Faham Raya Setahun Sekali Tapi Elak Cium Dukung Anak Orang Bayi Mudah Dijangkiti


Bayi yang masih kecil, jangkitan mudah berlaku. Cium & didukung orang yang individu lain boleh mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit.
Antibodi bayi tidak sekuat orang dewasa. Ketahanan tubuhnya sedang dibina dan ini mendedahkan kepada pelbagai infeksi. Apatah lagi dalam kemeriahan hari raya nanti, ramai yang mungkin akan berkunjung.
Perkongsian daripada seorang ibu, Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah, Pakar Oftalmologi, UiTM Private Specialist ini boleh anda jadikan panduan. Dia sendiri yang pernah melahirkan tiga cahaya mata pada usia pramatang

Sebelum kedatangan hari raya tak lama lagi.  
Bagi ibu bapa yang baru menimang cahaya mata, pasti perasaan teruja nak bergambar raya dengan si kecil, ada pertambahan ahli keluarga baru, bercampur baur dengan perasaan berdebar kan?
Bayi terdedah penyakit berjangkit Apatah lagi sekarang semakin banyak kes penyakit berjangkit seperti demam campak, diphtheria, dan sebagainya akibat ramai orang tidak memvaksinkan anak-anak kerana terpengaruh dengan golongan anti vaksin.
Bayi pramatang mudah jatuh sakit Bayi yang belum mendapat imunisasi yang lengkap, terutamanya bayi pramatang, amat terdedah kepada jangkitan kuman, dan jika jatuh sakit, amat mudah mendapat komplikasi seperti radang paru-paru, jangkitan selaput otak iaitu meningitis, malah keadaan mata mereka boleh menjadi teruk iaitu retinopathy of prematurity semakin merosot.
Saya ingin kongsikan sedikit tips bagi ibu ayah yang ada bayi baru lahir, dan juga orang ramai menjelang hari raya ini.

#1. ELAK BAWA BAYI KE TEMPAT ORANG BERKUMPUL
Jika ada bayi baru lahir, terutamanya kurang dari 2 bulan, imunisasi bayi anda belum lengkap lagi.
Sebaiknya tidak perlu ke tempat yang ramai orang berkumpul bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman. Kita tidak tahu siapa yang sudah divaksin, siapa yang tidak divaksin, siapa yang sedang sakit dan sebagainya
Faham, raya setahun sekali. Tetapi bayi anda juga kecil sekali seumur hidup sahaja. In shaa Allah tahun depan kita boleh raya sepuas hati ya?
#2. ELAKKAN BAYI DIDUKUNG TETAMU
Jika tetamu datang ke rumah, sebaiknya mereka tidak perlu mendukung bayi kecil anda. Pakaian dari luar belum tentu bersih. Mungkin sudah terkena asap kenderaan dan sebagainya.
Sebaiknya biar si ibu sahaja yang mendukung bayi. Anggap sahaja bayi itu permata berharga di dalam kaca display ya.

#3. SEDIAKAN PENCUCI TANGAN (HAND SANITIZER)
Ibu ayah boleh sediakan hand sanitiser untuk para tetamu, letakkan di sebelah katil bayi.
Untuk lebih comel, letakkan tanda “Sila cuci tangan anda jika anda sayang saya ” dengan satu smiley face.
Kita tak tahu tangan pengunjung sudah menyentuh dan bersalaman berapa ramai orang lain, sebelum mereka mahu menyentuh pipi comel bayi kita yang masih merah ini, kan?
#4. TETAMU SAKIT JAUHKAN DIRI DARI BAYI
Para tetamu juga, mesti mengambil tanggungjawab jika ada batuk, selsema sama ada diri sendiri mahu pun anak-anak, jauhkan diri dari bayi kecil pada jarak sekurang-kurangnya 5 meter. Paling baik, jangan masuk langsung ke dalam bilik yang ada bayi kecil.
Iyalah takut terbatuk di wajah bayi itu, terkena jangkitan, kasihan bayi itu.
Batuk biasa pada kita, jika terkena pada bayi pramatang, boleh menyebabkan jangkitan paru-paru yang serius hingga perlu alat bantuan pernafasan di ICU!

#5. ELAKKAN CARI CIUM BAYI
Para tetamu, elakkanlah mencium bayi baru lahir pada wajah mereka, terutamanya jika anda ada batuk dan selsema. Ini bagi mengelakkan jangkitan kuman.
Jika geram sangat dengan kecomelan bayi itu, boleh saja pegang sedikit di tangan atau badan bayi, dan doakan bayi itu mengikut sunnah Rasulullah SAW:
وَإِنِّي أُعِيْذُهَا بِكَ وَذُرِّيَتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ “Dan aku meminta perlindungan untuknya kepada-Mu dan juga untuk anak keturunannya dari syaitan yang terkutuk”
Hadith Riwayat Al-Bukhari (3/110 –As-Sindi) dan Muslim (15/128 Nawawi)
Lebih selamat, pahala pun dapat, kan Doa ini adalah dari Surah Ali Imran ayat 36.

#6. CEGAH LEBIH BAIK DARI RAWAT
Pastikan anak-anak kita divaksinkan mengikut jadual imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia, bagi memastikan mereka mendapat perlindungan yang secukupnya dari jangkitan kuman yang merbahaya seperti batuk kokol, demam campak, rubella dan sebagainya.
Pencegahan adalah lebih baik dari merawat.
#7. JANGAN TAKUT UNTUL MELINDUNGI BAYI
Para ibu yang tersayang, usah bimbang digelar paranoid kerana mahu melindungi bayi kita, ya.
Mungkin ibu bimbang ada suara yang berkata “macam dia seorang yang ada bayi!”, tapi memanglah kita seorang sahaja yang ada bayi kita kan!
In shaa Allah kita hanya mahu yang terbaik untuk bayi kita.

Teruskan penyusuan susu ibu untuk memberikan imuniti pasif kepada permata hati kita, di samping mengambil langkah-langkah penjagaan di atas demi keselamatan dan kesihatan anak-anak kita in shaa Allah.
Walaupun di musim perayaan, jika anak-anak ada sebarang simptom tidak sihat seperti demam yang berpanjangan, sesak nafas, batuk yang berlarutan dan sebagainya, segeralah bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berdekatan.
Semoga Allah melindungi keluarga kita sentiasa in shaa Allah, amin.
Sumber: Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
The post Faham Raya Setahun Sekali, Tapi Elak Cium & Dukung Anak Orang. Bayi Mudah Dijangkiti appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/faham-raya-setahun-sekali-tapi-elak-cium-dukung-anak-orang-bayi-mudah-dijangkiti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kasihan Anak Merengek Gatal Ini Cara Paling Mudah Elak Ekzema Pada Anak

Kasihan Anak Merengek Gatal Ini Cara Paling Mudah Elak Ekzema Pada Anak

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 572 hits
Ekzema ialah keadaan kulit yang kering dan gatal serta mengakibatkan lebih kurang 15 hingga 20 peratus kanak kanak mengalaminya Ekzema biasanya berlaku sebelum anak berusia dua tahun Bagaimanapun kebanyakan kanak kanak ekzema akan beransur ...
Bila Gigi Pertama Anak Tumbuh Segera Lakukan Perkara Ini Jangan Tangguh Elak Gigi Bayi Rosak

Bila Gigi Pertama Anak Tumbuh Segera Lakukan Perkara Ini Jangan Tangguh Elak Gigi Bayi Rosak

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 379 hits
Ibu bapa sering menganggap bahawa penjagaan gigi anak hanya bermula selepas gigi mereka tumbuh Salah tanggapan tersebut Penjagaan oral dan gigi bayi khususnya mesti bermula sejak awal iaitu daripada si manja lahir lagi Masalah kerosakan gig...
Anak Dah 7 Bulan Tapi Masih Tak Merangkak Mama Boleh Praktis 6 Cara Rangsang Bayi Cepat Je Anak Merangkak

Anak Dah 7 Bulan Tapi Masih Tak Merangkak Mama Boleh Praktis 6 Cara Rangsang Bayi Cepat Je Anak Merangkak

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 620 hits
Melihat perkembangan anak dari meniarap merangkak dan seterusnya berjalan memang mengujakan mama Namun bila anak alami kelewatan dalam perkembangannya mama mulalah cuak Apa yang mama kena tahu perkembangan anak sebenarnya tidak sama berband...
Jangan Sebab Mudah Sanggup Bagi Anak Bubur Dalam Botol Kena Faham Risiko Tersedak Tinggi

Jangan Sebab Mudah Sanggup Bagi Anak Bubur Dalam Botol Kena Faham Risiko Tersedak Tinggi

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 717 hits
Jangan sesekali campurkan nestum atau bubur nasi dalam botol susu bayi BAHAYA Memang ada ibu yang nak mudah dan tak mahu anak comot ketika makan tapi kena fikirkan kesannya Malah ada juga pengasuh yang ambil jalan mudah buat seperti ini Kal...
Balik Raya Bawa Bayi Ibu Ayah Kena Kerap Berhenti Keluarkan Anak Dari Carseat 2 Jam Sekali

Balik Raya Bawa Bayi Ibu Ayah Kena Kerap Berhenti Keluarkan Anak Dari Carseat 2 Jam Sekali

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 573 hits
Kebanyakan warga kota berpusu pusu memenuhi lebuhraya menuju ke destinasi kampung halaman Balik raya membawa bayi dan kanak kanak ibu ayah mesti tahu caranya Perkongsian daripada Uswatun Hasanah Konsultan Tangisan Bayi Malaysia ini boleh ib...
Anak Faham Je Apa Saya Cakap Tapi Tak Bercakap Lagi Yakin Ke Anak Anda Betul Betul Faham

Anak Faham Je Apa Saya Cakap Tapi Tak Bercakap Lagi Yakin Ke Anak Anda Betul Betul Faham

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 350 hits
Memang ada kanak kanak yang mempunyai kefahaman yang sepatutnya dengan usia mereka tapi masih belum bercakap tetapi ramai sebenarnya masih belum bercakap disebabkan oleh kurang kefahaman Tapi mereka bijak dengan tingkahlaku mereka hingga me...
Ayah Rajin Peluk Cium Anak Mudah Dengar Kata Stres Hilang Rasa Tenang

Ayah Rajin Peluk Cium Anak Mudah Dengar Kata Stres Hilang Rasa Tenang

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 659 hits
Peranan seorang bapa atau ayah sangat mustahak dalam perkembangan anak Nak mudah mendidik perlu ada bonding yang kuat antara bapa dan anak Memeluk dan mencium anak banyak faedahnya kepada ibu dan ayah Bagi ibu adalah normal untuk memeluk da...
Bila Anak Nak Dukung Bukan Mengada Ngada Tapi Dia Rindu Pelukan Dari Ayah

Bila Anak Nak Dukung Bukan Mengada Ngada Tapi Dia Rindu Pelukan Dari Ayah

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 576 hits
Pernah tak bila kita bawa anak keluar berjalan jalan atau ketika di rumah tiba tiba anak minta dukung Tapi jawapan kita bila anak berbuat demikian mesti akan cakap kakak abang atau adik dah besar Papa mama tak larat nak dukung dah Perasan t...
Nak Beraya Sakan Boleh Tapi Bekalan Ubat Anak Jangan Lupa Ni Ubat Ubatan Wajib Bawa Balik

Nak Beraya Sakan Boleh Tapi Bekalan Ubat Anak Jangan Lupa Ni Ubat Ubatan Wajib Bawa Balik

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 764 hits
Pastinya ramai yang dah pulang ke kampung halaman untuk beraya Bagi yang masih lagi dalam proses mengemaskan barang anak anak pastikan barangan penting anak tidak tertinggal Bukan saja baju dan kelengkapan raya tetapi paling penting adalah ...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri