Bawa Isu Cptpp Ke Kabinet Suara Keadilan 28 12 2022

Mohamad Sabu Jamin Bawa Isu Cptpp Ke Kabinet Suara Keadilan 28 12 2022

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 237 hits
Enam tuntutan badan bukan kerajaan berhubung Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans Pasifik akan dibawa ke mesyuarat Kabinet Jaminan itu diberikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu selepas menerim...
Mat Sabu Beri Jaminan Bawa Isu Cptpp Ke Kabinet Nurfitri Buletin Pertiwi 29 12 2022

Mat Sabu Beri Jaminan Bawa Isu Cptpp Ke Kabinet Nurfitri Buletin Pertiwi 29 12 2022

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 197 hits
Ketua Koordinator Forum Kedaulatan Makanan Malaysia Nurfitri Amir Muhammad berkata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu memberi komitmen akan membawa isu Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans Pasifi...
Isu Perjanjian Cptpp Ke Mesyuarat Kabinet Mat Sabu Malaysia Gazette 29 12 2022

Isu Perjanjian Cptpp Ke Mesyuarat Kabinet Mat Sabu Malaysia Gazette 29 12 2022

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 441 hits
PUTRAJAYA Enam tuntutan yang dikemukakan 54 badan bukan kerajaan termasuk parti politik berhubung Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans Pasifik akan dibawa ke mesyuarat Kabinet Koordinator Forum Kedaulatan Makanan Mal...
Kabinet Akan Putuskan Isu Berkaitan Pengembara Luar Negara Kata Menteri

Kabinet Akan Putuskan Isu Berkaitan Pengembara Luar Negara Kata Menteri

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 165 hits
SEBARANG keputusan berkaitan ketibaan pengembara luar negara khususnya dari China perlu dibincangkan secara komprehensif dan diputuskan di peringkat Kabinet kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa Beliau berkata keputusan itu perlu dibuat ...
Majikan Harus Henti Beri Alasan Tak Bersedia Laksana Gaji Minimum Mtuc Berita Harian 28 12 2022

Majikan Harus Henti Beri Alasan Tak Bersedia Laksana Gaji Minimum Mtuc Berita Harian 28 12 2022

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 145 hits
KUALA LUMPUR Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia menggesa kerajaan menguatkuasakan gaji minimum secara menyeluruh kerana majikan sering menggunakan alasan tidak bersedia untuk melaksanakan perkara itu Menurut MTUC sejak 2013 majikan memberi a...
Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Aset Komoditi Minyak Mentah Brent Isnin 19 Disember 2022

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Aset Komoditi Minyak Mentah Brent Isnin 19 Disember 2022

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 145 hits
Dengan pergerakan harga aset komoditi Minyak Mentah bergerak dalam saluran menurun dan di bawah Moving Average 100 hari ini telah mengesahkan bahawa kecenderungan CL masih dikuasai oleh penjual di mana dalam beberapa hari akan datang nampak...
Analisis Teknikal Pergerakan Harga Urusniaga Harian Indeks Usd Rabu 28 Disember 2022

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Urusniaga Harian Indeks Usd Rabu 28 Disember 2022

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 148 hits
Indeks Dolar Amerika Syarikat pada carta 4 jam nampaknya bergerak dalam julat 103 42 104 90 yang juga telah disahkan oleh pergerakan Moving Average yang bergerak dalam julat badan Candlestick ini boleh difahami memandangkan tidak ramai pese...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025