Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi


Pulau Besar yang terletak di Melaka dahulu lebih sinonim sebagai lokasi mistik dan sarat dengan aktiviti berunsur khurarat.
Mana tidaknya, pulau ini sebelumnya pernah memiliki pelbagai gelaran termasuk ‘Pulau Syirik’ dan ‘Pulau Keramat’ oleh sesetengah orang.
Pulau Besar juga terkenal sebagai lokasi salah seorang wali iaitu Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail dan seorang agamawan iaitu Syarifah Rodziah.
Sumber : Astro Awani Sumber : Astro Awani Di sekeliling kawasan makan, terdapat papan kenyataan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang memberi amaran kepada orang ramai agar tidak melakukan perkara khurafat di sekitar perkuburan.
Kerajaan negeri melalui MAIM dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) juga telah membanteras aktiviti khurafat dan syirik di pulau ini bagi memastikan pulau ini dijaga dengan baik dan tidak disalah guna sesetengah pihak.
Walau bagaimanapun, Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka (MPPM) telah memberi nafas baharu kepada pulau ini dan telah dijenamakan sebagai salah satu pusat peranginan di bumi bersejarah itu.  
Sejak beberapa tahun ini, ia turut menjadi kawasan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.
Tiga buah pulau berdekatan Pulau Besar iaitu Pulau Undan, Pulau Dodol dan Pulau Nangka juga telah diisytiharkan sebagai Taman Laut Malaysia.
Sumber : Facebook Melaka Hari Ini Sumber : Facebook Allex Seah Aktiviti Menarik di Pulau Besar Melaka Seperti kebanyakan pantai lain, Pulau Besar sering meriah dengan kunjungan orang ramai untuk bersantai dan berkhemah.
Selain bermandi-manda di pantai, terdapat juga beberapa aktiviti menarik yang ditawarkan di pulau ini antaranya menaiki kayak, snorkelling dan bersiar-siar menaiki bot.
Sumber : Redtma Rsc Pada masa yang sama, terdapat pelbagai aktiviti lasak ditawarkan kepada orang ramai di pantai Siring antaranya rock climbing, flying fox dan abseiling.
Jika ingin berehat dan isi perut, anda juga boleh singgah ke pelbagai kedai makan yang berada di sekitar pantai.
Lokasi dan Cara ke Pulau Besar Pulau ini terletak kira-kira 27 km dari bandar Melaka dan berdekatan dengan Serkam serta Umbai.
Terdapat beberapa pulau kecil yang terletak berdekatan Pulau Besar, Melaka antaranya Pulau Lalang, Pulau Dodol, Pulau Nangka, Pulau Undan dan Pulau Serimbun.
Untuk ke pulau ini, orang ramai perlu menaiki bot dari Pantai Siring yang mengambil masa kira-kira 10 minit. Jangan risau, terdapat banyak servis bot yang sedia untuk menghantar pengunjung ke Pulau Besar.
Sesetengah pengusaha bot turut menawarkan beberapa jenis pakej untuk kemudahan pengunjung antaranya pakej bot dua hala, pakej island hopping dan pakej berkumpulan.
Untuk meneroka pulau ini, kami mencadangkan supaya anda datang pada awal pagi dan pulang pada waktu petang.
Pengunjung juga boleh bermalam di resort yang baru dibuka pada Januari 2024 iaitu Putera Island Resort.
@tourismmelaka Kat Pulau Besar, Melaka dah ada hotel tau. PUTERA ISLAND RESORT #pulaubesarmelaka #relaksatmelaka #melaka #malacca #melakaistheplacetobe
♬ Sakura_Polaroid – anis Jika anda berkesempatan untuk ke Melaka dan ingin mencari kedamaian pantai, jangan lupa untuk singgah ke Pulau Besar, Melaka.
Ia pasti bakal memberikan kenangan unik yang tidak dapat dilupakan.
Sumber : Melaka Hari Ini (1), (2), Tourism Melaka, Astro Awani
Baca Juga : Floating Market Melaka : Tarikan, Lokasi, Waktu Operasi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/pulau-besar-melaka/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pulau-besar-melaka

