Menginap 3h2m Di Hotel Tamara Melaka


 Assalamualaikum WBT 


GARA-GARA tak jadi menginap di Melaka masa balik dari Kedah tuari, Sk turutkanlah jugak kehendak Pak Inche nak balik ke kampung angkatnya ni. Macam selalulah, walaupun tukang tempah dan bayar hotelnya, PI tapi kena jugak dapatkan persetujuan dari Menteri Dalam Negeri Rumah merangkap penasihat kewangan, hehehe. Sebelum tu, terlebih dahulu Sk minta maaf ya kepada orang Melaka sebab tak bagitahu nak datang, kami pun datang hari kerja ni, kan.




Inilah hotel pilihan Sk selama bermalam di Melaka kali ini. Dua pilihan yang diberi pada Sk sama ada nak menginap di Hotel Tamara atau Dusit Princess, Sk pilih Tamara atas beberapa sebab. Pertama, harga yang sangat berbeza, kedua kedudukan Hotel Dusit Princess di kawasan sesak sebab setahu Sk, Dusit Princess ni dulu ialah Hotel Ramada. SK faham, perbezaan harga tu berdasarkan bintang tapi tak apalah duduk hotel mur mur pun, asalkan hotel baru, hahaha. Ya, Tamara ni hotel yang baharu sahaja dibuka pada 2 November lepas. Aaaa.. hotel ni la yang kami terpaksa batalkan tempahan disebabkan hujan lebat masa perjalanan balik dari Kedah tuuuu. Kami pernah bermalam di Hotel Ramada, tu la tu sebab Sk tak rasa teruja nak menginap di Dusit Princess, dahlah mahal, sayang duit Pak Inche oiii






Lepas makan di Restoran Selera Kampung dan Ikan Bakar Bukit Rambai, kami terus ke sini. Hotel ni terletak dalam kawasan perumahan iaitu Taman Kenanga, Gajah Berang. Bangunannya dalam kawasan berpagar, sama dengan Kenanga Residents (kondominium) tapi bangunan lain-lain. Ada lapangan letak kereta khas bagi tetamu hotel, cuma setiap kali nak keluar masuk tu, nak kena beritahu pengawal keselamatan yang bertukar shift bahawa kami menginap di hotel. Sepatutnya selepas daftar masuk, pihak hotel kena sediakan satu kad parking saiz A4 (biar nampak dari jauh), yang diletak atas papan pemuka kereta supaya mudah dicam oleh pengawal keselamatan bertugas. Tak perlulah asyik nak tanya aje. Masa check out hari tu, PI ada beri cadangan ni, harap dorang buatlah lepas ni sebab Sk suka nak menginap di sini lagi, hihi




Ambil Deluxe King Room, harganya RM140 termasuk sarapan untuk dua orang. Murah giler babas
Kali ni kami menginap di aras 11, nak naik lif kena flash card bilik. Yang best selalu dapat bilik hujung-hujung tapi kali ni dekat dengan jalan keluar ke lif




Almari besar tapi dia bagi hanger tiga aje pulak. Tak ada sejadah ya, rasanya dalam laci pun tak ada. Kebanyakan hotel, biasanya kalau buka wardrobe terus nampak sejadah (jika ada disediakan). Tapi, seterika dan iron board serta peti keselamatan disediakan. Iron board dia besar dan masih elok lagi la, baru, kan. Sk tak guna iron pun, malasss, hehehe





Teruja giler kitorang sebab ada netflix, hahaha. 



Bilik besar macam ni, RM140. Dahlah serba baru




Sk terpaksa tepek gambar bilik air ni sebab nak tunjuk, dindingnya kaca yang boleh tembus nampak katil, hehehe.  Bilik air pun luas dan dipisahkan ke tiga bahagian iaitu tandas, sinki dan ruang pancuran. Tekanan air laju jugak






Masa check in dapat coklat sempena Hari Natal




Bungkusan coklat, lupa nak snap pic masa belum buka




Ni ambil gambar masa nak keluar makan malam. 



Lega bila tengok cafe tak ramai. Bercuti kat Melaka sebelum-sebelum ni, tak sah kalau tak beratur tunggu meja. Yang paling menyampah kalau tak ada staf bantu carikan meja dan kita kena cari meja sendiri




American Breakfast wajib la hari pertama sarapan buffet. SIni tak ada live station untuk telur, telur semua dah siap goreng (telur mata kobau). Ada telur rebus siap jugak yang belum dikupas. Juga tiada live station untuk mee sup dan sebagainya. Hari pertama ni ada roti canai jugak, pun dia dah hidang siap. PI awal-awal dah makan roti canai, apa barang tah pergi hotel makan roti canai, hahaha




Sk ambil nasi lemak sebab PI kata sedap. Yaaaaaaaa... memang sedap nasi lemak, nasi sedap, sambal pun sedap, lengkap condiments kacang tanah, ikan bilis, timun dan telur rebus. Kalau nak letak telur mata lagi pun boleh, nak tambah telur rebus dua tiga biji pun ikut suka la. Banyakkkkk lagi telur dia, tetamu tak ramai, kan. Lauk rendang ayam dia pun sedap, kuah rendang basah-basah lagi




Lepas tu, Sk makan Bubur Nasi setengah senduk. Condiments untuk bubur nasi pun banyak. Bubur pekat tak berair




Ambil French Toast siram madu. Waiter dia rajin betul datang tambah kopi. Semua bersemangat, pantang nampak kita dah habis makan, cepat-cepat datang kemas





Haaa.. ini jer kaunter makanan dia. Sebelah kiri ni ada kaunter salad, kek dan buah-buahan. Ada satu lagi kaunter minuman panas dan jus buah serta susu dan bijiran. Roti pun ada jugak tapi taklah banyak jenis. Alahhh, kalau letak 10 kaunter pun, memang itu jer la pun yang kami makan




Sk lupa nak turunkan tandatangan kat white board ni




Jom kita tengok kolam renang. Kolamnya memanjang, besar dan luas jugak kawasan kolam ni. Bangunan tinggi tu Kenanga Residents




Ini sahaja bangunan hotel




Pemandangan kolam dari atas. Ni tengok dari lobi menunggu lif, dari bilik kami nampak pemandangan bandar aje. Okey jugaklah, kalau tak nanti nampak pulak residents ni




Lepas sarapan, kami panggil house keeping kemas bilik walaupun kami ada kat dalam. Sebabnya Sk nak minta vakum bilik sebab macam sebelumnya tak divakum. Sebenarnya, hari check in tu,  Sk dah perasan masa habis solat, karpet dia tak berapa bersih. Sk nak komplen jer dan nak suruh vakum masa tu jugak tapi fikir balik, agaknya tak sempat sebab masa cuti hari Krismas tu, full booking. Tu yang tunggu house keeping datang nak minta dorang vakum




Tapi, bila tengok dia tukar semua cadar, gantikan sarung comforter semua ni, Sk tak jadilah nak cakap. Tak sampai hati. Sk ni, tukar cadar aje dengan sarung bantal pun dah mengah. Sapu bilik kat rumah yang sekangkang cicit kera tu pun dah rasa nak rebah, hahaha. Tak apalah, bukan nak baring kat lantai, SK abaikan ajelah. Dia tengok jauh memang tak nampak, jadi kita tengok dari jauh jer, haha




Jangan tak percaya, pinggan pertama hari kedua sarapan, Sk ambil nasi lemak. Memang betul-betul sedap masa kejadian Sk menginap ni ya




Ingatkan nak makan roti canai jugak macam PI semalam (apa barang?). Tapi roti canai ilek, ada mee goreng. Sk ambil sekali Hash Brown, sosej dan yang hitam tu, chicken ball bersama sos black pepper. Mee goreng dia macam masin sikit, dia tulis situ Mee Goreng Mamak tapi rasa macam Mee Bodo. Okey jugaklah dapat jugak makan Mee Bodo sebab memang tak sempat nak pergi makan Mee Bodo Hassan tu sebab petang tak buka kan




Lepas tu, ambil Bread Butter Pudding dengan kek chiffon pandan.  PI makan nasi lemak dengan buah aje. Nampak tak, pergilah duduk hotel 10 bintang pun, memang tu jer la dia makan




Hari ketiga di Melaka, baru nampak matahari, kalau tak, mendung dan jerebu. Tak cantik nak ambil gambar




Ni bukan balkoni tau, tapi ruang compressor pendingin hawa




Haaa.. ni ruang parkir hotel. Tak payah naik bertingkat-tingkat, tak payah ambil kad, yang penting percuma


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/01/menginap-3h2m-di-hotel-tamara-melaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 178 hits
Assalamualaikum WBT KALAU diikutkan bercuti ke Muar ni tak ada pun dalam perancangan Tapi tiba tiba Pak Inche kata jom la lama tak makan makan kat Muo maka terjadilah ia Lepas makan Asam Pedas Parit Jawa kami meneruskan perjalanan ke Bandar...
Asam Pedas Melaka Makanan Tradisional Negeri Bersejarah

Asam Pedas Melaka Makanan Tradisional Negeri Bersejarah

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 185 hits
Asam Pedas Melaka merupakan satu hidangan tradisional popular di negeri bersejarah tersebut Sebut saja asam pedas pastinya semua orang tahu kaitan antara hidangan ini dengan negeri Melaka Makanan ini merupakan salah satu menu wajib yang per...
Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 192 hits
Nahas jalan raya Ayer Keroh Melaka dua beradik belum tahu ibu bapa sudah tiada Dua kanak kanak yatim piatu yang masih menerima rawatan di Hospital Melaka belum dimaklumkan mengenai pemergian ibu bapa mereka dalam kemalangan meragut tujuh ny...
Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 184 hits
Pulau Besar yang terletak di Melaka dahulu lebih sinonim sebagai lokasi mistik dan sarat dengan aktiviti berunsur khurarat Mana tidaknya pulau ini sebelumnya pernah memiliki pelbagai gelaran termasuk Pulau Syirik dan Pulau Keramat oleh sese...
Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 350 hits
Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk Cuti sekolah tak tahu nak pergi mana Haa apa kata cuti kali ini anda bawa anak anak untuk berkunjung ke Muzium Penjara Melaka Muzium Penjara Melaka adalah destinasi menarik yang menawark...
Freeport A Famosa Outlet Melaka

Freeport A Famosa Outlet Melaka

papar berkaitan - pada 28/12/2024 - jumlah : 439 hits
Assalammualaikum Dunia Ni tempat favourite cikbunga Afamosa Melaka Outlets Mat yinKawasan ni terletak di Alot Gajah yang benarnya nak tengok hotwell so kita kasi Satu Jalan carik barang jot kot lar boleh hangkut bawa balik kan CantikkSeeSek...
Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 266 hits
Berkonsepkan warna merah jambu yang menyerlah orang ramai kini berpeluang untuk menikmati suasana tempat makan unik ala pasar terapung Hatyai di Melaka Dirasmikan pada 1 Jun 2024 Melaka Floating Market menawarkan lokasi santai buat pelancon...
Melaka To Get Nation S First Kemas Kindergarten For Autistic Children

Melaka To Get Nation S First Kemas Kindergarten For Autistic Children

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 164 hits
Melaka executive councillor Dr Akmal Saleh and deputy prime minister Ahmad Zahid Hamidi at a recent meeting PETALING JAYA The country s first government run preschool for autistic children will open in Melaka next year says state executive ...
Lego Group Dan Box Of Bricks Umumkan Pembukaan Kedai Lego Certified Baru Di Melaka

Lego Group Dan Box Of Bricks Umumkan Pembukaan Kedai Lego Certified Baru Di Melaka

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 139 hits
Hai penduduk Melaka Bersiaplah untuk menyaksikan sejarah baru Kedai LEGO Certified pertama di Melaka telah dibuka di AEON Bandaraya Melaka Dengan keluasan 1 302 kaki persegi kedai ini terletak di tengah tengah kawasan warisan budaya Baba Ny...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Checklist Senarai Barang Keperluan Sekolah Anak Jangan Ada Yang Tertinggal

Di Usia Berapa Anda Mula Tergerak Untuk Belajar Ilmu Agama Yang Diajar Oleh Para Tok Guru Ustaz

Drama Viu Bidaah

Best Buat Rawatan Wajah Dengan Teknologi Korea Di Kskin

Shell Out Delivery Ke Rumah Sempena Pkp Di Port Dickson

Hiasan Kelas Jata Negeri Printable