Menikmati Warisan Masakan Melayu Di Dangau Langkawi


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku seperti biasa nak kongsikan salah satu lokasi menarik yang sempat aku dan rakan-rakan singgah ketika di Langkawi baru-baru ini. Langkawi sememangnya mempunyai banyak lokasi tempat makan menarik yang mana setiap satunya mempunyai keunikan tersendiri

Untuk kali ini aku akan kongsikan pengalaman aku bersama rakan-rakan lain makan di sebuah restoran yang terletak bersebelahan dengan sawah padi/bendang dengan menu yang cukup menyelerakan iaitu di Dangau Langkawi. 
{tocify} $title={Kandungan}
MENIKMATI WARISAN MASAKAN MELAYU DI DANGAU LANGKAWI
Mencari lokasi makan yang menyediakan makanan tradisional melayu dengan suasana yang damai dan tenang sebenarnya sangatlah sukar di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan sebagainya

Alhamdulillah, di Langkawi, Kedah aku berpeluang untuk merasai suasana kampung, makan makanan tradisi melayu yang cukup sedap dan menyelerakan. Dangau Langkawi merupakan sebuah restoran yang diusahakan oleh Encik Zaidi Hassan atau lebih dikenali sebagai CikDi



Pada asalnya tapak dan bangunan restoran ini sebenarnya dibina untuk rumah kediaman, tetapi akhirnya ditukar kepada sebuah restoran yang unik, ditengah-tengah sawah padi. Mula beroperasi pada tahun 2022, Dangau Langkawi semakin dikenali ramai apabila lebih banyak menu-menu tradisi diperkenalkan
BERGAMBAR DULU SEBELUM MAKAN !
Sebelum menceritakan tentang makanan dan menu yang ada di Dangau Langkawi, aku nak belanja dulu beberapa gambar yang sempat diambil ketika menunggu makanan dihidangkan. 
Memang cantik kawasan sekitar Dangau Langkawi ini, sayangnya ketika kami sampai musim padi baru habis. Aku rasa gambar mesti lagi cantik bila musim padi sedang menguning elok


Cantikkan bila bergambar di sini? Alhamdulillah, kami sampai di sini di waktu petang, selepas waktu Asar dan hampir ke Maghrib, jadi suasana senja di sini memang cantik. 
MENU YANG DICUBA DI DANGAU LANGKAWI
Baiklah, sekarang tibalah masanya untuk aku 'reveal'kan apakah menu yang aku dan rakan-rakan cuba di Dangau Langkawi. Sambil menulis ni, sebenarnya aku sendiri terliur, tambah pula sekarang tengah puasa.😭
Ikan Bakar (Buttermilk/Sambal)

Gulai Ikan
Udang Sambal Petai
Masak Lemak Siput Retak Seribu (Lala)
Sotong Goreng Kunyit
Kangkung Goreng Belacan
Telur Dadar
Ulam & Sambal
Ya, bagaimana dalam gambar kelihatan sedap dan menyelerakan, begitu jugalah rasanya. Dimakan bersama nasi putih dan air sirap, fuhh, memang berkali-kali boleh tambah. Yang paling aku suka adalah ikan bakarnya yang memang sedap dan isinya memang banyak

Gulai ikannya juga memang sedap, kuahnya sangat pekat dan sedap. Kalau ditempat lain akan dikenali sebagai kari ikan, di utara Malaysia sahaja dipanggil gulai, termasuklah di rumah ibubapa aku di Kulim. 
Secara keseluruhannya, makanan di sini memang betul-betul sedap, ditambah lagi dengan 'vibe' sekitarnya yang sangat tenang, memang menambah lagi keseleraan masing-masing. 
HARGA MENU DI DANGAU LANGKAWI 
Aku pasti akan ada yang tertanya-tanya tentang harga di Dangau Langkawi. Adakah harganya mahal? Anda boleh lihat sendiri harga-harga bagi setiap makanan yang disediakan di Dangau Langkawi. Bagi aku harganya betul-betul berpatutan dan sesuai dengan makanan yang disediakan. Berbaloi


Untuk itu, aku sememangnya sangat berpuas hati bilamana dapat makan di Dangau Langkawi, sebuah restoran yang cantik dan unik, dikelilingi sawah padi. Suasana makan yang tenang ditambah lagi dengan makanan itu sendiri yang cukup sedap dan sempurna

Jom sekiranya anda ke Langkawi, singgah dan cuba makanan tradisi melayu di Dangau Langkawi. Dangau Langkawi ini dibuka setiap hari kecuali hari selasa, beroperasi seawal jam 12.30 tengahhari sehingga 7.30 petang, dan pesanan terakhir adalah pada jam 6.30 petang

Oh ya, untuk Ramadan🌙 ini Dangau Langkawi tidak beroperasi, jadi kalau nak datang, datanglah seminggu selepas raya. ✌
DANGAU LANGKAWI

LOKASI : Lot 70, Mukim, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah
WAKTU OPERASI : Rabu - Isnin (12.30 Tengahhari - 7.30 Petang)
RAMADHAN : TUTUP
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/dangau_langkawi/FACEBOOK : https://www.facebook.com/dangaulangkawi/TIKTOK : https://www.tiktok.com/@dangaulangkawi
QTT Fam Trip ke Langkawi/Tuba telah dianjurkan pada 2 Mac 2024  sehingga 6 Mac 2024 oleh QTT Group Plt dengan kolaborasi bersama LADA, Jupeter Holidays dan dibantu oleh KembaRojak.

QTT Group Plt dan Kola global Travel Sdn Bhd menawarkan pakej 'Nature-Based Travelers 2MY' dimana mereka akan mengatur dan menyusun itinerari yang menarik, unik serta menampilkan tempat-tempat menarik di Malaysia

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi mereka di +60174079734 atau +60193036008, atau email di [email protected] dan guna kod rujukan ini : QTTNBT-02  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2024/03/review-makan-di-dangau-langkawi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menikmati Keindahan Tersembunyi Di Lion Marine Pulau Singa Besar Langkawi

Menikmati Keindahan Tersembunyi Di Lion Marine Pulau Singa Besar Langkawi

papar berkaitan - pada 21/3/2024 - jumlah : 295 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini aku nak teruskan lagi cerita tentang lokasi menarik ketika TRIP KE LANGKAWI baru baru ini Memang banyak sebenarnya lokasi dan tempat yang ...
Kerajaan Rancang Kg Bharu Sebagai Bandar Melayu Bukan Tapak Warisan

Kerajaan Rancang Kg Bharu Sebagai Bandar Melayu Bukan Tapak Warisan

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 261 hits
Oleh Abdullah Zaid Kerajaan tidak bercadang menjadikan Kampong Bharu sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Saintifik Dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi memastikan pelan pembangunan yang dirancang tidak tergangg...
Koleksi Rencah Masakan Melayu Versi Ayam

Koleksi Rencah Masakan Melayu Versi Ayam

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 219 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Entri harini special untuk para beginners cook CCL nak kongsi senarai rencah asas maskaan melayu yang berasaskan ayam penggemar ayam boleh cuba So korang perlu sediakan bahan seperi dalam gambar sebelum m...
Deb Lahirkan Kelas Pertengahan Orang Melayu

Deb Lahirkan Kelas Pertengahan Orang Melayu

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 214 hits
PETALING JAYA Dasar Ekonomi Baru yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein berjaya melahirkan kelas pertengahan orang Melayu Timbalan Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata dasar yang dipe...
Penganalisis Mahu Jadi Jaguh Orang Melayu Hadi Salah Hitung

Penganalisis Mahu Jadi Jaguh Orang Melayu Hadi Salah Hitung

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 184 hits
Chia Wan RouPETALING JAYA Seorang penganalisis berpendapat presiden PAS tersilap perhitungan sekiranya menganggap keberaniannya mengkritik institusi diraja mampu membantu meraih lagi sokongan pengundi Melayu Azmi Hassan daripada Akademi Nus...
Sultan Selangor Ingatkan Hadi Jangan Pertikai Raja Raja Melayu

Sultan Selangor Ingatkan Hadi Jangan Pertikai Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 166 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita baginda dengan kenyataan Presiden Pas Abdul Hadi Awang mempertikai peranan Raja Raja Melayu Ingatan tersebut dibuat berhubung artikel yang ditulis Abdul Hadi berta...
Senarai Lagu Melayu Mac 2024

Senarai Lagu Melayu Mac 2024

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 173 hits
Pejam celik dah nak masuk Bulan Ramadan Bulan Mac juga bakal menyaksikan pelbagai lagu raya dan berunsurkan ketuhanan sempena Ramadan dan Raya MOMI akan kemaskini senarai lagu melayu baru pada bulan Mac 2024 Untuk bulan Mac 2024 ini pelbaga...
Kongress Ekonomi Melayu

Kongress Ekonomi Melayu

papar berkaitan - pada 1/3/2024 - jumlah : 238 hits
Bersempena dengan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang sedang berlangsung hari ini sehingga Sabtu satu sesi fireside chat akan diadakan bersama Saudara Ibrahim Sani CEO Yayasan Peneraju dimana saya akan membincang dan membentangkan pelan da...
Raja Raja Melayu Tunjuk Siapa Boss

Raja Raja Melayu Tunjuk Siapa Boss

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 249 hits
Raja Raja Melayu tunjuk siapa boss ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be X2oYARslKbc src in org https www youtube com embed X2oYARslKbc wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embed X2oY...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik