Mengangkat Anwar Sebagai Pm Bukan Bermakna Taksub Kepadanya



Oleh – Azzah Arcta Yusoff

Tak faham saya kepada yang masih berpandangan dan inginkan TM sebagai PM. Kalau dari seorang rakyat biasa seperti saya, rasanya tidaklah menghairankan sangat. Ini ianya datang daripada seorang yang memiliki ijazah doktor falsafah. Pelik bin ajaib.1. Tidak belajarkah dari sejarah bagaimana seorang yang bernama Mahathir bin Mohamad tidak akan pernah menunaikan janjinya kepada PH dan seorang yang bernama Anwar bin Ibrahim? Di antara usia 92-94 tahun dia enggan menunaikan janji yang dibuatnya sendiri, bermimpi di waktu siang kah kita untuk mengharapkan dia menunaikan janjinya di usia 95 tahun?? Saya rasa ianya adalah seumpama mimpi dalam mimpi. Seolah mengharapkan salji turun di bumi tropika!2. Perjanjian adalah satu ikatan hati, bukannya ikatan dimeterai di atas kertas semata2. Jika janji itu dibuat seikhlasnya untuk dipatuhi sepanjang hayat, maka ia akan tetap dipatuhi walaupun tidak seketat mana terma yang dibuat namun isinya difahami. Tetapi, sekiranya sekeping hati yang berjanji itu tidak pernah berniat untuk melaksanakan janji yang dibuat, maka seketat manapun syarat perjanjian itu, ia akan tetap dilanggari jua. Pada ketika ingin melanggar perjanjian itu nanti setelah apa yang dihajati telah dicapai iaitu menduduki kerusi PM, maka akan keluarlah kata2 dalihan seperti perjanjian bukanlah kitab suci, tidak cukup sokongan ahli parlimen, serah kepada parlimen memutuskan dan seumpamanya.3. Manifesto PH yang mana di dalamnya terkandung terma penyerahan kuasa dari TM kepada DSAI telahpun diikat oleh 4 parti dengan 5 orang yang menandatanganinya pada waktu itu; juga dengan begitu mudah dikhianati oleh TM dengan macam2 alasan. Apakah sebab dan alasan untuk mengatakan beliau tidak akan mengulanginya lagi setelah kerusi PM berjaya beliau duduki sekali lagi?4. Mengangkat TM sekali lagi adalah umpama mencanangkan kepada rakyat dan seantero dunia bahawa Malaysia ini di bawah PH tidak ada orang yang layak menjadi pemimpin selain orang tua berusia hampir 100 tahun. Akal yang waras akan bertanya, apa tidak adakah insan Tuhan yang lain di Malaysia ini yang layak menjadi pemimpin untuk diangkat mengemudi negara? Apa rangka urus tadbir yang boleh difikir oleh seorang yang hampir mencecah usia 100 tahun? Tidak ada pemimpin yang lebih mudakah?5. Saya ingin bertanya pemimpin Amanah dan Dap yang mendamba Dsai memberi laluan sekali lagi kepada TM sebagai PM, apakah yang telah mereka lakukan sewaktu TM berdolak dalih berkaitan isu penyerahan kuasa sewaktu PH memerintah? Pertelagahan demi pertelagahan berlaku di antara kedua2 penyokong disebabkan keengganan TM menyempurnakan proses transisi dan membenarkan sosok2 jahat seperti Azmin Ali menghimpit dirinya, apa yang mampu dilakukan oleh pemimpin2 Amanah dan Dap tadi?6. Dan pada kala TM menyalahgunakan kuasa dengan melantik menteri semisal Azmin Ali yang tidak pernah diberi senarai oleh PKR; melantik Lateefa Koya sebagai pengerusi SPRM tanpa perbincangan dan makluman kepada Presiden PKR pun walhal Lateefa adalah ahli PKR dan sekutu rapat Azmin Ali; apa yang mampu dilakukan oleh pemimpin2 Amanah dan Dap tadi untuk menghalang? Tengok dan telan ajelah kan?7. Mohon untuk menjadi PM sekali lagi selama 6 bulan. Soalannya 6 bulan tu untuk apa? Apa yang boleh dibuat hanya selama 6 bulan? Tidak terfikirkah, 6 bulan itu bermakna di dalam tempoh itu akan mencari alasan untuk memanjangkan lagi sehingga tamat tempoh penggal ini? Kena ingat, Malaysia ini bukan kepunyaan Mahathir; suka2 hati dia nak minta jawatan PM, letak jawtan, pegang lagi sebagai PM sementara, kemudian nak lagi selama 6 bulan. Adoiiii… ada akal pakailah!8. Ini adalah critical issue. Isu sokongan kepada Dsai daripada Sabah dan Sarawak. Sekiranya pada waktu ini Sabah dan Sarawak tidak menyokong Dsai sebagai PM, apakah jaminannya mereka akan menyokong selepas 6 bulan nanti? Jika akan sokong selepas 6 bulan, kenapa tak boleh sokong sekarang? Sekiranya TM akan melobi sokongan mereka 6 bulan lagi, kenapa tak boleh lobi sekarang? Ataupun pada waktu itu nanti, kerajaan akan bergolak sekali dan bertukar lagi kepada PN?? Gila apakah ini? Inikah corak politik negara yang kita akan wariskan kepada generasi akan datang?9. Untuk pemimpin2 Amanah dan Dap yang menuntut pengorbanan Dsai; saya ingin bertanya, tidak cukup lagikah pengorbanan Dsai sanggup dipenjarakan berbelas2 tahun demi perjuangan reformasi, berpisah dengan keluarga, dimaki dihina dicaci sehingga ke hari ini dan kerana pengorbanan beliaulah, lanskap politik negara ini berubah. Masih belum cukup? Berapa kerat pemimpin2 lain yang sanggup berkorban sebegitu rupa?10. Isu mengangkat Dsai sebagai PM bukan bermaksud taksub kepada beliau. Ini adalah inti pati sejak dari awal perjuangan. Kami ingin melihat negara ini berubah ke arah yang lebih baik dan kebetulannya, pada waktu ini tidak ada sosok lain yang mampu memimpin Malaysia ke arah itu melainkan Dsai. Beri peluang kepada beliau memimpin negara agar rakyat dapat merasai perubahannya. Mengangkat beliau adalah demi rakyat dan negara, bukan atas kepentingan tertentu.11. Adalah besar harapan agar pemimpin2 Amanah dan Dap memaklumkan kepada TM supaya tidak lagi mendamba jawatan PM dan menyokong penuh DSAI bagi memudah cara dan demi negara yang tercinta sekiranya benar beliau sayangkan negara ini dan ingin meninggalkan negara yang lebih baik kepada generasi seterusnya.12. Ketahuilah, majoriti rakyat sudah tidak inginkan TM diangkat sebagai PM sekali lagi. Malah ada yang berikrar “lantaklah nak jadi apapun pada Malaysia”!sekiranya dia sekali lagi diangkat menjadi PM oleh PH. Bermakna rakyat sudah berputus asa.Akhirnya, seandai sekali lagi PM yang dipilih oleh PH adalah TM (saya berdoa semoga dijauhkan Allah), maka apa yang boleh saya katakan adalah; itulah suratan takdir. Itulah kehendak dan aturan Tuhan. Walaupun pahit harus ditelan. Jika begini, maka Malaysia ini masih belum layak dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai visi yang jauh seperti Dsai. Rakyatnya masih belum bersedia.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/mengangkat-anwar-sebagai-pm-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Amanah Dan Warisan Cadang Dr M Sebagai Calon Pm Anwar Masih Kekal Bakal Pm Lagi

Dap Amanah Dan Warisan Cadang Dr M Sebagai Calon Pm Anwar Masih Kekal Bakal Pm Lagi

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 386 hits
Sekiranya pembangkang dapat mengambil alih semula kerajaan DAP Amanah dan Warisan mahukan Dr Mahathir Mohamad kembali menyandang jawatan perdana menteri menurut beberapa sumber Sumber yang dipetik portal The Malaysian Insight itu berkata ga...
Rancangan Pkr Calonkan Anwar Sebagai Pm Gagal Amanah Dap Namakan Tun M

Rancangan Pkr Calonkan Anwar Sebagai Pm Gagal Amanah Dap Namakan Tun M

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 337 hits
Baru sahaja sebentar tadi PKR mengumumkan nama calon Perdana Menteri mereka iaitu Anwar Ibrahim dengan menolak Tun Mahathir tetapi lain pula yang jadi selepas rakan sekutu PKR iaitu AMANAH dan DAP dikatakan kekal menyokong Tun Dr Mahathir M...
Rentasan 696 Panas Status Sokongan Terhadap Anwar Ibrahim Sebagai Pm 9 Didedah

Rentasan 696 Panas Status Sokongan Terhadap Anwar Ibrahim Sebagai Pm 9 Didedah

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 393 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 6961 PEMUDA AMANAH MAHU TUN M DAN ANWAR DALAM SATU KABINET 2 PERIKATAN NASIONAL CUBA MENEBUK ATAP DI SELANGOR 3 MELAYU BUKAN MALAS 4 TOKOH PROFESIONAL DIGANTI TOKOH POLITIK DEMI SELAMATKAN NEGARA
Kenapa Ph Takut Namakan Anwar Sebagai Calon Pm

Kenapa Ph Takut Namakan Anwar Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 353 hits
Mengapa tidak umum sahaja Anwar sebagai PM SELASA lalu sekitar jam 3 petang satu mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Harapan Tambahan telah berlangsung di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat Mesyuarat yang berdurasi tiga jam itu telah dipenger...
Anwar Sebagai Pm Gagal Mendapat Sokongan Gps

Anwar Sebagai Pm Gagal Mendapat Sokongan Gps

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 288 hits
DAP dan Amanah mendedahkan pilihan pertama mereka untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri tidak berjaya mendapat sokongan diperlukan bagi membentuk kerajaan Justeru ia menyebabkan pilihan kedua iaitu Dr Mahahir Mohamad sebag...
Tiada Mp Lompat Mahu Sokong Ph Selagi Anwar Calonkan Diri Sebagai Pm

Tiada Mp Lompat Mahu Sokong Ph Selagi Anwar Calonkan Diri Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 403 hits
KUALA LUMPUR Selagi Anwar Ibrahim menamakan dirinya sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan maka tiada seorang pun mana mana ahli parlimen daripada kerajaan Perikatan Nasional hari ini akan memberi sokongan kepada gabungan itu Perkara...
Pemuda Pkr Tolak Hujah Maszlee Tetap Mahu Anwar Sebagai Pm

Pemuda Pkr Tolak Hujah Maszlee Tetap Mahu Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 378 hits
PETALING JAYA Selepas Maszlee Malik melabel jawatan perdana menteri ke 9 bukan hak mutlak Anwar Ibrahim jika gabungan pembangkang kembali menerajui Putrajaya Pemuda PKR tampil menepis hujah tersebut Setiausaha sayap PKR itu Ahmad Syukri Che...
Anwar Calon Paling Layak Sebagai Pm

Anwar Calon Paling Layak Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 717 hits
June 2 2020 Dalam sejarah Malaysia kerajaan Barisan Nasional ditumbangkan rakyat selepas 61 tahun berkuasa kerana tidak berpuas hati dengan penyelewengan menyalahgunakan kuasa boros dan rasuah yang menjadi amalan biasa Justeru rakyat member...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation