Asam Pedas Melaka Makanan Tradisional Negeri Bersejarah


Asam Pedas Melaka, merupakan satu hidangan tradisional popular di negeri bersejarah tersebut. Sebut saja asam pedas, pastinya semua orang tahu kaitan antara hidangan ini dengan negeri Melaka. Makanan ini merupakan salah satu menu wajib yang perlu anda cuba jika anda melawat negeri ini.
Untuk mengetahui lebih lagi tentang sejarah hidangan ini dan resipinya, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.
Asal Usul/Sejarah Asam Pedas Melaka Asam Pedas adalah hidangan tradisional yang berasal dari Indonesia, khususnya di Kepulauan Riau dan Kepulauan Melayu. Hidangan ini terkenal dengan rasa masam dan pedas yang dihasilkan daripada campuran pes cili dan jus asam jawa.
Hidangan Asam Pedas ini telah terhasil akibat daripada pengaruh pelbagai budaya, termasuk masakan Thailand dan India, serta rempah yang dibawa oleh pedagang Arab yang melalui kawasan tersebut. Di Malaysia, Asam Pedas biasanya disajikan dengan ikan, manakala di Indonesia, ia lebih sering menggunakan daging lembu atau kerbau.
Sejarah Asam Pedas menunjukkan bahawa hidangan ini telah menjadi popular di Malaysia dan Singapura, terutamanya di negeri Melaka, di mana ia dianggap sebagai hidangan ikonik.
Hidangan ini telah menjadi salah satu menu kegemaran penduduk setempat dan pengunjung yang datang ke negeri bersejarah tersebut. Kunjungan ke negeri bersejarah ini tidak akan lengkap sekiranya anda tidak menikmati masakan ini.
Sumber: Nisabakri Gourmet
Resipi Asam Pedas Melaka  Bagi menghasilkan Asam Pedas Melaka yang enak dan lazat, anda perlu menyediakan bahan-bahan di bawah, terlebih dahulu:
1 ekor ikan (jenis ikan terpulang kepada cita rasa masing-masing) 4 sudu minyak masak 4 biji bawang merah* 5 biji bawang putih* 1 biji bawang besar 1 inci halia* 1 inci kunyit hidup* sedikit lada hitam* sedikit jintan manis* sedikit jintan putih* sedikit halba 15 hingga 20 tangkai cili kering (dikisar) 1 mangkuk air asam jawa 3 batang serai (dititik) sedikit gula melaka sedikit belacan* daun limau purut bendi (bergantung cita rasa) 2 cawan air (bergantung keperluan) NOTA: * BAHAN PERLU KISAR

Kaedah/Cara Penyediaan Setelah menyediakan semua bahan-bahan di atas, anda boleh mengikuti cara-cara penyediaan Asam Pedas Melaka di bawah:
Panaskan minyak dalam kuali. Setelah minyak panas, masukkan halba, bawang besar, bawang putih serta halia yang telah dihiris. Seterusnya masukkan serai yang telah dititik.  Tunggu sehingga kekuningan kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar halus tadi. Masak sehingga bahan yang telah dikisar itu garing dan naik minyak. Kemudian masukkan cili yang telah dikisar. Tunggu sehingga cili betul-betul garing dan naik minyak. Setelah cili garing masukkan air asam jawa. Tunggu sehingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan garam, gula melaka dan daun limau purut. Masukkan ikan dan tunggu sehingga ikan masak. Kemudian masukkan asam jawa, mengikut kepekatan kuah yang anda mahukan. Akhir sekali masukkan bendi yang telah dipotong. Masakan Asam Pedas telah sedia dihidangkan.  Sumber: Pemetaan Budaya JKKN
Lokasi Paling Best di Melaka Melaka menawarkan pelbagai kedai yang menyajikan hidangan Asam Pedas yang autentik. Berikut adalah beberapa lokasi terbaik untuk anda yang ingin mencuba hidangan ini di negeri bersejarah ini:
Asam Pedas Claypot Lima Beradik Alamat: No 28, Jalan PM5, Plaza Mahkota, Banda Hilir, Melaka Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad (Isnin tutup), 10.00am – 6.00pm Asam Pedas Selera Kampung Alamat: G2 Jalan PM3, Mahkota Square, Banda Hilir, Melaka Waktu Operasi: Setiap hari, 9.00 a.m – 5.00 p.m Asam Pedas Dyan Alamat: Route 5, Lot 234, 75200 Melaka Waktu Operasi: Rabu hingga Ahad (Selasa tutup), 7.00 a.m-5.00 p.m Asam Pedas Melayu Melaka Gerai N0.4 Alamat: 5, Jalan Tun Abdul Razak, Taman Muzaffar Shah, 75450 Melaka Waktu Operasi: Setiap hari, 11.00 a.m – 11.30 p.m Asam Pedas Claypot Dahliea Ria Alamat: 108, Jalan Laksamana 6, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka Waktu Operasi: Rabu hingga Ahad (Selasa tutup), 12.00 p.m – 11.00 p.m Baca juga: Pizza Parang Melaka : Makanan Viral yang Wajib Anda Cuba!
Lokasi Asam Pedas Melaka di Kuala Lumpur Bagi anda yang tidak sempat untuk singgah di Melaka, namun masih teringin untuk merasa makanan tradisi Melaka ini, berikut adalah beberapa lokasi Asam Pedas Melaka yang popular di Kuala Lumpur, yang boleh anda cuba :
Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka Alamat: No k4, medan selera Au 2 c, Taman Desa Keramat, 54200 Kuala Lumpur Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad (Isnin tutup) 12:00 p.m. – 11:00 p.m Asam Pedas Sejati Alamat: 49, Jalan Pandan Kemajuan A, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad (Jumaat tutup) 11:00 a.m. – 6:00 p.m Kantin Asam Pedas Alamat: E – G – 14, Residensi Bistari, Jalan Ukay Perdana, Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, 68000 Ampang Waktu Operasi: Selasa hingga Ahad (Isnin tutup) 11:00 a.m. – 4:30 p.m Restoran Asam Pedas Pandan Jaya Alamat: Jalan Pandan 3/8, Pandan Jaya, 55100 Kuala Lumpur, Selangor Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat, 7:00 a.m – 5:00 p.m Asam Pedas Claypot Atok Alamat: Batu 18, Kampung Sg Sembilang, Kampung Dungun, 45800 Jeram, Selangor Waktu Operasi: Isnin hingga Ahad (Jumaat tutup) 11:00 a.m. – 7:00 p.m Lokasi-lokasi ini menawarkan pengalaman menikmati Asam Pedas Melaka yang autentik di Kuala Lumpur.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/asam-pedas/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=asam-pedas

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarapan Asam Pedas Siakap Di Hari Terakhir 2024

Sarapan Asam Pedas Siakap Di Hari Terakhir 2024

papar berkaitan - pada 31/12/2024 - jumlah : 188 hits
Assalamualaikum WBT PENUTUP tahun 2024 nak keluar makan makan dengan kawan sepejabat Kami di pejabat ni jarang makan bersama Dia bukan macam pejabat orang lain waktu lunch pukul 1 tengahari hingga 2 petang Kami makan ikut sempat jer Ada yan...
Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 331 hits
Selain terkenal dengan sejarah negeri Melaku juga sangat terkenal dengan makanan makanan mereka yang unik dan sedap Antara makanan unik yang boleh anda cuba di Melaka ini ialah Pizza Parang Haa nama dia je dah buat kita tertanya tanya kan J...
Tiktoker Who Questioned Asam Pedas Eatery S Halal Status Freed On Bail

Tiktoker Who Questioned Asam Pedas Eatery S Halal Status Freed On Bail

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 212 hits
Inspector General of Police Razarudin Husain said the court rejected the remand application as the TikTok user had apologised for his posting PETALING JAYA The owner of a TikTok account believed to have made insulting statements targeting t...
Convert Tiktoker I M Sorry For My Critic Of Tmj Pmx Dining In Jb S Chinese Asam Pedas Eatery

Convert Tiktoker I M Sorry For My Critic Of Tmj Pmx Dining In Jb S Chinese Asam Pedas Eatery

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 315 hits
THE up and coming Muslim convert preacher who was against the Agong and Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim having their much praised at a famous Johor Bahru Chinese restaurant has extended his apology following revelation that it did p...
Makan Asam Pedas Ikan Merah Pak Yahya Asam Pedas

Makan Asam Pedas Ikan Merah Pak Yahya Asam Pedas

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 223 hits
Assalamualaikum WBT LEPAS makan Sk dan PI meneruskan perjalanan menuju ke Muar PI la yang memandu kalau ikut jalan kampung ni Sk jadi co pilot sambil teman PI borak borak pasal kucing la banyaknya hahahah Tiada tujuan lain nak ke Muar selai...
7 Makanan Yang Bagus Dikonsumsi Penderita Asam Lambung

7 Makanan Yang Bagus Dikonsumsi Penderita Asam Lambung

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 148 hits
image creativecareersfair Tentu akan menjadi sebuah halangan jika kesehatan kita tidak dapat terjaga dengan baik Bagi Anda yang memiliki pekerjaan serta berhubungan dengan kinerja otak pasti akan merasa sangat sulit untuk berkonsentrasi saa...
Brunch Lempeng Kelapa W Asam Pedas Ikan Sembilang

Brunch Lempeng Kelapa W Asam Pedas Ikan Sembilang

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 166 hits
Assalamualaikum WBT LAGI dua hari nak masuk tahun 2025 ni asyik fikir nak makan sedap aje Mula tahun 2025 nak mulakan diet drastik Berat Sk statik tak turun turun hampir dua tahun Setiap kali timbang pergerakan angka tu macam lebih kurang t...
Dari Sugar And I Ke Starbucks 8 Promo Makanan Minuman Krismas Untuk Pencinta Manis

Dari Sugar And I Ke Starbucks 8 Promo Makanan Minuman Krismas Untuk Pencinta Manis

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 180 hits
Musim perayaan yang penuh keceriaan telah tiba Suasana dikelilingi dengan lampu berkilau bunyi loceng dan semangat memberi Hadiah ditukarkan antara orang tersayang menjadikan musim perayaan sebagai saat berharga Sementara ramai yang menghar...
Makanan Kurangkan Selesema

Makanan Kurangkan Selesema

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 190 hits
Berikut merupakan perkongsian facebook 5 jenis makanan untuk bantu reda dan kurangkan selesema SERAIHALIASUP AYAMMADUBAWANG PUTIH Moga lekas sembuh semua Insya Allah
Bagaimana Jika Tulisan Doktor Dijadikan Logo Jenama Terkemuka Boleh Teka Tak

Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

T13k19 Ops Cantas Pokok Lada

Jadual Waktu Berbuka Imsak Ramadan 2025 Negeri Perak

Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199

Drama Haluan

Ismail Sabri Diarah Isytihar Harta Sprm Sita Wang Tunai Rm170 Juta Jongkong Emas Rm7 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ramadan Sahur Pertama Di Kampung

Cara Buat Stok Cili Padi Kisar Untuk Mudahkan Urusan Di Dapur

Lokomotif Siri G19 Buatan Malaysia

China Random Photos In Kunming

Asian K Pop Stars Sebagai Platform Penyatuan Bakat Bakat Baharu Seluruh Asia

Melabelkan Orang Sebagai Palatao Tanda Terperangkap Dalam Sistem Satu Aliran Satu Dunia Akhir Zaman