Lion Marine Langkawi Pelihara Alam Semulajadi Dan Miliki Pantai Yang Indah
Untuk edisi Pengembaraan bersama
AlongMurni (AM), AM telah turut sama menyertai QTT FAM Trip ke Pulau Langkawi
yang dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama Lembaga Pembangunan
Langkawi (LADA), Jupeter Holidays dan dibantu oleh Team KembaRojak.
Sepanjang
pengembaraan AM ke Pulau Langkawi, AM berkesempatan untuk menerokai satu pulau peribadi
iaitu Lion Marine Langkawi yang diuruskan oleh Lion Marine Agency. Pulau ini secara
rasminya telah dibuka kepada pengunjung dan mula beroperasi pada 4 Februari
2024.
LION
MARINE LANGKAWI PELIHARA ALAM SEMULAJADI DAN MILIKI PANTAI YANG INDAH
Sebenarnya Lion Marine merupakan
tarikan terbaru di sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Singa Besar. Dengan
keluasan setengah ekar, Lion Marine dibangunkan namun masih memelihara dan
menjaga keaslian alam semulajadi yang memiliki pantai yang bersih dan indah.
Malahan Pulau Singa Besar
terletak di barat daya Langkawi amat terkenal dengan keindahan tropikanya yang
asli, menawarkan pantai berpasir, hutan tebal, dan pembentukan batu kapur
berceranggah yang terbentang di seluas 1,572 ekar (636 hektar).
Untuk ke Lion Marine, AM perlu menaiki
bot yang disewa dari Jeti Teluk Baru. Perjalanan ke Lion Marine hanya mengambil
masa 10 hingga 15 minit sahaja.
Pertama kali menjejakkan kaki ke
Lion Marine ini, AM kagum melihat keindahan Pantai yang bersih dan jernih. AM
dapati banyak kemudahan yang terdapat di sini. Antaranya adalah Café Jualan, tandas,
pondok-pondok kecil untuk beristirehat dan kelengkapan lengkap untuk
Snorkeling.
AKTIVITI MENARIK DI LION MARINE
Antara aktiviti-aktiviti yang
boleh lakukan di Lion Marine Langkawi adalah:
💥Snorkeling
- Jangan risau jika ingin melakukan aktiviti air di sini. Segalanya telah lengkap tersedia. Peralatan untuk menyelam dan jaket keselamatan turut disediakan oleh pihak Lion Marine. AM berkesempatan untuk melihat Terumbu Karang yang terdapat di dasar laut.
💥Mandi manda
💥Bermain buaian dan membina istana
pasir
- Di sini juga terdapat buaian yang telah disediakan. Jadi boleh nikmati deruan ombak pantai dan santai bermain buaian.
💥OOTD
💥Beristirehat di pondok-pondok
sedia ada
💥Makan dan minum di café yang tersedia
- Jangan risau jika tidak membawa wang tunai di sini. Pembelian melalui QR dan transfer juga turut disediakan bagi memudahkan urusan jual beli. Harga menu sajian di cafe ini juga sangat berpatutan.
💥BBQ disediakan atas permintaan
Terdapat juga perkhidmatan penyediaan menu BBQ. AM berpeluang menikmati sajian ayam panggang, udang panggang, sosej panggang, sotong panggang dan yang paling best ada menu sate tau!
PAKEJ MENARIK DITAWARKAN LION
MARINE AGENCY
Lion Marine Langkawi ini
diuruskan oleh Lion Marine Agency dan pejabat mereka berada berdekatan dengan
Jeti Teluk Baru. Terdapat pelbagai pakej menarik bermula dari harga RM 65
sehingga ke Pakej Premium iaitu RM 168.
Untuk sebarang maklumat dan
pertanyaan anda boleh lah menghubungi En Hisham bin Yen, Pengurus Besar Lion
Marine Agency di +6012-434 8400.
Lokasi: Lion Marine,
Pulau Singa Besar, Langkawi
Telefon: +6012-434
8400 (En Hisham bin Yen)
Waktu Operasi: 9.00
pagi sehingga 6.00 petang
Instagram: https://www.instagram.com/lionmarinelangkawi/
SEKALUNG PENGHARGAAN:
Trip ke Langkawi dan Pulau Tuba
ini telah dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays
dan disokong oleh KembaRojak.
Pakej Nature-Based Travelers 2MY
diselenggarakan oleh QTT Group Plt dan Kola GlobalTravel Sdn Bhd sebagai
Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC). Mereka menawarkan pakej pelancongan
tersuai di seluruh Malaysia, memenuhi keperluan semua peringkat umur dan minat.
Hubungi nombor/e-mel di bawah
untuk mengetahui pengalaman unik yang ditawarkan.
QTT GROUP PLT
Telefon: +60174079734
atau +60193036008
E-mel:
[email protected]
Boleh mention Kod QTTNBT-01
untuk membuat sebarang tempahan Pakej Nature-Based Travelers 2MY
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.alongmurni.com/2024/03/lion-marine-langkawi-pelihara-alam-semulajadi-dan-miliki-pantai-yang-indah.html