Mengemis Demi Baju Raya Anak


Siti Rohana Idris 
SEORANG ibu sanggup mengemis demi membeli baju raya untuk lima anaknya yang masih kecil.Tindakan itu terpaksa dilakukan Nor Fatihah Mohd Nawawi, 26, yang sudah dua malam mengemis di perkarangan Padang Bank di Kota Bharu, bersama tiga anaknya yang berusia antara lima hingga sembilan tahun.

Nor Fatihah yang berasal dari Berek 12 berkata, dia hanya datang mengemis dua hari sebelum menyambut Syawal sahaja dan pada hari biasa dia mengambil upah membersihkan rumah orang.

“Sudah dua tahun saya terpaksa mengemis sebegini demi membeli baju raya anak sejak suami menghilangkan diri ketika saya mengandungkan anak bongsu yang kini berusia dua tahun.


“Upah yang saya terima untuk membersihkan rumah orang hanya RM10 setiap kali dibuat dan dihabiskan terus untuk beli makanan, malah kerja itu bukan setiap hari diminta,” katanya ketika ditemui, malam tadi.

Nor Fatihah berkata, dia mempunyai kepandaian membuat kuih, namun kekangan modal untuk membeli peralatan menyebabkan dia tidak mampu berbuat apa-apa malah untuk mendapatkan bantuan daripada pihak berwajib juga tidak boleh disebabkan statusnya digantung tidak bertali.

Menurutnya, sejak kelmarin dia mengemis di perkarangan Padang Bank itu, hasil yang diperoleh masih belum mencukupi untuk membeli baju raya untuk lima anaknya, termasuk dua yang ditinggalkan di rumah.

“Saya datang 8 pagi kelmarin dengan ‘menambang’ kereta sewa dan pulang ke rumah 3 pagi semalam kerana masih ada anak kecil yang ditumpangkan di rumah abang.

“Pada 8 pagi semalam kami lima beranak datang kembali ke sini dengan harapan akan memperoleh rezeki yang lebih semata-mata untuk membeli sepasang sahaja baju raya untuk semua anak saya,” katanya.


SUNNY (kanan) menyampaikan sumbangan beras serta wang tunai kepada Nor Fatihah. FOTO Nik Abdullah Nik OmarNor Fatihah adalah antara ratusan pengemis dan gelandangan yang ditemui di sekitar Padang Bank di Kota Bharu yang memenuhi perkarangan itu, terutama sepanjang Ramadan, malah semakin ramai ketika menjelang Syawal.

Nasib mereka agak cerah apabila dikunjungi seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Sunny Ung, yang menyampaikan sumbangan dalam bentuk beras serta wang tunai.

Dalam kunjungan yang bermula 11 malam hingga 1 pagi itu, Sunny turun padang menyampaikan bantuan kepada pengemis dan gelandangan sambil berbual.

Sunny berkata, sumbangan kepada gelandangan dan pengemis itu dibuat sejak 12 tahun lalu kepada yang beragama Islam bagi menyambut Aidilfitri serta diberikan tanpa mengira asal-usul.

“Untuk malam ini dianggarkan 400 hingga 500 orang yang berada di sekitar Padang Bank ini yang mana separuhnya adalah orang tempatan dan selebihnya warga Thailand.

“Kita memohon pihak berwajib khususnya agensi kerajaan lebih prihatin dan dapat membantu golongan yang memerlukan seperti ini terutama warga tempatan,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/mengemis-demi-baju-raya-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kandungan Terpaksa Digugurkan Demi Nyawa Tak Sempat Sarung Baju Raya Ibu Ini Pergi Dulu

Kandungan Terpaksa Digugurkan Demi Nyawa Tak Sempat Sarung Baju Raya Ibu Ini Pergi Dulu

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 514 hits
Pilunya hati menjelang Syawal tidak lama lagi orang yang tersayang tiada lagi pergi buat selama lamanya Demikianlah yang dilalui bapa yang tabah Muhamad Fakri Fae atau lebih dikenali sebagai Ayie tatkala isterinya Allahyarham Nurul Nadia Tu...
Tip Beli Baju Raya Anak Anak Barulah Nampak Glamour Di Hari Raya

Tip Beli Baju Raya Anak Anak Barulah Nampak Glamour Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 312 hits
Kredit Shutterstock Bila tiba hari raya sudah tentu anak anaklah yang paling teruja Bukan je dapat bermain dengan sepupu sepapat dapat pula duit raya dan yang paling seronok dapat bergaya dengan baju baru Dan sebagai ibu bapa sudah tentu ki...
4952 Marsyila Bersyukur Anak Anak Ada Baju Raya Malaysia Gazette 21 5 19

4952 Marsyila Bersyukur Anak Anak Ada Baju Raya Malaysia Gazette 21 5 19

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 567 hits
KUALA LUMPUR Siapa sangka kesuraman Marsyila Zakaria bersama enam anaknya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri sebelum ini sebelum ini semakin bersinar apabila rezeki pada bulan Ramadan tidak putus daripada sumbangan orang ramai yang prihat...
Faham Raya Setahun Sekali Tapi Elak Cium Dukung Anak Orang Bayi Mudah Dijangkiti

Faham Raya Setahun Sekali Tapi Elak Cium Dukung Anak Orang Bayi Mudah Dijangkiti

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 546 hits
Bayi yang masih kecil jangkitan mudah berlaku Cium didukung orang yang individu lain boleh mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit Antibodi bayi tidak sekuat orang dewasa Ketahanan tubuhnya sedang dibina dan ini mendedahkan kepada pelba...
Balik Kampung Jalan Jalan Cari Baju Raya

Balik Kampung Jalan Jalan Cari Baju Raya

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 637 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Ba lik kampung ho ho ho ba lik kampung eh tetiba pulak ternyanyi ha ha ha Setelah dua minggu berpuasa barulah last weekend Mrs A dapat balik kampung Along Aryssa dan Adik masi...
Hiburan Indah Khabar Dari Rupa Baju Raya Nelydia Senrose Dikritik

Hiburan Indah Khabar Dari Rupa Baju Raya Nelydia Senrose Dikritik

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 1067 hits
Bila tiba sahaja bulan Ramadhan ramai artis tidak melepaskan peluang untuk menjual pakaian raya jenama mereka sendiri Pelbagai jenis rekaan yang ada menjadi rebutan peminat Antara yang rancak mempromosikan baju raya koleksi tersendiri adala...
Balik Raya Bawa Bayi Ibu Ayah Kena Kerap Berhenti Keluarkan Anak Dari Carseat 2 Jam Sekali

Balik Raya Bawa Bayi Ibu Ayah Kena Kerap Berhenti Keluarkan Anak Dari Carseat 2 Jam Sekali

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 582 hits
Kebanyakan warga kota berpusu pusu memenuhi lebuhraya menuju ke destinasi kampung halaman Balik raya membawa bayi dan kanak kanak ibu ayah mesti tahu caranya Perkongsian daripada Uswatun Hasanah Konsultan Tangisan Bayi Malaysia ini boleh ib...
Kenakan Pakaian Ustaz Arifin Ilham Sang Anak Terharu Temukan Ini Di Kantong Baju

Kenakan Pakaian Ustaz Arifin Ilham Sang Anak Terharu Temukan Ini Di Kantong Baju

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 350 hits
Putra Ustaz Arifin Ilham Alvin Faiz mengunggah momen mengharukan saat mengenakan baju peninggalan sang ayah Momen itu dia bagikan di akun instagramnya
Malu Nak Pergi Beraya Sebab Takde Baju Raya Baru

Malu Nak Pergi Beraya Sebab Takde Baju Raya Baru

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 532 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Bagaimana dengan persiapan raya Sudah buatkah Atau masih tercari cari kedai yang kena dengan bajet Malu nak pergi beraya sebab takde ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi