Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada


Nahas jalan raya, Ayer Keroh, Melaka, dua beradik belum tahu ibu bapa sudah tiada. Dua kanak-kanak yatim piatu yang masih menerima rawatan di Hospital Melaka belum dimaklumkan mengenai pemergian ibu bapa mereka dalam kemalangan meragut tujuh nyawa itu.
Nahas Jalan Raya, Ayer Keroh, Melaka Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, masih di unit rawatan rapi (ICU) manakala adiknya Nur Sofea Humaira, 4, telah ditempatkan di wad biasa hospital sama.
Exco Kesihatan Sumber Manusia dan Perpaduan, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, saat ini adalah lebih penting untuk menjaga emosi kanak-kanak itu lebih-lebih lagi mereka dalam keadaan kesakitan.
Hee Sem (kiri) meluangkan masa melawat Sofea Humaira yang telah menjalani pembedahan pada pagi Rabu. Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada Menurutnya, Nur Sofea baru sahaja selesai menjalani pembedahan susulan paha retak pada pagi Rabu, manakala Muhammad Uwais Al-Qarni yang berada di ICU masih menunggu masa untuk menjalani pembedahan.
“MEREKA BELUM TAHU LAGI (PEMERGIAN IBU BAPA) WALAUPUN MEREKA SEDAR KERANA KITA TAK MAHU MENGANGGU EMOSI MEREKA.
“Kita tak mahu ganggu emosi Muhammad Uwais yang mengalami kecederaan parah di paha kanannya apabila tulangnya pecah,” katanya.
Hee Sem yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya berkata, kesemua penumpang bas warga Singapura yang cedera telah dibenarkan pulang.
Ujarnya, selain dua beradik terbabit, seorang lagi pemandu lori membawa muatan pakaian terpakai dan tercedera dalam kemalangan itu masih dirawat di Hospital Melaka.
“Pemandu berusia 27 tahun itu berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di ICU setelah mengakami cedera parah terutamanya di bahagian kaki,” ujarnya lagi.
Media sebelum ini melaporkan tujuh termasuk lima sekeluarga maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah treler dan bas pelancong di Kilometer 204.0 Lebuhraya PLUS arah utara di sini, pada Isnin.
Mangsa yang maut dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 malam itu ialah pemandu MPV, Khairul Ikhwan Mazupi, 32; bersama penumpang iaitu isterinya, Fadzlenna Ramli, 32; anak bongsu mereka, Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2, bapa Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, 66; dan isteri Fauziah Jaafar, 69. Turut maut pemandu bas pelancong, Noorisnien Khamid, 56; dan penumpang bas yang merupakan warga Singapura, Lamrah Asid Ali, 66.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati sebuah lori jenis Foton dan bas pelancong yang membawa 27 penumpang dalam perjalanan dari utara menghala ke selatan manakala kenderaan MPV Toyota Estima sebuah treler jenis Nissan dan Perodua Bezza menuju ke arah utara.
Hee Sem (tengah) ketika melawat anak yatim piatu itu di Hospital Melaka, di sini, pada Rabu. Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, tayar hadapan sebelah kanan lori Foton yang dipandu lelaki berusia 31 telah tercabut dan berada di atas jalan di lorong tengah.
Katanya, bagaimanapun bas pelancongan yang tiba di tempat kejadian telah terlanggar tayar tersebut lalu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar penghadang jalan dan bertembung dengan kereta Perodua Bezza serta Toyota Estima yang dinaiki lapan sekeluarga itu.
“Akibat kemalangan itu, tujuh mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital Melaka dan Alor Gajah untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Kanak-Kanak Usia 2 Tahun Antara 7 Mangsa Kemalangan Di Melaka
 
 
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
The post Nahas Jalan Raya, Ayer Keroh, Melaka, Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nahas-jalan-raya-ayer-keroh-melaka-dua-beradik-belum-tahu-ibu-bapa-sudah-tiada/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Remaja 16 Tahun Tembak Ibu Bapa Adik Beradik

Remaja 16 Tahun Tembak Ibu Bapa Adik Beradik

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 176 hits
KOSMO LOS ANGELES Seorang remaja lelaki berumur 16 tahun di negeri New Mexico Amerika Syarikat ditahan semalam berhubung pembunuhan 4 anggota keluarganya kata polis dan beberapa pegawai Sherif County Valencia menerima panggilan kecemasan se...
Enam Maut Dalam Nahas Babitkan Bas Persiaran Di Ayer Keroh

Enam Maut Dalam Nahas Babitkan Bas Persiaran Di Ayer Keroh

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 145 hits
Shuhada Abdul KadirSekurang kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh malam ini Foto ihsan pembacaALOR GAJAH Sekurang kurang...
Mysalam Cara Mudah Membuat Tuntutan Selepas Anda Ibu Bapa Atau Keluarga Keluar Dari Hospital

Mysalam Cara Mudah Membuat Tuntutan Selepas Anda Ibu Bapa Atau Keluarga Keluar Dari Hospital

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 167 hits
Program mySalam adalah inisiatif kerajaan untuk memberikan perlindungan kesihatan kepada golongan B40 dan M40 Skim ini membantu meringankan beban kewangan apabila berlaku masalah kesihatan yang memerlukan rawatan di hospital Jika anda ibu b...
7 Killed In Crash On North South Expressway Off Ayer Keroh

7 Killed In Crash On North South Expressway Off Ayer Keroh

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 227 hits
Melaka fire and rescue department operations commander Khairul Nizam Anuar said they received a call about the accident involving a tour bus an MPV and a trailer at 8 45pm ALOR GAJAH Seven people were killed and 33 others injured in a colli...
Loke Orders Probe Into Deadly Three Vehicle Crash In Ayer Keroh

Loke Orders Probe Into Deadly Three Vehicle Crash In Ayer Keroh

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 276 hits
Transport Minister Anthony Loke has instructed the Road Transport Department to immediately investigate the deadly three vehicle crash which left seven dead and 33 others injured The accident involved a tour bus carrying 27 passengers a tra...
Polis Semak Bukti Pernikahan Ibu Bapa Mayat Bayi Disimpan Peti Sejuk Hospital

Polis Semak Bukti Pernikahan Ibu Bapa Mayat Bayi Disimpan Peti Sejuk Hospital

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 171 hits
PETALING JAYA PETALING JAYA Polis sedang mendapatkan pengesahan bukti pernikahan ibu bapa kes seorang bayi lelaki yang jasadnya disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang kerana tidak menjelaskan bayaran bil Ketua Polis Se...
Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 511 hits
YOURSAY Investigations after investigations but road tragedies still occur Santa coming to Malaysia After every major fatal road accident there will be a cry for investigation After the reports are published the sitting transport minister w...
Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 180 hits
Anak anak adalah pemerhati yang hebat Mereka cenderung meniru apa sahaja yang mereka lihat daripada ibu bapa dan persekitaran sekeliling Sebagai ibu bapa setiap tindakan dan tingkah laku kita menjadi contoh langsung yang akan membentuk peri...
Pihak Hospital Enggan Urus Jenayah Sebab Bil Belum Langsai Bapa Bayi Dibekukan Tampil Cerita Kisah Benar

Pihak Hospital Enggan Urus Jenayah Sebab Bil Belum Langsai Bapa Bayi Dibekukan Tampil Cerita Kisah Benar

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 184 hits
Bapa kepada bayi yang disimpan di dalam peti sejuk selama 16 hari oleh sebuah hospital swasta Safwan Roshdy tampil menceritakan kisah sebenar yang berlaku Pihak hospital mahu Safwan langsaikan bil dulu Difahamkan melalui laporan Harian Metr...
Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Startups Vs Established Industries

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Dua Pendaki Wanita Maut Di Puncak Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nak Beli Kereta Baru Vs Kereta Lama

Mwc 2025 Malaysia Pacu Inovasi Digital Perkukuh Posisi Serantau

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Makan Di Ayam Gepuk Top Global