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 313 hits
Funtasi Land di Sekinchan Selangor merupakan destinasi rekreasi terbaru yang menarik perhatian ramai terutama bagi keluarga yang mencari pengalaman unik dan menyeronokkan Terletak berhampiran Pantai Redang Funtasi Land menawarkan pelbagai a...
Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 358 hits
The Lost World of Tambun yang terletak di Sunway City Ipoh Perak tidak hanya menjanjikan keseronokan taman tema dan taman tema air malah ia menawarkan lebih daripada itu Dengan berkeluasan lebih 40 ekar Lost World of Tambun dikelilingi pano...
Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 312 hits
Berkonsepkan warna merah jambu yang menyerlah orang ramai kini berpeluang untuk menikmati suasana tempat makan unik ala pasar terapung Hatyai di Melaka Dirasmikan pada 1 Jun 2024 Melaka Floating Market menawarkan lokasi santai buat pelancon...
Recap Kejayaan Dan Aktiviti 2024

Recap Kejayaan Dan Aktiviti 2024

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 176 hits
Tahun 2024 meninggalkan kami dengan pelbagai perkara Alhamdulillah tahun yang penuh dengan kebahagiaan dan juga kejayaan Malah tahun 2024 masih lagi tahun rehat untuk anak anak sebabnya tahun 2025 mereka bakal menduduki peperiksaan akhir ya...
Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024 Tercapai

Misi Aktiviti Hiking Sepanjang Tahun 2024 Tercapai

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 174 hits
Azam kurus macam tak tercapai lagi tahun ni Kita carry forward je lah sampai berjaya kurus Boleh gitu Azam kurus tak berjaya tak apa Tahun ni saya dan encik suami berjaya dengan misi aktiviti hiking setiap bulan sepanjang tahun 2024 Kiranya...
Aktiviti Taklimat Produk Minuman Berasaskan Herba Superbest Power Ppim 27 12 2024

Aktiviti Taklimat Produk Minuman Berasaskan Herba Superbest Power Ppim 27 12 2024

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 183 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia hari ini menerima taklimat minuman kesihatan berasaskan herba yang disampaikan oleh Superbest Power Health Food Beverages Sdn Bhd Syarikat bumiputera ini telah berada di pasaran sejak 2007 dan diterajui ole...
Disertai Uai Lebih 15 000 Rakyat Terengganu Sambut Tahun Baharu Dengan Aktiviti Keagamaan

Disertai Uai Lebih 15 000 Rakyat Terengganu Sambut Tahun Baharu Dengan Aktiviti Keagamaan

papar berkaitan - pada 1/1/2025 - jumlah : 175 hits
Tidak dapat dinafikan Ambang Tahun Baharu 2025 di seluruh negara disambut meriah malam tadi dengan rakyat Malaysia mengambil peluang mengisi malam peralihan tahun dengan pelbagai aktiviti riadah dan kerohanian bersama keluarga termasuk semp...
Aktiviti Program Jualan Murah Komuniti Parlimen Setiawangsa Ppim 28 12 2024

Aktiviti Program Jualan Murah Komuniti Parlimen Setiawangsa Ppim 28 12 2024

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 113 hits
28 Disember 2024 Program Jualan Murah Komuniti Parlimen Setiawangsa di Dataran PPR Kg Baru Air Panas anjuran bersama Ogo Shop Sdn Bhd Veteran 1 Malaysia dan PAWE Setiawangsa Program telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian ...
Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Startups Vs Established Industries

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dipanggil Temuduga Kerja Kerajaan Jangan Cuak Ca Ada Tips Untuk Korang

Thomas Arya Rindu Mengusik Kenangan Chord

Ringgit Rises As Markets Eye Us Tariff Moves

Court Maintains Peter Anthony S Conviction For Forgery

Is Kj S Keluar Sekejap Podcast Losing Its Appeal After An Alarming Slump In Viewership Detected

Realme Menerajui Penanda Aras Prestasi Memperkenalkan Konsep Kanta Boleh Tukar Di Mwc 2025