Meneroka Keindahan Dan Kepelbagaian Di Taman Agroteknologi Mardi Langkawi


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, sekarang kita sudah hampir berada di pertengahan Ramadan. Bagaimana dengan puasa anda? Masih cukup? Alhamdulillah, baiklah, kali ini aku nak kongsikan satu tempat menarik yang mana bagi aku ramai yang tak tahu iaitu Taman Agroteknologi MARDI Langkawi.
Ya, baru-baru ini aku sertai FAM TRIP ke Langkawi dan Taman Agroteknologi MARDI Langkawi merupakan antara lokasi yang kami singgah dan lakukan aktiviti. In shaa Allah dalam artikel ini aku akan kongsikan pengalaman aku di sini. Selamat membaca

{tocify} $title={KANDUNGAN}
TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI LANGKAWI
Taman Agroteknologi MARDI Langkawi merupakan salah satu produk pelancongan yang terkenal di Langkawi. Ianya sering menerima kunjungan pelawat dari dalam dan luar negara. Taman seluas 27.39 hektar ini dibuka kepada umum bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai penggunaan teknologi moden dalam industri pertanian di Malaysia. Terkenal dengan ladang buah buahan yang terdiri dari pelbagai jenis dan bercirikan komersil


Anda akan di bawa mengelilingi Taman ini dengan menaiki pengangkutan yang disediakan. Jika anda berminat mengenai tumbuhan herba, di sini juga ada. Setelah penat melihat keseluruhan kawasan taman, anda akan dibawa di satu perhentian bagi menikmati buah-buahan tempatan

AKTIVITI DI TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI LANGKAWI
Sampai sahaja di Taman Agroteknologi MARDI Langkawi, kami terus ke kaunter tiket. Seterusnya kami menaiki tram membawa kami melihat kawasan sekitar yang sememangnya sangat luas. Boleh dilihat pelbagai jenis tanaman dan ladang yang terdapat di sini

AKTIVITI MENANAM POKOK
Aktiviti pertama yang kami lakukan adalah menanam pokok. Pokok buah ajaib. Anda pernah dengar tentang buah dan pokok ini? Dikatakan buah ini dapat menukar rasa masam menjadi manis. Sangat sesuai bagi mereka yang mengidap penyakit kencing manis dan sebagainya, kerana apa-apa yang masam akan menjadi manis selepas makan buah ini

MENDAKI BUKIT / MENELUSURI HUTAN
Ya, di dalam kawasan Taman Agroteknologi MARDI Langkawi ini terdapat laluan hutan yang mana anda boleh melihat pelbagai jenis herba dan pokok-pokok ubat. Memang menarik. Jangan risau, laluannya mudah sahaja, terdapat kawasan bertangga dan juga tidak bertangga. 

FLYING FOX / FISH FEEDING
Setelah penat mendaki, pendakian berakhir di kawasan berdekatan dengan tasik atau kolam. Di dalam kolam ini terdapat beberapa jenis ikan, dan anda boleh memberi makanan kepada ikan-ikan yang sentiasa lapar macam aku sendiri

Selain itu, terdapat juga aktiviti Flying Fox. Anda akan menaiki menara yang agak tinggi dan akan 'terbang' sehingga ke penghujung tasik. Memang kelihatan seronok. Untuk aktiviti ini, anda perlu membayar RM25 untuk dewasa manakala kanak-kanak adalah RM 18 sahaja. 

BUFFET BUAH
Selepas penat dengan akviti-aktiviti di atas, kami meneruskan perjalanan dengan menikmati pelbagai hidangan buah-buahan yang enak. Ya, mungkin ada yang beranggapan kalau bukan musim buah, buah apa sahaja yang ada. Jangan risau, Malaysia dikurniakan tanah dan cuaca yang baik untuk tanaman-tanaman dan buah-buahan yang tidak bermusim

Banyak juga buah yang kami makan, termasuklah limau bali, nenas, mempelam, tembikai merah, tembikai kuning, nangka dan sebagainya. Memang puas dan mengenyangkan serta sihat


Sebenarnya terdapat beberapa lagi tarikan di sini yang kami tak sempat nak lawati kerana masa sangat mencemburui. Antaranya adalah rumah anggur, bunny house, kandang rusa dan sebagainya. Mungkin perlukan satu hari suntuk untuk habiskan masa di sini sahaja

HARGA TIKET MASUK KE TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI LANGKAWI

Berikut merupakan harga tiket masuk ke Taman Agroteknologi MARDI Langkawi. Terdapat perbezaan harga bagi warganegara dan juga bukan warganegara ya. 
JENIS TIKETDEWASAKANAK-KANAKWARGANEGARA (MYKAD)RM 15RM 8BUKAN WARGANEGARA (TANPA MYKADRM 40RM 25
Harga tiket yang ditawarkan bagi aku sangat berpatutan dengan aktiviti dan lawatan yang boleh dilakukan di sini. 
PROGRAM REPLANTING : MINGGU HIJAU LANGKAWI 1.0
Taman Agroteknologi MARDI Langkawi akan melaksanakan program Replanting (Green Tourism) bagi Minggu Hijau Langkawi 1.0. Program ini terbuka kepada semua pada 26 Mei 2024 ini. 
Pelbagai program yang menarik yang akan di adakan berkaitan pertanian dan kehijauan. Selain itu, anda berpeluang membina kenangan anda di Langkaw dengan menyumbang bagi program penghijauan semula ini dengan hanya membeli pakej serendah RM150 sahaja dan nama anda akan di abadikan bersama pokok yang di sumbangkan. 

Bila anda datang ke Langkawi sekali lagi, anda boleh tunjukkan kepada kawan kawan dan keluarga anda pokok yang telah anda sumbangkan. Jom sama sama ambil bahagian menghijaukan kembali bumi kita ini. Replanting, Go Tourism untuk Minggu Hijau Langkawi. 
TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI LANGKAWI
LOKASI : 1, Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
HUBUNGI : 04-953 2551EMEL : [email protected]
LAMAN SESAWANG : https://www.mardi.gov.my/
FACEBOOK : https://www.facebook.com/MARDILangkawi/INSTAGRAM : https://www.instagram.com/mardilangkawiofficial/

QTT Fam Trip ke Langkawi/Tuba telah dianjurkan pada 2 Mac 2024  sehingga 6 Mac 2024 oleh QTT Group Plt dengan kolaborasi bersama LADA, Jupeter Holidays dan dibantu oleh KembaRojak.

QTT Group Plt dan Kola global Travel Sdn Bhd menawarkan pakej 'Nature-Based Travelers 2MY' dimana mereka akan mengatur dan menyusun itinerari yang menarik, unik serta menampilkan tempat-tempat menarik di Malaysia.
Untuk pertanyaan lanjut, hubungi mereka di +60174079734 atau +60193036008, atau email di [email protected] dan guna kod rujukan ini : QTTNBT-02  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2024/03/keindahan-taman-agroteknologi-mardi-langkawi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menikmati Keindahan Tersembunyi Di Lion Marine Pulau Singa Besar Langkawi

Menikmati Keindahan Tersembunyi Di Lion Marine Pulau Singa Besar Langkawi

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 231 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini aku nak teruskan lagi cerita tentang lokasi menarik ketika TRIP KE LANGKAWI baru baru ini Memang banyak sebenarnya lokasi dan tempat yang ...
Pengalaman Menginap Di Resort Noba Pulau Dayang Bunting Langkawi

Pengalaman Menginap Di Resort Noba Pulau Dayang Bunting Langkawi

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 177 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah kali ini seperti biasa aku nak kongsikan lagi cerita tentang trip aku dan rakan rakan baru b...
Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi Skycab Menuju Ke Langkawi Skybridge

Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi Skycab Menuju Ke Langkawi Skybridge

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 1095 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraAlhamdulillah seperti mana yang anda sedia maklum baru baru ini aku ada menyertai satu Familiarisation Trip ke Langkawi Banyak tempat tempat kami lawati dan singgah Untuk artikel kali ini aku nak ceritakan...
Empangan Malut Di Langkawi Susut Hampiri Paras Kritikal

Empangan Malut Di Langkawi Susut Hampiri Paras Kritikal

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 118 hits
Exco Kedah Mohamad Yusoff Munir Zakaria berkata jika paras air jatuh bawah 66 6m ia berada pada tahap membimbangkan dan tidak stabil ALOR SETAR Takungan air Empangan Malut Langkawi susut dan semakin menghampiri tahap kritikal susulan fenome...
Menjejak Ketenangan Alam Pengalaman Menginap Di Pak Raja Villas Langkawi

Menjejak Ketenangan Alam Pengalaman Menginap Di Pak Raja Villas Langkawi

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 214 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini aku nak kongsikan pula tentang sebuah lagi penginapan serba indah dan tenang di Langkawi Kepada yang belum tahu baru baru ini iaitu sekita...
Mak Lang 1952 Caf Langkawi Tawar Hidangan Laksa Utara 7 Jenis

Mak Lang 1952 Caf Langkawi Tawar Hidangan Laksa Utara 7 Jenis

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 247 hits
Untuk edisi Pengembaraan bersama AlongMurni AM telah turut sama menyertai QTT FAM Trip ke Pulau Langkawi yang dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi Jupeter Holidays dan dibantu oleh Team KembaRojak Laks...
Pengalaman Penginapan Serba Mewah Di Hangouts Urban Eco Langkawi Kedah

Pengalaman Penginapan Serba Mewah Di Hangouts Urban Eco Langkawi Kedah

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 248 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah kali ini aku nak kongsikan satu lokasi penginapan di Langkawi yang sangat cantik indah dan s...
Pesona Alam Flora Dan Fauna Di Langkawi Nature Park Langkawi Kedah

Pesona Alam Flora Dan Fauna Di Langkawi Nature Park Langkawi Kedah

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 317 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga kita semua diberikan kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah Baiklah seperti biasa kali ini aku nak teruskan lagi bercerita tentang TRIP aku...
Menikmati Warisan Masakan Melayu Di Dangau Langkawi

Menikmati Warisan Masakan Melayu Di Dangau Langkawi

papar berkaitan - pada 14/3/2024 - jumlah : 247 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini aku seperti biasa nak kongsikan salah satu lokasi menarik yang sempat aku dan rakan rakan singgah ketika di Langkawi baru baru ini Langkaw...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri